| Almost Famous | |
|---|---|
| Pengarah | Cameron Crowe |
| Penulis | Cameron Crowe |
| Dihasilkan oleh | Cameron Crowe Ian Bryce |
| Dibintangi | |
| Sinematografi | John Toll |
| Disunting oleh | Joe Hutshing Saar Klein |
| Muzik oleh | Nancy Wilson |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 122 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $60 juta[1] |
| Pecah panggung | $47.4 juta[1] |
Almost Famous ialahfilem komedi-drama Amerika Syarikat 2000 yang ditulis dan diarahkan oleh Cameron Crowe dan dibintangi olehBilly Crudup,Frances McDormand,Kate Hudson, dan Patrick Fugit. Ia menceritakan kisah seorang wartawan remaja yang menulis untukRolling Stone pada awal 1970-an, jelajahnya dengan kumpulanrock Stillwater, dan usahanya untuk menerbitkan kisah halaman depan pertamanya. Filem ini dikeluarkan pada 13 September 2000 di Amerika Syarikat.[2][3]
Almost Famous menerima ulasan positif dari pengkritik. BerdasarkanRotten Tomatoes, filem ini memiliki penarafab 89%, berdasarkan 166 ulasan, dengan penarafan rata-rata 7,9/10.[4] BerdasarkanMetacritic, film ini mendapatkan skor 90 dari 100, berdasarkan 38 kritik, menunjukkan "pengakuan universal".[5] BerdasarkanCinemaScore, filem ini memperoleh nilai "A-" dari penonton filem untuk skala A+ hingga F.[6]
Filem ini meraih $32.534.850 di Amerika Utara dan $14.848.839 di negara lain. Jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh filem ini mencapai $47.383.689, lebih kecil dari anggaran penerbitan filem $60 juta.[1]
Pada pembukaan hujung minggu terhad, filem ini menerima $2.314.646, menempati kedudukan ke-8 di pecah panggung. Namun, pada pembukaan hujung minggu secara luas, filem ini meraih $6.926.467, menempati kedudukan ke-3 di pecah panggung di belakang filemUrban Legends: Final Cut danThe Exorcist Director's Cut.[1]