Adele Laurie Blue Adkins[2] atau lebih dikenali sebagaiAdele (disebutdisebut /əˈdɛl/) merupakan seorangpenyanyi danpenulis lagu berketurunanInggeris yang memiliki suarakontralto. Beliau telah dilahirkan pada5 Mei1988 diTottenham,London. Adele telah ditawarkan kontrak rakaman daripadaXL Recordings selepas kawannya menghantar demonstrasinya melaluiMyspace pada tahun2006. Pada tahun berikutnya, beliau telah menerimaAnugerah BRIT bagi "Pilihan Pengkritik" dan memenangiSound of 2008BBC.Album penampilan sulungnya,19 yang dilancarkan pada tahun2008 telah mendapat penerimaan yang baik sama ada secara komersial atau kritikan diUnited Kingdom (UK). Album19 telah menerima empat kali platinum di UK.[3] Kerjaya Adele diAmerika Syarikat bermula ketika penampilannya diSaturday Night Live pada lewat tahun2008. KetikaAnugerah Grammy 2009, Adele telah menerima anugerah bagi kategori "Artis Baharu Terbaik" dan "Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik".[4][5] Beliau juga pernah memenangi 8 Anugerah Grammy dan 1 Anugerah BRIT.
Pada awal tahun2011, Adele melancarkan album keduanya yang bertajuk21.[6][7] Album tersebut juga mendapat penerimaan yang baik secara kritis dan telah mengatasi kejayaan sulungnya secara komersial. Album21 telah menerima 14 kali platinum di United Kingdom dan di Amerika Syarikat pula, album ini berada di tangga teratas lebih lama berbanding dengan album lain sejak tahun1993.[8][9] Kejayaan album21 yang diperoleh oleh Adele banyak disebut diBuku Rekod Dunia Guinness. Album ini juga berjaya memenangi Grammy untuk "Album Tahun Ini". Adele merupakan artis pertama yang berjaya menjual lebih daripada 3 juta salinan album dalam masa setahun di UK.[10] Dengan dua album dan duasingle pertama daripada album21, "Rolling in the Deep" ("Bergolek di Tempat Dalam") dan "Someone Like You" ("Seseorang Sepertimu"), Adele menjadi artis hidup pertama yang mencapai lima hit dua terbaik di Carta Single Rasmi UK dan Carta Album Rasmi sejakkumpulan muzikThe Beatles pada tahun1964.[11][12] Dengan pelancaran single ketiga daripada album21, "Set Fire to the Rain" ("Tetapkan Api Kepada Hujan"), Adele menjadi artis pertama dalam sejarah untuk menerajuiBillboard 200 serentak dengan tigaBillboard Hot 100 dengan tempat pertama. Album21 adalah album yang paling lama berada di kedudukan pertama oleh artis solo wanita di Carta Album UK[13] dan pada tahun 2011,Billboard menamakan Adele sebagai "Artis Tahun Ini".Album studio ketiga Adele, 25 dikeluarkan pada 16 November 2015.Ianya dijual 3.38 juta salinan pada minggu pertama pembukaanya, membuatkan jualan album 25 merupakan jualan album paling tertinggi sepanjang masa.