Airbus A400M adalah merupakan sebuah pesawatturboprop pengangkut tentera dan penangki minyak yang mempunyai empat enjin. Ia direka oleh firmaAirbus Military.
Projek bermula sebagai kumpulan pesawat Pengangkut Udara Masa Depan Antarabangsa (FIMA), telah dimulakan pada tahun 1982 oleh firmaAerospatiale,British Aerospace,Lockheed, danMBB bertujuan untuk membangunkan sebuah pesawat baru bagi mengantikan pesawatC-130 Hercules danC-160 Transall. Kehendak-kehendak yang berbeza dan masalah politik antarabangsa menyebabkan perkembangan yang perlahan. Pada tahun 1989, firma Lockheed telah meninggalkan kumpulan ini dan membangunkan pesawat Hercules yang dipertingkatkan, iaitu pesawatLockheed C-130J. Dengan kemasukan firmaAlenia danCASA, kumpulan projek ini menjadi satu usahasama firma Eropah.
Negara-negara rakan adalah,Perancis,Jerman,Itali,Sepanyol,United Kingdom,Turki,Belgium, danLuxembourg, telah menandatangani perjanjian pada Mei 2003 untuk membeli 212 buah pesawat. Negara-negara ini telah memutuskan untuk mengunakanOCCAR untuk menguruskan perolehan bagi pesawat A400M.
Berikutan penarikan Itali, jumlah perolehan pesawat telah berubah kepada 180 buah pesawat. Penerbangan sulung dijangka pada 2008 dengan penghantaran pertama akan dibuat dalam tahun 2009. Pada28 April2005,Afrika Selatan turut serta dalam program kerjasama dengan penglibatan firma milik negaraDenel Aerospace Systems telah menerima kontrak untuk membuat komponen fiuslaj.
Model pesawat A400M menunjukan enjin turbopropGiar pendaratan pesawat A400M
Pesawat Airbus A400M akan meningkatkan kapasiti pengangkutan udara dan jarak jika dibandingkan dengan pesawat yang akan digantikannya, iaitu versi awal Hercules dan Transall. Muatan kargo dijangka bertambah dua kali ganda berbanding pesawat sedia ada, iaitu jumlah muatan dan isipadu, dan termasuk jarak operasi. Seperti pesawat Airbus yang lain, pesawat A400M akan memilikikokpit kaca sepenuhnya (semua maklumat akan diterima melalui skrin berwarna yang besar) danfly-by-wire, menjadikan ia sebagai loncatan teknologi dibandingkan dengan pesawat awalC-130 danC-160 yang mana dioperasi oleh kebanyakan negara pada masa ini.
Pesawat Airbus A400M boleh dioperasikan dalam pelbagai konfigurasi seperti pengangkut kargo, pengangkut anggota tentera, pemindahan perubatan, penangki udara, dan pengawasan elektronik.
Pada awalnya enjin turboprop SNECMA M138 (berasaskan M88) telah dipilih untuk pesawat A400M. Airbus Military telah mengeluarkan Permintaan Untuk Cadangan yang baru pada April 2002 yang mana telah mendapat sambutan dari firmaPratt & Whitney Kanada danEuroprop. Walaupun sumber-sumber pihak industri menyatakan cadangan dari Pratt & Whitney telah memenangi tawaran. Pada Mei 2003, pihak Airbus Military telah mengumumkan, setelah menilai kedua-dua reka bentuk, pemilihan adalah bagi enjin Europrop TP400-D6.
Sayap pesawat A400M dibuat dengan menggunakan bahanfiber karbon diperkuat plastik. Kokpit pesawat memaparkan sistem kawalan penerbanganfly-by-wire dengantuas kawalan tepi dan perlindungan penerbangan. Enjin turboprop yang berkuasa tinggi membolehkan ia digunakan dalam operasi kawalan trafik udara awam.[1]
Pesawat A400M dipasang di kilang milikEADS Spain,Seville bermula pada suku tahun pertama 2007. Airbus merancang untuk mengeluarkan 30 buah pesawat setahun.[2] Kebanyakan komponen dihantar melalui pesawat pengangkutAirbus Beluga. Empat buah enjin ujian penerbanganEuroProp TP400-D6 telah dihantar pada hujung bulan Februari 2008 untuk dipasang pada pesawat pertama Airbus A400M.[3] Berdasarkan EADS, "ujian statik" pertama pada struktur khas pesawat A400M bermula pada14 Mac2008 di Sepanyol.[4]
Ujian penerbangan sulung, yang dijangka pada suku tahun pertama 2008, telah ditangguhkan kerana kelewatan program yang berulang, perubahan jadual dan tekanan kewangan. EADS telah mengumumkan pada awal Januari 2008 masalah pembangunan enjin yang berlanjutan sebagai penyebab kelewatan ke suku kedua 2008, sebelum ujian penerbangan ke atas enjin pertama pada pesawat C130. Penerbangan sulung pesawat, dahulunya dijangka pada bulan Julai 2008 menjadikan ia tidak pasti, tetapi kemungkinan besar pada hujung tahun 2008. Terdapat juga cerita di akbar-akhbar penerbangan antarabangsa, yang mana telah dinafikan oleh eksekutif di firma Airbus, yang mana terdapat isu-isu lain berkenaan reka bentuk pesawat dan isu-isu berkenaan komponen-komponen sayap dan fiuslaj.[5] Pensijilan kegunaan awam adalah di bawah kuasaEASACS-25 dan diikuti dengan pensijilan untuk kegunaan ketenteraan.
Pada9 Disember2004,Tentera Udara Afrika Selatan memgumumkan pembelian 8 buah pesawat A400M pada harga keseluruhan €837 juta, dengan pilihan 6 buah tambahan pesawat,Afrika Selatan juga menjadi ahli kumpulan Airbus Military sebagai rakan industri. Penghantaran dijangka pada 2010 hingga 2014.
Pada18 Julai2005,Tentera Udara Chile telah menandatanganiMOU untuk perolehan 3 buah pesawat dan dijangka akan dihantar pada 2018 dan 2022,[6]. Walaubagaimanapun, penjanjian ini kemudian telah dibatalkan.[perlu rujukan]
Kanada telah mengeluarkan tender pada5 Julai2006 untuk perolehan sehingga 17 buah pesawat pengangkut udara taktikal untuk mengantikan angkatan pesawat model Lockheed CC-130E.[7] Untuk perolehan ini, pesawat A400M akan bersaing dengan pesawat dari firmaLockheed iaituC-130J Super Hercules. Airbus telah mencadangkan pesawat A400M yang akan berperanan sebagai pesawat pengangkut jarak sederhana bersama Tentera Udara Kanada. Sebaliknya, Kerajaan Kanada telah membeli 4 buah pesawatBoeing C-17 untuk digunakan sebagai pesawat pengangkut jarak jauh. Pesawat pertama telah dihantar ke Kanada pada12 Ogos2007.[1]. Pada29 Jun2007, Kerajaan Kanada telah menghantar "Permohonan Pembelian" (RFP) kepada firma Lockheed Martin untuk pembelian pesawat C-130J,[2]Diarkibkan 2007-08-16 diWayback Machine Ia secara langsung telah menghapuskan harapan firma EADS/Airbus untuk membekalkan pesawat A400M.[8] Pada16 Januari2008, Menteri Pertahanan Peter MacKay telah mengumumkan perjanjian AS$1.4 bilion dengan firma Lockheed-Martin untuk pembelian 17 buah pesawat Hercules.[9]
Anak kapal: 3-4 (2 juruterbang, pilihan dengan juruterbang ke-3, 1loadmaster)
Kapasiti: 37,000 kg (82,000 lb), 116 anggota tentera dengan kelengkapan penuh / anggota payung terjun, sehingga 66 buah pengusung dengan ditemani oleh 25 anggota perubatan.