Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Al Gore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al Gore
ايل ݢور
Potret rasmi, 1994
Dalam jawatan
20 Januari 1993 – 20 Januari 2001
PresidenBill Clinton
Didahului olehDan Quayle
Digantikan olehDick Cheney
Senator Amerika Syarikat
dariTennessee
Dalam jawatan
3 Januari 1985 – 2 Januari 1993
Didahului olehHoward Baker
Digantikan olehHarlan Mathews
AhliU.S. House of Representatives
from Tennessee's kawasan 6
Dalam jawatan
3 Januari 1983 – 3 Januari 1985
Didahului olehRobin Beard
Digantikan olehBart Gordon
AhliU.S. House of Representatives
from Tennessee
Dalam jawatan
3 Januari 1977 – 3 Januari 1983
Didahului olehJoe L. Evins
Digantikan olehJim Cooper
Kawasan pilihan rayadaerah ke-4 (1977-1983)
daerah ke-6 (1983-1985)
Maklumat peribadi
Lahir (1948-03-31)31 Mac 1948 (umur 77)
Washington, D.C.
Parti politikDemokrat
PasanganTipper Gore (k. 1970; c. 2010)
Anak4
Tempat belajarUniversiti Harvard
PekerjaanAhli politik
TandatanganTandatangan
Laman webhttp://www.algore.com/
Perkhidmatan tentera
KesetiaanAmerika Syarikat
Cabang/khidmatTentera Darat Amerika Syarikat
Tahun khidmat1969–1971
PangkatPrebet
UnitBriged Jurutera ke-20
Perang/PertempuranPerang Vietnam
Anugerah tenteraMedal Khidmat Pertahanan Kebangsaan

Albert Arnold "Al" Gore, Jr. (lahir 31 Mac 1948;Jawi: ايلبرت ارنول‌د "ايل" ݢور⹁ جونيئر) ialah ahlipolitikAmerika Syarikat, peniaga, aktivisperubahan cuaca serta pemenangHadiah Nobel yang berkhidmat sebagaiNaib Presiden Amerika Syarikat ke-45 dari 20 Januari 1993 hingga 20 Januari 2001. Beliau merupakan calonparti Demokrat pada pilihanraya Presiden 2000, namun kalah kepada calonparti RepublikanGeorge W. Bush dengan keputusan yang sangat sengit selepas pengiraan semula undi di negeriFlorida.

Gore sebelumnya pernah menjadi ahliDewan Perwakilan Amerika Syarikat danSenator dariTennessee.[1] Beliau ditewaskan olehGeorge W. Bush dalam pilihan raya menjadiPresiden Amerika Syarikat pada tahun 2000. Pilihan raya itu menimbulkan banyak kontroversi, dan hanya diselesaikan melalui keputusanMahkamah Agung Amerika Syarikat.

Selepas kekalahan itu, Gore telah mengubah fokusnya kepada fenomenonperubahan cuaca yang mengancam dunia kita. Beliau telah memberi kuliah di seluruh Amerika Syarikat serta dunia tentang topik ini, demi meningkatkan kesedaran warga dunia. Filem dokumentarinya,An Inconvenient Truth yang bertemakanpemanasan global berjaya memenangi AnugerahAcademy Awards untuk dokumentari terbaik. Pertubuhan yang dipimpin oleh beliau,Save Our Selves telah menganjurkan konsert amalLive Earth yang berlangsung serentak di beberapa lokasi seluruh dunia pada7 Julai2007. Sebagai pengiktirafan kerjanya dalam bidang ini, Gore telah dihadiahkanHadiah Keamanan Nobel bersamaPanel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca pada12 Oktober 2007.

Walaupun kepopularan baru serta kejayaan tersebut banyak meninggikan peluang kemenangan beliau dalam pilihan raya Presiden 2008, Gore telah berulang kali menafikan hasrat untuk menyertai perlumbaan untuk menjadi calonParti Demokrat dalam pilihan raya tersebut.

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Albert A. Gore, Jr., anak kepada Albert Arnold Gore, Sr. dan Pauline LaFon Gore, dilahirkan diWashington, D.C.. Gore Sr. merupakan ahli Dewan Perwakilan (1939–1944, 1945–1953) serta Senator dariTennessee (1953–1971). Beliau dibesarkan di Washington dan Carthage, Tennessee.

Gore menghadiri Harvard College dan mendapat Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam bidang kerajaan pada Jun 1969. Beliau juga menyertai angkatan tentera. DalamPerang Vietnam, Gore berkhidmat di situ selama empat bulan sebagai wartawan medan. Selepas meninggalkan angkatan tentera, Gore menyertai kursus pendidikan keagamaan di Vanderbilt University. Pada 1970, beliau mengahwini Mary Elizabeth Aitcheson.

Sebagai wartawan akhbarThe Tennessean, beliau telah mendedahkan kes rasuah di kalangan Majlis Metro Nashville. Akibat itu, dua ahli majlis telah ditahan dan didakwa.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Biography: Gore's road from Tennessee to the White House". CNN. June 16, 1999. Dicapai padaJune 29, 2010.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Al_Gore&oldid=6727244"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp