Ahad(Tulisan Jawi:احد, bahasa Inggeris:Sunday) atauMinggu (Ind.) ialahhari pertama dalamseminggu. Nama hari Ahad berasal daripadaBahasa Arab, yang mana Ahad itu bermakna satu, iaitu hari yang pertama dalam seminggu malah merupakan antara hari penandahujung atau akhir minggu.
MenurutInternational Organization for StandardizationISO 8601, hari ini dianggap sebagai hari ketujuh dalam seminggu. Kaedah merakam dan mencatat penanggalan dan waktu secara teliti ini telah digunakan sejak tahun 1988.
PerkataanAhad yang berarti "[salah] satu [dari..]" atau "penyatuan" dan diambil dari perkataanbahasa Arab iaitual-aḥadالأَحَـد; iakognat perkataan bermaksud sama dalamIbrani:אֶחָד,rumi: 'eḥāḏ yang bererti "satu dari banyak" atau "penyatuan" yakni perkataan ini memberi makna "hari pertama dalam seminggu".[1] Perkataan ini banyak digunakan diMalaysia, (melaluibahasa bakunya),Singapura danBrunei; malah ia juga dipakai sesetengah kawasan di Indonesia namun tidak secara rasmi.
DiIndonesia pula, perkataanMinggu atauHari Minggu lebih digunakan secara rasmi dalambahasa baku negara ini manakala unit masa yang disebut sebagai "minggu" dikenali di negara tersebut sebagai "pekan" (disebut [pĕ.kan]). Perkataan ini diambil daribahasa Portugis,Dominggo (daribahasa Latindies Dominicus yang bererti "dia do Senhor" atau "hari Tuhan kita"). Dalambahasa Melayu yang lebih awal, kata ini dieja sebagaiDominggu[2] sehingga sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Nama lain lagi untuk hari ini adalahAditya,Raditya,Redite atauDite yang diambil daribahasa Sanskrit yang berartimatahari, mirip dengan pengertian dalam bahasa-bahasa diEropah, misalnyabahasa Inggeris "Sunday" yang bererti "hari matahari".
| Bahasa | Kata | Maksud |
|---|
| Jerman | Sonntag | Harimatahari |
| Mandarin | 星期日 (xīng qī rì) |
| Belanda | Zondag |
| Inggeris | Sunday |
| Jepang | 日曜日 / Nichiyōbi |
| Sweden | Söndag |
| Denmark | Søndag |
| Catalonia | Diumenge | "Hari Tuhan" |
| Castelhano | Domingo |
| Esperanto | Dimanĉo |
| Perancis | Dimanche |
| Galego | Domingo |
| Yunani | Κυριακή |
| Itali | Domenica |
| Portugis | Domingo |
| Melayu (Ind.) | Minggu |
| Romania | Duminică |
| Estonia | Pühapäev |
| Poland | Niedziela |
| Basque | Igande |
| Turki | Pazar |
| Ceko | Neděle | "Hari istirahat". |
| Lituania | Sekmadienis | Hari ketujuh |
| Arab | أحد (Ahad) | pertama, satu |
| Melayu (Mal, Sin, Bru) | Ahad |
Bagi umatKristian, hari Minggu identik denganHari Tuhan dan hari kebangkitan, selain hari peristirahatan dan hari untuk beribadah (anak-anak pergi ke ibadahsekolah minggu). Hal ini bersumber dari tradisiSabat atau hari perhentian bagi orang Yahudi yang jatuh pada hari ketujuh (Sabtu). Hari peristirahatan tersebut bergeser pada hari pertama sejak peristiwaKebangkitan Yesus yang terjadi pada hari pertama (yakni hariPaskah)[3], sehingga seiring berjalannya waktu,gereja mula-mula memperingati hari ahad sebagai hari berhenti kerja bagi orang Kristian untuk mengingati akan kebangkitan pengutus mereka.
Pada tanggal 7 Mac 321, MaharajaKonstantinus I, menetapkan hari Minggu sebagai hari peristirahatan bangsa Rom. Para reformator gereja,Martin Luther danJean Calvin memandang hari ini sebagai institusi sipil yang dibuat oleh manusia, yang menyediakan waktu bagi manusia untuk beristirahat dan beribadah.[4]
Katekismus Singkat Westminster (1647) menjelaskan
- 59. Hari apa di antara ketujuh hari yang Allah tetapkan menjadi hari Sabat mingguan?
- Jawab: Dari permulaan dunia hingga kebangkitan Kristus, Allah menetapan hari ketujuh menjadi hari Sabat mingguan; sesudah itu hari pertama, sampai akhir dunia. Hari itu adalah hari Sabat Kristen. (Kej 2:2-3; 1Ko 16:1, 2; Kis 20:7)
Sementara Katekismus Panjang Westminster menjabarkan lebih lanjut tentang perayaan Sabat (Dasa Titah yang keempat)
- 116. Apa yang dituntut dalam hukum yang keempat?
- Jaw. Hukum yang keempat menuntut agar semua orang menguduskan dan membaktikan kepada Allah waktu-waktu tertentu, yang telah ditetapkan-Nya dalam Firman-Nya, khususnya satu hari penuh setiap tujuh hari. Dari permulaan dunia hingga kebangkitan Kristus, hari itu ialah hari ketujuh; sesudah itu hari pertama tiap-tiap minggu; begitu pula untuk seterusnya sampai akhir dunia. Hari itulah hari Sabat Kristen (Ula 5:12, 14; Kej 2:2-3; 1Ko 16:1-2; Kis 20:7; Mat 5:17-18; Yes 56:2, 4, 6-7), yang dalam Perjanjian baru disebut 'Hari Tuhan'. (Wah 1:10)
Hari Minggu adalah sebuah hari libur atau cuti di banyak negara di dunia. Sektor awam biasa berhenti pada hari ini, namun sektor swasta seperti hotel dan restoran biasanya tetap buka atau malah mengalami lonjakan permintaan dari turis yang berlibur atau hanya sekadar berakhir pekan. Kantor-kantor bisnis yang bukan ritel, biasa tutup pada hari Minggu, namun ada juga kilang yang tetap beroperasi 7 hari seminggu.
Agama Kristian menganggap ia sebagai hari besar untuk para penganutnya sepertimanaJumaat untuk para penganutIslam dan hariSabtu untuk para penganutagama Yahudi (melaluiShabbat); oleh itu kebanyakan orang beragamaKristian pergi kegereja untuk menjalankan ibadat mingguan mereja pada hari ni. Salah satu perayaan utama orangKristian juga disambut pada hari Ahad iaituHari Ahad Easter.
Di beberapa negara dalamDunia Islam sepertiMalaysia (yakni diamalkan sesetengahnegeri iaituJohor,Kelantan,Terengganu, danKedah) sertaIsrael (kerana sudahnya Shabbat) hari ini adalah hari pertama masuk kerja.
Kebanyakansurat khabar diMalaysia,Indonesia dan banyak negara lainnya menerbitkan naskhah edisi yang lebih besar pada hari Ahad. Ukuran ini kerana selalunya naskhah pada hari itu memasukkan bahagian kartun, hiburan dan iklan yang lebih.
Pertandngan olahraga sering dilangsungkan pada hari ini juga ketika banyak orang tidak bekerja.
- Hari lain dalam seminggu
- Topik lain