Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Adam Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adam Air
IATAICAOPengenal
KIDHIAdam Sky
Ditubuhkan2003
Operasi ditamatkan18 Mac2008
HabLTA Soekarno Hatta
Pesawat22
Destinasi21
Ibu pejabatJakarta,Indonesia
Orang pentingAdam Adhitya Suherman (Presiden danCEO)
Laman webhttp://www.flyadamair.com/

Adam Air merupakan sebuahsistem penerbangan swasta yang berpusat diLapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta,Jakarta,Indonesia dengan hab sekundernya diMedan danSurabaya.

Walaupun kadangkala dirujuk sebagai satupenerbangan berkos rendah, ia memasarkan dirinya sebagai satu syarikat penerbangan yang merentangi di antara berkos rendah dan penerbangan tradisi dengan menawarkan perkhidmatan atas kapal dengan hidangan, tetapi pada harga persaingan, serupa dengan model yang digunakan oleh syarikatValuair yang berpusat diSingapura.

Adam air adalah salah satu syarikat penerbangan yang ditutup oleh kerajaanindonesia. Penutupan tersebut disebabkan oleh kemalangan kemalangan udara yang menyebabkan kematian. (lihat penerbangan adam air 547).

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada2002 oleh ahli perniagaan dan ahli politik Indonesia terkenal,Agung Laksono bersamaSandra Ang.

Syarikat Adam Air telah memulakan operasi pada19 Disember2003 dengan 2Boeing 737 disewa dariGE Capital Aviation Services. Ia dipunyai sepenuhnya dan dinamakan sempena nama Adam Adhitya Suherman, ketua eksekutif syarikat berkenaan.

Pesawat

[sunting |sunting sumber]
Boeing 737 Adam Air
  Semuanya tamat beroperasi

Peristiwa dan kemalangan

[sunting |sunting sumber]

Rekod keselamatan Adam Air telah dikritik pada masa lalu. Dalam 2006 sekurang-kurangnya satu kapalterbang tergelincir dari landasan, di mana satu lagi telah tersalah arah – paling penting hilang – kemudian membuat pendaratan cemas.

Pada1 Januari2007, pengawal trafik udara telah hilang berhubungan denganPenerbangan 574 Adam Air, kira-kira satu jam sebelum ia dijadualkan mendarat diManado,Sulawesi,Indonesia. Penerbangan berkenaan berasal dariSurabaya,Jawa. Laporan awal telah dibuat menyatakan bahawa penyelamat telah berjaya mengesan bangkai kapalterbang itu. Bagaimanapun, laporan itu didapati salah. Kapal berkenaan masih lagi hilang, dan para penyelamat berkata mereka masih berharap yang kapalterbang berkenaan dapat membuat pendaratan cemas.

Destinasi

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Penumpang
Charter
Kargo
Digantung
Tidak wujud
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Adam_Air&oldid=5299664"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp