Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Agra

Koordinat:27°11′N78°01′E / 27.18°N 78.02°E /27.18; 78.02
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihatAgra (nyahkekaburan).
Agra
—  Bandar raya  —
Agra
Lokasi Agra
diUttar Pradesh
Koordinat27°11′N78°01′E / 27.18°N 78.02°E /27.18; 78.02
Negara India
NegeriUttar Pradesh
DaerahAgra
Penduduk1,259,979 (2001[kemas kini])
Zon masaIST (UTC+5:30)
Keluasan

Aras tinggi


171 m (561 kaki)

Kod
Taj Mahal Agra

Agrasebutan (Hindi:आगरा,Urdu:آگرا‎), (IPA:ɑːɣrə) merupakan sebuah kota di lembahSungai Yamuna diUttar Pradesh,India. Ia disebut dalammahakaryaMahabharata sebagaiAgrabana are Paradise.Ptolemy, ahligeografiabad ke-2 yang terkenal, mencatat kota ini dalam peta dunianya sebagai Agra.

Tradisi dan legenda mengatakan bahawa bandar raya Agra masa kini diasaskan oleh Raja Badal Singh (k.k.1475) yang kubunya,Badalgarh, terletak di tempat kubu kini atau berhampirannya. Bagaimanapun Salman,pemuisiParsiabad ke-12, menulis tentang sebuah serangan terdesak olehSultan Mahmud dari Ghazni ke atas bandar berkubu Agra yang dipegang oleh Raja Jaipal ketika itu.[1] Agra diperintah oleh SultanSikandar Lodi pada tahun1506. Ia mencapai kemasyhuran sebagai ibu kota maharaja-maharajaMughal dari tahun1526 hingga tahun1658 dan kini masih merupakan sebuah destinasi melancong yang utama kerana bangunan-bangunan zaman Mughalnya yang tersengam, khususnya,Taj Mahal,Kubu Agra, danFatehpur Sikri, dengan ketiga-tiga bangunan ini kini merupakanTapak Warisan DuniaUNESCO.

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Kedudukan Agra ialah27.18° U 78.02° T,[2] dilembahSungai Yamuna. Tinggi puratanya 171 meter (561 kaki). Ia menyempadaniMathura di utara,Dhaulpur di selatan,Firozabad di timur,Fatehabad di tenggara, danBharatpur di barat. Agra merupakan bandar raya yang ketiga terbesar diUttar Pradesh.

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Menurutbanci India pada tahun2000, Agra mempunyai jumlah penduduk sebanyak 1,259,979 orang, dengan 53% merupakanlelaki dan 47% merupakanperempuan. Kadarkenal huruf Agra sebanyak 65% mengatasi kadar purata negara sebanyak 63.5%, dengan 76% lelaki dan 53% perempuan boleh membaca. 11% daripada jumlah penduduk adalah kurang daripada umur 6 tahun.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Laman web rasmi Agra
  2. ^Laman webFalling Rain Genomics, Inc: Agra

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Agra&oldid=5213053"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp