Adibajingan (Jawi: اديباجيڠن) ialah sejeniswatak kodi penjahat yang boleh ditemui dalam komik-komikAmerika Syarikat dan biasanya mempunyai kuasa dan kemampuan luar biasa. Adibajingan ialah watak antitesis kepada adiwira, bermakna identitinya berlawanan dengan identitiadiwira.
Adibajingan digunakan sebagaiwatak lawan bagi memberi adiwira sebuah cabaran. Seandainya adibajingan itu tidak mempunyai kuasa adimanusia, ilmu mistik atau kuasa makhluk asing, adibajingan itu boleh sebalinya mempunyai kepintaran atau kemahiran yang hebat membolehkan mereka untuk mencipta rancangan rumit atau melakukan jenayah yang manusia biasa tiada kuasa untuk buat. Ciri-ciri lain yang mereka boleh ada ialahmegalomania dan kemilikan sumber yang banyak untuk merealisasikan impian mereka. Ramai adibajingan mempunyai sifat-sifatdiktator,samseng, saintis gila, pemburu haram,ahli perniagaan yang buruk akhlak, pembunuh bersiri danpengganas dunia sebenar, dengan impian penaklukan dunia ataukepimpinan seantero dunia .[1]
Joker, Lex Luthor, Sinestro, Brainiac, Green Goblin, Loki,Thanos, Magneto, Venom, Sabretooth, Red Skull, Doctor Doom, Deathstroke the Terminator, Riddler, Ra's al Ghul, dan Darkseid merupakan adibajingan lelaki besar yang datang daripada dunia komik dan telah ditayangkan di layar putih dan televisyen.[2][3] Ada juga adibajingan wanita, seperti Cheetah,Catwoman, Mystique,Harley Quinn, Talia al Ghul, Poison Ivy, Hela dan Dark Phoenix.[4][5]
Adibajingan adakalanya juga menubuhkan kumpulan seperti adiwira, contohnya Sinister Six, Suicide Squad, Brotherhood of Mutants, Injustice League, Legion of Doom, dan Masters of Evil.
Dalam dokumentari "A Study in Sherlock", Stephen Moffat dan Mark Gatiss mendakwa Professor James Moriarty sebagai seorang adibajingan kerana beliau juga mempunyai kepintaran dan keupayaan memerhati dan bertaakul bertaraf genius, yang meletakkannya lebih tinggi daripada tahap orang biasa dan mampu mengancamSherlock Holmes.
Musuh ketatJames Bond, Ernst Stavro Blofeld (yang biasanya muncul terduduk atas kerusi lengan sambil membelai kucing Parsi serta menyembunyikan wajahnya dari pandangan penonton) telah menjadi pencoraktrop adibajingan dalam filem-filem popular, antaranya bersifatparodi seperti Dr. Claw dan kucingnya M.A.D. Cat daripada siri animasiInspector Gadget, Dr. Evil dan kucing sfinksnya Mr. Bigglesworth daripada siri filem <i>Austin Powers</i>, malah juga Dr. Blowhole dari siri animasi televisyenThe Penguins of Madagascar.