Apabila ayahandanya Rainier III gering pada Mac 2005, Putera Pewaris Monaco Albert dilantik sebagai Pemangku Putera Monaco. Bagaimanapun pada 6 April 2005, Putera Rainier III mangkat dan beliau menjadi Albert II, Putera Monaco. Istiadat permasyhurannya diadakan pada 19 November 2005.
Putera Albert II memiliki dua anak, Jazmin Grace Grimaldi (lahir 1992) dan Alexandre Coste (lahir 2003).[2]
Putera Albert mengahwini bekas perenang Afrika SelatanCharlene Wittstock pada 1 Julai 2011. Pertunangan merka diumumkan pada 23 Jun 2010.[3] Mereka telah bersama di khalayak awam sejak 10 Februari 2006, di upacara pembukaanSukan Olimpik Musim Sejuk 2006 di Torino. Sebagai pasangan, mereka menghadiri perkahwinanVictoria, Puteri Mahkota Sweden di Stockholm pada 29 Jun 2010 danperkahwinan Putera William, Duke Cambridge, dan Catherine Middleton pada 29 April 2011. Perkahwinan mereka mengambil masa dua hari: upacara perkahwinan sivil dilangsungkan pada 1 Julai 2011, diikuti dengan upacara keagamaan pada hari berikutnya.[4]