Alibaba Group Holding Limited (NYSE:BABA) ialah sebuah syarikate-dagang/e-lelong China yang mengkhususkan perniagaan sejagat. Syarikat ini yang berpusat diHangzhou, memiliki pejabat pemasaran dan jualan luar di lebih 30 buah bandar raya di China, serta diHong Kong,Switzerland danAmerika Syarikat.
Pada tahun 2012, dua portal Alibaba mengendalikan 1.1 trilion yuan (AS $170 bilion) urus niaga.[3] Sebahagian besar operasi syarikat ini ialah diRepublik Rakyat China (RRC), dan pada tarikhpenawaran awam permulaannya (IPO), 19 September 2014, nilai pasaran Alibaba ialah AS$231 bilion.[4]
Pada September 2013, syarikat ini mencari IPO diAmerika Syarikat selepas satu urusan tidak dapat dipersetujui dengan pihak berkuasa Hong Kong.[5] Perancangan berlaku selama 12 bulan sebelum kemunculan di Bursa Saham New York (NYSE) pada September 2014. Simbol Alibaba di papan tanda adalah "BABA.N", manakala harga IPO pada mulanya mengumpul AS$ 21.8 bilion, yang kemudiannya meningkat kepada AS$ 25 bilion, menjadikannya IPO terbesar dalam sejarah dunia pelaburan dunia, serta telah mengalahkan IPOFacebook (yang terbesar sebelum ini).[6][7]
Portalpengguna-ke-pengguna AlibabaTaobao, serupa dengan eBay, memiliki hampir satu bilion barang dan menjadi antara 20 tapak web paling-dilawat di seluruh dunia. Tapak web kumpulan ini bertanggungjawab terhadap lebih 60% penghantaran bungkusan di China setakat Mac 2013,[3] dan 80% jualan dalam talian negara itu setakat September 2014.[4] Alipay, suatu perkhidmataneskrow dalam talian, bertanggungjawab terhadap sekitar separuh urus niaga bayaran dalam talian di China.[8]
Sejarah
Alibaba diasaskan olehJack Ma pada tahun1999 sebagai sebuah perkhidmatanpapan buletin agar syarikat perniagaan dapat mengeposkan, membeli dan menjual perintis jualan.Softbank, sebuah perbadanantelekomunikasi dan media yang berpusat di Jepun, merupakan salah satu pelaburnya yang terawal. SyarikatJepun ini mula-mulanya melabur sebanyak AS$18 juta pada tahun2000 dan kemudiannya juga menyertai pembiayaan yang berikut. Seterusnya, Alibaba menjadi sebuahlaman sesawang sejagat untuk perusahaan kecil dan sederhana, bukan sahaja untuk mengenal pasti bakal rakan perdagangan yang berpotensi tetapi juga untuk berinteraksi antara satu sama lain dan menjalankanperniagaan dalam talian.
Menjelang bulan Oktober2005, Alibaba danYahoo! menjalin sebuah perkongsian strategi jangka panjang, dengan Yahoo! mengambil alih 40% daripada syarikat Alibaba pada harga AS$1 bilion berserta aset Yahoo! di China yang bernilai sekitar AS$700 juta. Melalui perkongsian ini, Alibaba juga mendapatkan teknologi Yahoo! serta dapat mempergunakan sumber sejagatnya. Yahoo! turut memasukkangelintaran dalam taliannya ke dalam portfolio perniagaane-dagang Alibaba dan dengan itu, membantu Alibaba menjadi salah satusyarikat internet yang terbesar di China.
Pada 5 September 2014, kumpulan ini meletakkan julat harga awalAS$60-$66 untukpenawaran awam permulaannya (IPO). Penyenaraian diBursa Saham New York (NYSE) ini dijangka menghasilkan lebih $20 bilion, menjadikannya penyenaraian teknologi terbesar dalam sejarah A.S., mengatasiFacebook.[9]Pada 18 September, IPO Alibaba diberi harga AS$68, mengumpul AS$21.8 bilion bagi syarikat itu dan pelaburnya.[10][11]Pada 19 September, saham Alibaba (BABA) mula didagangkan di NYSE dengan harga pembukaan $92.70 pada 11:55am EST. Penaja jamin Alibaba kemudian mengumumkan mereka menggunakan pilihangreenshoe untuk menjual 15% lebih saham daripada rancangan asal, meningkatkan jumlah IPO ke $25 bilion.[7]