Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Air mata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganmata air.
Air mata dirembeskan dari mata manusia

Air mata, (jawi: أير مات ) adalah cecair jernih dirembeskankelenjar khas yang terdapat padabiji mata semuamamalia darat (kecuali kambing dan arnab).[1][2] Rembesan ini bertujuan termasuk melincirkan mata, menghilangkan bendasing yang merengsa (air mata refleks), dan membantusistem imun .[3] Air mata jugadikeluarkan sebagai sebahagian daripada tindak balas semula jadi baik dari kesakitan dialami tubuh[4] mahupun kerana merasaiemosi tertentu seperti kegembiraan atau kesedihan; fenomena ini khusus dalam kalanganmanusia[4] di mana rembesan air mata membantu mengeluarkan hormon penyebab stres ketika ditekan secara emosi.[5][6]

Air mata terdiri dariair,elektrolit,protein,lipid danmukin yang membentuk lapisan pada permukaan mata;[7] komposisi kimia jenis air mata yang dikeluarkan bergantung kepada jenis tujuan air m Jenis air mata yang berlainan - basal, refleks, dan emosi - komposisi berbeza.[7]

Jenis

[sunting |sunting sumber]

Terdapat tiga jenis air mata diketahui mengikut fungsi: air mata dasar, air mata refleks dan air emosi:[8]

Air mata dasar (basal tears)

[sunting |sunting sumber]

Mengandungi air,mukin,lipid,lisozim,laktoferin,lipokalin,lakritin,imunoglobulin,glukosa,urea,natrium dankalium membasahkankornea serta melincirkan mata daripada terkenadebu habuk. Sebilangan bahan dalam cecair lakrimal seperti lisozimmelawanjangkitanbakteria dengan melarutkan lapisan luarpeptidoglikan bakteria tertentu.

Air mata refleks (reflex tears)

[sunting |sunting sumber]

disebabkan kerengsaan mata terkena bendasing atau adanya bahan kimia tertentu (seperti wapbawang,minyak wangi,gas pemedih mata,semburan lada) pada kawasan sekitar mata, termasuk kornea, konjunktiva, atau mukosa hidung. Ia juga dikaitkan dengan perlakuan muntah, batuk, danmenguap.[7]

Air mata emosi (emotional tears)

[sunting |sunting sumber]

Dikeluarkan akibatstres emosi kuat baik baik kerana ditimpapenderitaan,kemarahan mahupun kesenangan (yakni menangis gembira) atauketawa kuat.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Definition of TEAR".www.merriam-webster.com. Dicapai pada2019-08-04.
  2. ^"Animals With No Tear Ducts".animals.mom.me. Dicapai pada2019-08-04.
  3. ^Farandos, NM; Yetisen, AK; Monteiro, MJ; Lowe, CR; Yun, SH (2014). "Contact Lens Sensors in Ocular Diagnostics".Advanced Healthcare Materials.4 (6): 792–810.doi:10.1002/adhm.201400504.PMID 25400274.
  4. ^ab"Why do we cry? The scientific reasons behind sobbing".The Independent. 2014-09-18. Dicapai pada2019-08-04.
  5. ^"All About Emotional Tears".American Academy of Ophthalmology. 2017-02-28. Dicapai pada2019-08-04.
  6. ^Frey, W. H.; DeSota-Johnson, D.; Hoffman, C.; McCall, J. T. (October 1981). "Effect of stimulus on the chemical composition of human tears".American Journal of Ophthalmology.92 (4): 559–567.doi:10.1016/0002-9394(81)90651-6.ISSN 0002-9394.PMID 7294117.
  7. ^abc"eye, human."Encyclopædia Britannica fromEncyclopædia Britannica 2006 Ultimate Reference Suite DVD 2009
  8. ^Farandos, NM; Yetisen, AK; Monteiro, MJ; Lowe, CR; Yun, SH (2014). "Contact Lens Sensors in Ocular Diagnostics".Advanced Healthcare Materials.4 (6): 792–810.doi:10.1002/adhm.201400504.PMID 25400274.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Air_mata&oldid=5665657"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp