Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Abdullah Ahmad Badawi

Rencana pilihan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaAbdullah Badawi)
"Tun Abdullah Ahmad Badawi", "Abdullah Badawi", "Abdullah bin Haji Ahmad Badawi" dan "Pak Lah" dilencongkan di sini. Untuk buku memoir beliau, sila lihatPak Lah (buku).
Abdullah Ahmad Badawi
عبد الله احمد بداوي
Abdullah pada 2006
MalaysiaPerdana Menteri Malaysia ke-5
Digelar sebagai
Bapa Pembangunan Modal Insan
باڤ ڤمباڠونن مودل انسان
Dalam jawatan
31 Oktober 2003 – 3 April 2009
RajaTuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
Tuanku Mizan Zainal Abidin (2006 - 2011)
TimbalanNajib Razak (2004-2009)
Didahului olehMahathir Mohamad
Digantikan olehNajib Razak
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ke-6
(merangkap PengerusiBarisan Nasional)
Dalam jawatan
31 October 2003 – 3 April 2009
TimbalanNajib Razak
Didahului olehMahathir Mohamad
Digantikan olehNajib Razak
AhliParlimen Malaysia
bagiKepala Batas
Dalam jawatan
1978–2013
Didahului olehMohamed Sopiee Sheikh Ibrahim
Digantikan olehReezal Merican Naina Merican
Jawatan dalam kementerian
1978–1980Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan
1980–1981Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
1981–1984Menteri Tak Berportfolio
1984–1986Menteri Pelajaran
1986–1987Menteri Pertahanan
1991–1999Menteri Luar Negeri
1999–2004Menteri Dalam Negeri
1999–2003Timbalan Perdana Menteri
2003–2008Menteri Kewangan
2004–2008Menteri Keselamatan Dalam Negeri
2008–2009Menteri Pertahanan
Jawatan lain
1961-1964Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
1983–1988Pegawai Daerah Barat Daya
2003–2006Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Maklumat peribadi
Lahir
Abdullah bin Ahmad Badawi

(1939-11-26)26 November 1939
Kampung Perlis,Bayan Lepas,Pulau Pinang,Negeri-negeri Selat (kiniMalaysia)
Meninggal dunia14 April 2025(2025-04-14) (umur 85)
Institut Jantung Negara,Kuala Lumpur
Cause of deathMasalah pernafasan
Tempat semadiMakam Pahlawan,Masjid Negara,Kuala Lumpur
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikUMNO
Gabungan politik
lain
Perikatan
Barisan Nasional
PasanganEndon Mahmood Ambak (k. 1965; m. 2005)
Jeanne Abdullah (k. 2007–2025)
PertalianKhairy Jamaluddin (Menantu)
AnakKamaluddin Abdullah
Nori Abdullah
Ibu bapa
Saudara
  • Ibrahim Ahmad Badawi (Adik)
  • Mohd Tahir Ahmad Badawi (Adik)
  • Aminah Ahmad Badawi (Adik)
KediamanBait Badawi,Kampung Sungai Penchala
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik

AllahyarhamTun Abdullah bin Haji Ahmad badawi (Jawi: عبد الله بن احمد بداوي; 26 November 1939 – 14 April 2025; juga dikenali sebagaiPak Lah) ialahPerdana Menteri Malaysia ke-5. Beliau juga merupakan bekas PresidenUMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi PengerusiInstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis AgungUMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Pada tahun 1999 dilantik sebagai Timbalan kepada Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Latar belakang

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis,Bayan Lepas,Pulau Pinang, beliau menerimapendidikan menengah diSekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School,Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.[2] Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripadaUniversiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha diJabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah keMajlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasaeksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua PengarahKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.[3][4][5][6][7]

Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makananJepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan diPulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

Setiap hari, selepas sembahyangMaghrib, beliau akan mengajiAl-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalamJawi. KaranganShakespeare kegemaran beliau ialahJulius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialahTun Abdul Razak.

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialahperistiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetusIslam Hadhari.[8]

Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermaingolf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal –My Fair Lady antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik sepertiNat King Cole. Beliau juga mempunyai alatiPod Nano. Beliau menghargai hasil seniMalaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyamanrotan.

Kerjaya politik

Menyertai UMNO

Abdullah menyertaiUMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadiahli parlimenKepala Batas diSeberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' atau dikenali sebagaiTeam Wawasan, manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan,Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana MenteriTan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

  • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
  • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
  • Menteri Pelajaran (1984-86)
  • Menteri Pertahanan (1986-87)
  • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatanAnwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharamanKitabIban.

Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Perdana Menteri

Abdullah bersama Presiden Amerika SyarikatGeorge W. Bush diRumah Putih pada 2004

Sejak menjadiperdana menteri, Abdullah mengemukakanIslam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembanganekonomi danteknologi adalah secocok dengan ajaran Islam.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional

Apabila Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah,Barisan Nasional.

DalamPilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untukBarisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. DiTerengganu, partinya menewaskanPAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS diKelantan.

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi padaPilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya padaPilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaituSelangor,Pulau Pinang,Kedah, danPerak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa diKelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, Mahathir berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.[9]

Melepaskan jawatan Perdana Menteri

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Beliau meletakkan jawatan dan serahkan kepada penggantinya,Najib Razak, semasa Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 1 April 2009. Namun begitu, sejurus sebelum meletak jawatan, Najib telah berjanji kepada Abdullah bahawa kawasannya di Kepala Batas akan terus menerima dana pembangunan, di mana beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimennya.[10]

Abdullah Badawi menyerahkan surat peletakan jawatannya kepadaYang di-Pertuan Agong pada 2 April 2009. Pada 3 April 2009, beliau digantikan oleh Najib Razak sebagai perdana menteri.[11] Timbalan Perdana Menteri, Najib, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu pada hari berikutnya. Abdullah kemudiannya dikurniakan gelaran "Tun" oleh RajaMizan Zainal Abidin atas jasanya kepada negara.[12][13]

Kontroversi

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan sepertiEric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Walaupun Abdullah mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, beliau telah memberi amaran kepadaMukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006.[14] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti".[15] Di bawahBill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Kebebasan media

Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan.[16] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.[17]

Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008

Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008.[18] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.[19]

Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.[20]

Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia

Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia.[21]

BekasTimbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.[22]

Usul undi tidak percaya

Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkangWan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dariPKR,PAS danDAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak olehSpeaker Dewan RakyatPandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[23]SAPP pimpinanYong Teck Lee bertindak keluar dariBarisan Nasional kerana tidak lagi mempercayai Abdullah.UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[24]

Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei

Pada 30 April 2010, bekas perdana menteriMahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Abdullah Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai,Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerahLimbang,Sarawak.[25] Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir.[26]

Kehidupan peribadi

Badawi bersama isteri, Jeanne Abdullah

Abdullah berkahwin dengan AllahyarhamahDatin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu.[27] Pada 20 Oktober 2005, isteri Abdullah Badawi, Endon Mahmood, meninggal dunia akibatbarah payudara. Endon didiagnosis penyakit itu pada 2003 manakala adik kembarnya Noraini, yang sebelum ini disahkan menghidap penyakit yang sama, meninggal dunia pada Januari 2003. Beliau menerima rawatan di Amerika Syarikat dan pulang ke Malaysia 18 hari sebelum kematiannya. Endon dikebumikan di tanah perkuburan Islam, diTaman Selatan, Presint 20,Putrajaya.[28]

Pada 6 Jun 2007, pejabat Perdana Menteri mengumumkan perkahwinan Abdullah Badawi bersamaJeanne Abdullah. Pada 9 Jun lalu, satu majlis tertutup telah diadakan di kediaman Perdana Menteri diSeri Perdana dan dihadiri oleh saudara terdekat. Jeanne pernah berkahwin dengan adik kepada arwah isteri Abdullah Badawi. Beliau juga pernah menjadi pengurus di kompleks kediaman Seri Perdana dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.[29]

Abdullah dikritik kerana membenarkan menantunya,Khairy Jamaluddin, menjadi terlalu berpengaruh dalam politikUMNO.[30]

Abdullah juga dikritik kerana membenarkan abangnya Fahim Ibrahim Badawi membeli 51 peratus daripada MAS Catering Sdn Bhd yang dikawal kerajaan. Fahim kemudiannya menjual pegangan ini kepada LSG SkychefLufthansa dengan keuntungan besar.[31]

Beliau juga dikenali sebagai penyair.[32] PuisinyaKu Cari Damai Abadi telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 80 bahasa dan diterbitkan sebagai sebuah buku.[33]

Kesihatan, kematian dan pengkebumian negara

Pada 11 September 2022, beliau dan bekasmenteri kesihatanKhairy Jamaluddin secara terbuka mendedahkan bahawa Abdullah telah mengalamidemensia, dan tidak dapat mengenali ahli keluarga atau berkomunikasi dengan berkesan.[34] Kesihatannya yang merosot pada tahun-tahun kemudiannya telah menghalangnya daripada perhatian umum dan memerlukan penggunaan kerusi roda.[35] Pada tahun 2024, dia dimasukkan ke hospital keranapneumotoraks spontan.[36]

Abdullah meninggal dunia pada 14 April 2025 pada usia 85 tahun[37] akibatkegagalan pelbagai organ[38] diInstitut Jantung Negara diKuala Lumpur.[39] Jenazah Abdullah dijangka disemayamkan di surau utama Masjid Negara pada 15 April 2025 dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari, sebelum dikebumikan diMakam Pahlawan masjid berkenaan.[40]

Anugerah

Rencana utama:Senarai anugerah dan penghormatan yang diterima oleh Abdullah Ahmad Badawi

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[41][42]
TahunPerlembagaanUndiPrtsLawanUndiPrtsBuang undiMajoritiKeluar
1978Kepala BatasAbdullah Ahmad Badawi (UMNO)12,64562.41%Musa Mohd. Yatim (PAS)7,61637.59%5,029Tidak diketahui
1982Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)16,75968.51%Mohamad Sabu (PAS)4,11516.82%25,27712,64480.29%
Khoo Siew Hoe (DAP)3,58914.67%
1986Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)15,46369.33%Ahmad Hasan Salahuddin (PAS)6,84130.67%22,9008,62275.81%
1990Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)17,02570.35%Ahmad Awang (S46)7,17429.65%24,9319,85180.25%
1995Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)22,52182.77%Naser Mohd Radzi (S46)4,68717.23%28,30117,83478.39%
1999Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)19,98569.40%Abd Khalid Rasid (PAS)8,81030.60%29,41311,17581.22%
2004Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)25,40377.72%Abd Khalid Rasid (PAS)7,28122.28%33,35618,12284.19%
2008Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)23,44565.78%Subri Md Arshad (PAS)12,19934.22%36,32811,24684.45%

Garis masa

Garis masa sebagai Ahli Parlimen

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rujukan

Nota kaki

  1. ^""Pak Lah dilantik Pengerusi IKIM", Utusan Online. 29 Ogos 2009". Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-02-03. Dicapai pada2009-09-02.
  2. ^http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_PMKiniSemasaNew/D63C3C4E562A452548256EB000304EB7
  3. ^Backman, Michael.Asia Future Shock: Business Crisis and Opportunity in the Coming Years,Palgrave Macmillan, 2008,ISBN978-0-230-00677-5, p. 133.
  4. ^PM meets relatives from China, The Star Online, 22 Disember 2003.
  5. ^"UMNO man and that 'immigrants' remark suspended"[pautan mati kekal].
  6. ^http://radaris.asia/p/Su/Chiang/
  7. ^"Chinese/Native intermarriage in Austronesian Asia".
  8. ^[1]
  9. ^[2]
  10. ^"Abdullah's boon to Kepala Batas folk".The Star (dalam bahasa Inggeris). 2 April 2009. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 April 2009. Dicapai pada8 Februari 2016.
  11. ^"New Malaysian PM sworn in",Al Jazeera.Diarkibkan 5 Jun 2011 diWayback Machine.
  12. ^"Exit PM Pak Lah, enter Tun Abdullah".Diarkibkan 20 Julai 2011 diWayback Machine.
  13. ^Najib sworn in, Tunship for Abdullah and wife, 2009/04/03,New Straits Times OnlineDiarkibkan 19 Ogos 2018 diWayback Machine
  14. ^Mukhriz dikecam gara-gara kritik ucapan Pak LahDiarkibkan 2008-02-25 diWayback Machine, mStar on-line.
  15. ^Nihaz Mohd Yusoff (8 Disember 2007)."Media Perdana VS Media Maya". MYKMU NET. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada2008-02-10.
  16. ^[3]
  17. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-01-22. Dicapai pada2021-09-22.
  18. ^[4][pautan mati kekal][sumber tak boleh dipercayai?]
  19. ^[5]
  20. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-03-13. Dicapai pada2008-02-27.
  21. ^"salinan arkib"(PDF).Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2007-06-14. Dicapai pada2007-06-14.
  22. ^[6]Diarkibkan 2008-03-05 diWayback Machine[sumber tak boleh dipercayai?]
  23. ^Usul Undi Tak Percaya Terhadap PM Ditolak, Anggota Pembangkang Bertindak Keluar Dewan
  24. ^"UPKO akan kaji semula sokongan kepada SAPP". Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-09-12. Dicapai pada2009-11-08.
  25. ^"Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei", Malaysiakini.com. 30 April 2010.
  26. ^"Ini penjelasan Pak Lah...", Malaysiakini.com. 30 April 2010.
  27. ^"Tun Abdullah Ahmad Badawi: Full Biography". Diarkibkan daripadayang asal pada 12 Mac 2012. Dicapai pada26 Julai 2012.
  28. ^"Endon laid to rest at cemetery in Precinct 20".The Star (dalam bahasa Inggeris). 2005-10-21. Dicapai pada2025-04-15.
  29. ^"Prime Minister To Wed Jeanne Abdullah Badawi Saturday" (dalam bahasa Inggeris).Bernama. 6 Jun 2007.Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2007.
  30. ^Goh, Melissa (18 November 2006).Khairy says he does not influence government decisions.Channel News Asia.Diarkibkan 4 November 2007 diWayback Machine
  31. ^"Malaysia Chronicle: Mahathir and Badawi in 2 separate abuse-of-power cases".Malaysia Chronicle (dalam bahasa Inggeris). 2010-08-26. Diarkibkan daripadayang asal pada 26 Ogos 2010. Dicapai pada2022-08-30.
  32. ^"Abdullah's poem holds personal meaning".The Star (dalam bahasa Inggeris). 2 November 2003. Dicapai pada26 Ogos 2021.
  33. ^Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (2008),Ku cari damai abadi (I seek eternal peace) in 80, Faculty of Language and Linguistics University of Malaya,ISBN 9789675148026
  34. ^Ishak, Mahani (2022-09-11)."Pak Lah derita demensia sejak mula bersara - Khairy".Berita Harian. Dicapai pada2025-04-14.
  35. ^"Khairy: Pak Lah is suffering from dementia".New Straits Times. 11 September 2022.
  36. ^"Former Malaysian leader Abdullah Ahmad Badawi, who extended political freedoms, dies at 85".AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2025-04-14.
  37. ^"PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia".Berita Harian. 14 April 2025. Dicapai pada15 April 2025.
  38. ^"Pak Lah to be laid to rest in Warriors' Mausoleum".Free Malaysia Today. 14 April 2025. Dicapai pada14 April 2025.
  39. ^"Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away".The Star. 14 April 2025. Dicapai pada14 April 2025.
  40. ^"Public can pay last respects to Pak Lah at Masjid Negara tomorrow".New Straits Times. BERNAMA. 14 April 2025. Dicapai pada14 April 2025.
  41. ^"Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri".SPR. Dicapai pada4 February 2017. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  42. ^"Pilihanraya Umum Malaysia".Data Pilihanraya Umum Malaysia undiinfo.Malaysiakini. Dicapai pada4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati dipilihan raya umum 2004.

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanAbdullah Ahmad Badawi
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Abdullah Ahmad Badawi


Penyandang TerdahuluPerdana Menteri Malaysia
1 November20032 April2009
Penyandang Kemudian
Mahathir MohamadNajib Razak
Penyandang TerdahuluPresiden UMNO
30 Oktober200328 Mac2009
Penyandang Kemudian
Mahathir MohamadNajib Razak
Penyandang TerdahuluTimbalan Perdana Menteri Malaysia
8 Januari199931 Oktober2003
Penyandang Kemudian
Anwar IbrahimNajib Razak
Penyandang TerdahuluMenteri Kewangan Malaysia
1 November2003 – [[]]2008
Penyandang Kemudian
Mahathir MohamadNajib Razak
Penyandang TerdahuluMenteri Pertahanan Malaysia
2008 – 2009
Penyandang Kemudian
Najib RazakAhmad Zahid Hamidi
Keluarga
Ibu bapa
Ahmad Badawi (bapa) danKailan Hassan (ibu)
Isteri
Endon Mahmood (1965-2005) •Jeanne Abdullah (2007-kini)
Anak
Menantu
Pusat pendidikan
Jawatan disandang
Puisi
Didahului:Mahathir Mohamad • Digantikan:Najib Razak
Buku WikipediaBuku
Rencana berkenaan Abdullah Ahmad Badawi
  1. KedahAbdul Rahman Putra Al-Haj (1957-1970)  
  2. PahangAbdul Razak Hussein (1970-1976)  
  3. Johor Hussein Onn (1976-1981)  
  4. KedahMahathir Mohamad (1981-2003)  
  5. Pulau PinangAbdullah Ahmad Badawi (2003-2009)  
  6. Pahang Najib Razak (2009-2018)  
  7. KedahMahathir Mohamad (2018-2020)  
  8. JohorMahiaddin Md Yasin (2020-2021)  
  9. PahangIsmail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Pulau PinangAnwar Ibrahim (2022-kini)
  1. PahangAbdul Razak Hussein  (1957-1970)
  2. JohorIsmail Abdul Rahman  (1970-1973)
  3. Johor Hussein Onn  (1973-1976)
  4. KedahMahathir Mohamad  (1978-1981)
  5. JohorMusa Hitam  (1981-1986)
  6. MelakaAbdul Ghafar Baba  (1986-1993)
  7. Pulau PinangAnwar Ibrahim  (1993-1998)
  8. Pulau PinangAbdullah Ahmad Badawi  (1999-2003)
  9. PahangMohd Najib Abdul Razak  (2004-2009)
  10. JohorMahiaddin Md Yasin  (2009-2015)
  11. PerakAhmad Zahid Hamidi  (2015-2018)
  12. SelangorWan Azizah Wan Ismail  (2018-2020)
  13. PahangIsmail Sabri Yaakob  (2021)
  14. PerakAhmad Zahid Hamidi  (2022-kini)
  15. SarawakFadillah Yusof  (2022-kini)
  1. Henry Lee Hau-shik (1957-1959)
  2. Tan Siew Sin (1959-1974)
  3. Hussein Onn (1974-1976)
  4. Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (1976-1984)
  5. Abdul Daim Zainuddin (1984-1991)
  6. Anwar Ibrahim (1991-1998)
  7. Mahathir Mohamad (1998-1999)
  8. Mustapa Mohamed (1998-1999)
  9. Abdul Daim Zainuddin (1999-2001)
  10. Mahathir Mohamad (2001-2003)
  11. Jamaluddin Mohd Jarjis (2002-2004)
  12. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2008)
  13. Nor Mohamed Yakcop (2004-2009)
  14. Najib Razak (2009-2018)
  15. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (2009-2016)
  16. Johari Abdul Ghani (2016-2018)
  17. Lim Guan Eng (2018-2020)
  18. Tengku Zafrul (2020-2022)
  19. Anwar Ibrahim (2022-kini)
  20. Amir Hamzah Azizan (2023-kini)
  1. Abdul Razak Hussein (1957-1970)
  2. Hamzah Abu Samah (1973-1974)
  3. Mustapha Harun (1974)
  4. Abdul Razak Hussein (1974-1976)
  5. Hussein Onn (1976-1978)
  6. Abdul Taib Mahmud (1978-1979)
  7. Hussein Onn (1979-1981)
  8. Mahathir Mohamad (1981-1986)
  9. Abdullah Ahmad Badawi (1986-1987)
  10. Najib Razak (1990-1995)
  11. Syed Hamid Albar Syed Jaafar Albar (1990-1995)
  12. Najib Razak (1999-2008)
  13. Abdullah Ahmad Badawi (2008-2009)
  14. Ahmad Zahid Hamidi (2009-2013)
  15. Hishammuddin Hussein (2013-2018)
  16. Mohamad Sabu (2018-2020)
  17. Ismail Sabri Yaakob (2020-2021)
  18. Hishammuddin Hussein (2021-2022)
  19. Mohamad Hasan (2022-2023)
  20. Mohamed Khaled Nordin (2023-kini)
  1. Abdul Razak Hussein (1955-1957)
  2. Mohamed Khir Johari (1957-1960)
  3. Abdul Rahman Talib (1960-1962)
  4. Abdul Hamid Khan (1962-1964)
  5. Abdul Rahman Talib (1964-1965)
  6. Mohamed Khir Johari (1965-1969)
  7. Abdul Rahman Ya'kub (1969-1970)
  8. Hussein Onn (1970-1973)
  9. Mohamed Yaacob (1973-1974)
  10. Mahathir Mohamad (1974-1978)
  11. Musa Hitam (1978-1981)
  12. Sulaiman Daud (1981-1984)
  13. Abdullah Ahmad Badawi (1984-1986)
  14. Anwar Ibrahim (1986-1991)
  15. Sulaiman Daud (1991-1995)
  16. Najib Razak (1995-1999)
  17. Musa Mohamad (1999-2004)
  18. Hishammuddin Hussein (2004-2009)
  19. Muhyiddin Yassin (2009-2015)
  20. Idris Jusoh (2013-2015)
  21. Mahdzir Khalid (2015-2018)
  22. Maszlee Malik (2018-2020)
  23. Mohd Radzi Md Jidin (2020-2022)
  24. Fadhlina Sidek (2022-kini)
  1. Henry Lee Hau-shik (1957-1959)
  2. Tan Siew Sin (1959-1974)
  3. Hussein Onn (1974-1976)
  4. Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (1976-1984)
  5. Abdul Daim Zainuddin (1984-1991)
  6. Anwar Ibrahim (1991-1998)
  7. Mahathir Mohamad (1998-1999)
  8. Mustapa Mohamed (1998-1999)
  9. Abdul Daim Zainuddin (1999-2001)
  10. Mahathir Mohamad (2001-2003)
  11. Jamaluddin Mohd Jarjis (2002-2004)
  12. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2008)
  13. Nor Mohamed Yakcop (2004-2009)
  14. Najib Razak (2009-2018)
  15. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (2009-2016)
  16. Johari Abdul Ghani (2016-2018)
  17. Lim Guan Eng (2018-2020)
  18. Tengku Zafrul (2020-2022)
  19. Anwar Ibrahim (2022-kini)
  20. Amir Hamzah Azizan (2023-kini)
  1. Abdul Razak Hussein (1957-1970)
  2. Hamzah Abu Samah (1973-1974)
  3. Mustapha Harun (1974)
  4. Abdul Razak Hussein (1974-1976)
  5. Hussein Onn (1976-1978)
  6. Abdul Taib Mahmud (1978-1979)
  7. Hussein Onn (1979-1981)
  8. Mahathir Mohamad (1981-1986)
  9. Abdullah Ahmad Badawi (1986-1987)
  10. Najib Razak (1990-1995)
  11. Syed Hamid Albar Syed Jaafar Albar (1990-1995)
  12. Najib Razak (1999-2008)
  13. Abdullah Ahmad Badawi (2008-2009)
  14. Ahmad Zahid Hamidi (2009-2013)
  15. Hishammuddin Hussein (2013-2018)
  16. Mohamad Sabu (2018-2020)
  17. Ismail Sabri Yaakob (2020-2021)
  18. Hishammuddin Hussein (2021-2022)
  19. Mohamad Hasan (2022-2023)
  20. Mohamed Khaled Nordin (2023-kini)
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan diMalaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan :Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-2024)
  11. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (2024-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
Imam Besar Masjid Negara
Umum
Perpustakaan negara
Pangkalan data saintifik
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Abdullah_Ahmad_Badawi&oldid=6554217"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp