Pancalogam ataualoi merupakan gabungan - sama ada dalam bentukcecair ataupepejal - dua atau lebihunsur, yang mana salah satunya merupakanlogam.
Pancalogam dengan dua komponen dipanggil pancalogam binari; pancalogam dengan tiga komponen dipanggil pancalogam ternari; manakala pancalogam dengan empat komponen dipanggil pancalogam quaternari.
Biasanya, pancalogam mempunyai ciri-ciri yang lebih diingini daripada komponennya. Misalnya,keluli lebih kukuh.Loyang lebih tahan daripadatembaga, tetapi lebih cantik dan menarik daripadazink.
Tidak seperti logam tulen, kebanyakan pancalogam tidak mempunyaititik lebur yang tentu. Aloi mempunyai ‘julat lebur’ di mana pancalogam itu ialah campuranpepejal dancecair. Suhu di mana pancalogam mula melebur dipanggilsolidus, manakala suhu di mana pancalogam habis melebur dipanggilliquidus. Sesetengah pancalogam tertentu dapat direka dengan satu takat lebur sahaja yang juga dipanggil sebagai campuraneutektik.
Adakalanya sesuatu pancalogam dinamakan daripada logam asasnya. Contohnya,emas 14karat ialah sejenis aloi emas dengan unsur lain.Perak yang digunakan dalam barang kemas danaluminium yang digunakan dalam pembinaan juga merupakan pancalogam.