Ahmad Shukri Abdul Shukur | |
|---|---|
| AhliParlimen Malaysia bagiPadang Terap | |
| Dalam jawatan 1974–1978 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | |
| AhliDewan Undangan Negeri Kedah bagiSala | |
| Dalam jawatan 1969–1974 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Maklumat peribadi | |
| Parti politik | |
Ahmad Shukri Abdul Shukur ialah ahlipolitik Malaysia yang pernah bertanding dalam beberapa siri pilihan raya di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sala, Kedah pada 1969-1974 selepas menang dalampilihan raya umum Malaysia 1969 mewakiliParti Islam Se-Malaysia. Dalampilihan raya umum 1964, beliau tewas kepada calon Perikatan-UMNO,Mahathir Mohamad di ParlimenKota Star Selatan[1]. Ahmad Shukri juga pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat selepas menang di ParlimenPadang Terap dalampilihan raya umum 1974, mewakili PAS yang bertanding atas tiketBarisan Nasional.
Pada Julai 1983, Ahmad Shukri telah mengikuti bekas Yang Dipertua Agung PAS,Mohd Asri Muda menyertai parti baharu,Parti Hizbul Muslimin Malaysia. Beliau dilantik menjadi timbalan yang dipertua, ketua perhubungan negeri Kedah dan pengerusi jawatankuasa tatatertib parti tersebut[2].