| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Gustavo Adrián Ramos Vásquez | ||
| Tarikh lahir | (1986-01-22)22 Januari 1986 (umur 39) | ||
| Tempat lahir | Santander de Quilichao,Colombia | ||
| Ketinggian | 1.85 m (6 ka 13⁄16 in) | ||
| Posisi permainan | Penyerang | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Borussia Dortmund | ||
| Nombor | 20 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2004 | América de Cali | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2004–2009 | América de Cali | 126 | (42) |
| 2006–2007 | →Santa Fe (pinjaman) | 33 | (5) |
| 2009–2014 | Hertha BSC | 157 | (68) |
| 2014– | Borussia Dortmund | 23 | (3) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2008– | Colombia | 35 | (4) |
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Disember 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2015 (UTC) | |||
Gustavo Adrián Ramos Vásquez (lahir 22 Januari 1986) ataupun lebih dikenali sebagaiAdrián Ramos, merupakan pemain bola sepak Colombia yang kini bermain untukBorussia Dortmund di posisi penyerang. Beliau telah mewakilipasukan kebangsaan Colombia sejak 2008 dan telah membuat 25 penampilan.
Ramos memulakan kerjayanya diAmérica de Cali tetapi telah dipinjam keTrujillanos FC danClub Santa Fe selama beberapa musim. Ramos kembali keAmérica de Cali untuk musim 2008 dan salah satu alasan pasukannya memenangi Piala Mustang 2008 dengan menang 4-1 secara agregat ke atasIndependiente Medellín. Pada 30 Ogos 2009, beliau berpindah keHertha BSC di Jerman selepas kelab itu bersetuju dengan bayaran 2 jutaeuro.
Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Hertha pada pusingan keduaDFB Pokal pada 22 September 2009 dengan membantu kelabnya untuk bangkit ketinggalan 0-2 kepada seri 2-2 tetapi tewas pada penentuan penalti. Beliau menjaringkan gol pertamanya di perlawanan liga pada 12 November menentangStuttgart, perlawanan berkesudahan seri 1-1. Pada 13 Disember 2013, Ramos menjaringkan dua gol dalam sembilan minit ketika Hertha bangkit selepas ketinggalan 1-0 kepada menang 3-2 ke ataWerder Bremen. Pada musim 2013-14, beliau menjaringkan 16 gol dan menjadi pemain terempat penjaring terbanyak.
Pada 9 April 2014, Ramos dilaporkan telah diikat olehBorussia Dortmund dan dijangka akan menyertai kelab tersebut pada 1 Julai 2014 dengan bayaran tertutup dan beliau menandatangani kontrak empat tahun.
Ramos membuat penampilan pertama untuk Dortmund pada 13 Ogos 2014 dan memasuki padang pada separuh masa kedua ketika menewaskanBayern Munich 2-0 pada perlawananDFL Supercup. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Dortmund tiga hari kemudian apabila menjaringkan gol terakhir buat pasukannya menang 4-1 ke atasStuttgart Kickers pada pusingan pertamaDFB Pokal. Pada 29 Ogos, Ramos menjaringkan gol liga pertamanya semasa menentangFC Augsburg, keputusannya Dortmund menang 3–2. Beliau menjairngkan gol pertamanya di perlawanan Eropah pada 1 Oktober dengan menjaringkan dua gol apabila menjadi pemain gantian semasa membenamAnderlecht pada perlawananLiga Juara-Juara.
Pada 2 Julai 2011, Ramos menjaringkan gol tunggal perlawanan menentangCosta Rica pada peringkat kumpulanCopa América 2011 di Argentina.
Ramos termasuk dalam skuad Colombia diPiala Dunia FIFA 2014 yang merupakan penampilan pertama negara mereka di kejohanan itu sejak 1998. Beliau mula bermain pada perlawanan terakhir kumpulan apabila Colombia mengalahkanJepun 4–1. Beliau juga bermain pada perlawanan suku akhir menentangBrazil yang merupakan perlawanan terakhir bagi negara Amerika Selatan itu.
| # | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1. | 14 Oktober 2009 | Asunción,Paraguay | Kelayakan Piala Dunia 2010 | |||
| 2. | 2 Julai 2011 | San Salvador de Jujuy,Argentina | Copa América 2011 | |||
| 3. | 18 November 2014 | Ljubljana,Slovenia | Persahabatan | |||
| 4. | 26 Mac 2015 | Riffa,Bahrain |
| Kelab | Musim | Liga | Piala1 | Benua2 | Jumlah | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
| 2008 | 46 | 21 | — | 6 | 2 | 52 | 23 | ||
| 2009 | 19 | 13 | — | 4 | 0 | 23 | 13 | ||
| Jumlah | 65 | 34 | — | 10 | 2 | 75 | 36 | ||
| 2009–10 | 29 | 10 | 1 | 1 | 7 | 0 | 37 | 11 | |
| 2010-11 | 33 | 15 | 2 | 2 | — | 35 | 17 | ||
| 2011–12 | 31 | 6 | 6 | 4 | — | 37 | 10 | ||
| 2012-13 | 32 | 11 | 1 | 0 | — | 33 | 11 | ||
| 2013–14 | 32 | 16 | 2 | 0 | — | 34 | 16 | ||
| Jumlah | 157 | 58 | 12 | 7 | 7 | 0 | 176 | 65 | |
| 2014–15 | 13 | 2 | 3 | 1 | 5 | 3 | 21 | 6 | |
| Jumlah | 13 | 2 | 3 | 1 | 5 | 3 | 21 | 6 | |
| Jumlah kerjaya | 235 | 94 | 15 | 8 | 22 | 5 | 272 | 107 | |
| Persondata | |
|---|---|
| Nama | Ramos, Adrián |
| Nama alternatif | Ramos Vásquez, Gustavo Adrián |
| Pemerihalan ringkas | Colombian footballer |
| Tarikh kelahiran | 22 January 1986 |
| Tempat kelahiran | Santander de Quilichao, Colombia |
| Tarikh kematian | |
| Tempat kematian | |