Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Alp Arslan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alp Arslan
SultanSeljuk Agung
Patung Alp Arslan
Pemerintahan1064 – 1072
Pertabalan27 April, 1064
Nama penuhMuhammad bin Da'ud Chaghri
DimakamkanMerv,Turkestan
PendahuluToğrül
PenggantiMalik Shah I
Kerabat dirajaDinasti Seljuk
AyahandaÇağrı Bey
AgamaSunni Islam

Alp Arslan (1029 –15 Disember,1072) adalah merupakan anak lelaki kedua kepada sultandinasti Seljuk. Nama sebenar beliau adalahMuhammad bin Da'ud Chaghri, dan kerana keberanian semasa berperang dan dalam dirinya serta kemahiran bertempurnya beliau mendapat nama gelaranAlp Arslan, yang bermaksud "seekor singa berani" di dalambahasa Turki.

Mengikut sumber sejarah, kejayaan paling besar yang dikecapi oleh Sultan Seljuk ini dalam Pertempurang Manzikert yang menyaksikan pasukan tentera Muslim telah menewaskan tentera salib Byzantine.Pertempuran Manzikert, atauMalazgirt, terjadi di antaraEmpayar Byzantine dan tenteraSeljuk pimpinanAlp Arslan pada 26 Ogos 1071 berhampiran Manzikert (kiniMalazgirt,Turki, di wilayahMus). Ia berakhir dengan salah satu kekalahan paling memalukan Empayar Byzantine dan menyaksikan Maharaja ByzantineRomanos IV Diogenes ditawan. Peperangan ini melibatkan kekuatan tentera Byzantine seramai 100,000 orang berbanding dengan 15,000 orang tentera Muslim.

Sebelum pertempuran terjadi, tentera Byzantine telah menawan kota Anatolia, Kapadokia, sebahagian dari wilayah Khurasan dan wilayah di utara Iraq. Sultan Muhammad bin Da'ud Chaghri yang baru sahaja pulang dari pertempuran tidak mengambil masa yang lama. Baginda terus menyahut seruan jihad dan mengarahkan tentera yang bersama baginda untuk bertempur dengan Maharaja Byzantine.

Satu ucapan beliau yang membangkitkan semangat pejuang Islam :

"Pada hari ini agama Islam sedang diancam bahaya yang besar, dan segenap kaum Muslimin juga sedang diancam bahaya yang besar. Beta begitu khawatir kalau sahaja kalimat Laa Ilaaha Illallah sampai terhikis dari muka bumi ini." Kemudian dia berteriak dengan lantang, "Wahai kaum Muslimin, tolonglah Islam, tolonglah Islam! Beta telah membungkus tubuh ini dengan kain kafan. Barangsiapa yang menginginkan syurga, hendaklah dia melakukan seperti apa yang beta lakukan. Kita harus bertarung di bawah panji Laa Ilaaha Illallah hingga kita mati syahid atau dapat meninggikan kalimat Laa Ilaaha Illallah!" "Allahu Akbar, Allahu Akbar"!! Lantas seluruh pasukan tentaranya yang berjumlah 15,000 orang itu dibalut dengan kafan seluruh tubuh mereka.[4]

Pertempuran Manzikert.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Templat:Ibn Kathir. Muhammad bin Shamil As-Sulami, penyunting. Tartib wa Tahdzib Kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah (dalam bahasa Arab). Dicapai 24 September 2008.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Alp Arslan
Didahului oleh
Toghrül
Sultan Seljuk Agung
1063–1072
Diikuti oleh:
Malik Shah I
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Alp_Arslan&oldid=5213947"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp