Afrika Selatan, secara rasminyaRepublik Afrika Selatan (Jawi: ريڤوبليك أفريک سلاتن,bahasa Inggeris:Republic of South Africa, ''RSA), ialah negara paling selatan di benuaAfrika. Ia bersempadan denganNamibia,Botswana danZimbabwe di utara,Mozambique danEswatini di timur laut. Manakala, keseluruhan negaraLesotho terletak di dalam pedalaman Afrika Selatan.[11] Dengan penduduk lebih daripada 59 juta orang, negara ini berada di tangga ke-24 dari segi penduduk paling ramai di dunia. Afrika Selatan mempunyai tiga ibu kota:Pretoria (eksekutif),Bloemfontein (kehakiman) danCape Town (perundangan). Bandar terbesarnya ialahJohannesburg dan di sana juga terletak mahkamah yang paling tinggi iaituMahkamah Perlembagaan. Kira-kira 80% orang Afrika Selatan berketurunan kulit hitam dari Afrika[12], terbahagi kepada pelbagai kumpulan etnik yang berbahasa Afrika. Baki penduduknya pula terdiri daripada komuniti keturunan kulit putih dari Eropah, Asia dan berbilang kaum. Pada suatu masa dahulu, kerajaan negara ini dikecam keranadasar aparteidnya tetapi sekarang ia sebuah negarademokratik dengan penduduk kulit putih terbesar di benua Afrika.
Afrika Selatan terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik yang merangkumi pelbagai budaya, bahasa dan agama. Sifatpluralistik masyarakatnya dapat dilihat dalam pengiktirafan perlembagaan terhadap 11bahasa rasmi[13], dan bahasa Inggeris ialah bahasa kelima paling banyak dituturkan di negara ini.[14] Menurut bancian 2011, dua bahasa rasmi yang paling banyak dituturkan ialahZulu (22.7%) danXhosa (16.0%).[15] Dua bahasa lain yang utama di sini berasal dari Eropah:Afrikaans (13.5%) dikembangkan dariBelanda dan berfungsi sebagai bahasa pertama Afrika Selatan untuk golongan berwarna dan putih;Bahasa Inggeris (9.6%) adalah kesan peninggalan penjajahan British, dan biasanya digunakan dalam kehidupan awam dankomersial. Negara ini ialah salah satu daripada negara di benua Afrika yang tidak pernah mengalamikudeta, danpilihan raya biasa telah diadakan selama lebih satu abad. Namun, sebahagian besar orang Afrika Selatan kulit hitam tidak diberikanhak mengundi sehingga tahun 1994.
Afrika Selatan ialah negara membangun dan berada di kedudukan ke-113 dalamIndeks Pembangunan Manusia, ketujuh tertinggi di rantau Afrika. Ia telah diklasifikasikan olehBank Dunia sebagainegara industri baru, dengan ekonomi kedua terbesar di Afrika, dan dan ke-33 terbesar di dunia.[16] Perlombongan merupakan industri yang penting dan negara ini merupakan pengeluaremas,berlian,platinum dankromium yang terbesar di dunia.[17]Afrika Selatan juga mempunyaiTapak Warisan Dunia UNESCO yang paling banyak di Afrika. Negara ini mempunyai kekuatan pertengahan di arena antarabangsa; ia mengekalkan pengaruh wilayah yang signifikan dan merupakan anggotanegara Komanwel danG20. Walau bagaimanapun,jenayah,kemiskinan danketidaksamarataan tetap berleluasa, dengan kira-kira seperempat pendudukmenganggur dan hidup dengan pendapatan kurang daripada AS $ 1,25 sehari. Lebih-lebih lagi,perubahan iklim adalah isu penting bagi Afrika Selatan: ia merupakan penyumbang utama perubahan iklim akibat pengeluaran gas kesanGreenhouse ke-14 terbesar pada 2018 (sebahagian besarnya disebabkan olehindustri arang batu)[18], dan rentan terhadap banyak kesannya, kerana persekitaran air yang tidak selamat dan komuniti yang rentan.
Afrika Selatan merupakan antara negara yang mempunyai kesan peninggalan tertua di dunia.[19] Ramai puak telah menjadi penghuninya termasuklah puakKhoi,Bushmen,Xhosa danZulu. Peneroka Belanda telah tiba di sini pada1652 dan mereka dikenali sebagaiAfrikaner atau Boer. Mereka telah membuka penempatan mereka diTanjung Harapan. Pada tahun 1795 tentera British telah menawan koloni ini dan ia dikembalikan kepada Belanda pada 1803. Tetapi tiga tahun kemudian mereka menjajah koloni ini semula.[20] Kaum kulit putih asal iaitu Afrikaner tidak berpuas hati dengan pemerintahan British dan memulakan migrasi besar-besaran ke kawasan pedalaman di mana mereka berperang dengan kaum kulit hitam dan berjaya membuka beberapa wilayah yang baharu. Pada mulanya pihak British dapat hidup dengan harmoni dengan kedua-dua republik Boer di utara ini tetapi penemuanemas danberlian yang banyak diTransvaal telah mencetuskanPerang British-Belanda dan dua perang Boer. Akhirnya pada tahun1910, empat republik utama telah digabungkan di bawahkesatuan Afrika Selatan. Pada 1931, Afrika Selatan telah menjadijajahan British sepenuhnya.
Pada masa dari perhubungan Eropah, kumpulan etnik yang dominan ialah kaum berbahasa Bantu yang telah berhijrah dari bahagian-bahagian lain di Afrika lebih kurang seribu tahun sebelum. Kedua-dua kumpulan bersejarah utama ialah orang Xhosa danZulu.
Pada 1487, pengembara Portugis iaituBartolomeu Dias merupakan pelayar Eropah pertama yang berjaya mendarat di selatan Afrika.[21] Pada 4 Disember, dia mendarat diTeluk Walfisch (kini dikenali sebagai Teluk Walvis diNamibia). Ini ialah titik selatan paling jauh dicapai selepas pelayar Portugis terdahuluDiogo Cao menjumpai Cape Cross. Dias terus ke pantai barat selatan Afrika. Selepas 8 Januari 1488, beliau dihalang oleh ribut daripada meneruskan perjalanan di sepanjang pantai, lalu terus belayar melalui tanjung yang paling selatan di Afrika yang dipanggilnyaCabo das Tormentas (Tanjung Ribut) kerana berlayar dalam ribut yang dahsyat dan laut yang bergelora. Beliau dan anak kapalnya hanya dapat berlayar keLiberia sebelum berpatah balik.[22] Walaupun tidak berjaya sampai ke benua Asia, ekspedisinya telah berjaya membuka jalan pelayaran dari Eropah ke Asia, teruatamanya ke Hindia Timur yang kaya dengan pelbagai jenis rempah. Rajanya,João II, telah menukar nama tanjung itu kepada namaCabo da Boa Esperanca, atauTanjung Harapan, kerana ia memberi harapan baharu kepada Portugal untuk menjelajah dan menaklukiHindia Timur.[23]
KetibaanJan van Riebeeck, orang Eropah pertama yang menduduki Afrika Selatan, denganDevil's Peak pada latarbelakang
Menjelang awal abad ketujuh belas, kuasa maritim Portugal telah mula merosot, dan pedagang Inggeris dan Belanda telah bergabung untuk menghapuskanmonopoli Portugis terhadap perdagangan rempah di Hindia Timur[24]. Pada awalnya pada tahun 1601 pihakSyarikat Hindia Timur British tidak berlabuh di Cape, tetapi memilihPulau Ascension danPulau St. Helena sebagai pelabuhan alternatif[25]. Minat Belanda terhadap Cape telah terangsang selepas 1647, apabila dua pekerjaSyarikat Hindia Timur Belanda telah terdampar di sana selama beberapa bulan. Kelasi tersebut dapat terus hidup dengan mendapatkan air segar dan daging daripada penduduk tempatan. Mereka juga berjaya menanam sayur-sayuran di tanah yang subur[26]. Apabila mereka kembali ke Belanda mereka dilaporkan baik dan berpendapat Cape berpotensi sebagai "gudang dan taman" tempat persinggahan kapal untuk pelayaran panjang ke rantau Asia[25].
Pada 1652, satu abad setengah selepas penemuan laluan Cape,Jan van Riebeeck dan rombongannya sebanyak 90 kelasi kapal telah tiba dari Belanda dan mendirikan stesen pengisian semula minyak kapal diCape Town - perhentian penting dari segi geografi dan politik, kerana ia ialah satu-satunya laluan perdagangan awal dari Eropah dan Amerika ke India, 'Kepulauan Rempah-rempah' Hindia Timur, dan Timur[27]. Demi mengembangkan ekonomi mereka di sana pihak Belanda telah membawa masukhamba yang kebanyakannya darikepulauan Jawa danMelaka sebagai buruh kasar.[28] Selain itu hamba abdi juga dibawa masuk dari negara berhampiran sepertiMadagaskar dan sebahagian Afrika Timur[29]. Di samping itu, van Riebeeck telah membebaskan kelasi kapalnya yang telah berumah tangga untuk menjadi petani dan mengerjakan ladang di sana; dan golongan ini dikenali sebagai Free Burghers (golongan Burgher yang bebas, yang juga dipanggilBoer).[30] Oleh sebab mereka berkembang ke timur, peneroka Belanda telah bertembung dengan orang Xhosa di barat daya dan satu siri peperangan, yang dikenali sebagaiPerang Cape Frontier telah tercetus.
Pada awalnya, pihak British tidak berminat dengan Tanjung Harapan, walaupun mereka sedar ia jalan perdagangan yang penting ke Asia. Namun demikian apabila kerajaan Belanda jatuh ke tangan musuh ketat British iaitu pihak Perancis pada tahun 1794, pihak British telah mengambil keputusan untuk menakluki koloni di Tanjung Harapan. Satu peperangan telah meletus antara British dan Belanda, yang dikenali sebagaiPertempuran di Muzenberg. Dalam masa 3 bulan, pihak Belanda telah tewas dan terpaksa menyerah kalah. British telah menduduki koloni itu sehingga tahun 1802 selepasPerjanjian Amiens, di mana koloni ini dipulangkan semula kepada pihak Belanda[31]. Walaupun begitu dalam masa yang singkat, iaitu pada tahun 1806, koloni ini jatuh semula ke tangan British selepasPertempuran di Blaauwberg.[32]
Pada awal 1800an, ramai peneroka Belanda keluar dari koloni di Tanjung Harapan, yang berada di bawah kawalan British. Mereka berhijrah secara besar-besaran ke kawasan pedalaman dan ini dikenali sebagaiVoortrek, dan hasilnya mereka membuka beberapa penempatan baharu. Pertamanya mereka telah menubuhRepublik Natal tetapi setelah ia jatuh ke tangan British, mereka berhijrah semula dan membuka dua penempatan baharu yang lain iaituNegara Bebas Oranye, dan rantauTransvaal. Pihak Boer telah mengasaskan Republik Boer iaituRepublik Selatan Afrika (kini wilayahGauteng,Limpopo,Mpumalanga dan Barat Laut) danOrange Free State (Negara Bebas Oranye).
Penemuanberlian pada tahun 1867 danemas pada tahun 1884 di kawasan pedalaman memulakanRevolusi Mineral dan peningkatan pertumbuhan ekonomi danmigrasi. Ini mendorong orang Eropah-Afrika Selatan untuk mendapatkan kawalan terhadap orang tempatan. Perjuangan untuk mengawal sumber-sumber ekonomi yang penting ialah faktor dalam hubungan antara Eropah dan penduduk peribumi dan juga antara Boer dan British.[33]
Perang Anglo-Zulu telah berlaku pada tahun 1879 antara Empayar British danKerajaan Zulu. Susulan kejayaanLord Carnarvon dalam menyatukanKanada, ramai yang menganggap usaha politik yang sama, ditambah dengan kempen ketenteraan, mungkin dapat menyatukan kerajaan British di Cape Colony, kawasan puak kulit hitam dan juga republik Boer di Afrika Selatan. Pada tahun 1874, Sir Henry Bartle frère telah dihantar ke Afrika Selatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Empayar British untuk melaksanakan rancangan ini. Salah satu halangan kepada penyatuan Afrika Selatan di bawah jajahan British ialah kehadiran negara-negara bebas sepertiRepublik Selatan Afrika danKerajaan Zulu. Kerajaan Zulu mengalahkan British dengan teruk dalamPertempuran Isandlwana. Namun demikian, setelah berperang sekian lama, akhirnya pihak Zulu telah tewas dan kerajaannya jatuh ke tangan British.
Republik Boer berjaya menentang pencerobohan British semasaPerang Boer Pertama (1880-1881) dengan menggunakan taktikperang gerila, yang sesuai dengan persekitaran tempatan. British kembali dengan jumlah tentera yang lebih besar, lebih banyak pengalaman dan strategi baharu dalamPerang Boer Kedua (1899-1902). Meskipun pada awalnya mereka mengalami kekalahan yang agak teruk disebabkan ramai tenteranya meninggalkan medan perang, akhirnya mereka berjaya menewaskan pihak Boer.
Di dalam negara ini, dasar-dasar anti-British dalam kalangan orang kulit putih Afrika Selatan memberi tumpuan kepada kemerdekaan. Semasa penjajahan Belanda dan British, pengasingan kaum kebanyakannya dibuat secara tidak rasmi, walaupun beberapa undang-undang telah digubal untuk mengawal penempatan dan pergerakan orang asli, termasukAkta Penempatan Pribumi 1879 dan undang-undang berkaitan sistem permit perjalanan ataupass laws.[34][35][36][37][38] Kuasa telah dipegang oleh penjajah etnik Eropah.
Walaupun negara ini berada di bawah jajahan British, mereka terpaksa berkongsi kuasa dengan pihak Boer. Perkongsian kuasa ini telah berlanjutan hingga 1940an, bila parti pro-Afrikaner iaituParti Kebangsaan (NP) mencapai majoriti diParlimen pada tahun 1948. Kerajaan nasionalis ini telah mengukuhkan pemisahan kaum yang dimulakan di bawah pemerintahan kolonial Belanda dan Inggeris. Dengan mengambil Undang-Undang Peribumi (Indian Act) Kanada sebagai kerangka kerja[40], pemerintah nasionalis mengklasifikasikan semua kaum menjadi tiga kaum iaitu putih, hitam dan berwarna dan mengembangkan hak dan batasan bagi kaum masing-masing. Kumpulan minoriti kulit putih (kurang dari 20%)[41]menguasai penduduk kulit hitam yang jauh lebih besar. Pengasingan kaum yang diinstitusikan secara sah dikenali sebagaiaparteid. Walaupun orang kulit putih menikmati taraf hidup tertinggi di seluruh Afrika, setanding dengan negara-negara BaratDunia Pertama, majoriti kulit hitam tetap dipinggirkan dari setiap aspek, termasuk pendapatan, pendidikan, perumahan dan jangkaan hidup. Dasaraparteid memain peranan penting untuk mengawal sistem ekonomi dan sosial negara dengan mengekalkan penguasaan kulit putih ke atas kaum kulit hitam dan mewujudkandiskriminasi perkauman. Namun demikian kerajaan British kerap menggagalkan usaha Aparteid yang menyeluruh di Afrika Selatan. Oleh itu pada tahun1961, selepas suatupungutan suara kaum kulit putih, negara ini telah diisytiharkan sebagai sebuahrepublik. Di samping itu pada tahun yang sama, Afrika Selatan telah keluar daripadaKomanwel. Oleh itu, kerajaan yang diterajui kaum Afrikaner ini tidak lagi tertakluk kepada pengaruh British. Bermula pada 1960an, programGrand Apartheid telah dilaksanakan secara besar-besaran; yang menekankan pengasingan wilayah dan kezaliman pihakpolis.
Penindasan kaum kulit hitam telah berlanjutan sehingga akhir abad ke 20. Pada Februari1990, rentetan dari pemulauan antarabangsa dan tentangan hebat daripada pelbagaigerakan anti-aparteid terutamanyaKongres Kebangsaan Afrika (ANC), kerajaan Parti Kebangsaan di bawah pimpinan PresidenF.W. de Klerk telah menarik balik pengharaman Kongres Kebangsaan Afrika dan persatuan politik berhaluan kiri yang lain dan membebaskanNelson Mandela dari penjara. Undang-undang aparteid telah dimansuhkan secara perlahan-lahan danpilihan raya pelbagai bangsa yang pertama telah diadakan pada tahun1994. Parti ANC telah meraih kemenangan yang besar danNelson Mandela, telah dilantik sebagai Presiden kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan. Walaupun kuasa telah berada di tangan kaum kulit hitam, berjuta-juta penduduknya masih hidup dalam kemiskinan.
Berakhirnya Pemerintahan Minoriti Kerajaan Kulit Putih
Nelson Mandela, Bapa Kemerdekaan Afrika Selatan yang demokratik
SewaktuNelson Mandela menjadi Presiden negara ini selama 5 tahun, kerajaannya telah berjanji untuk melaksanakan perubahan terutamanya dalam isu-isu yang telah diabaikan semasa era aparteid. Antara isu-isu yang ditangani olehkerajaan pimpinanANC termasuklahpengangguran, wabakAIDS, kekurangan perumahan danjenayah. Pentadbiran Mandela juga mula memperkenalkan kembali Afrika Selatan kepada ekonomi global setelah beberapa tahun dipulaukan disebabkan dasar aparteidnya. Selain itu, dalam usaha mereka untuk menyatukan rakyat semula kerajaan telah menubuhkan satu suruhanjaya yang dikenali sebagaiTruth and Reconciliation Committee (TRC) di bawah pimpinan BiskopDesmond Tutu. Suruhanjaya ini berperanan untuk memantau agensi kerajaan seperti agensipolis agar masyarakat Afrika Selatan boleh hidup dalam aman dan harmoni. President Mandela telah menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pendamaian di tahap nasional, dan telah cuba untuk membentuk satuidentiti untuk Afrika Selatan dalammasyarakat majmuk yang terpisah akibat konflik perkauman sejak beberapa dekad. Kebolehan Mandela dalam mencapai objektifnya jelas terbukti kerana selepas1994 negara ini telah bebas darikeganasan politik. Nelson Mandela telah meletak jawatan sebagaiPresiden partiANC pada Disember1997, untuk memberi laluan kepadaPresiden yang baru iaituThabo Mbeki. Mbeki dipilih sebagai presiden Afrika Selatan selepas memenangipilihan raya nasional pada tahun 1999, danpartinya menang tipis dua pertiga majoriti diparlimen. Presiden Mbeki telah mengalih tumpuankerajaan daripada pendamaian kepada perubahan, terutamanya dari segiekonomi negara.
Pada Disember 2007,Jacob Zuma telah berjaya menewaskan Mbeki sebagai presiden parti ANC.[42] Dua tahun kemudian pada pilihan raya 22 April 2009, parti ANC yang diterajui Zuma berjaya memenangi 65.9% kerusi di parlimen.[43] Semasa beliau berusaha menggulingkan Mbeki sebagai presiden ANC, dia menikmati sokongan kuat dalam kalangankesatuan pekerja danparti komunis - sekutu ANC - kerana mereka percaya beliau akan mengagihkan kekayaan Afrika Selatan untuk orang miskin, tetapi selepas beberapa tahun di bawah pemerintahan Zuma, ekonomi negara tidak banyak berubah, malah kadarpengangguran meningkat kepada sekitar 28%.[44] Malah selama tempohnya sebagai presiden, kerajaan pimpinannya telah dicemari oleh pelbagai skandal,rasuah dan salah urus dan pada awalnya pihak atasan ANC telah memberi sokongan padu kepada pemimpin mereka; namun, pada akhirnya, mereka menentangnya dan meminta beliau mengundurkan diri setahun setengah sebelum berakhirnya penggal kedua.[45] Pada tahun 2018, beliau terpaksa bersara dan digantikan olehCyril Ramaphosa.
Afrika Selatan merupakan negarademokrasi berperlembagaan dengan sistem tiga tingkat dan institusikehakiman yang bebas. Terdapat tiga peringkat iaitu kebangsaan, wilayah dan kerajaan tempatan yang mempunyai badanperundangan sertaeksekutif dengan bidangkuasa yang terhad dalam sfera masing-masing.
Presiden Afrika Selatan memegang dua jawatan iaitu sebagai Ketua Negara dan juga Ketua kerajaan. Beliau dipilih sewaktu kedua-dua dewan bergabung, iaitu Perhimpunan Kebangsaan (National Assembly) dan Majlis Wilayah-wilayah Kebangsaan (National Council of Provinces). Lazimnya, Presiden ialah pemimpin parti majoriti di Parlimen.
Perhimpunan Kebangsaan mempunyai 400 ahli yang dipilih melaluipilihan raya secaraperwakilan berkadar. Majlis Negeri-Negeri Kebangsaan (NCoP), yang telah menggantikan Senat pada 1997, terdiri daripada 90 ahli yang mewakili setiap 9 negeri termasuk bandar-bandar besar di Afrika Selatan.
Di Afrika Selatan,pilihan raya diadakan setiap 5 tahun dan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas diwajibkan mengundi. Dalam pilihan raya terakhir, yang diadakan pada 8 Mei 2019, partiANC memenangi 57.5% undi dan 230 kerusi, sementara parti pembangkang utama,Democratic Alliance (DA) memenangi 20.77% undi dan 84 kerusi. The Economic Freedom Fighters (EFF), yang diasaskan oleh Julius Malema, mantan Presiden Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika yang kemudiannya berpecah daripada ANC, memenangi 10.79% undi dan 44 kerusi. ANC telah menjadi parti politik yang memerintah di Afrika Selatan sejak akhiraparteid.
Sewaktu era aparteid, negara ini telah dipulaukan oleh kebanyakan negara termasukMalaysia. Malah, Afrika Selatan telah berperang secara sulit dengan negara jirannya sepertiAngola yang menyokong fahamankomunisme. Pada 1 Jun,1994, Afrika Selatan dengan rasminya telah menyertai semula organisasiKomanwel dan pada 23 Jun tahun yang sama, negara ini telah diterima semula ke dalam Perhimpunan AgungPBB. Selain itu, negara ini telah menyertaiPertubuhan Kesatuan Afrika (OAU), yang kini dikenali sebagaiKesatuan Afrika; dan perubahan ini telah dicadangkan oleh Presiden Afrika Selatan iaituThabo Mbeki pada2002.
Sejak kemunculannya selepas pemulauan antarabangsa sewaktu era aparteid, negara ini telah memainkan peranan yang penting di arena global. Dasar luar negaranya yang utama ialah untuk menjalin perhubungan yang baik dengan semua negara, terutamanya dengan negara-negara jiran dalamKomuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) dan ahli-ahli lain dalamKesatuan Afrika. Di samping itu, negara ini telah memainkan peranan penting dalam menamatkan konflik serta krisis politik yang melanda rantau ini, termasuklah diBurundi,Republik Congo,Comoros, danZimbabwe. Pada Ogos1998, negara ini telah mempengerusikanPergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), yang berakhir pada Julai2002. Pada bulan April 2011, Afrika Selatan secara rasmi telah bergabung dengan negaraBrazil,Rusia,India danChina untuk mewujudkan kumpulanBRICS. Keempat-empat negara tersebut telah dikenal pasti olehZuma sebagai rakan dagang terbesar di negara ini, dan juga rakan dagang terbesar dengan rantau Afrika secara keseluruhan. Zuma menegaskan bahawa negara-negara anggota BRICS juga akan bekerjasama antara satu sama lain melaluiPBB, Kumpulan Dua Puluh (G20) dan forum India, Brazil dan Afrika Selatan (IBSA).
Swaziland telah meminta Afrika Selatan untuk membuka perundingan berkenaan menggabungkan semula beberapa wilayahnya yang berhampiran yang diduduki etnik Swazi atau kawasan yang merupakan sebahagian kerajaan Swazi yang lampau.
Selain itu, status Afrika Selatan sebagai pusat pemindahan perkapalan bagi dadahheroin dankokaina telah mencetuskan kontroversi.Penyalahgunaan dadah tempatan yang agak tinggi telah merangsangkan perdagangan dadah; serta meningkatkan lagi permintaankokaina di negara ini. Malah, Afrika Selatan terkenal sebagai pasaran dunia terbesar bagi dadahmethaqualone, yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai "Mandrax". Dadah ini biasanya diimport secara haram dariIndia melalui beberapa negara Afrika Timur. Penanamanganja secara haram juga amat berleluasa di sini.
Dari segi pertahanan, Afrika Selatan merupakan negara ketiga terkuat di benua Afrika, selepasMesir danAlgeria.[46]
Angkatan Tentera Afrika Selatan atau lebih dikenali sebagai Angkatan Pertahanan Nasional Afrika Selatan (SANDF), telah ditubuhkan pada tahun 1994. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Angkatan Pertahanan Afrika Selatan (SADF). Angkatan yang baru ini terdiri daripada angkatan tentera lama, berserta pasukan militari daripada beberapa organisasi yang berjuang untuk kebebasan kaum kulit hitam iaituUmkhonto we Sizwe (MK),Tentera Kebebasan Rakyat Azania (APLA), dan angkatan tentera dari bekas kawasan "homeland". SANDF boleh dibahagikan kepada empat cabang utama, Tentera Afrika Selatan, Tentera Udara Afrika Selatan, Tentera Laut Afrika Selatan, dan Khidmat Kesihatan Ketenteraan Afrika Selatan.
Sewaktu eraaparteid di bawah pentadbiranBotha, negara ini telah menjalankan programsenjata nuklear, kononnya dengan bantuan pihakIsrael. SADF juga mungkin pernah melancarkanujian nuklear diAtlantik pada1979, tetapi sejak itu negara ini telah menolak program nuklearnya dan menandatanganiPerjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) pada 1991 selepas menghapuskan longgokan nuklearnya yang kecil. Hanya Afrika Selatan berjaya membangunkan senjata nuklear di benua Afrika ini, dan merupakan salah satu negara yang secara sukarela memansuhkan program nuklearnya. NPT menggalakkan negara ahli yang berjaya dalam program nuklear untuk menarik balik program tersebut.
Sejak kebelakangan ini, SANDF telah menjadi angkatan keamanan utama di rantau ini, dan telah terlibat dalam pelbagai operasi termasuk diLesotho,Republik Demokratik Congo, sertaBurundi. Angkatan ini juga turut terlibat dalampasukan pengaman multinasional di bawah PBB.
Afrika Selatan terletak di 29° 00' S, 24° 00' T. Luas kawasannya adalah 1,219,912 km² termasukPulau Robben danKepulauan Prince Edwards (Pulau Marion dan Pulau Prince Edward). Afrika Selatan bersempadan dengan Lautan Atlantik di pantai barat dan Lautan Selatan dan Lautan Hindi di pantai timur. Arus utama di lautan tersebut adalah arus sejuk Benguela dan arus suam Agulhas. Titik paling rendah ialahLautan Atlantik pada 0 m dan paling tinggi ialah Njesuthi pada ketinggian 3,408 m.
Afrika Selatan mempunyai iklim yang berbeza-beza. Di barat-daya negara ini, iklimnya ialahMediterranean, di kawasan pedalaman ia beriklim sederhana, dan di timur-laut iklimnya ialahsepara tropika atau "subtropical".
Afrika Selatan mempunyai beberapa iklim yang berlainan. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti aras ketinggian dan arus laut. Di barat-daya negara ini, iklimnya ialahMediterranean, di kawasan pedalaman ia beriklim sederhana, dan di timur-laut iklimnya adalahsepara tropikal atau "subtropical". Sebahagian kecil kawasan di barat-laut Afrika Selatanbergurun dan beriklim kering. Sebahagian besar negara ini bercuaca sederhana panas dengan hari yang cerah dan malam yang sejuk.
Dari segi suhu, suhu yang biasa disini ialah antara 17 °C hingga 30 °C. Misalnya, purata suhu tahunan diCape Town ialah 17 °C, dan diPretoria, 17.5 °C. Suhu maksimum biasanya melebihi 32 °C pada musim panas, dan di beberapa tempat di utara ia boleh mencecah 38 °C.Suhu paling tinggi yang pernah dicatatkan ialah lebih kurang 48 °C, telah berlaku diCape Utara dan Mpumalanga (sebelum ini dikenali sebagai Transvaal Timur). Suhu paling rendah telah dicatit 250 km timur-laut bandar Cape Town, di mana purata suhu minimumnya adalah serendah -6.1 °C. Rekodsalji (hampir 50sm) berlaku pada Julai 1994 di kawasan pergunungan yang bersempadan denganLesotho.
Musim hujan biasanya berlaku pada musim panas (November hingga Mac), tetapi di barat-daya, di sekelilingTanjung Harapan, musim hujannya adalah pada musim sejuk (Jun hingga Ogos).
Di barat-laut,hujan tahunannya adalah di bawah paras 200mm. Manakala di timurHighveld, tempat ini menerima 500mm hingga 900mm hujan setiap tahun; kadangkala hujannya melebihi 2,000mm. Sebahagian besar zon pertengahannya menerima purata lebih kurang 400mm hujan.
Bursa Saham Johannesburg atauJohannesburg Stock Exchange (JSE)
Afrika Selatan ialah sebuah negara maju dengan penduduk yang berpendapatan sederhana. Negara ini kaya dengan galian terutamanya galian bernilai tinggi seperti emas, platinum dan berlian. Ia juga mempunyai sistemkewangan,perundangan,telekomunikasi,tenaga,infrastruktur yang maju dan moden.Bursa sahamnya diJohannesburg begitu aktif, sehinggakan ia pernah berada di tangga ke-10 terbesar di dunia.
Sejak kedatanganBritish di sini, ekonomi negara bergantung kepada sektorperlombongan. Tetapi beberapa dekad yang lalu, ia telah digantikan oleh sektorpengeluaran. Sektor industri Afrika Selatan yang sangat maju, telah menjadikannya ekonomi ke-25 terbesar di dunia. Dengan hanya 7% penduduk dan 4% jumlah kawasan keseluruhan Afrika, Afrika Selatan mengeluarkan lebih satu pertigaproduk danperkhidmatan di Afrika, dan hampir 40 % pengeluaran industri di Afrika. Selain itu, KDNK per kapitanya telah meletakkan negara ini dalam kalangan 50 negara terkaya di dunia. Namun secara realitinya, pembangunan hanyalah tertumpu pada empat kawasan utama:Cape Town,Pelabuhan Elizabeth,Durban, danPretoria-Johannesburg. Manakala kebanyakan tempat lain masih mundur. Akibatnya Afrika Selatan mempunyai kadar ketidaksamaan pendapatan yang tertinggi di dunia. DasarAparteid yang dilaksanakan selama lebih empat dekad, merupakan punca utama kemiskinan di kalangan penduduk kulit hitam di Afrika Selatan. Pada akhir 1980an, dianggarkan 16 juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan dan 2.3 juta orang berisikokebuluran dan kurangzat makanan. Walaupun begitu, kerajaan kulit hitam Afrika Selatan telah berjaya mengurangkankadar kemiskinan dari 42% pada1994 ke 24% pada tahun2003.
Sun City sebuah resortkasino yang dibuka pada 1976 di tengah-tengah kawasan golongan orang miskin diBophuthatswana
Antara masalah lain yang telah melanda negara ini ialah jangkitan HIV. Wabak ini merupakan masalah kritikal di Afrika Selatan. Dianggarkan 4.79 juta penduduknya dijangkitiHIV/AIDS dan kerajaan Afrika yang baru terpaksa berbelanja berjuta-jutaRand untuk menangani masalah ini. Sejak Afrika Selatan membuka sempadannya selepas tamatnya Apartheid,sindiketjenayah antarabangsa telah menembusi negara ini. Kini, Afrika Selatan ialah pengeluardadahganja terbesar di dunia. Pergolakan politik diZimbabwe juga memberi impak yang buruk kepadaekonomi negara ini. Ramai pelabur asing bimbang masalah ini akan berlanjutan ke Afrika Selatan. Pada tahun2002, masalah-masalah ini telah menjadi faktor utama penurunan nilai Rand sebanyak 30 peratus tetapi sejak kebelakangan ini matawang Rand telah kembali kukuh.
Dari segipengangkutan, pengangkutuan darat sepertijalan raya danlebuh raya masih merupakan sistem utama bagi menghubungi satu tempat dengan tempat lain. Syarikat kereta api nasional,Spoornet, mempunyai lintasankereta api sepanjang 20,319km. Namun demikian, dianggarkan 80 peratus muatan diangkut melalui jalanraya seperti melalui lori, trak dan sebagainya.
Demografi di Afrika Selatan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu: orang kulit hitam, orang kulit putih, orang berwarna (orang dari Asia atauperanakan) dan orang berbangsa India.
Kaum yang terbesar di Afrika Selatan ialah kaum pribumi berkulit hitam iaitu 81% jumlah penduduk di sini. Penduduk kulit hitam terdiri daripada masyarakat majmuk yang boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan etnik berdasarkan kepada bahasa masing-masing. Kumpulan yang terbesar iaitu 50% penduduk Afrika di sini ialah yang berbahasaNguni termasuk bangsaNdebele,Swazi,Xhosa danZulu. Kumpulan yang kedua terbesar ialah yang berbahasaSotho-Tswana, termasuklah beberapa bangsaSotho,Pedi, danTswana dan merupakan majoriti di kebanyakan kawasan Highveld. Dua kumpulan yang terakhir ialahTsonga, atau Shangaan, yang tertumpu di Utara dan wilayahMpumalanga, danVenda, yang juga tertumpu di wilayah utara Afrika Selatan.
11% penduduk di sini terdiri daripada kaum kulit putih yang berbangsaBelanda,Perancis,Inggeris danJerman. Kebanyakan orang Eropah di negara ini adalah berketurunan peneroka-peneroka awal di koloni Cape. Terdapat juga kumpulan minoritiPortugis — kumpulan pertama daripada keturunan peneroka Eropah yang awal. Dari segibudaya danlinguistik kaum kulit putih boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar iaituAfrikaner dan Inggeris. Sejak tahun 1994, iaitu apabila berakhirnya era aparteid kaum kulit putih telah berkurangan akibatkadar kelahiran yang rendah danpenghijrahan; lebih 100,000 telah berhijrah ke negara lain atas beberapa sebab seperti kadar jenayah yang tinggi dan dasar kerajaan yang memihak kepada kaum kulit hitam.
9% daripada penduduk Afrika Selatan terdiri daripada bangsa berwarna ataucoloured. Bangsa ini termasuklah kumpulanperanakan dan juga pendatangAsia, termasukorang Melayu danIndonesia (dipanggilMelayu Cape) yang dibawa masuk untuk bekerja sebagai kuli diNatal. Manakala, 3% lagi terdiri dari bangsa India yang berasal dari pedagang-pedagangIndia.
Dari segiagihan pendapatan pula, kaum kulit putih masih mendominasi ekonomi negara. Hampir 100,000 kaum kulit putih mempunyai pendapatan tahunan lebih daripada ASD$60,000; hanya 5,000 kaum kulit hitam mempunyai pendapatan yang sama. Walaupun begitu lebih kurang 300,000 kaum kulit hitam boleh dikategorikan sebagai kelas pertengahan (dengan pendapatan antara ASD$13,000 dan ASD$23,000 setahun) walaupun 40% pengangguran masih berlaku di kalangan masyarakat kulit hitam.[48]
Di Afrika Selatan, alam persekolahan adalah selama 13 tahun - atau gred. Namun, tahun pertama pendidikan atau gred 0 dan tiga tahun terakhir iaitu dari gred 10 hingga gred 12 (juga dipanggil "matric") adalah tidak wajib. Kebanyakan sekolah rendah menawarkan gred 0. Tetapi gred ini boleh juga dibuat ditadika. Lazimnya untuk memasukiuniversiti, seseorang itu wajib melepasi "matric" dengan minimum tiga mata pelajaran gred tinggi dan bukan sekadar lulus (standard). Malah beberapauniversiti yang berprestij akan mengenakan syarat akademik yang lebih tinggi. Walaupun begitu, mereka yang lulus "National Senior Certificate" layak untuk belajar di "technikon" atau kolej teknikal.
Di bawah sistem aparteid, sistem pendidikannya dirangka mengikut warna kulit iaitu kementerian yang berasingan untuk pelajar kulit putih, berwarna, Asia, dan kaum kulit hitam di luarbantustan. Pengasingan ini telah menghasilkan 14 kementerian pendidikan yang berbeza di negara ini.
Universiti Cape Town merupakan universiti yang paling berprestij di Afrika Selatan.
Pengstrukturan sistem pendidikan selepas era-aparteid merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan negara ini. Kerajaan baru telah membentuk suatusistem pendidikan kebangsaan tanpa diskriminasi kaum tetapi menggabungkan 14 kementerian pendidikan merupakan tugas yang sukar. Oleh itu pada Februari 1996, Kementerian Pendidikan telah melancarkan satukurikulum baru yang dinamakan "Curriculum 2005". Kurikulum ini yang akan menggantikan dasar pendidikan berdasarkan aparteid, akan memberi tumpuan kepada "outcome" atau hasilnya iaitu pelajar akan menjadi lebih proaktif dalam persekitarannya dan juga di dalam masyarakat. Untuk mencapai objektif ini, pada 1999 kerajaan telah memperuntukkan 5.7 peratusbelanjawan untuk sektor pendidikan termasuk membina 2,000 sekolah-sekolah baru, 65,000 bilik darjah yang baru dan beralatan penuh, 60,000 guru-guru yang terlatih dan 50 juta buku teks yang dicetak.
Pada 2004, Afrika Selatan mempunyai 366,000guru dan hampir 28,000 sekolah-sekolah -termasuk 390sekolah khas dan 1,000sekolah swasta. Daripada jumlah ini, 6,000 orang daripada sekolah tinggi (gred 7 hingga gred 12) dan selebihnya bersekolah rendah (gred 1 hingga gred 6).
Afrika Selatan juga mempunyai suatu sistempendidikan tinggi yang maju, yang juga dipisahkan mengikut ras sewaktu era aparteid. Pada 1995 terdapat 385,000 pelajar yang belajar di 21 universiti dan 190,000 pelajar di "technikon" (institut teknikal atau vokasional). Hampir 37 peratus adalah dari golongan kulit putih. Tetapi sejak 1994, penyertaan pelajar kulit hitam di universiti-universiti yang dikhaskan untuk pelajar kulit putih telah bertambah secara mendadak.[49]
Pergaulan bebas dalam kalangan masyarakat Afrika Selatan di kawasan-kawasan bandar dan penindasan budaya kaum kulit hitam sewaktu eraaparteid telah mengakibatkan hilangnya cara hidup lama di bandar-bandar di sini. Namun, budaya kulit hitam masih wujud di kawasan desa. Beberapa perbezaan budaya tetap ada antara etnik-etnik di sana, seperti adatperkahwinan dan pantang-larang mereka. Tetapi pada umumnya, tradisi masyarakat kulit hitam ialah berlandaskan kepercayaan kepadadewa-dewa yang perkasa serta maskulin, semangat nenek-moyang dan kuasa-kuasa ghaib.Poligami juga dibenarkan dan "lobolo" (mas kahwin) biasanya akan dibayar.Kerbau memainkan peranan penting dalam kebanyakan budaya, sebagai simbol kekayaan dan binatang korban.
Seni Afrika Selatan boleh dilihat dari pelbagailukisan gua dan batu oleh puakSan, sebahagiannya dilukis sejak 26,000 tahun yang lalu. Manik-manik yang direka secara teliti oleh puakZulu juga merupakan kraftangan yang popular di negara ini. Malangnya, budaya kaum kulit hitam telah dihapuskan sewaktu era-aparteid. Amalan seharian yang berkait rapat dengantradisi dan budaya kaum kulit hitam telah diabaikan dan juga dihapuskan. Contoh yang paling ketara ialah pemusnahan "District Six", suatu kawasan pelbagai budaya diCape Town dan Sophiatown diJohannesburg, di mana ramai pemuzik-pemuzik terkenal antarabangsa berhimpun dan mengasah kemahiran mereka. Antara kumpulan muzik terkenal termasuklahLadysmith Black Mambazo yang berjaya membawa bunyian Afrika Selatan ke dunia barat, sebelum dan juga selepas aparteid.
Makanan daging sering dimasak secarabraai yang serupa denganbarbeku
Dari segimakanan, pihakBritish patut dipersalahkan kerana membawa makanan yang membosankan ke Afrika Selatan. Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini keadaan tersebut telah bertambah baik. Stik atausosej boerewors, sayur rebus danchips (kerepek kentang) ialah makanan utama, dan makanan yang lebih mencabar biasanya menakutkan. Para vegetarian akan terasa tersisih di negara ini kerana rakyatnya gemar memakan daging seperti sosej khinzir, daging lembu, kambing dan ayam. Manakalasnek popular di negara ini ialahbiltong, sejenis daging kering dari daging lembu atau daging buruan, dan ia biasanya dimakan sewaktu menonton pertandingansukan. Potjie (disebut "pooi-ki") berasal dariBelanda dan merupakan periuk besi berkaki tiga yang digunakan oleh peneroka-peneroka awal Belanda dan juga penjelajah. Ia kemudian digunakan sebagai periuk memasak puak Afrika untuk memasakputu (masakan jagung).Bir danbrandi merupakan minuman paling popular di kalangan masyarakatnya, danwain terbaik dari Afrika Selatan semakin popular di sini.
Di pesisiran pantai pula, kelompokPortugis mencampur gaulkan masakan mereka dengan masakanMozambique, menghasilkan masakan berunsurkan tomato yang pedas iaituperi-peri, yang terkenal di seluruh Afrika Selatan. Kini restoranNando's telah membawa masakan ayamperi-peri ke seluruh dunia.
Melayu Tanjung atau "Cape Malays" yang tiba diCape Town pada akhir abad ke-17 membawa sumbangan terbesar kepadakuisin di Afrika Selatan. Mereka telah membawa sos pedas,cutni (chutney),blatjangs (sos pekat yang dibuat daripada buah-buahan dan perasa),acar ,sambal,bobotie (daging cincang berperisa) dan ikan jeruk.
Kaum minoriti India juga mempunyai makanannya yang tersendiri. Makanan yang paling popular dalam kalangan mereka (terutamanya di sebelahDurban) ialahkari, tetapi ia tidak sepedas kari di negara asalnya iaituIndia. Suatu keistimewaan di Durban ialah 'bunny' atau 'bunny chow', iaitu roti putih berisikari (biasanya daging).
Kaumpribumi Afrika Selatan pula meminati makanan berunsurkanjagung dan sayuran tempatan. Mereka juga memburuburung merpati danayam hutan. Makanan kaum Afrika jarang dijual di restoran-restoran di sini, walaupun seseorang itu boleh mendapat nasi yang murah serta "stew" dari gerai-gerai di sekitar kawasan bandar.
Masyarakat Afrika Selatan merupakan masyarakat yang "gila" sukan. Namun sukan di sini berkait rapat dengan ras dan bangsa. Misalnya dalam kalangan kaum kulit hitam, sukan yang paling popular ialahbola sepak dengan pasukan kebangsaan yang dipanggilBafana Bafana atau 'The Boys'(Budak-budak lelaki). Manakala kebanyakan kaum kulit putih bermainragbi, dan ia amat diminati oleh kaum Afrikaner, yang mendominasi pasukan kebangsaan, "theSpringboks", dan jugakriket, yang secara tradisi dimain oleh bangsa British. Sejak dikaitkan dengan aparteid, pasukan "the Springboks" atau 'Boks' hendak menjadi sebahagian 'Afrika Selatan Baru', dengan menyarungkan PresidenNelson Mandela dengan jersi Springbok, yang sebelum ini hanya dipakai oleh kaum kulit putih, pada Piala Dunia untuk ragbi pada tahun 1995.
Rata-rata ahli sukan yang terkemuka dari Afrika Selatan adalah daripada kaum kulit putih. Antaranya termasuklahRetief Goosen (golf),Penelope Heyns (perenang kuak dada),Zola Budd (merentas desa) danPercy Montgomery (ragbi). Walaupun begitu, kaum kulit hitam telah mula mengharumkan nama negara mereka dalam arena sukan antarabangsa termasuk"Baby Jake" Matlala (tinju) danJosiah Thugwane (maraton). Malah kaum kulit hitam juga telah mula melibatkan dalam permainan kaum kulit putih seperti kriket. Misalnya Makhaya Ntini yang merupakan salah seorang pemain bowler dalam pasukan kriket kebangsaan.[50]
Walaupun begitu, sukan mampu menyatukan rakyat di Afrika Selatan dan sejak negara itu mencapai demokrasi pada tahun 1994, ia telah diberi penghormatan untuk menganjurkan pelbagai acara sukan di peringkat dunia. Afrika Selatan merupakan negara tunggal di benua Afrika yang pernah menjadi hos acara piala dunia untuk sukanragbi pada tahuh 1995 (di mana pasukan Afrika SelatanThe Springboks muncul juara),kriket pada tahun 2003 danbola sepak pada tahun 2010.
Bagi kaum kulit hitam pula novel pertama karya seorang penulis kulit hitam ialah bertajukMhudi (yang mula dicetak 1930), oleh Solomon (Sol) Thekiso Plaatje. Cerita epik ini mengisahkan kehidupan masyarakatTswana semasa dan selepas berdepan dengan tenteraZulu di bawah pemerintahanShaka, penakluk Zulu pada abad ke-19, dan kisah pengalaman awal dengan kaum kulit putih di kawasan pedalaman.
^"The people of South Africa". SouthAfrica-info.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-19. Dicapai pada2021-01-28.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
^Wymer, John (1982).The Middle Stone Age at Klasies River Mouth in South Africa. Chicago: University of Chicago Press.ISBN0226761037.Unknown parameter|coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
^Mackenzie, W. Douglas; Stead, Alfred (1899).South Africa: Its History, Heroes, and Wars. Chicago: The Co-Operative Publishing Company.
^Pakeman, SA.Nations of the Modern World: Ceylon (ed. 1964). Frederick A Praeger, Publishers. m/s. 18–19.ASINB0000CM2VW.
^abAlexander Wilmot & John Centlivres Chase.History of the Colony of the Cape of Good Hope: From Its Discovery to the Year 1819 (ed. 2010). Claremont: David Philip (Pty) Ltd. m/s. 1–548.ISBN978-1144830159.
^Bond, Patrick (1999).Cities of gold, townships of coal: essays on South Africa's new urban crisis. Africa World Press. m/s. 140.ISBN978-0-86543-611-4.
^De Villiers, John Abraham Jacob (1896).The Transvaal. London: Chatto & Windus. m/s. 30 (n46). Dicapai pada30 July 2009.
^Cana, Frank Richardson (1911)."South Africa" . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting).Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris).25 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 467.