Allahyarham Tun Dato' Maha Kurnia Abdul Malek Yusuf SMN (Malaysia); Dato' Maha Kurnia (Negeri Sembilan) | |
|---|---|
| Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
| Dalam jawatan 31 Ogos 1959 – 30 Ogos 1971 | |
| Didahului oleh | Leong Yew Koh |
| Digantikan oleh | Abdul Aziz Abdul Majid |
| Menteri Besar Negeri Sembilan | |
| Dalam jawatan 1 Februari 1948 – 1 Oktober 1953 | |
| Didahului oleh | Jawatan baharu |
| Digantikan oleh | Shamsudin bin Nain |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Abdul Malek bin Yusuf 9 Ogos 1899 Kampung Chengkau,Rembau,Negeri Sembilan |
| Meninggal dunia | 6 Julai 1977(1977-07-06) (umur 77) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
| Pasangan | Khatijah Ahmad (m. 1951) Fatimah Ismail (k. 1964) |
| Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
|---|---|
| Tuan Yang Terutama | |
| Pemerintahan | Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-2 |
| Pertabalan | 31 Ogos 1959 |
| Pendahulu | Leong Yew Koh |
| Pengganti | Abdul Aziz Abdul Majid |
AllahyarhamTunDato' Maha KurniaAbdul Malek bin Yusuf (9 Ogos 1899 – 6 Julai 1977) ialah seorang ahli politik diTanah Melayu kelahiranNegeri Sembilan. Beliau merupakanMenteri Besar Negeri Sembilan yang pertama dilantik, sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Abdul Malek juga merupakanYang di-Pertua Negeri Melaka yang kedua yang mengangkat sumpah jawatan pada 31 Ogos 1959 dan berkhidmat selama tiga penggal.[1]
Abdul Malek merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga orang adik beradik. Beliau dilahirkan pada tahun 1899 di Kampung Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan dan dibesarkan dalam kehidupan kampung. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chengkau, Negeri Sembilan pada tahun 1907 seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat tinggi di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1910.
Tun Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya dengan Toh Puan Khatijah bte Ahmad dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Halimah dan Habibah. Walau bagaimanapun, isterinya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1951. Selepas itu, beliau berkahwin dengan isteri keduanya, Toh Puan Fatimah bte Ismail pada tahun 1964.
Abdul Malek telah berkhidmat dalam pentadbiranNegeri-negeri Melayu Bersekutu sejak 1917. Beliau pernah berkhidmat di semua daerah di Negeri Sembilan kecuali Port Dickson. Pada 1930, beliau telah dimasukkan dalam Perkhidmatan Awam Malaya dan secara rasmi sebagai seorang penjawat awam. Sehingga sebelum beliau dilantik sebai Menteri Besar, beliau menjadi salah seorang Ketua Penolong Setiausaha dalam SekretariatMalayan Union.[2] Nama beliau telah dicadangkan oleh Persatuan Melayu Negeri Sembilan dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan pertama.
Bagi mengenang jasa dan khidmat bakti yang telah disumbangkan terhadap negara, Abdul Malek telah dianugerahkan dengan beberapa darjah kebesaran. Di antaranya ialah Dato' Maha Kurnia Negeri Sembilan pada tahun 1954 dan Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran Tun oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong II pada 4 Januari 1961.
| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Sembilan 1948 –1953 | Penyandang Kemudian |
| - tiada - | Dato' Shamsudin bin Nain |