"Ahli alkimia" dilencongkan ke sini. Untuk novel bertajuk sama oleh Paulo Coelho, sila lihatO Alquimista.
Dalam sejarahsains,alkimia (bahasa Arab: الكيمياء,al-kimia) ataukimia kuno merujuk kepada kedua-dua jenis penyelidikan sains alam dan disiplin falsafah dan rohaniah yang menggabungkan unsurkimia,metalurgi,fizik,perubatan,astrologi,semiotik,mistik,spiritualisme danseni yang digabungkan menjadi suatu daya yang kuat. Alkimia sudah lama diamalkankan diMesopotamia,Mesir Purba,Parsi,India,China, dalam Yunani Purba dan Rom Purba, dalamTamadun Islam, dan diEropah hingga kurun ke-19 dalam jaringan sekolah yang kompleks dan sistem falsafah yang menjangkau kira-kira 2500 tahun.
Alkimia Barat sentiasa dikaitkan denganHermeticism, satu sistem falsafah dan spiritual yang bertunjangkanHermes Trismegistus, seorangsyncretic dewa Mesir-Yunani dan ahli alkimia lagenda. Dua disiplin ini mempengaruhi kelahiranRosicrucianism, satu penggerak pentingesoteric pada kurun ke-17. Dalam zaman moden awal, aliran teras alkimia bertukar menjadi kimia moden.
Hari ini disiplin alkimia cuma menarik minat ahlisejarah sains danfalsafah, dan untuk ciri-ciri aspekmistik,esoterik, danartistiknya. Walau bagaimanapun, alkimia merupakan salah satu pelopor utama dalamsains moden, dan banyak bahan dan proses kimia kuno terus menjadi asas dalam kimia moden dan industri logam.
Walaupun alkimia mempunyai banyak bentuk berlainan, dalam budaya kini, ia banyak digambarkan dalam cerita, filem, wayang dan permainan sebagai proses untuk menjadikanplumbum (atau unsur logam murah yang lain) kepadaemas. Selain itu, alkimia juga digambarkan merujuk kepada pencarianbatu ahli falsafah, yang boleh mengubah kepada emas atau menambah hayat.
"Ahli Alkimia", oleh Sir William Fettes Douglas, 1853
Persepsi masyarakat pada ketika itu menganggap ahli alkimia adalah pseudosaintis, penipu dan orang yang mengaku dirinya pandai akan sesuatu, yang menguji bagaimana hendak menukar bahan murah kepada emas, mempercayai bahawa Bumi terkandung daripada empat elemen utama iaitu tanah, air, api dan angin, dan menghabiskan masa mereka-reka sesuatu yang ajaib, racun, dan penawar magis.
Walaupun sesetengah ahli alkimia dianggap seorang yang mengada-ngada, penipu dan mengaku dirinya pandai, kebanyakan daripada mereka merupakan sekular yang berpengetahuan tinggi dan saintis yang berwibawa sepertiIsaac Newton danRobert Boyle. Pencipta-pencipta ini mencuba untuk menyiasat tentang keadaan semulajadi bahan kimia dan prosesnya. Mereka perlu bergantung kepadaeksperimen, mencuba secara tradisional, peraturan ibu jari, dan pemikiran spekulatif bagi membongkar rahsia alam semesta yang dikaji.
Dalam masa yang sama, adalah jelas kepada ahli alkimia bahawa sesuatu yang terlibat dalam proses kimia disimpan, walaupun dalam perubahan yang amat ketara dari segi fizikal dan rupa; adalah, bahan itu mengandungi "prinsip" yang mungkin disembunyikan dalam bentuk luaran dan didedahkan menggunakan manipulasi yang betul. Menerusi seluruh sejarah disiplin, ahli alkimia berusaha untuk memahami keadaan semulajadi prinsip-prinsip tersebut, dan mencari beberapa susunan dan memahami keputusan eksperiment kimia mereka yang sering dilemahkan oleh reagen yang tidak berkualiti, kekurangan pengukuran kuantitatif, dan sistem penamaan yang membingungkan dan tidak selaras.
Objektif utama ahli alkimia yang terkenal ialah mengubahlogam biasa kepadaemas, bahan yang boleh menyembuhkan pelbagaipenyakit dan memanjangkan hayat. Walaupun perkara tersebut bukanlah kegunaan utama bidangSains, tetapi telah didokumentasikan secara meluas dan sangat terkenal. Bermula darizaman pertengahan lagi, ahli alkimiaEropah telah berusaha untuk mencaribatu falsafah, bahan kuno yang dikatakan dapat menambahkan secara mendadak pengetahuan seseorang tentang alkimia. Ahli alkimia pada zaman itu sangat berpengaruh walaupun bukan pada asalnya mencari sesuatu yang tiada, tetapi mengkaji sesuatu yang seterusnya menjadi asa kepada kimia moden.
Dalam erti kata yang lain, ahli alkimia tidak pernah berpendapat memisahkan aspek kimia fizikal mereka dari pandanganmetafizik. Ini dapat dilihat dalam kimi moden di mana ahli kimia meminjam perkataan yang tidak ada dalam dokumen alkimia daripada kitab-kitabpagan danBible untuk memudahkan pengenalan sesuatu.
Sejak dari zaman pertengahan, beberapa ahli alkimia memilih untuk melihat aspek metafizik tersebut sebagai asas utama alkimia, bahan kimia, keadaan fizikal, proses bahan dan metafora kepada transformasi. Oleh itu,simbol-simbol alkimia dilihat mempunyai pelbagai makna, rujukan, dan analagi kepada perkara yang berlainan. Kebanyakkannya perlu di dekod untuk mengetahui makna sebenar yang tersirat.
Sejak dari zaman awalnya, alkimia telah berkait rapat denganastrologi-seperti di dunia Islam dan Eropah, yang bermaksud tradisi sekolah astrologiorang Yunani. Sistem alkimia sering diterima iaitu setiap satu dari tujuhplanet dikenalpasti dalam penandaan astrologi purba atau di kaitkan dengan beberapa logam. Dalam Hermatisma, ia dikaitkan dengan kedua-dua astrologi dantheurgi. "Setiap yang telah berlaku tidak akan berlaku lagi. Tetapi apa yang berlaku dua kali akan pasti berlaku pada kali yang ketiga." Satu pepatah dari bukuThe Alchemist.
Alkimia barat merupakan pendahulukimia moden. Ahli alkimia menggunakan pelbagai alatan yang sama pada hari ini. Aalatan tersebut bukan seteguh dan baik seperti sekarang terutama pada zaman [[KegelapanEropah. Kebanyakan cubaan penukaran gagal apabila ahli alkimia secara tidak sengaja mencipta unsur yang tidak stabil ditambah dengan keadaan yang tidak selamat.
Higga kekurun ke-16, alkimia telah dianggap ilmu sains yang penting di Eropah. Sebagai contoh,Issac Newton telah memberi sepenuh masa terhadap penulisan alkimia berbanding dengan subjek yang lain sepertioptik ataufizik. Antara ahli alkimia yang terkenal di Barat pada waktu itu ialahRoger Bacon, SaintThomas Aquinas,Tycho Brahe,Thomas Browne, danParmigianino. Namun begitu, alkimia semakin tidak dapat diterima sejak kurun ke-18 di mana kelahiran kimia moden yang lebih persis dan situasi kerjanya yang lebih selamat telah menidakkan keupayaan alkimia.
Dalam kurun ke-19, seorang ahli kimia yang terkenal, BaronCarl Reichenbach, bekerja dalam konsep yang sama seperti alkimia kuno sepertidaya Odic, tetapi kajiannya tidak diterima dalam aliran sains yang utama pada waktu itu.
Penukaran jirim, objektif utama alkimia, menjadi nyata pada kurun ke-20 apabila ahli fizik berja menukar atom plumbum kepada atom emas secara tindak balasnuklear. Walau bagaimanapun, atom emas yang baru itu telah menjadiisotop yang tidak stabil di mana ia hanya bertahan selama 5 saat sebelum terurai semula.
Penggunaan symbol alkimia telah digunakan secara meluas pada kurun ke-20 olehAhli Psikologi dan falsafah.
Sejarah alkimia sudah menjadi bidang akademik yang luas. Oleh sebab bahasa alkimia hermetic telah banyak di ketahui, para sejarawan menjadi lebih cenderung untuk mengkaji hubungan di antara displin dan segi sejarah budaya Barat seperti sosiologi dan psikologi komuniti cendekiawan,kabbalalisma,spiritualisma,Rosikrusianisma, dan pelbagai gerakan mistik yang lain umpamanyakriptografi, ilmusihir, dan evolusiSains danfalsafah.
Greenberg, Adele Droblas (2000).Chemical History Tour, Picturing Chemistry from Alchemy to Modern Molecular Science. Wiley-Interscience.ISBN0-471-35408-2.