* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Alessandro NestaUfficiale OMRI[3][4] (sebutan bahasa Itali: [alesˈsandro ˈnɛsta]; lahir 19 Mac 1976) ialah seorang pengurus bola sepak Itali serta bekas pemain bola sepak yang kini mengendali kelabSerie B,Reggiana. Sepanjang kerjayanya, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman. Beliau terkenal dengan kepantasan, kemahiran merampas bola, elegan di atas padang serta bijak menjaga gerak-geri pemain lawan.[5][6][7]
Nesta merupakan anggotapasukan kebangsaan Itali sejak penampilan sulung beliau pada 1996 dan telah beraksi sebanyak 78 perlawanan. Di peringkat antarabangsa, beliau mengambil bahagian dalamSukan Olimpik 1996, tigaKejohanan Eropah dan tiga penampilan diPiala Dunia. Nesta juga termasuk dalam skuad Itali yang menjulang trofiPiala Dunia 2006 serta mewakiliAzzurri yang layak ke peringkat akhirEuro 2000.
Bakat Nesta pertama kali dikesan olehFrancesco Rocca, seorang pencari bakat dari kelabRoma. Akan tetapi, bapa Nesta yang merupakan peminatLazio telah menolak tawaran tersebut.[10] Nesta memulakan kerjaya remajanya bersama Lazio pada 1985 dengan beraksi di pelbagai posisi termasuklah penyerang dan pemain tengah sebelum beliau diletakkan di posisi pertahanan. Ketika musim1993–94, beliau telah dipanggil ke skuad utama dan melakukan penampilan pertamanya pada 13 Mac 1994 dalam aksi menentangUdinese. Nesta beraksi sebagai pemain gantian dengan menggantikanPierluigi Casiraghi pada minit ke-78 permainan.[11]
Nesta terpilih sebagai kapten pasukan pada tahun1997 semasa di bawah kendalianSven-Göran Eriksson. Beliau membantu pasukannya menjuaraiCoppa Italia 1998 dengan menewaskanAC Milan, yang mana beliau menghasilkan jaringan kemenangan pasukan. Beliau juga tampil dalam aksi finalPiala UEFA pada musim yang sama tetapi pasukannya akur akan kekalahan kepadaInternazionale. Nesta telah merangkulAnugerah Pemain Muda Terbaik Serie A dalam acara anugerah bola sepak Itali hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim.
Pada tahun berikutnya, beliau terpaksa berehat selama hampir separuh musim kerana mengalami kecederaan ligamen daripada aksiPiala Dunia 1998. Beliau kembali tampil di atas padang pada bulan Disember. Sebagai kapten, beliau mengetuai Lazio dalam perlumbaan merebut takhta liga tetapi mereka dibezakan dengan satu mata pada hari terakhir musim. Walau bagaimanapun, pasukannya menjuarai dua trofi di peringkat antarabangsa iaituPiala Juara-Juara UEFA dengan menewaskanMallorca dan pada bulan Ogos berikutnya, Lazio meraihPiala Super UEFA dengan menewaskanManchester United.[12]
Pada musim1999–2000, beliau mengetuai Lazio meraih kejuaraanScudetto danCoppa Italia sekali gus melengkapkandouble. Pada musim berikutnya, dengan bimbingan pengurusDino Zoff, Lazio menjuaraiSupercoppa Italiana dan menghuni tangga ketiga liga. Prestasi baik Nesta serta kejayaan yang dikecapi oleh pasukannya telah melayakkan beliau meraih tigaAnugerah Pertahanan Terbaik Serie A berturut-turut antara tahun 2000 dan 2002.[13][14] Kemudian, kemelut masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak pengurusan kelab telah memaksa presiden kelab,Sergio Cragnotti menjual Nesta ke Milan pada 2002. Nesta meninggalkan Lazio.[15]
Sebaik sebelum kempen musim2002-03, keadaan masalah kewangan telah memaksa Lazio untuk menjual ramai pemain terbaik mereka termasuklah Nesta yang berpindah ke Milan melalui perpindahan yang bernilai€30,987,000 (60 bilion lira).[16] Pada masa itu, beliau membentuk barisan pertahanan kukuh bersamaPaolo Maldini,Cafu,Alessandro Costacurta,Jaap Stam dan lain-lain. Dua musim pertama Nesta diRossoneri sangat cemerlang. Pada musim sulungnya, beliau menjuaraiLiga Juara-Juara buat kali pertama dalam kariernya apabila Milan menewaskan pesaingJuventus diOld Trafford dalam aksi pertembungan kelab-kelab Itali buat kali pertama dalam sejarah. Nesta berjaya memastikan gawang pasukannya tidak dibolosi sepanjang permainan dan menyudahkan tendangan penalti dalam aksi penentuan penalti selepas masa tambahan. Selain itu, Nesta turut merangkul trofiCopppa Italia selepas pasukannya mengecewakanRoma[17] manakala dalam saingan liga, Milan menghuni tangga ketiga liga. Nesta sekali lagi meraihPertahanan Terbaik Serie A berikutan prestasinya dan terpilih ke dalamPasukan Terbaik UEFA.[14][18]
Pada musim berikutnya, Milan tewas dalam kejuaraanSupercoppa Italiana kepada Juventus danPiala Antara Benua kepadaBoca Juniors menerusi penentuan penalti. Walau bagaimanapun, Nesta berhasil menjuaraiPiala Super Eropah bersama Milan apabila mereka menewaskanPorto di samping merebut kejuaraanScudetto kedua dalam kariernya ada musim yang sama. Dalam aksiLiga Juara-Juara, Milan sekadar layak ke peringkat suku akhir manakalaCoppa Italia pula di peringkat separuh akhir. Pada hujung musim, Nesta sekali lagi terpilih ke dalam Pasukan Terbaik UEFA buat kali ketiga berturut-turut.[19]
Nesta memulakan musim berikutnya dengan menewaskan pasukan lamanya, Lazio untuk merebut kejuaraanSupercoppa Italiana 2004. Milan turut melangkah ke aksi finalLiga Juara-Juara tetapi kalah kepadaLiverpool menerusi penentuan penalti. Dalam aksiliga, Milan menamatkan saingan di belakang pendahulu Juventus. Walaupun menamatkan kempen sebagai naib juara di aksi liga dan Liga Juara-Juara, Nesta telah terpilih ke dalamFIFPro World XI buat kali pertama dalam karier beliau.[20][21]
Nesta berlatih bersama Milan pada 2007.
Semasa musim2005-06, Milan sekali lagi menamatkan kempen sebagai naib juara di belakang pendahulu Juventus di Serie A. Namun begitu, kedua-dua pasukan tersebut ditolak mata berikutan penglibatan dalamskandal pengaturan perlawanan 2006 sementara gelaran juara liga diserahkan kepadaInter Milan. Juventus tersingkir ke divisyen kedua manakala Milan menduduki tangga ketiga liga selepas penolakan mata. Milan turut mara ke peringkat separuh akhirLiga Juara-Juara pada 2006 sebelum tewas kepada bakal juara,Barcelona.
Walaupun Nesta terlepas banyak aksi semasa musim2006-07 akibat kecederaan bahu, beliau telah memainkan peranan penting bagi Milan untuk menjulang kembali trofiLiga Juara-Juara apabila pasukannya membalas dendam atas kekalahan 2005 dengan menumbangkan Liverpool 2-1 diAthens. Meskipun mata Milan ditolak pada musim itu, Nesta yang pulih dari kecederaan membantu Milan menamatkan saingan liga tangga keempat sekali gus menempah tiket ke Liga Juara-Juara musim depan. Nesta juga tampil dalam Pasukan Terbaik UEFA dan FIFPro World XI pada musim itu.
Nesta meraih pencapaianPiala Super Eropah ketiga dalam kariernya pada bulan Ogos 2007 apabila Milan mengetepikan cabaranSevilla 3–1. Nesta kemudian melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2011.[22] Nesta berupaya menjaringkan gol sulungnya untuk Milan sejak April 2006 ketika aksi menentangSiena pada 15 September 2007. Beliau terus melakarkan jaringan penting buat Milan dalam aksi finalPiala Dunia Kelab menewaskan Boca Juniors 4-2.[23] Walau bagaimanapun, Milan terus berdepan kekecewaan sepanjang musim apabila hanya menghuni tangga kelimaSerie A dan tersingkir daripada pusingan ke-16Liga Juara-Juara danCoppa Italia.
Kondisi kecederaan yang serius memaksa Nesta untuk melupakan penampilannya di seluruh musim2008-09 sekali gus menimbulkan keresahan akan peluangnya untuk aktif kembali dalam bola sepak.[24] Beliau pulih sepenuhnya dari kecederaan dan tampil dalam aksi liga menentangFiorentina pada 31 Mei 2009 dan ia menandakan penampilan pertama beliau pada musim itu. Milan berjaya menamatkan kempen di tangga ketiga liga.
Pada musim selanjutnya, Nesta menjaringkan dua gol pertamanya untuk Milan ketika pasukanya menewaskanChievo di Serie A. Beliau mula muncul kembali dalam kesebalasan utama dan menjadi salah seorang pemain Milan paling konsisten sepanjang musim2009-10 semasa di bawah kendalian pengurusLeonardo. Nesta meneruskan prestasinya apabila beliau membentuk duo pertahanan mantap bersamaThiago Silva pada musim2010-11 di bawah bimbinganMassimiliano Allegri. Duo pertahanan ini hanya bolos 24 jaringan gol dalam 38 perlawanan dalam kejayaan kempenScudetto musim itu. Milan juga mara ke aksi separuh akhirCoppa Italia manakala mereka sekadar hampa di sainganLiga Juara-Juara apabila tersingkir di pusingan 16. Musim itu juga bertiup spekulasi bahawa Nesta akan mengumumkan persaraan pada penghujung musim. Akan tetapi, beliau mengesahkan bahawa akan kekal selama satu musim lagi di Milan sebelum bersara. Dengan itu, beliau melanjutkan kontraknya selama setahun pada 18 Mei 2011 di mana beliau kekal bersamaRossoneri sehingga musim panas 2012.[25][26] Nesta juga terpilih dalamPasukan Terbaik Serie A berikutan prestasinya yang membantu Milan meraih kejuaraan liga.
Nesta memulakan musim terakhirnya di Milan dengan menjuaraiSupercoppa Italiana 2011 pada 6 Ogos 2011 dengan menumpaskan musuh tradisi, Inter Milan 2–1 diBeijing. Milan menamatkan kempenliga di belakang pendahulu Juventus dan mara ke peringkat suku akhirLiga Juara-Juara. Pada 10 Mei, Nesta mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari Serie A pada penghujung musim dalam satu sidang pertemuan. Sepanjang sepuluh musim di Milan, Nesta beraksi dalam 325 perlawanan dan menjaringkan sepuluh gol. Di Milan, beliau berjaya mencapai dua gelaran Serie A, satu trofi Coppa Italia, dua kejuaraan Supercoppa Italiana, dua trofi Liga Juara-Juara Eropah, dua trofi Piala Super Eropah serta satu trofi Piala Dunia Kelab.
Pada 5 Julai 2012, Nesta menandatangani kontrak baru bersama pasukanMajor League Soccer,Montreal Impact. Beliau menandatangani kontrak selama 18 bulan dalam perpindahan percuma. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi persahabatan menentangLyon pada 24 Julai. Beliau seterusnya melakukan penampilan kompetitif pertama pada tiga hari kemudian dalam aksi kemenangan 3-1 ke atasNew York Red Bulls. Pada 2013, Nesta meraih satu-satunya gelaran bersama Montreal Impact iaituKejuaraan Kanada.
Pada 20 Oktober 2013, Nesta mengumumkan bahawa beliau akan bersara selepas tamatnyaplayoff Piala MLS 2013 selepas menghabiskan dua musim di Montreal.[27]
Pada 28 November 2014, Nesta telah menyertai kelabLiga Super India,Chennaiyin FC untuk saki-baki musim 2014. Beliau telah dibawa masuk oleh bekas rakan sepasukannya di Itali,Marco Materazzi.[28] Beliau melakukan aksi pertamanya dalam perlawanan seri 2-2 menentangDelhi Dynamos. Beliau berpasangan denganMikaël Silvestre di bahagian pertahanan dalam aksi terakhir musim.[29]
Nesta memulakan kariernya sebagai pemainbawah-21 yang memenangiKejohanan Eropah 1996. Beliau tampil dalam aksi final menentangSepanyol apabila beliau menyudahkan tendangan keempat Itali dalam aksi kemenangan 4-2.[30] Menjelang beberapa bulan kemudian, beliau disenaraikan ke dalam skuadItali ke kejohananEuro 1996 di England olehArrigo Sacchi. Namun begitu, beliau tidak tampil dalam sebarang perlawanan yang menyaksikan Itali tersingkir di peringkat kumpulan. Beliau berpeluang melakukan kemunculan sulungnya untukAzzurri ketika di bawah pengurusCesare Maldini dalam perlawanankelayakan Piala Dunia 1998 menentangMoldova pada 5 Oktober 1996. Beliau seterusnya melakukan tujuh penampilan dalam kempen kelayakan tersebut.[31] Di kejohananPiala Dunia 1998, Nesta beraksi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dengan membentuk barisan pertahanan bersamaPaolo Maldini,Fabio Cannavaro,Alessandro Costacurta danGiuseppe Bergomi.[32][33][34] Beliau tidak dapat beraksi dalam perlawanan seterusnya berikutan kecederaan yang kemudiannya Itali tersingkir kepada tuan rumah dan bakal juara,Perancis di peringkat suku akhir menerusi penentuan penalti.[35][14][36]
Selepas menjadi tonggak utama pertahanan Itali dalam kempenkelayakan Euro 2000 di bawah kendalianDino Zoff, Nesta tampil dalam barisan kesebelasan utama Itali diUEFA Euro 2000 dengan membentuk pertahanan bersama pemain Paolo Maldini dan Fabio Cannavaro sepanjang kejohanan. Itali hanya dibolosi dua jaringan gol dalam laluan ke final serta berjaya menghasilkan tiga perlawanan tanpa bolos sepanjang kejohanan iaitu menentang tuan rumahBelgium di peringkat kumpulan[37] dan kedua menentangRomania di peringkat suku akhir yang mana beliau menjadi pemain terbaik perlawanan.[38][39] Dalam pertembungan separuh akhir menentangBelanda, Itali yang bermain sepuluh orang pemain berjaya menyingkirkan tuan rumah tersebut dalam penentuan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan selepas masa tambahan.[40] Itali mara ke aksi final menentang juara dunia Perancis. Impian Itali lebur apabilaDavid Trezeguet menjaringkan gol emas pada masa tambahan bagi Perancis mengecewakan Itali dalam dua kejohanan berturut-turut.[41] Nesta bersama rakan pertahanannya iaitu Maldini dan Cannavaro terpilih ke dalam pasukan terbaik kejohanan.[42]
Sesudah kejohanan Euro 2000, Nesta kekal sebagai pilihan pertama pemain pertahanan Itali walaupun di bawah pengurus baruGiovanni Trapattoni untuk persiapan cabaranPiala Dunia 2002. Semasa kejohanan itu, beliau berpasangan dengan Cannavaro dan berjaya memelihara gawang pasukan tanpa bolos dalam aksi pembukaan menentangEcuador.[43] Walau bagaimanapun, sekali lagi belenggu kecederaan memaksanya untuk tidak beraksi dan beliau hanya mampu menyaksikan pasukannya tersingkir di pusingan kalah mati dalam aksi kontroversi menentangKorea Selatan.[44] Nesta kemudiannya tampil dalam aksikelayakan Euro 2004. Kekecewaan Itali di kejohanan besar terus berlanjutan apabila ia tersingkir di peringkat kumpulan walaupun berkongsi mata dengan pasukan-pasukan yang layak ke pusingan berikutnya iaituDenmark danSweden.[45] Nesta beraksi dalam kesemua perlawanan tersebut dan memastikan Itali tidak dibolosi dalam aksi pembukaan menentang Denmark.[14][46][47]
Berikutan dua kekecewaan berturut-turut, pengurus baharuMarcelo Lippi mengekalkan khidmat Nesta di bahagian pertahanan dalam aksikelayakan Piala Dunia 2006. Nesta kemudiannya tampil dalam aksi pembukaankejohanan menentangGhana.[48] Walau bagaimanapun, khidmatnya terpaksa dilupakan oleh Itali apabila beliau tercedera dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentangRepublik Czech yang menyaksikan Itali meraih kemenangan 2-0.[49] Beliau terpaksa berehat sehingga kejohanan berakhir dan tuah menyebelahinya apabila Itali akhirnya dinobatkan sebagai juara dunia.[50][51] Setelah kejohanan tersebut, Nesta hanya beraksi dalam satu perlawanankelayakan Euro 2008 semasa menentangGeorgia pada 11 Oktober 2006. Malangnya, kecederaan berikutnya telah memaksa beliau membuat persaraan daripada pasukan kebangsaan.[52][53][54] Menjelang kejohananEuro 2008, Nesta menolak pelawaan jurulatihRoberto Donadoni untuk kembali ke pasukan kebangsaan.[55] Pada dua tahun kemudian, beliau juga menolak tawaran oleh Marcelo Lippi untuk beraksi di kejohananPiala Dunia 2010.[56] Secara keseluruhannya, beliau telah melakukan 78 penampilan untuk skuadAzzuri.[57]
Pada 31 Ogos 2015, Nesta diperkenalkan sebagai ketua jurulatih pasukan baru tertubuh,Miami FC yang bertanding diNorth American Soccer League (NASL) pada April 2016.[58] Setelah menamatkan kempen di tangga ketujuh liga, Miami FC menduduki tangga pertama pada musim kedua Nesta sebagai jurulatih dengan menjadi juara musim bunga dan luruh. Walau bagaimanapun, dalam pusingan playoff, pasukannya dikecewakan olehNew York Cosmos menerusi penentuan penalti pada aksi separuh akhir.[59] Beliau meletakkan jawatan sebagai jurulatih seusai musim 2017 pada 17 November.[60]
Pada 14 Mei 2018, Nesta telah dilantik menjadi pengurus kelabPerugia.[61] Selepas mengalami kekalahan 4-1 kepadaVerona dalam pusingan playoff ke Serie A]], Nesta berpisah dengan Perugia pada 21 Mei 2019.[62]
Pada 17 Jun 2019, Nesta telah dilantik sebagai pengurusFrosinone dengan kontrak selama dua tahun.[63] Pasukannya menamatkan kempen2019-20 di tempat kelapan liga dan berjaya ke playoff. Frosinone tewas dalam aksi final playoff kepadaSpezia dengan keputusan seri 1-1. Walaupun terikat seri, tetapi pasukan lawan lebih mempamerkan prestasi yang baik ketika kempen musim.[64] Pada 22 Mac 2021, Nesta telah dipecat.[65]
^"La notte degli Oscar" [Oscar Night] (dalam bahasa Itali). Rai Sport. 22 September 1998. Diarkibkan daripadayang asal pada 8 December 2015. Dicapai pada4 January 2016.