Ahmad Zahid Hamidi | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| أحمد زاهد حميدي | |||||||||||||
| Timbalan Perdana Menteri Malaysia | |||||||||||||
| Menyandang jawatan 3 Disember 2022 Berkhidmat with Fadillah Yusof | |||||||||||||
| Raja | (2022–2024) (2024–kini) | ||||||||||||
| Perdana Menteri | |||||||||||||
| Didahului oleh | |||||||||||||
| Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |||||||||||||
| Raja | (2015–2016) (2016–2018) | ||||||||||||
| Perdana Menteri | |||||||||||||
| Didahului oleh | |||||||||||||
| Digantikan oleh | |||||||||||||
| Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia | |||||||||||||
| Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Mac 2019 | |||||||||||||
| Raja | (2018–2019) (2019–2019) | ||||||||||||
| Perdana Menteri | |||||||||||||
| Didahului oleh | |||||||||||||
| Digantikan oleh | |||||||||||||
| Presiden UMNO | |||||||||||||
| Menyandang jawatan 30 Jun 2018 Pemangku : 12 Mei 2018 – 30 Jun 2018 | |||||||||||||
| Timbalan |
| ||||||||||||
| Didahului oleh | |||||||||||||
| |||||||||||||
| AhliParlimen Malaysian bagiBagan Datuk | |||||||||||||
| Menyandang jawatan 25 April 1995 | |||||||||||||
| Didahului oleh | |||||||||||||
| Majoriti | 14,830 (1995) 4,617 (1999) 12,539 (2004) 2,692 (2008) 2,108 (2013) 5,073 (2018) 348 (2022) | ||||||||||||
| Pengerusi Barisan Nasional | |||||||||||||
| Menyandang jawatan 12 Mei 2018 | |||||||||||||
| Timbalan | |||||||||||||
| Didahului oleh | |||||||||||||
| Naib Presiden UMNO (Menjalankan tugas sebagaiTimbalan Presiden UMNO mulai 27 Februari 2016 - 11 Mei 2018) | |||||||||||||
| Dalam jawatan 2009–2018 | |||||||||||||
| Didahului oleh | Mohd Ali Rustam Muhyiddin Yassin Muhammad Muhammad Taib | ||||||||||||
| Digantikan oleh | Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid Mohamed Khaled Nordin | ||||||||||||
| Maklumat peribadi | |||||||||||||
| Lahir | Ahmad Zahid bin Hamidi (1953-01-04)4 Januari 1953 (umur 72) Bagan Datuk,Perak,Malaysia | ||||||||||||
| Kerakyatan | Malaysia | ||||||||||||
| Parti politik | UMNO (1973–kini) | ||||||||||||
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (1973–kini) | ||||||||||||
| Pasangan | Hamidah Khamis | ||||||||||||
| Anak | 5 | ||||||||||||
| Ibu bapa |
| ||||||||||||
| Pendidikan | Universiti Malaya (BA) Universiti Putra Malaysia (PhD) | ||||||||||||
| Pekerjaan |
| ||||||||||||
| Laman web | Official blog | ||||||||||||
| Ahmad Zahid Hamidi diFacebook | |||||||||||||
Dato' Seri DirajaDr.Ahmad ZahidbinHajiHamidi (Jawi: أحمد زاهد بن حميدي; lahir 4 Januari 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan jugaTimbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 dalam kerajaanBarisan Nasional kepada Perdana MenteriDato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan juga dalamkerajaan perpaduan kepada Perdana MenteriDato' Seri Anwar Ibrahim sejak 2022. Beliau juga merupakanMenteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018, dan sebelum itu telah berkhidmat sebagaiMenteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013.[1] Beliau juga merupakanAhli ParlimenBagan Datuk diPerak dan merupakan presiden bagi partiPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Di awal kerjaya politiknya, beliau merupakan seorangSenator dan PengerusiBank Simpanan Nasional[2] sebelum menjadi ketua sayap beliaUMNO.[3] Selepaspilihan raya 2004, Zahid menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaanAbdullah Ahmad Badawi. Semasa menjadi Timbalan Menteri, beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dariUniversiti Putra Malaysia. Selepaspilihan raya 2008, Zahid menjadiMenteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah dilantik sebagaiMenteri Pertahanan pada April 2009.[4] Zahid dilantik sebagaiMenteri Dalam Negeri pada 2013, menggantikanHishamuddin Hussein.
Pada 29 Julai 2015, beliau telah dilantik sebagaiTimbalan Perdana Menteri selepasMuhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet Najib ekoran kritikanMuhyiddin terhadapskandal 1Malaysia Development Berhad.[5]
Ahmad Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953 diBagan Datuk. Beliau merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan) dalam keluarganya. Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1:40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Selekoh, Bagan Datok.
Ibu mertuanya Allahyarhamah Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.
Pada 8 Ogos 2014, bapanya Allahyarham Haji Hamidi Abdul Fateh, 90, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang akibat jangkitan paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Solat jenazahnya di Wangsa Maju diimamkan oleh Sheikh Muhammad Idress Al-Mashrafe.
Pada 22 Disember 2016, adik bongsunya, Ahmad Dzulfikri telah disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Anak perempuan beliau, Nurul Hidayah Zahid, merupakan pengacara rancangan TV dan terlibat dengan Rejimen Askar Wataniah sebagai sukarelawan.
Beliau telah berkahwin denganDatin Seri Diraja Hamidah Khamis.
Beliau mendapat pendidikan awal diSekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya diSekolah Menengah Agama Izzuddin Shah,Ipoh danSekolah Tengku Ampuan Rahimah,Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya keUniversiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976. Selanjutnya beliau mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan berjaya menamatkan pengajian serta dianugerahkan dengan gelaran doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Komunikasi Korporat dariUniversiti Putra Malaysia (UPM).[6] Beliau telah menulis beberapa buah buku dalam bidang pelbagai genre dan komunikasi, sesuai dengan disiplin keilmuannya.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai bank di beberapa bank sepertibank OCBC, PengerusiBank Simpanan Nasional (1995–1998) dan jugaPermodalan Nasional Berhad (PNB). Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada tahun 1999 beliau menjadi SeranganSyarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).[7]
Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawabNajib Razak semasa diKementerian Belia dan Sukan danKementerian Pertahanan.
Selepas ituPerdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
| Tahun | Kerajaan | Undian | Prts | Pembangkang | Undian | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1995 | Ahmad Zahid (UMNO) | 17,646 | 86.24% | Asha'ri Marsom (S46) | 2,816 | 13.76% | 21,937 | 14,830 | 62.02% | ||
| 1999 | Ahmad Zahid (UMNO) | 12,938 | 60.86% | Mohamad Dahalan Arhsad (PTR) | 8,321 | 39.14% | 22,164 | 4,617 | 60.24% | ||
| 2004 | Ahmad Zahid (UMNO) | 17,049 | 79.08% | Ayyathurai Achutharaman (PTR) | 4,510 | 20.92% | 22,690 | 12,539 | 66.38% | ||
| 2008 | Ahmad Zahid (UMNO) | 13,115 | 55.72% | Madzi Hasan (PTR) | 10,423 | 44.28% | 24,414 | 2,692 | 70.42% | ||
| 2013 | Ahmad Zahid (UMNO) | 17,176 | 53.27% | Madhi Hasan (PTR) | 15,068 | 46.73% | 33,069 | 2,108 | 82.83% | ||
| 2018 | Ahmad Zahid (UMNO) | 18,909 | 40.0% | ||||||||
| Pakhrurrazi Arshad (PTR) | 13,836 | 29.2% | 37,620 | 5,073 | 79.9% | ||||||
| Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS) | 4,061 | 8.6% | |||||||||
| 2022 | Ahmad Zahid (UMNO) | 16,578 | 39.61% | ||||||||
| Shamsul Iskandar Md. Akin (PTR) | 16,230 | 38.78% | 41,856 | 348 | 71.94% | ||||||
| Muhammad Faiz Na'aman (BERSATU) | 8,822 | 21.08% | |||||||||
| Tawfik Ismail (Bebas) | 226 | 0.54% | |||||||||
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanAhmad Zahid Hamidi |
| Penyandang Terdahulu | Timbalan Perdana Menteri Malaysia 29-Jul-2015 - 10-Mei-2018 | Penyandang Kemudian |
| Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin | Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail |