Tumbuhan ini diusahakan sebagai tanaman pakan penting di banyak negara di seluruh dunia. Ini digunakan untuk merumput,rumput kering, dansilage, sertabahan penyubur dantanaman penutup tanah semaian.
Tumbuhan ini dikaji berasal dari Asia tengah dan selatan khususnya diIran kuno;[4][5] catatanPlinius Secundus menyatakan bahawa ia diperkenalkan ke tanah Yunani oleh orang Parsi yang menakluk pada sekitar 490 SM.
Ibn al-'Awwam, seorang penulis pakar pertanian yang tinggal di Sepanyol pada abad ke-12 ada menerangkan pengusahakan alfalfa (atauالفصفصةal-fiṣfiṣa yang memberi nama tumbuhan ini[6][7][8]). Kamus umum abad ke-13Lisān al-'Arab ada mengatakan bahawa alfalfa diusahakan sebagai makanan haiwan dan dimakan dalam bentuk segar dan kering.[9]
Alfalfa adalahkekacangsaka yang biasanya mempunyai hayat empat hingga lapan tahun, tetapi dapat hidup lebih dari 20 tahun bergantung pada jenis spesies daniklim.[10] Ia mampu tumbuh hingga setinggi 1 meter.
Sistem akar ia tumbuh hingga sedalam 2 hingga 3 meter bergantung pada batasan tanah. Sifat mendalam sistem akar ini membantu meningkatkan kesuburan nitrogen tanah dan melindungi dari hakisan tanah;[11] kedalaman sistem akar ini serta kandungan simpanan karbohidrat yang tinggi menjadikan ia tahan lasak terutama pada musim kemarau.
Nodul akarnya mengandungi bakteriaSinorhizobium meliloti yang berkemampuanmengikatnitrogen pada tanah lalu memperkayakan kandunganprotein hasil tanaman walau apapun jua keadaantanah sepertimanakekacang lain.[12] Keupayaan pengikatan nitrogen ini serta penggunaannya sebagai makanan haiwan sangat meningkatkan kecekapan pertanian.[13][14]
Alfalfa banyak ditanam di seluruh dunia sebagai makanan ternakan baik dengan segera, dalambentuk keringnya mahupunditapai[15] Alfalfa biasanya mempunyai nilai pemberian makanan tertinggi dari semua tanaman jerami biasa. Ia jarang digunakan sebagai tumbuhan yang menutupipadang.[16] Apabila ditanam di tanah di mana ia disesuaikan dengan baik, alfalfa selalunya merupakan tanaman makanan dengan penghasilan tertinggi, tetapi manfaat utamanya adalah gabungan hasil tinggi per hektar dan mutu pemakanan yang tinggi.[17]
Penggunaan utama alfafa bergantung kepada kepentingan haiwan yang ingin diternak:
ia diutamakan untuk lembu-lembususu dandaging mengalakkan penghasilan banyak kerana kandungan proteinnya yang tinggi dan serat yang sangat mudah dicerna.[18][19]
sumber protein dan serat yang banyak digunakan untukarnab daging.
Manusia juga memakan pucuk cambahan alfalfa (seakantauge) dalam salad dan sandwic.[21][22] Daun alfalfa yang dikeringkan tersedia secara komersial sebagaimakanan tambahan baik dalam bentuk tablet, serbuk atau teh.[23]
^Lisān al-'Arab is online atBaheth.infoDiarkibkan 29 Oktober 2013 diWayback Machine. Search for فصفصة in the dictionary. (The dictionary is also downloadable at Archive.org but that version doesn't have searchable text).
^Heuzé, V.; Tran, G.; Boval, M.; Lebas, F.; Lessire, M.; Noblet, J.; Renaudeau, D. (6 Oktober 2013)."Alfalfa (Medicago sativa)". Feedipedia.org. A programme by INRA,CIRAD, AFZ andFAO. Dicapai pada6 Oktober 2013.
^Spottiswood, John."Alfalfa sprouts". CookEatShare.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2011. Dicapai pada29 Jun 2011.