Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tulisan Khmer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaAbjad Khmer)
Khmer
Kemboja
Âkkhârôkrâm Khmêr ("Aksara Khmer") ditulis dalam aksara Khmer
Jenis tulisan
Tempoh masa
c. 611 – kini[1]
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasa
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Sistem tulisan turunan
Sukhothai,Khom Thai,Lai Tay
Sistem tulisan kerabat
Mon Kuno,Cham,Kawi,Grantha,Tamil
ISO 15924
ISO 15924Khmr(), ​Templat:ISO 15924 name
Unikod
Alias Unikod
Khmer
[a] Tidak dipersetujui umum bahawa rumpun tulisan Brahmik berakar umbi dari tulisan Semitik.
 Laman ini mengandungitranskripsi fonetik daripadaAbjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihatBantuan:AFA. Untuk membezakan simbol[ ],/ / dan ⟨ ⟩, sila lihatIPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.
Aksara-aksara Brahma
Aksara Brahma dan turunannya

Aksara Khmer (Khmer:អក្សរខ្មែរ,Âksâr Khmêr[ʔaksɑː kʰmae])[2] merupakan sebuah sistem tulisanabugida yang digunakan untuk menulisbahasa Khmer, iaitu bahasa rasmi negaraKemboja. Ia juga digunakan untuk menulisbahasa Pali dalam keupacaraan agama Buddha di Kemboja dan Thailand.

Aksara Khmer ditulis darikiri ke kanan. Perkataan dalam ayat atau frasa yang sama biasanya ditulis secara bersambungan tanpajarak. Sebarang gugusan konsonan dieja secara "bertindan", iaitu konsonan kedua (dan kadang-kadang yang ketiga) ditulis dalam bentuk terkecil di bawah konsonan utama. Pada asalnya terdapat 35 aksara konsonan, tetapi bahasa Khmer moden hanya menggunakan 33 aksara. Setiap aksara mewakili bunyi konsonan bersama satu "vokal tersirat", iaituâ atauô; lazimnya, jika tiada tanda vokal lain, maka vokal tersirat hendaklah disebut selepas konsonan.

Biarpun terdapat beberapa aksaravokal bebas, namun bunyi vokal lebih kerap ditulis sebagai vokal bersandar (umpamasandhangan dalamaksara Jawa), iaitu tanda tambahan yang mengiringi watak konsonan dan menandakan bunyi vokal yang perlu disebut selepas konsonan (atau gugusan konsonan) berkenaan. Kebanyakan vokal bersandar mempunyai dua sebutan yang berbeza, lazimnya bergantung pada vokal inheren konsonan yang ditambahkan. Juga digunakan beberapa tandadiakritik untuk menandakan pindaan sebutan yang lanjutan. Tulisan Khmer juga mempunyai angka dan tanda bacanya sendiri.

Asal-usul

[sunting |sunting sumber]
Tulisan Khmer Kuno terukir pada batu.
Prasasti dalam tulisan Khmer di kuil Lolei,Angkor

Tulisan Khmer diadaptasi daripadaskrip Pallava yang digunakan di selatan India dan Asia Tenggara semasa abad ke-5 dan ke-6 Masihi,[3] yang akhirnya diturunkan daripada skrip Tamil-Brahmi.[4] Inskripsi Khmer bertarikh tertua ditemui di Daerah Angkor Borei di Wilayah Takéo di selatan Phnom Penh dan bermula dari tahun 611.[5] Prasasti-prasasti zaman Pra-Angkor dan Angkor, yang menampilkan tulisan Khmer, telah ditemui di seluruh bekasEmpayar Khmer, dariDelta Mekong hingga ke kawasan yang kini merupakanLaos selatan, Thailand Timur Laut dan Thailand Tengah.[6] Terdapat sedikit perbezaan antara inskripsi Khmer purba yang ditulis dalam bahasa Sanskrit dan yang ditulis dalam bahasa Khmer. Kedua-dua sistem yang berbeza ini telah berkembang menjadi gaya tulisan moden iaituâksâr mul untuk tulisan keagamaan, danâksâr chriĕng untuk kegunaan umum.[7] Gayaâksâr chriĕng merupakan bentuk kursif dariâksâr mul yang disesuaikan dengan bahasa Khmer.[8]

Tulisan Khmer moden agak berbeza daripada bentuk terdahulu yang dilihat pada inskripsi runtuhanAngkor. TulisanThai danLao adalah keturunan dari bentuk kursif lama tulisan Khmer, menerusitulisan Sukhothai.

Konsonan

[sunting |sunting sumber]

Dalam tulisan Khmer terdapat 35 simbolkonsonan, tetapi Khmer moden hanya menggunakan 33 simbol kerana dua yang lain sudah usang. Setiap konsonan mempunyai vokal tersirat iaituâ/ɑː/ atauô/ɔː/; oleh yang demikian, setiap konsonan dikatakan tergolong dalam siri "a" atau siri "o". Siri konsonan menentukan sebutan bagi simbol vokal bersandar yang mungkin dilampirkan padanya, dan juga sebutan bunyi vokal tersirat itu sendiri dalam sesetengah kedudukan.

Kedua-dua siri asalnya masing-masing mewakili konsonan tak bersuara danbersuara (dan masih digelar sedemikian dalam bahasa Khmer). Perubahan bunyi semasa zaman Khmer Pertengahan mempengaruhi vokal berikutan konsonan tidak bersuara, dan perubahan ini dikekalkan walaupun suara pembezaan telah hilang.

Setiap konsonan (kecuali satu) juga mempunyai bentuk subskrip yang dikenali sebagaiជើងអក្សរcheung âksâr yang bermaksud "kaki huruf". Kebanyakan konsonan subskrip menyerupai simbol konsonan asalnya tetapi dalam bentuk yang lebih kecil dan mungkin dipermudah, walhal terdapat beberapa kaki huruf yang tidak terlalu mirip dengan huruf asalnya. Kebanyakan konsonan subskrip ditulis betul-betul di bawah konsonan lain, kecuali subskripr yang timbul di sebelah kiri dan beberapa lagi subskrip lain yang timbul di sebelah kanan.

Subskrip digunakan dalam menulis gugusan konsonan (konsonan yang disebut berturut-turut dalam perkataan tanpa diantarai bunyi vokal). Gugusan konsonan Khmer biasanya terdiri daripada dua konsonan, tetapi kadang-kadang terdapat tiga konsonan di tengah-tengah perkataan. Konsonan pertama dalam gugusan ditulis menggunakan simbol konsonan asal, disusuli konsonan kedua (dan ketiga, jika ada) dalam bentuk subskrip. Subskrip pernah juga digunakan untuk menulis konsonan akhir; dalam bahasa Khmer moden ini boleh dilakukan secara pilihan bagi sesetengah perkataan yang berakhir dengan-ng atau-y, sepertiឲ្យaôy ("memberi").

Semua aksara konsonan dan bentuk subskripnya tersenarai dalam jadual berikut. Nilai fonetik biasa diberikan menggunakanAbjad Fonetik Antarabangsa (IPA); variasi diterangkan di bawah jadual. Nama setiap satu huruf konsonan terdiri daripada nilai konsonan dan vokal tersirat. Transliterasi (perumian) dinyatakan menggunakan sistem transkripsiJabatan Geografi Kementerian Pengurusan Tanah dan Perancangan Bandar Kemboja (JG) yang digunakan oleh kerajaan Kemboja, dan sistem UNGEGN (Kumpulan Pakar Nama GeografiBangsa-Bangsa Bersatu).[9][10] Juga disediakan lajur untuk transkripsiAmerican Library Association – Library of Congress (ALA-LC) yang mencerminkan sebutan Pali/Sanskrit huruf masing-masing.

KonsonanBentuk subskripNama/Nilai penuh(dengan vokal tersirat)Nilai konsonan
UNGEGNJGALA-LCIPAUNGEGNJGALA-LCIPA
្កkaka[kɑː]kkk[k]
្ខkhâkhakha[kʰɑː]khkhkh[kʰ]
្គkoga[kɔː]kkg[k]
្ឃkhôkhogha[kʰɔː]khkhgh[kʰ]
្ងngôngonga[ŋɔː]ngngng[ŋ]
្ចchâchaca[cɑː]chchc[c]
្ឆchhâchhach[cʰɑː]chhchhch[cʰ]
្ជchôchoja[cɔː]chchch[c]
្ឈchhôchhojha[cʰɔː]chhchhjh[cʰ]
្ញnhônhoña[ɲɔː]nhnhñ[ɲ]
្ដdaṭa[ɗɑː]dd[ɗ]
្ឋthâthaṭha[tʰɑː]ththṭh[tʰ]
្ឌdoḍa[ɗɔː]dd[ɗ]
្ឍthôthoḍha[tʰɔː]ththḍh[tʰ]
្ណnaṇa[nɑː]nn[n]
្តtata[tɑː]ttt[t]
្ថthâthatha[tʰɑː]ththth[tʰ]
្ទtoda[tɔː]ttd[t]
្ធthôthodha[tʰɔː]ththdh[tʰ]
្នnona[nɔː]nnn[n]
្បbapa[ɓɑː]b, pb, pp[ɓ], [p]
្ផphâphapha[pʰɑː]phphph[pʰ]
្ពpoba[pɔː]ppb[p]
្ភphôphobha[pʰɔː]phphbh[pʰ]
្មmoma[mɔː]mmm[m]
្យyoya[jɔː]yyy[j]
្រrora[rɔː]rrr[r]
្លlola[lɔː]lll[l]
្វvova[ʋɔː]vvv[ʋ]
្ឝAksara lapuk; pernah digunakan untuks gusi-lelangit
Hanya digunakan untuk transliterasiPali/Sanskrit[11]
្ឞAksara lapuk; pernah digunakan untuks gelungan lidah
Hanya digunakan untuk transliterasiPali/Sanskrit[11]
្សsasa[sɑː]sss[s]
្ហhaha[hɑː]hhh[h]
tiadalaḷa[lɑː]ll[l]
្អ'aʿʹa[ʔɑː]''ʿʹ[ʔ]

Huruf tampil dalam bentuk yang agak berlainan (cthបា) apabila digabungkan dengan vokal bersandar tertentu (lihat Ligatur).

Hurufnhô ditulis tanpa lengkung bawah apabila dibubuhi subskrip. Apabila dibubuhi subskrip sendiri, maka subskrip itu adalah bentuk yang lebih kecil daripada keseluruhan huruf:ញ្ញ-nhnh-.

Perhatikan bahawa dan berkongsi bentuk subskrip yang sama. Dalam gugusan awal, subskripnya selalu disebut[ɗ], tetapi dalam gugusan tengah ia boleh jadi[ɗ] atau[t] mengikut perkataan.

Siri,thâ,,thô, pada asalnya mewakilikonsonan gelungan (retrofleks) dalam tulisan Indik induknya. Huruf-hurufthâ,,thô dan berlaku hanya atas sebab etimologi dalam beberapa kata pinjaman Pali dan Sanskrit. Kerana bunyi /n/ adalah umum dan selalunya produktif dari segi nahu dalam rumpun bahasa Mon-Khmer, maka huruf telah dijadikan padanan siri "a" bagi huruf untuk kemudahan semata-mata (semua konsonan sengau lain tergolong dalam siri "o").

Variasi sebutan

[sunting |sunting sumber]

Huruf konsonan berhembusan atau beraspirasi (kh-,chh-,th-,ph-) dibunyikan dengan hembusan hanya sebelum vokal. Terdapat juga sedikit hembusan dengan bunyik,ch,t danp sebelumkonsonan tertentu, tanpa mengira sama ada ia dieja dengan huruf yang menunjukkan hembusan.

Perkataan Khmer tidak boleh berakhir dengan lebih daripada satu bunyi konsonan, jadi konsonan subskrip pada akhir perkataan (yang muncul atas sebab etimologi) tidak disebut, tetapi ia mungkin akan dibunyikan apabila perkataan berkenaan mendepani kata majmuk.

Bagi sesetengah perkataan, simbol konsonan tunggal di tengah-tengah mewakili konsonan akhir satu suku kata sekali gus konsonan awal suku kata seterusnya.

Huruf mewakili bunyi[ɓ] hanya sebelum vokal. Di kedudukan akhir kata atau diikuti oleh konsonan subskrip, ia disebut[p] (dan jika ia diikuti oleh konsonan subskrip, ia juga dirumikan sebagaip dalam sistem PBB). Untuk pengubahsuaian kepadap melalui diakritik, lihat Konsonan tambahan. Huruf yang pernah menandakan fonem /p/ dalam tulisan Indik ini juga sering mengekalkan bunyi[p] dalam perkataan tertentu yang diserap dari bahasa Sanskrit dan Pali.

Huruf dan dilafazkan[t] di kedudukan akhir kata. Huruf disebut[ɗ] pada kedudukan awal dalam suku kata lemah yang berakhir dengan bunyi sengau.

Huruf-huruf yang mewakili bunyi[k] (k-,kh-) di akhir kata disebut sebagai hentian glotis[ʔ] selepas vokal[ɑː],[aː],[iə],[ɨə],[uə],[ɑ],[a],[ĕə],[ŭə]. Huruf adalah senyap di akhir kata (bagi kebanyakan dialek). Huruf di akhir kata disebut/h/ (yang sebetulnya hampir dengan bunyi[ç]).

Konsonan tambahan

[sunting |sunting sumber]

Sistem tulisan Khmer termasuk konsonan tambahan yang digunakan dalamkata pinjaman tertentu, terutamanya daripadabahasa Perancis danThai. Kebanyakannya mewakili bunyi yang tidak terdapat dalam kosa kata asli Khmer, atau yang mana huruf asalnya terhad kepada salah satu daripada dua siri vokal. Kebanyakan simbol baharu ini adalahdwilambang (digraf) yang terbentuk dengan meletakkan subskrip di bawah huruf, bahkan ditambah lagi dengan tanda diakritiktreisăpt jika perlu untuk menukar vokal tersirat kepadaô. Watak untuk, bagaimanapun, dibentuk dengan meletakkanmusĕkâtônd ("gigi tikus") di atas watak.

Konsonan tambahanDescriptionNilai penuh(dengan vokal tersirat)Nilai konsonanNotes
UNGEGNJGALA-LCIPAUNGEGNJGALA-LCIPA
ហ្គ +hkâhkahga[ɡɑː]hkhkhg[ɡ]Contoh:ហ្គាសhkas[ɡaːh] ('gas'; dari bahasa Perancisgaz)
ហ្គ៊ + + diakritikhkôhkohg′a[ɡɔː]hkhkhg′[ɡ]Contoh:ហ្គ៊ារhkéar[giə] ('stesen kereta api'; dari bahasa Perancisgare)
ហ្ន +hnâhnahna[nɑː]hnhnhn[n]Contoh:ហ្នាំង/ហ្ន័ងhnăng[naŋ] ('wayang' dari bahasa Thaiหนังnǎng)
ប៉ + diakritikpap′′a[pɑː]ppp′′[p]Contoh:ប៉ាក់păk[pak] ('menyulam'),ប៉័ងpăng[paŋ] ('roti'; dari bahasa Perancispain)
ហ្ម +hmâhmahma[mɑː]hmhmhm[m]Contoh:គ្រូហ្មkru hmâ[kruː mɑː] ('dukun'; dari bahasa Thaiหมอmɔ̌ɔ)
ហ្ល +hlâhlahla[lɑː]hlhlhl[l]Contoh:ហ្លួងhluŏng[luəŋ] ('raja'; dari bahasa Thaiหลวงlǔuang)
ហ្វ +hvâhvahva[fɑː], [ʋɑː]hvhvhv[f], [ʋ]Pronounced[ʋ] inហ្វង់hváng[ʋɑŋ] ('clear'),[f] inកាហ្វេkahvé[kaːfeː] ('coffee'; dari bahasa Peranciscafé)
ហ្វ៊ + + diakritikhvôhvohv′a[fɔː], [ʋɔː]hvhvhv′[f], [ʋ]Contoh:ហ្វ៊ីលhvil[fiːl] ('filem'; dari bahasa Perancisfilm)
ហ្ស +hsâhsahsa[zɑː], [ʒɑː]hshshs[z], [ʒ]Contoh:ហ្សាសhsas[ʒaːh] ('jazz'; dari bahasa Perancisjazz),ភីហ្សាphihsa[pʰiːzaː] ('piza')
ហ្ស៊ + + diakritikhsôhsohs′a[zɔː], [ʒɔː]hshshs′[z], [ʒ]Contoh:ហ្ស៊ីបhsib[ʒiːp] ('kereta jip'; dari bahasa Perancisjeep),ហ្សឺណេវhsœnév[zəːneːw] ('Geneva'; dari bahasa PerancisGenève)

Vokal bersandar

[sunting |sunting sumber]

Kebanyakan bunyi vokal Khmer ditulis menggunakan simbol vokal bersandar, ataudiakritik, yang dikenali dalam bahasa Khmer sebagaiស្រៈនិស្ស័យsrăk nĭssăy atauស្រៈផ្សំsrăk phsâm ("vokal penghubung"). Simbol ini hanya boleh ditulis secara bergabung dengan konsonan (atau gugusan konsonan). Vokal sentiasa disebut selepas konsonan (atau gugusan), biarpun sesetengah simbol mempunyai unsur grafik yang muncul di atas, bawah atau kiri aksara konsonan.

Kebanyakan simbol vokal mempunyai dua sebutan yang mungkin, bergantung pada vokal tersirat bagi konsonan yang dipasang. Sebutan mereka mungkin juga berbeza pada "suku kata lemah", dan juga apabila dalam keadaan dipendekkan (contohnya, dengan menggunakan diakritik). Ketiadaan vokal bersandar (atau diakritik) selalunya menunjukkan bahawa konsonan di awal suku kata diikuti oleh bunyi vokal tersirat.

Dalam menentukan vokal tersirat bagi gugusan konsonan (iaitu bagaimana vokal bersandar berikut akan disebut), bunyi jenis obstruen (hentian dangeseran) sentiasa dominan ke atas jenis sonoran (sengauan,likuida,malaran tak geser dsb.). Untuk sebarang gugusan konsonan yang terdiri daripada konsonan berlainan jenis, vokal bersandar dibunyikan mengikut konsonan dominan, tanpa mengira kedudukannya dalam gugusan. Jika terdapat dua konsonan dominan, maka konsonan subskrip menentukan sebutan vokal bersandar.

Konsonan bukan dominan (dan juga dalam sesetengah perkataan) juga akan diubah vokal tersiratnya oleh konsonan dominan terdahulu dalam perkataan yang sama biarpun terdapat vokal di antaranya; hukum ini tidak dituruti oleh sesetengah perkataan (terutamanya yang mempunyai lebih daripada dua suku kata).

Semua vokal bersandar disenaraikan di bawah dalam bentuk lazim masing-masing dengan bulatan bertitik sebagai simbol konsonan tiruan, dan digabungkan dengan huruf siri "a". Nilai IPA yang tersedia mewakili dialek-dialek dari wilayah barat laut dan dataran tengah, khususnya Battambang yang menjadi asas kepadabahasa Khmer baku. Terdapat perbezaan sebutan vokal yang ketara dalam dialek-dialek lain, misalnya seperti loghat Khmer Utara, di mana diftong " diratakan" menjadi vokal tunggal.

Vokal bersandarContohIPAJGUNGEGNCatatan
siri "a"siri "o"siri "a"siri "o"siri "a"siri "o"
(tiada)[ɑː] ([ɒː] bagi beberapa dialek)[ɔː]aoâôRujukPerubahan bunyi dengan diakritik dan Consonants with no dependent vowel.
អា[aː][iːə][12]aeaaéaRujukPerubahan bunyi dengan diakritik.

អ៊ា, iaitu padanan siri "o" bagi, sedikit berbeza dengan.(អ៊ា ~ "air" vs ~ "ear")

អិ[ə], [e][ɨ], [i]eiĕĭDisebut[e]/[i] dalam suku kata yang tidak tertulis konsonan akhir (maka diimbuh hentian glotis jika suku kata ditekankan; tetapi bagi sesetengah perkataan vokalnya senyap di akhir kata, malah pada sesetengah perkataan di mana ia bukan di akhir kata, ia disebut[əj]). Dalam siri "o", ia bergabung dengan យ akhir menjadi[iː]. (Juga rujukPerubahan bunyi dengan diakritik.)
អី[əj][iː]eiieii
អឹ[ə][ɨ]oeueœ̆
អឺ[əɨ][ɨː]euueuœ
អុ[o][u]ouŏŭRujukPerubahan bunyi dengan diakritik. Dalam suku kata tertekan yang tidak tertulis konsonan akhir, vokalnya disusuli hentian glotis[ʔ], atau[k] dalam perkataan តុtŏk ("meja") (namun vokalnya senyap apabila mengakhiri sesetengah perkataan).
អូ[ou][uː]ouuouBertukar menjadi[əw]/[ɨw] sebelum akhir.
អួ[uə]uo
អើ[aə][əː]aeueuaeueuRujukPerubahan bunyi dengan diakritik.
អឿ[ɨə]oeaœă
អៀ[iə]ie
អេ[ei][eː]eéMenjadi[ə]/[ɨ] sebelum konsonan lelangit (atau dalam siri "a",[a] sebelum[c] bagi sesetengah perkataan). Disebut[ae]/[ɛː] bagi sesetengah perkataan. Juga rujukPerubahan bunyi dengan diakritik.
អែ[ae][ɛː]aeeaeêRujukPerubahan bunyi dengan diakritik.
អៃ[aj][ɨj]aieyaiey
អោ[ao][oː]aoouRujukPerubahan bunyi dengan diakritik.
អៅ[aw][ɨw]auovauŏu

Nama gelaran bagi setiap vokal bersandar terdiri daripada perkataanស្រៈsrăk[sraʔ] ("vokal") diikuti dengan nilai siri "a" vokal yang didahului oleh hentian glotis (dan juga diakhiri dengan hentian glotis bagi vokal pendek).

Perubahan bunyi dengan diakritik

[sunting |sunting sumber]

Penambahan diakritik boleh mengubah kepanjangan dan nilai vokal tersirat mahupun bersandar.

Jadual berikut menunjukkan gabungan dengan diakritiknĭkkôhĕt danreăhmŭkh yang masing-masing menandakan[m] dan[h] akhir, ditunjukkan dengan konsonan siri "a".

GabunganIPAJGUNGEGNNota
siri "a"siri "o"siri "a"siri "o"siri "a"siri "o"
អុំ[om][um]omumomŭm
អំ[ɑm][um]pagiumâmumPerkataanធំthum ("besar") disebut[tʰom] ([tʰum] bagi sesetengah dialek).
អាំ[am][ŏəm]pagioamămŏâmJika disusulingô, maka ia menjadi[aŋ] /[eəŋ]ăng/eăng.
អះ[ah][ĕəh]aheahăheăh
អិះ[eh][ih]ehialahĕhĭh
អុះ[oh][uh]ohehŏhŭh
អេះ[eh][ih]ehéh
អោះ[ɑh][ŭəh]aohuohaôhŏăhPerkataanនោះnŏăh ("itu") boleh disebut[nuh].

Empat gabungan pertama yang tersenarai dianggap sebagai vokal bersandar tersendiri, dan oleh itu mempunyai nama yang terbentuk dengan cara yang sama seperti untuk vokal bersandar yang lain (diterangkan dalam bahagian sebelumnya).

Gabungan lain yang lebih jarang ditemui denganreăhmŭkh ialahអើះ (atauអឹះ) yang disebut[əh], danអែះ yang disebut[eh]. Perkataanចា៎ះ "ya" (yang digunakan oleh wanita) disebut [caː] dan jarang[caːh].

Tanda bânták (garis menegak kecil yang ditulis di atas konsonan akhir suku kata) meninggalkan kesan berikut:

  • bagi suku kata denganâ tersirat, vokal dipendekkan kepada[ɑ], transkripsi UNGEGNá
  • bagi suku kata denganô tersirat, vokal diubah menjadi[u] sebelumkonsonan bibir akhir, atau[ŏə] di kedudukan lain; Transkripsi UNGEGNó
  • bagi suku kata dengan simbol vokal bersandara () dalam siri "a", vokal dipendekkan kepada[a], transkripsi UNGEGNă
  • bagi suku kata dengan simbol vokal dalam siri "o", vokal diubah menjadi[ŏə], transkripsi UNGEGN, atau kepada[ĕə] sebelumk,ng,h

Tandasanhyoŭk sannha adalah bersamaan dengan vokal bersandara denganbântăk. Walau bagaimanapun, sebutannya dalam siri "o" menjadi[ɨ] sebelumy akhir, dan[ɔə] sebelumr akhir (senyap).

Tandayŭkôlpĭntŭ (sepasang titik) mewakili[a] (siri-a) atau[ĕə] (siri-o), diikuti dengan hentian glotis.

Konsonan tanpa vokal bersandar

[sunting |sunting sumber]

Terdapat tiga persekitaran di mana konsonan boleh terjadi tanpa vokal bersandar. Hukum-hukum yang mengawal vokal tersirat adalah berbeza untuk ketiga-tiga persekitaran. Konsonan berkenaan boleh ditulis tanpa vokal bersandar sebagai konsonan awalsuku kata lemah, konsonan awal suku kata kuat atau sebagai huruf akhir perkataan bertulis.

Dalam pertuturan berhemah, konsonan awal tanpa vokal bersandar dalam suku kata awal yang lemah disebut dengan vokal tersiratnya dipendekkan seolah-olah diubah oleh diakritikbânták (lihat bahagian sebelumnya). Contohnya, hurufchâ (siri "a") dalamចន្លុះ[cɑn.ˈloh] "obor" dilafazkan dengan vokal pendek/ɑ/. Huruf (siri "o") dalamពន្លឺ[pŭən.ˈlɨː] "cahaya" disebut dengan diftong pendek/ŏə/ Dalam pertuturan santai, ini selalu dilenturkan menjadi/ə/ bagi kedua-dua siri.

Konsonan awal dalam suku kata kuat tanpa vokal bertulis dilafazkan dengan vokal tersirat. Misalnya, perkataanចង ("mengikat") disebut[cɑːŋ],ជត ("lemah", "tenggelam") disebut[cɔːt]. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah perkataan, vokal yang wujud disebut pendek seolah-olah diubah oleh tandabântăk yang tidak tertulis (cthសព[sɑp] "mayat"). Pengurangan sedemikian kerap berlaku dalam perkataan yang berakhir dengan konsonan dengan subskrip senyap (sepertiសព្វ[sɑp] "setiap"), tetapi dalam kebanyakan perkataan sedemikian ia dibunyikan dengan vokal a yang dipendekkan denganbânták, seperti dalamសព្ទ[sap] "kebisingan". Perkataanអ្នក "awak, orang" mempunyai sebutan[nĕəʔ] yang betul-betul tidak tertib.

Konsonan yang ditulis sebagai huruf akhir sesuatu perkataan biasanya menandakan bunyi akhir kata dan dilafazkan tanpa sebarang vokal yang berikutan, dan bagi bunyi hentian, tanpa sebarang lepasan yang kedengaran seperti dalam contoh di atas. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah perkataan yang diserap dari bahasa-bahasaPali danSanskrit, apa yang kelihatan sebagai konsonan akhir di bawah peraturan biasa sebenarnya boleh menjadi konsonan awal suku kata berikut dan dilafazkan dengan vokal pendek seolah-olah diikuti olehាក់. Sebagai contoh, mengikut peraturan untuk perkataan Khmer asli,សុភ ("baik", "bersih", "cantik") kelihatan seperti satu suku kata, tetapi oleh kerana berasal daripada Palisubha, ia disebut[sopʰĕəʔ].

Ligatur

[sunting |sunting sumber]

Kebanyakan konsonan, termasuk beberapa subskrip, membentuk ligatur (huruf terikat) dengan vokala (ា) dan juga semua vokal bersandar lain yang mengandungi simbol berupa tongkat yang sama ini. Kebanyakan ligatur ini mudah dicamkan, tetapi ada beberapa yang sukar, terutamanya yang melibatkan huruf. Ini bergabung dengan vokal dalam bentukបា yang dicipta untuk membezakannya daripada simbol konsonan dan juga daripada ligatur untukchâ dengana (ចា).

Yang berikut adalah beberapa lagi contoh simbol ligatur:

  • បៅbau[ɓaw]: Satu lagi contoh dengan, membentuk ligatur yang serupa dengan yang atas, kali ini dengan vokalau yang mempunyai bentuk tongkat sama dengana.
  • លាléa[liə]: Satu contoh vokala bersambung dengan huruf konsonan padaserifnya.
  • ផ្បាphba[pʰɓaː]: Konsonan subskrip dengan coret menaik mencecah asas, juga terbentuk ligatur dengan simbol vokala.
  • ម្សៅmsau[msaw]: Satu lagi contoh konsonan subskrip yang membentuk ligatur, kali ini dengan vokalau.
  • ត្រាtra[traː]: Subskrip ditulis di sebelah kiri konsonan utama, iaitu dalam hal ini yang membentuk ligatur bersamaa.

Huruf vokal bebas

[sunting |sunting sumber]

Huruf vokal bebas ialah aksara vokal bukan diakritik yang berdiri sendiri (iaitu tidak dibubuhkan pada simbol konsonan). Dalam bahasa Khmer, ia dipanggilស្រៈពេញតួsră pénh tuŏ, yang bermaksud "vokal lengkap". Ia digunakan dalam beberapa perkataan untuk mewakili gabungan vokal tertentu denganhentian glotis ataukonsonan likuida di awal kata. Vokal bebas digunakan dalam sebilangan kecil perkataan yang kebanyakannya berasal dari bahasa Pali/Sanskrit, dan oleh itu timbul sedikit ketidakkonsistenan dari segi penggunaan dan sebutannya.[2] Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkataan sedemikian yang amat kerap digunakan, termasuk termasuk:ឥឡូវĕlov[ʔəjləw] "sekarang",ឪពុកâupŭk[ʔəwpuk] "bapa",[rɨː] "atau",[lɨː] "mendengar",ឲ្យaôy[ʔaoj] "memberi",ឯងêng[ʔaeŋ] "sendiri",ឯណាê na[ʔae naː] "di mana".

Huruf vokal bebasIPAJGUNGEGN
[ʔə],[ʔɨ],[ʔəj]eĕ
[ʔəj]eiei
[ʔo],[ʔu],[ʔao]oŏ, ŭ
Usang (bersamaan dengan urutanឧក)[13]
[ʔou], [ʔuː]outidak dinyatakan
[ʔəw]auâu
[rɨ]ruerœ̆
[rɨː]rueu
[lɨ]luelœ̆
[lɨː]lueu
[ʔae],[ʔɛː],[ʔeː]aeê
[ʔaj]aiai
,[ʔao]ao
[ʔaw]auau

Huruf vokal bebas mendapat gelaran sama dengan vokal bersandar, iaitu perkataanស្រៈsră[sraʔ] ("vokal") diikuti dengan bunyi utama huruf (seperti yang tersenarai di atas), diikuti dengan hentian glotal tambahan selepas vokal pendek, kecuali huruf ឥ yang bergelarស្រៈឥsră ĕ[sraʔ ʔeʔ].[14]

Diakritik

[sunting |sunting sumber]

Sistem tulisan Khmer mengandungi beberapadiakritik (វណ្ណយុត្តិ,vônnâyŭttĕ) yang digunakan untuk menunjukkan perubahan lanjut dalam sebutan.

Diakritiknama KhmerFungsi
និគ្គហិតnĭkkôhĕtBulatan kecil yang ditulis di atas konsonan atau vokal bersandar berikut,menyengaukan vokal yang tersirat mahupun bersandar dengan penambahan[m]; vokal panjang juga dipendekkan.
រះមុខreăhmŭkh
"wajah berseri"
Sepasang bulatan kecil yang ditulis selepas konsonan atau vokal bersandar berikut, menambahhembusan/h/ akhir pada vokal tersirat mahupun bersandar. Untuk butiran lanjut, rujukPerubahan bunyi dengan diakritik.
យុគលពិន្ទុyŭkôlôpĭntŭ
"titik kembar"
Diakritik yang baru diperkenalkan, ditulis selepas konsonan untuk menandakan bahawa konsonan akan diikuti oleh vokal pendek dan hentian glotis. Untuk butiran lanjut, rujukPerubahan bunyi dengan diakritik.
មូសិកទន្តmusĕkâtônd
"gigi tikus"
Dua garis menegak pendek ditulis di atas konsonan, menukar beberapa konsonan siri "o" (ង ញ ម យ រ វ) kepada siri "a". Ia juga digunakan untuk menukarkan huruf kepada bunyip (lihatKonsonan tambahan).
ត្រីស័ព្ទtreisăptGaris berliku yang ditulis di atas konsonan, menukar beberapa konsonan siri "a" (ស ហ ប អ) kepada siri "o".
ក្បៀសក្រោមkbiĕs kraômJuga dikenali sebagaiបុកជើងbŏk cheung ("kaki langgar"); garis menegak yang ditulis di bawah konsonan, menggantikantreisăpt danmusĕkâtônd jika dirintangi vokal superskrip.
បន្តក់bântákGaris menegak kecil yang ditulis di atas konsonan terakhir suku kata, menandakan pemendekan (dan perubahan kualiti serentak) bagi vokal tertentu. LihatPerubahan bunyi dengan diakritik.
របាទrôbat
រេផៈréphă
Diakritik superskrip ini terdapat dalam kata pinjaman Sanskrit dan sepadan dengan diakritikDevanagarirepha. Pada asalnya mewakili bunyir (dan dirumikan sebagair dalam sistem UNGEGN). Kini, selalunya, konsonan yang dibubuhi serta diakritik itu sendiri tidak disebut. Contoh:ធម៌thôrm[tʰɔə] ("dharma"),កាណ៌karn[kaː] (daripadakarṇa),សួគ៌ាsuŏrkéa[suəkiə] ("Syurga").
ទណ្ឌឃាដtôndôkhéadDitulis di atas konsonan akhir untuk menandakan bahawa huruf berkenaan tidak dilafazkan. (Huruf yang tidak disebut itu tetap dirumikan dalam sistem UNGEGN.)
កាកបាទkakâbat

"kaki gagak"

Digunakan dalam wadah bertulis untuk menandakan intonasi menaik bagikata seru atau teriakan; selalunya diletakkan pada kata partikel seperti/na/,/nɑː/,/nɛː/,/ʋəːj/, dan juga padaចា៎ះ/caːh/, perkataan untuk "ya" yang digunakan oleh kaum perempuan.
អស្តាâsda
"angka lapan"
Digunakan dalam beberapa perkataan untuk menandakan bahawa konsonan tanpa vokal bersandar harus disebut dengan vokal tersirat dan bukannya sebagai konsonan akhir.
សំយោគសញ្ញាsâmyoŭk sânhnhéaDigunakan dalam beberapa kata pinjaman Sanskrit dan Pali (walaupun ada ejaan alternatif); ditulis di atas konsonan untuk menandakan bahawa suku kata berkenaan mengandungi vokal pendek tertentu; lihatPerubahan bunyi dengan diakritik.
វិរាមvĭréamDiakritik yang rata-rata sudah lapuk, meredamkan vokal tersirat dalam konsonan.

Angka

[sunting |sunting sumber]

Angka tulisan Khmer berasal dari tulisan India selatan, sama seperti tulisan-tulisan yang digunakan oleh tamadun lain di Asia Tenggara.Angka Arab gaya Barat juga digunakan tetapi tidak begitu meluas berbanding angka Khmer.

Angka Khmer
angka Arab0123456789

Bagi bilangan besar-besar, angka dipisahkan tiga demi tiga dengan tandatitik gaya Barat. Titik perpuluhannya adalah koma. Mata wang Kemboja iaituriel disingkatkan dengan simbol ataupun sekadar huruf.

Jarak dan tanda baca

[sunting |sunting sumber]

Jarak tidak digunakan untuk memisahkan semua perkataan dalam ayat Khmer, sebaliknya digunakan di tempat yang lebih kurang sama sepertikoma dalam tulisan Melayu, namun juga boleh digunakan untuk mengasingkan item tertentu seperti nombor dan nama khas.

Tanda baca gaya Barat agak meluas digunakan dalam tulisan Khmer moden, termasuk <i>guillemet</i> (« ») asal Perancis sebagaitanda petikan. Namun begitu, tanda baca Khmer tradisional juga digunakan; sebahagian daripadanya diterangkan dalam jadual berikut.

TandaNama KhmerFungsi
ខណ្ឌkhândDigunakan sebagainoktah (menyerupaitanda rehat kuaver dalam penulisan muzik). Walau bagaimanapun, ayat berturut-turut yang sama topik selalunya hanya dipisahkan dengan jarak.
ល៉ៈlăkBersamaan dengandsb. (dan sebagainya)
លេខទោlékh toŭ
"angka dua"
Tanda penggandaan (menyerupai angka Khmer untuk 2). Menandakan bahawa perkataan atau frasa sebelumnya akan diulang (digandakan) sebagai ciri umum dalam sintaks Khmer.
បរិយោសានbârĭyoŭsanTanda penutup yang digunakan untuk menamatkan keseluruhan teks atau bab.
គោមូត្រkoŭmutr
"air kencing lembu"
Tanda penutup yang digunakan pada akhir teks puisi atau keagamaan.
ភ្នែកមាន់phnêk moăn
"mata ayam"
Simbol yang dikatakan mewakili belalai dewa gajahGanesha, digunakan pada permulaan teks puisi atau keagamaan.
ចំណុចពីរគូសchamnŏch pir kus
"dua titik satu garis"
Digunakan seakan-akan tanda kolon. (Garis pemisah tengah membezakan tanda ini daripada suatu diakritik.)

Tanda sempang (សហសញ្ញាsâhâ sânhnhéa) biasanya digunakan antara komponen nama peribadi, dan juga apabila perkataan terpecah kepada dua baris sama seperti dalam bahasa Melayu. Ia juga boleh digunakan antara angka untuk menandakan julat atau tarikh. Tanda noktah Barat juga digunakan untuk tujuan tertentu, termasuk penyusunan nombor besar (lihatAngka sebelum ini) dan denotasisingkatan kata.

Gaya penulisan

[sunting |sunting sumber]

Tulisan Khmer terdapat dalam pelbagai gaya yang digunakan untuk tujuan yang berbeza-beza. Dua gaya utama ialahâksâr chriĕng ("aksara miring") danâksâr mul ("aksara bulat").

Âksâr khâm (អក្សរខម) atauakson khom (อักษรขอม), sebuah gaya kuno tulisan Khmer seperti yang tertulis di Uttaradit, Thailand. Dalam gambar ini, walaupun ditulis dengan tulisan Khmer, semua teks dalam manuskrip ini adalah dalam bahasa Thai.
  • Âksâr chriĕng (អក្សរជ្រៀង), yakni "aksara miring", boleh digunakan dalam seluruh karya teks seperti novel dan jenis bahan bacaan lain. Berbeza dengan tulisan Rumi, huruf miring tidak menandakan sebarang perbezaan tatabahasa seperti penekanan mahupun petikan. Tulisan tangan Khmer selalunya berbentuk miring.
  • Âksâr chhôr (អក្សរឈរ) atauÂksâr tráng (អក្សរត្រង់), yakni "aksara tegak". Kebanyakan muka taip Khmer dicipta sebegini dan bukan secara miring kerana teks boleh dimiringkan dengan fungsi aplikasi komputer sepertipemproses kata (MS Word, Google Docs dsb.) untuk menyerupaiâksâr chriĕng.
  • Âksâr khâm (អក្សរខម), juga dikenali sebagai "tulisan Khom Thai", terdapat pada naskhahlontar Pali. Bercirikan serif dan bucu serba tajam serta ciri-ciri kuno terpelihara, khususnya pada huruf konsonan (). Juga digunakan untuk mencatat yantra padacacahan, kain, kertas dan ukiran loyang di Kemboja dan Thailand.[15][16][17][18]
  • Âksâr mul (អក្សរមូល), yakni "aksara bulat" dengan rupanya yang serba tebal, merupakan gaya kaligrafi yang serupa denganâksâr khâm kerana juga memelihara ciri-ciri yang menyerupai tulisan Khmer purba. Digunakan untuk tajuk persuratan dan buku, wang kertas, papan nama kedai dan sepanduk. Juga digunakan untuk menyerlahkan nama ahli kerabat diraja atau mana-mana nama terpenting.
  • âksâr chriĕng
    âksâr chriĕng
  • âksâr chhôr
    âksâr chhôr
  • âksâr khâm
    âksâr khâm
  • âksâr mul
    âksâr mul

Unicode

[sunting |sunting sumber]

Blok aksara Khmer asas disertakan dalam PiawaianUnicode versi 3.0 yang dikeluarkan pada September 1999. Pada ketika itu, ia mengandungi 103 mata kod yang tertentu; kemudian, bilangannya bertambah kepada 114 dalam versi 4.0 yang dikeluarkan pada April 2003. Versi 4.0 juga memperkenalkan blok tambahan dipanggil "Khmer Symbols" yang mengandungi 32 tanda yang digunakan untuk menulistarikh lunar.Templat:Unicode chart Khmer

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Herbert, Patricia; Anthony Crothers Milner (1989).South-East Asia: languages and literatures : a select guide.University of Hawaii Press. m/s. 51–52.ISBN 0-8248-1267-0.
  2. ^abHuffman, Franklin. 1970.
  3. ^Punnee Soonthornpoct:From Freedom to Hell: A History of Foreign Interventions in Cambodian Politics And Wars.
  4. ^Handbook of Literacy in Akshara Orthography, R. Malatesha Joshi, Catherine McBride(2019), p.28
  5. ^Russell R. Ross:Cambodia: A Country Study.
  6. ^Lowman, Ian Nathaniel (2011).The Descendants of Kambu: The Political Imagination of Angkorian Cambodia (Tesis). UC Berkeley.
  7. ^"Angkor: A Living Museum". 2002: 39.Cite journal requires|journal= (bantuan)
  8. ^Jensen, Hans (1970).Sign, symbol and script: an account of man's efforts to write. m/s. 392.
  9. ^"Geographical Names of the Kingdom of Cambodia"(PDF).Reports by Governments on the Situation in Their Countries and on the Progress Made in the Standardization of Geographical Names Since the Seventh Conference.
  10. ^Report on the Current Status of United Nations Romanization Systems for Geographical Names – Khmer, UNGEGN Working Group on Romanization Systems, September 2013 (linked fromWGRS website).
  11. ^ab"Unicode 12.1 Character Code Charts - Khmer"(PDF).
  12. ^Jacob, Judith M. (1968).Introduction to Cambodian. Internet Archive. London ; Bombay [etc.] :Oxford University Press. m/s. 19, 29–30.
  13. ^Official Unicode Consortium code chart for Khmer (PDF)
  14. ^Huffman (1970), p. 29.
  15. ^May, Angela Marie. (2014).
  16. ^Igunma, Jana. (2013).
  17. ^Tsumura, Fumihiko. (2009).
  18. ^This particular style of Khmer shall not be confused with another script with the same name, described byPaul Sidwell (seeKhom script (Ong Kommadam)).

Bacaan

[sunting |sunting sumber]
  • Dictionnaire Cambodgien, Vol I & II, 1967, L'institut Bouddhique (Bahasa Khmer)
  • Jacob, Judith. 1974.A Concise Cambodian-English Dictionary.London, Oxford University Press.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tulisan_Khmer&oldid=6044045"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp