Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tulisan Tamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaAksara Tamil)
Tamil
Jenis tulisan
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaTamil,Saurashtra,Sanskrit
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
ISO 15924
ISO 15924Taml(), ​Templat:ISO 15924 name
Unikod
Alias Unikod
Tamil
 Laman ini mengandungitranskripsi fonetik daripadaAbjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihatBantuan:AFA. Untuk membezakan simbol[ ],/ / dan ⟨ ⟩, sila lihatIPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.
Laman ini mengandungitranskripsi fonetik daripadaAbjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihatBantuan:AFA. Untuk membezakan simbol[ ],/ / dan ⟨ ⟩, sila lihatIPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Skrip Tamil (atauvaṭṭeḻuttu "tulisan berbulat") ialah sejenisskrip Indic yang digunakan untuk menulisbahasa Tamil. Dengan penggunaan tandadiakritik khas untuk mewakiliaspirasi dan konsonanbersuara yang tidak terdapat dalam skrip asas, skrip ini juga digunakan untuk menulisbahasa Saurashtra dan, olehorang Tamil untuk menulisbahasa Sanskrit.

Rencana ini mengandungiBantuan:Aksara khas. Tanpapemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihattanda tanya, kotak, atau simbol lain.


Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

Skrip Tamil mempunyai 12huruf vokal (uyireḻuttu "huruf roh"), 18konsonan (meyyeḻuttu "huruf jasad") dan satu aksara bergelaraytam yang dikelaskan dalam nahu bahasa Tamil sebagai bukan konsonan mahupun vokal (aliyeḻuttu "huruf khunsa"). Namun begitu, sistem tulisan ini berasaskansuku kata dan bukanhuruf. Maka, dalam keseluruhan skrip ini terdapat 31 huruf dalam bentuk tunggal, ditambah dengan 216 huruf gugusan (uyirmeyyeḻuttu) yang mewakili setiap kombinasi konsonan dan vokal yang boleh dibentuk. Huruf gugusan ini dibentuk dengan membubuh tanda vokal pada konsonan. Sesetengah vokal memerlukan bentuk asas konsonan untuk diubah mengikut cara yang tertentu kepada vokal itu. Ada gugusan lain yang ditulis dengan membubuh akhiran, awalan atau apitan khusus pada vokal pada aksara konsonan. Dalam setiap kes ini tanda vokal berbeza bentuknya daripada bentuk tunggal bunyi vokal masing-masing.

Skrip Tamil merupakan sejenisabugida, iaitu bentuk asas aksara bagi setiap konsonan mempunyai bunyi vokal susulana dalaman, dan perlu diubah bukan sahaja dengan menggantikan bunyi vokal dalaman dengan vokal yang berlainan, bahkan juga dengan menghasilkan konsonan tunggal tanpa bunyia dalaman. Contohnya, bentuk asas bagi aksara yang melambangkan bunyik ialah கka. Konsonank tunggal ditulis க், dengan membubuh tanda titik di atas yang menghapuskan bunyi vokal dalaman. Tanda titik yang digunakan untuk to menghapuskan bunyi vokal susulan itu sentiasa dibubuh di atas aksara (lihat imej), dan bergelar[puḷḷi]Error: {{Transliteration}}: unrecognized language / script code: {{{2}}} (help) dalam bahasa Tamil.

Skrip Tamil ditulis dan dibaca dari kiri ke kanan.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Skrip Tamil Brahmi, tidak seperti skrip Brahmi Asoka piawai, membezakan konsonan tunggal dan konsonan dengan tanda vokal dalaman.

Skirp Tamil, seperti manaskrip-skrip Indik yang lain, dikatakan berevolusi daripadaskrip Brahmi.

Skrip yang digunakan oleh catatan terawal yang masih wujud dikenali sebagai skripBrahmi Tamil atauTamili, dan banyak berbeza daripada tulisan Brahmi Asoka piawai. Contohnya, seperti yang ditunjukkan pada rajah di sebelah kanan, tulisan Brahmi Tamil awal berbeza daripada tulisan Brahmi Asoka kerana mempunyai sistem untuk membezakankonsonan tunggal (m dalam contoh ini) daripada konsonan yang mengandungibunyi vokal dalaman (ma dalam contoh ini). Tambahan pula, skrip Brahmi Tamil ini menggunakan tanda vokal yang sedikit bezanya serta mempunyai aksara tambahan untuk melambangkan huruf yang tidak terdapat dalambahasa Sanskrit.

Catatan abad kedua Masihi menggunakan satu bentuk skripBrahmi Tamil yang lain, dan amat serupa dengan sistem tulisan yang dihuraikan dalamTolkappiyam, satu nahu bahasa Tamil kuno. Paling penting sekali,puḷḷi digunakan dalam skrip-skrip ini untuk menghapuskan vokal dalaman. Kemudian, aksara-aksara Tamil berubah bentuk menjadi lebih kebulatan, dan menjelang abad ke-5 atau ke-6 Masihi tercapainya bentuk yang dipanggilvaṭṭeḻuttu awal, iaitu leluhur terdekat kepada skripvaṭṭeḻuttu ("tulisan berbulat") script yang dipakai pada hari ini. Salah satu faktor bentuk aksara itu kebulatan adalah kenyataan bahawa pada zaman kuno, penulisan melibatkan penggunaanjarum berbucu tajam untuk mengukir huruf pada daun palma(olaiccuvaṭi), yang mana adalah lebih mudah untuk menghasilkanlengkungan berbanding garis lurus. Sesetengah pengkaji menyatakan bahawa skrip ini asalnya dipanggilveṭṭeḻuthu iaitutulisan yang dipotong (pada batu), menandakan kesenangan mengukir padabatu.

Selain menghasilkan aksara kebulatan, penggunaandaun palma sebagai bahan utama untukpenulisan turut menyebabkan perubahan lain pada skrip Tamil. Si penulis hendaklah berhati-hati agar tidak tertikam daun dengan jarum ketika menulis, kerana daun yang berlubang lebih mudah terkoyak dan cepat mereput. Akibatnya, penggunaanpuḷḷi untuk membezakan konsonan tunggal kian jarang, sehingga konsonan tunggal itu ditulis seperti andainya vokal dalamannya masih ada. Begitu juga, tanda vokal untukkuṟṟiyal ukaram,u separuh-berbulat yang terdapat pada hujung sesetengah vokal dan pada kedudukan tengah kata majmuk tertentu, turut dimansuhkan lalu diganti oleh tanda untuku tunggal. Tandapuḷḷi tidak dikembalikan sepenuhnya sehinggapencetakan diperkenalkan, namun tandakuṟṟiyal ukaram pula tidak kembali lagi, meskipun bunyinya sendiri masih wujud dan memainkan peranan penting dalamprosodi bahasa Tamil.

Bentuk sesetengah aksara dipermudah padaabad ke-19 untuk memudahkan atur huruf pencetakan. Padaabad ke-20, skrip ini dipermudah lagi dalam satu siri pembaharuan yang mempiawaikan penggunaan tanda vokal bersama konsonan dengan memansuhkan tanda khusus dan kebanyakan bentuk yang tidak sekata.

Hubungan dengan skrip Indik yang lain

[sunting |sunting sumber]

Skrip Tamil berbeza daripada skrip wairsan Brahmi yang lain dalam beberapa segi. Tidaklah sepertiskrip Indik yang lain, skrip Tamil menggunakan aksara yang sama untuk mewakili kedua-duaplosif tidak bersuara dan bersuara. Maka, aksara க்k, sebagai contoh, mewakili kedua-dua bunyi[k] dan[g]. Ini adalah keranatatabahasa Tamil hanya menganggap plosif tidak bersuara sebagai konsonan "tulen", manakala plosif bersuara dan beraspirasi merupakan bentuk kelainaneufoni bagi plosif tidak berbunyi itu. Tatabahasa Tamil tradisional mengandungi hukum-hukum terperinci yang diperhati dalam pertuturan rasmi, untuk bila konsonan plosif itu perlu disebut dengan atau tanpa suara. Hukum-hukum ini tidak dituruti dalam pertuturan tidak formal atau dialektik, yang mana versi bersuara dan tanpa suara bagi plosif itu berlaku sebagaialofon yang digunakan dalam konteks fonetik tertentu tanpa bertujuan membezakan perkataan.

Juga berbeza daripada skrip Indik yang lain adalah bahawa skrip Tamil jarang sekali menggunakan huruf kembar untuk mewakili konsonan gugusan yang jauh lebih jarang didapati dalam bahasa Tamil berbanding bahasa-bahasa India yang lain. Konsonan gugusan, jika ada, ditulis dengan menulis aksara bagi konsonan pertama, membubuhpuḷḷi untuk menghapuskan vokal dalamannya, dan kemudian menulis aksara bagi konsonan kedua. Terdapat sedikit pengecualian kepada ciri ini, iaitu adanya huruf kembar க்ஷkṣa and ஸ்ரீsrī.

Aksara Tamil

[sunting |sunting sumber]

Konsonan asas

[sunting |sunting sumber]

Konsonan dikenali sebagai huruf 'badan' (mei). Konsonan-konsonan ini dikelaskan kepada tiga kategori:vallinam (konsonan keras),mellinam (konsonan lembut, termasuk semuakonsonan nasal), danidayinam (konsonan sederhana).

Terdapat hukum-hukum leksikal bagi pembentukan kata yang ditentukan olehTolkāppiyam. Contohnya: sesuatu perkataan tidak boleh diakhiri dengan konsonan-konsonan tertentu, dan juga tidak boleh bermula dengan konsonan-konsonan tertentu termasuk 'r' 'l' dan 'll'; terdapat dua konsonan bagi bunyi 'n' pada gigi - mana satu yang wajar digunakan bergantung kepada sama ada bunyi 'n' itu dihasilkan pada permulaan kata dan pada aksara-aksara sekelilingnya.

KonsonanISO 15919KategoriIPANota tambahan
kvallinam[k] (utama),[g],[x],[ɣ],[h]
mellinam[ŋ]Sebunyi hurufJawiڠnga
cvallinam[ʧ] (utama),[ʤ],[ʃ],[s],[ʒ]Sebunyi huruf Jawiچ‎ca (juga dalamArwi)[1]
ñmellinam[ɲ]Sebunyi huruf Jawiڽ‎nya
vallinam[ʈ],[ɖ],[ɽ]
mellinam[ɳ]
tvallinam[t̪],[d̪],[ð]
nmellinam[n]
pvallinam[p],[b],[β]
KonsonanISO 15919KategoriIPA
mmellinam[m]
yidaiyinam[j]
ridaiyinam[ɾ]
lidaiyinam[l]
vidaiyinam[v]
ẓ, ḻ, ṛidaiyinam[ɹ]
idaiyinam[ɭ]
ṟ, Rvallinam[r],[t],[d]
ṉ, Nmellinam[n]

Konsonan pinjaman

[sunting |sunting sumber]

Juga dikenali sebagai aksaraGrantha, konsonan ini hanya digunakan untuk menulis perkataan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit, Inggeris, dan lain-lain. Tentunya bukan semua perkataan sedemikian pasti mengandungi aksara-aksara sedemikian.


KonsonanISO 15919IPA
j[ʤ]
[ʂ]
s[s]
h[h]
க்ஷkṣ[kʂ]

Vokal

[sunting |sunting sumber]

Aksara vokal juga digelar huruf 'nyawa' (uyir) atau 'roh'. Bersama-sama aksara konsonan (huruf badan), terbentuklah aksara-aksara gugusan (abugida) yang bergelar huruf 'bernyawa' (uyirmei, i.e. aksara yang mempunyai kedua-dua 'badan' dan 'roh').

Vokal Tamil dibahagikan kepada yang pendek dan yang panjang (lima fonem vokal bagi setiap pengelasan tersebut) dan duadiftong.

Bentuk tunggal

[sunting |sunting sumber]
VokalISO 15919IPA
a[ʌ]
ā[ɑː]
i[i]
ī[iː]
u[u],[ɯ]
ū[uː]
VokalISO 15919IPA
e[e]
ē[eː]
ai[ʌj]
o[o]
ō[oː]
au[ʌʋ]

Bentuk gugusan

[sunting |sunting sumber]

Menggunakan konsonank sebagai contoh:

Bentuk gugusanISO 15919IPA
ka[kʌ]
கா[kɑ:]
கிki[ki]
கீ[kiː]
குku[ku],[kɯ]
கூ[kuː]
Bentuk gugusanISO 15919IPA
கெke[ke]
கே[keː]
கைkai[kʌj]
கொko[ko]
கோ[koː]
கௌkau[kʌʋ]

Aksara khas (disebut 'akh') jarang digunakan secara bersendirian. Akh ini sering digunakan untuk fungsi nahu sebagai bentuk vokal tunggal bagi titik pada atas konsonan yang menghapuskan bunyi 'a' dalaman pada konsonan biasa.

Vokal panjang (nedil) ini lebih kurang dua kali panjangnya berbanding vokal pendek (kuRil).Diftong pula sering disebut lebih kurang 1½ kali panjangnya berbanding vokal pendek, namun sesetengah teks nahu meletakkannya bersama vokal panjang (nedil).

Seperti yang dilihat dalam bentuk gugusan, tanda vokal boleh dibubuh pada kanan, kiri atau kedua-dua belah konsonan, dan juga membentukhuruf kembar. Hukum-hukum ini kian berevolusi dan penggunaan lama lebih banyak huruf kembar berbanding penggunaan terkini. Apa yang dilihat pada halaman ini bergantung kepada pemilihan mukataip anda; contohnya, Code 2000 lebih banyak memaparkan huruf kembar berbanding Latha.

Terdapat sebilangan penyokong reformasi skrip yang hendakkan semua huruf kembar dihapuskan dan semua tanda vokal dibenarkan untuk hanya muncul di sisi kanan.

Unicode mengekodkan aksara dalam susunan logik (iaitu huruf konsonan sentiasa diinputkan dahulu), sementara pengekodan 8-bit lama (sepertiTSCII) lebih cenderung terhadap susunan penulisan. Kesannya, adalah perlu untuk menyusun semula apabila beralih dari satu pengekodan ke pengekodan yang lain; adalah tidak mencukupi untuk sekadar memetakan satu set titik kod kepada yang lain.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
  • Arwi - tulisan Arab diubahsuai menulis bahasa Tamil

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Tschacher, T. (2001).Islam in Tamilnadu: Varia. Institut für Indologie und Südasienwissenschaften der Martin-Luther-Universität Halle-Wittenberg.URL (Archive)

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Steever, Sanford B. (1996) "Tamil Writing" in William R. Bright and Peter B. Daniels (eds.)The World's Writing Systems. New York: Oxford University Press.ISBN 0-19-507993-0

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tulisan_Tamil&oldid=6492334"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp