Dilahirkan diKhwarazm (kiniUzbekiztan) diAsia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadanKerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripadaAbu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatanIbn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist)Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara keIndia dengan Mahmud dariGhazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahuibahasa Yunani, dan kemungkinannyaSyriac danBerber. Dia menulis bukunya dalambahasa Persia (bahasa ibundanya) danbahasa Arab.
Ketika berusia 17 tahun, dia mengiralatitud bagi Kath,Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksimamatahari.
Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajianunjuran pemetaan (map projections), "kartografi", yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuranhemisfera padasatah matematik (plane (mathematics)) .
Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "Kronologi" yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaanastrolabe, satu berkenaansistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah.
Beliau membuat pengiraanjejari bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang diBarat padaabad ke-16).
Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.
Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran atau tidak (Bahasa Arab: تحقيق ما للهند من مقولة معقولة في العقل أم مرذولة): Sari pati agama dan falsafah India.
Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu (Bahasa Arab: الباقية عن القرون الخالية): kajian perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan sejarah.
Daftar karya Mas'udi (Arabic القانون المسعودي): sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni.
Memahami Astrologi (Bahasa Arab التفهيم لصناعة التنجيم): Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi, dalam bahasa Arab dan Persia.
Farmasi: mengenai drug dan ubat.
Permata (Bahasa Arab: الجماهر في معرفة الجواهر) mengenai geologi, mineral dan permata, yang didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas'ud.