Allah (/ˈælə,ˈɑːlə,əˈlɑː/;[1][2]Arab:الله,rumi: Allāh,IPA: [ʔaɫ.ɫaːh](dengar)) adalah perkataan umum dalambahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan yang satu. Perkataan "Allah" telah digunakan oleh masyarakat kafir yang berlainan agama sejakzaman pra-Islam.[3]Lebih khusus lagi, ia telah digunakan sebagai istilah untuk Tuhan oleh orang yang beragamaIslam (sama ada Arab dan bukan) dan Kristian Arab.[4]
Perkataan Allah berasal daripada gabungan Al ilah Ilah bererti Tuhan maka Al dengan Ilah hasilkan perkataan Allah bermaksud Tuhan yang satu. KataAllah adalahkata ganti nama khas yang khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memilikialam semesta ini beserta isinya. KataAllah banyak dikenalkan didalam ajaranIslam, namun masyarakatArab Kristian dan Arab Yahudi juga menggunakannya. Bagaimanapun kini, masyarakat Arab Kristian cuba menjauhkan penggunaan perkataan Allah dalamkitab suci mereka.[5]
PerkataanAllah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apajantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataanAllah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilaah) memberi erti Tuhan. Bagaimanapun terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa perkataan "Allah" itu kata khusus dan bukan terbentuk dari "al" dan "ilaah". Sebaik-baiktranslasi perkataanAllah itu ialah Tuhan yang Esa.
Mengikut kepercayaan Islam, Allah ialahTuhan yang satu, yang disembah oleh umatIslam adalahTuhan yang sama yang disembah oleh pengikutYahudi,Nasrani dan seluruh umat manusia sebelum kedatanganNabi Muhammad.Islam menolakTritunggalTuhan di dalam rupa bentuk manusia atau sesuatu apa jua pun.
Salah satu ciri utama konsep ketuhanan dalam Islam adalah anikonisme, iaitu penolakan terhadap sebarang representasi visual atau rupa fizikal Tuhan, yang membezakannya daripada konsep dewa-dewi dalam tradisi politeistik
Dari segi teknikallinguastik, perkataan Allah adalahjamid iaitu ia unik tidak diambil dari mana-mana perkataan. Perkataan Allah bukan terbina dari "al-ilaah" sebagaimana yang dianggap oleh kebanyakan orang. Kerana itu perkataan Allah adalah khusus dan bebas. Dua abjab pertama iaitu "Al" dalam perkataan "Allah" tidak dapat dipisahkan dengan yang lain. Ia bukan seperti artikel pasti (definite article) "al-" dalambahasa Arab (yang sama seperti "the" dalambahasa Inggeris). Menurut tatabahasa Arab, perkataan "Allah" ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’ adalah bebas dari segi strukturtatabahasa dan maknanya.
Jika "Al" di dalam perkataan Allah adalah awalan tambahan, sebutan biasa "Ya Allah" adalah salah dari segi tatabahasa Arab kerana bentuk "Ya Al-Rahman" atau "Ya Al-Ilah" tidak dibenarkan dalam Bahasa Arab. Lagipun dengan mengatakan "Al-" sebagai awalan bermakna ada banyak tuhan yang berbeza yang boleh dipanggilAlihah (jamak bagiilah). Ini tidak betul kerana Allah selama-lamanya nama bagiTuhan yang Esa dan tidak pernah digunakan ke atas sesiapa kecuali Tuhan yang Esa. Arab musyrikin mempunyai banyak ilah atau tuhan tetapi tiada satu pun yang dipanggil Allah.
Jazaka Allah hu Khairan (جزاك الله خيراً) (Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan)
Orang Islam tidak cuba menggambarkanAllah SWT dalam apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya dituntut supaya beriman iaitu percaya dan membenarkan segala nama serta sifatAllah SWT yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran dan Hadith yang jelas tanpa sebarang perincian, pengurangan, penyerupaan atau pengubahsuaian, sebaliknya beriman dengan semua nama dan sifat Allah yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah dan RasulNya.
Para penuturbahasa Arab dari kesemua agama Ibrahimiah, termasuk orang Kristian dan Yahudi, menggunakan perkataan "Allah" bermaksud "Tuhan".[6] Orang Arab Kristian hari ini tiada perkataan lain untuk "Tuhan" selain "Allah".[7] Serupa, perkataanbahasa Aramia bagi "Tuhan" dalam bahasaKristian Assyria ialahʼĔlāhā, atauAlaha. (Turutbahasa Malta dariMalta yang turunan bahasa Arab, yang penduduknya hampir keseluruhannyaKatolik, menggunakanAlla bagi "Tuhan".) Orang Arab Kristian, contohnya, menggunakan kataAllāh al-ab (الله الأب) bagiTuhan Bapa,Allāh al-ibn (الله الابن) bagiTuhan Anak, danAllāh ar-rūḥ al-quds (الله الروح القدس) bagi Tuhan Roh Kudus. (Lihat Tuhan dalam Kristian bagi konsep Tuhan dalam agama Kristian.)
Apabila kita melihat kepada segala sesuatu yang bersifat terbatas, akan kita simpulkan bahawa semuanya tidak azali. Sebab bila bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), tentu tidak mempunyai keterbatasan. Dengan demikian jelaslah bahawa segala yang terbatas pasti diciptakan olehsesuatu yang lain.Sesuatu yang lain inilah yang disebut Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan manusia, hidup, dan alam semesta.
Dalam menentukan keberadaan Pencipta ini akan kita dapati tiga kemungkinan.
Pertama, Ia diciptakan oleh yang lain.
Kedua, Ia menciptakan diri-Nya sendiri.
Ketiga, Ia bersifat azali dan wajibul wujud.
Kemungkinan pertama bahawa Ia diciptakan oleh yang lain adalah kemungkinan yang bathil, tidak dapat diterima oleh akal. Kerana, bila benar demikian, tentu Ia bersifat terbatas. Begitu pula dengan kemungkinan kedua, yang menyatakan bahawa Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Jika memang demikian bererti Dia sebagai makhluk dan Khaliq pada saat yang bersamaan. Suatu perkara yang jelas-jelas tidak dapat diterima. Oleh kerana itu, Al-Khaliq harus bersifat azali dan wajibul wujud. DialahAllah SWT.
Ia ialah pengesaanAllah SWT dengan penciptaan, kerajaan dan pentadbiran; firmanAllah SWT : "Adakah lagi pencipta selain daripadaAllah SWT ? Dia memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tidak ada Tuhan melainkan Dia" [Fatir: 3], dan berfirmanAllah SWT : "Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah kamu semua ingat?" [An-Nahl: 17]
Ia ialah pengesaanAllah SWT dengan penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersamaAllah SWT sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembahAllah SWT dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab.
Ia ialah pengesaanAllah SWT dengan apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisanNabi Muhammad; dan hal itu ialah dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yangAllah SWT sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindaan dan tanpa penyerupaan ini adalah metode yang di gunakan oleh ulamak slafusoleh dan boleh juga di Takwil mengikut metode yang di gunakan oleh ulamak Khalaf.
Aqidah tauhid (monotheism) adalah aqidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul termasuklahNabi Nuh,Ibrahim,Daud,Sulaiman,Musa danIsa. ManakalaNabi Muhammad adalah rasul terakhir yang menyempurnakan risalah aqidah tersebut kepada semua kalangan manusia tanpa mengira keturunan, bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit.
Sifat-sifatAllah SWT yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalamal-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. SifatAllah SWT ini bukan sesuatu yang baharu atau di ciptakan oleh ulamak mutakallimin. Ia sudah terkandung dalam Quran dan Hadith dan juga Ulamak tabien Imam Abu Hanifah dalam kitab fiqhul Akhbar menyatakan 13 sifat bagi Allah.[8]
Bagi umatKristian di tanahArab tidak ada perkataan lain untuk 'Tuhan' selain 'Allah'.[9]
Arab Kristian misalnya menggunakan istilah-istilahAllāh al-ab (الله الآب) bermaknaTuhan yang Bapa,Allāh al-ibn (الله الابن) bermaknaTuhan yang Anak, danAllāh al-rūḥ al qudus (الله الروح القدس) bermaknaTuhan yang Roh Kudus. LihatTuhan dalam agama Kristian untuk konsep Tuhan Kristian. Bagaimanapun di kalangan masyarakat Kristian Arab sendiri, mereka mula mengelakkan diri daripada menggunakan "Allah" bagi merujuk tuhan dan menggantikannya dengan "Al-Ilaah" untuk Tuhan dan "Rabb" untuk Pemilik.[10]
Penganut Kristian di negara barat pula menganggap tidak wajar memanggil nama Tuhan Kristian dengan nama "Allah" kerana doktrin keagamaan yang berbeza di antara orang Islam dan Kristian boleh membawa kepada kekeliruan.[11] Malah sesetengah mereka mendakwa "Allah" berasal daripada Tuhan masyarakatpagan Arab (musyrikin Arab).[12]
Para penterjemah kitab Bible dan mubaligh Kristian terutama di dalam masyarakat yang majoritinya beragama Islam menggunakan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada tuhan. Tindakan ini dipercayai untuk memudahkan penyebaran agama Kristian dan pemahaman di kalangan masyarakat tempatan.[13][14] Seterusnya memurtadkan umat Islam di dalam masyarakat tersebut.[15][16] Kes penukaran nama tuhan Kristian kepada nama-nama tuhan bahasa tempatan juga pernah berlaku apabila William Carey, seorang paderi menterjemah Bible bahasa Inggeris kepadabahasa Benggali, dengan menggunakan nama Tuhan Yang Maha Agung Hindu, Ishwar merujuk 'God'.[14][17]
DiIndonesia,terjemahanKitab Bible dalam bahasa tempatan menggunakan perkataan "Allah Bapa"[18] bagi menggambarkanGod the Father dan "Anak Allah" bagi Yesus[19], walaupun dalam pengucapan seharian mereka lebih gemar menggunakan perkataan "Tuhan", "Lord" atau "God".
Dalam bahasa Indonesia umum, kata "Tuhan" dipakai untuk Yang Mahakuasa, Mahaperkasa. Untuk Allah pula, Tuhan Yang Maha Esa, termasuk Kitab Perjanjian Baru kecuali petikan Perjanjian Lama.[20]
DiMalaysia, terdapat cubaan menggunakan perkataan "Allah" sebagai ganti kepada perkataanBahasa Inggeris "God" di dalamkitab Bible versibahasa Melayu. Ia masih lagidiperdebatkan. Impak jangka panjang jika ini dibenarkan adalah sangat besar dari apa yang sesetengah orang jangkakan, kerana terjemahan lain sepertithe Pagan gods atauZeus, King of the God boleh diterjemahkan sebagaiallah-allah Pagan jugaZeus, Raja Segala Allah.
Pada penghujung tahun 2012, isu penggunaan nama Allah di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu kembali timbul apabila ia dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng, sebagai mesejKrismas beliau kepada kerajaanBN.[21] Perkara ini mendapat tentangan kuat daripada beberapaNGO Islam di Malaysia.[22][23] Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) misalnya telah menerbitkan sebuah makalah ilmiah yang menghujahkan aspek bahasa dan sejarah tentang kekeliruan dalam tuntutan penggunaan kata nama Allah untuk terjemahan Bible.[24]
Berikutan hal ini,Sultan Selangor mentitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk umat Islam sahaja dan mana-mana pihak yang cuba mengingkari akan ditahan.[25] Walau bagaimanapun, kerajaan Selangor terus dengan pendirian mereka bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan muslim selagi ia tidak disalah gunakan.[26]Manakala, Majlis Gereja Malaysia tetap berkeras ingin menggunakan nama "Allah" atas alasanPerkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu " agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan".[27] PartiMCA menyokong kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam dengan alasan agama lain sepertiSikh danHindu juga mengandungi kalimah Allah.[28] Walau bagaimanapun pendapat ini telah disanggah oleh Aidil Khalid dalam sebuah artikel yang menghujahkan bahawa kalimah Allah dalam kitab suci agama Sikh adalah merujuk kepada Allah seperti mana yang difahami oleh orang Islam, manakala tidak terdapat sebarang bukti bagi menunjukkan bahawa kalimah tersebut terkandung dalam kitab suci agama Hindu.[29][30]
Berlaku juga konflik di dalam partiPAS apabila presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang mengatakan bukan Islam boleh guna kalimah Allah tetapi dengan syarat ia tidak disalahgunakan.[31][32] Dan ia disokong olehMursyidul Am PAS, DatukNik Abdul Aziz Nik Mat apabila beliau bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam asalkan ia tidak disalahguna.[33] Namun di pihak Dewan Ulama PAS pula tidak bersetuju penggunaannya bagi bukan Islam.[34][35] Mereka berpendapat istilah terbaik untuk 'God' adalah tuhan sebagaimana ia difahami oleh penganut Kristian manakala nama Allah khusus untuk Islam. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksenangan antara penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia.[36]
Pada 14 Oktober 2013, Makhamah Rayuan Malaysia telahmembatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar The Herald.[37] Hal ini mendapat pelbagai reaksi di kalangan muslim dan bukan muslim di Malaysia. Namun, rayuan oleh Kerajaan Malaysia selepas itu telah diterima oleh mahkamah.
Di dalam Al-Quran, Allah dengan tegas menjelaskan bahawa :=
"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah satu (oknum) daripada yang tiga (oknum triniti)", padahal sekali-kali tidak ada tuhan selain dari Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih." (Surah Al-Ma’idah: 73)
^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaColumbia
^Lewis, Bernard; Holt, P. M.; Holt, Peter R.; Lambton, Ann Katherine Swynford (1977).The Cambridge history of Islam. Cambridge, Eng: University Press. m/s. 32.ISBN978-0-521-29135-4.
^Imam Abu ’l-Muntaha al-Maghnisawi (2007).Imam Abu Hanifa's Al-Fiqh al-Akbar Explained. white thread press.ISBN1-933764-03-1.
^Lewis, Bernard; Holt, P. M.; Holt, Peter R.; Lambton, Ann Katherine Swynford (1977).The Cambridge history of Islam. Cambridge, Eng: University Press. m/s. 32.ISBN0-521-29135-6.CS1 maint: multiple names: authors list (link)