Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Abdul Hamid Zainal Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Hamid Haji Zainal Abidin
PSM, PAT (ATM); PJN; SPMP, DPMP (Prk); JSM, KMNAP
PengerusiMajlis Amanah Rakyat (MARA)
Dalam jawatan
20042009
Didahului olehZamani b. Md. Noor
Digantikan olehIdris Jusoh
AhliParlimenParit Buntar
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehHasan Mohd Ali
Digantikan olehMujahid Yusof Rawa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
Dalam jawatan
2001–2004
Didahului olehAbdul Hamid Othman
Digantikan olehAbdullah Md Zin
Ketua PengarahJAKIM
Dalam jawatan
1995–2001
Didahului olehDatuk Haji Zainal Abidin bin Abdul Kadir
Digantikan olehMohamad Shahir Abdullah
Maklumat peribadi
Lahir
Abdul Hamid bin Ngah @ Hj. Zainal AbidinNama Ibu Hjh Bashariah Bt Atin

(1944-02-20)20 Februari 1944
Bagan Datoh,Perak,Malaya British (kiniMalaysia)
Meninggal dunia30 Disember 2014(2014-12-30) (umur 70)
Institut Jantung Negara,Kuala Lumpur,Malaysia
Cause of deathSerangan jantung, sesak nafas
Parti politik BN / UMNO
PasanganPuan Sri Latifah Abdullah
Anak11
PendidikanSekolah Melayu Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh
PekerjaanPengerusiMARA

AllahyarhamBrigedier Jeneral (B)Tan SriDato’ SeriAbdul Hamid Ngah @ Hj. Zainal Abidin (20 Februari 1944 - 30 Disember 2014) merupakanpengerusiMARA dari 16 Julai2004 hingga 2009. Beliau pernah menjadi ahli ParlimenParit Buntar dan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau dan Dr.Zakir Abdul Karim dariIndia dipilih sebagaiTokoh Maal Hijrah 1435/2013M. Anugerah itu disampaikan pada 5 November 2013 diPutrajaya. Anugerah disampaikan olehYang di-Pertuan Agong di Dewan Plenari,Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),Putrajaya.Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menyampaikan anugerah tersebut.[1]

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Abdul Hamid menerima pendidikan di Sekolah Kampung Tanah Lalang,Bagan Datoh, danMadrasah Irsyadiah, Bt. 26,Bagan Datoh,Perak. Kemudian sambung belajar diMadrasah Alawiah,Arau,Perlis dan Kolej Islam Malaya,Petaling Jaya .Seterusnya sambung belajar peringkat Diploma in Education (Islamic College); Master (Universiti al-Azhar,Kaherah,Mesir serta Muslim College, London. Selain itu Ijazah Sarjana Perundangan Islam Takhassus Universiti al Azhar, Mesir.

Kerjaya

[sunting |sunting sumber]

Beliau pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Tunku Besar,Tampin,Negeri Sembilan (1971 - 1972) ; Guru diVictoria Institution,Kuala Lumpur (1972 - 1977) ; Pensyarah Pengajian Islam & Bahasa Arab -Maktab Perguruan Islam,Lembah Pantai (1972 - 1980) ; Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa Arab -Maktab Perguruan Islam (1980 - 1981).

Seterusnya menjadi Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar , Bahagian Pendidikan Guru -Kementerian Pelajaran (1982 - 1983) dan Pengetua -Maktab Perguruan Islam,Lembah Pantai,Kuala Lumpur (1984 - 1985)

ApabilaKor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) -Kementerian Pertahanan Malaysia ditubuhkan , beliau menjadi pengarah KAGAT yang pertama (1985 - 1995) selama 10 tahun .Perdana Menteri Malaysia ketika itu , Tun DrMahathir Mohamad telah meminta beliau menyertai tentera padahal ketika itu beliau berusia 40 tahun. Oleh itu beliau terpaksa menjalani latihan tentera seperti latihan asas ketenteraan, berkawad, pegang senjata dan semua protokol dalam ketenteraan . Selepas menerima pelbagai latihan , Yang di-Pertuan Agong telah memberi tauliah dengan pangkat Kolonel dan dilantik sebagai pengarah KAGAT yang pertama. Anggota KAGAT boleh dihantar ke mana-mana termasuk berkhidmat di bawah panjiPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti keBosnia Herzegovina danSomalia.

Sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Ketua Pengarah yang pertama,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (1995 - 2001). JAKIM pertama kali ditubuhkan bagi menggantikan unit kecil yang dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) di Pusat Islam. Ketika itu Abdul Hamid ditelefon oleh Tun Dr Mahathir ketika mengerjakan haji diMekah. Pada masa yang sama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut ditubuhkan .

Pada 2001, selepas 6 tahun di JAKIM, beliau dilantik sebagaiSenator dan menjadi Menteri diJabatan Perdana MenteriMalaysia (2001- Mac 2004). Jawatan kini pernah disandang oleh Tan Sri DrMohd Yusof Noor Tan SriAbdul Hamid Othman.

Jawatan terakhir beliau ialah sebagai PengerusiMajlis Amanah Rakyat (MARA ) (16 Julai 2004 - 2009). Beliau turut menjadi pengerusi dan Pro Cancelor Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Politik Parit Buntar

[sunting |sunting sumber]

Beliau dipilih olehPerdana Menteri Malaysia TunAbdullah Ahmad Badawi bertanding di parlimenParit Buntar dalamPilihan raya umum 2004 dan berjaya menewaskan penyandangnya Datuk DrHasan Mohamad Ali. Abdul Hamid mendapat 19,317 undi sementara Dr Hasan mendapat 14,619 undi. Sebelum itu Dr Hasan menewaskan calon BN/UMNOAbdul Rahman Suliman , seorang wartawan dengan majoriti 2,094 .

Kemenangan Abdul Hamid juga disertai dengan kemenangan semula BN/UMNO di DUNTiti Serong dan mengekalkan DUNBatu Kurau.

Namun Abdul Hamid tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya 2008. Tempat beliau diambil semula oleh Senator DatukAbdul Rahman Suliman bagi menentang DrMujahid Yusof Rawa. Ternyata calon BN/UMNO itu tewas kepada calon PAS dengan majoriti 7551 undi. Tahun 2013, Datuk Dr Mujahid sekali lagi menang dengan menewaskan Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin dari BN/UMNO dengan majoriti bertambah kepada 8476 undi.[2]

Anugerah

[sunting |sunting sumber]
  • Kasteria Mangku Negara ( KMN ) 1990
  • Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) 1991
  • Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) 1991
  • Johan Setia Mahkota (JSM) 1994
  • Panglima Jasa Negara (PJN) 1999
  • Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2003
  • Panglima Setia Mahkota (PSM) 2011

Meninggal dunia

[sunting |sunting sumber]

Pada 2000, Abdul Hamid Zainal Abidin pernah menjalani pembedahan pintasan jantung .

Pada 30 Disember 2014, beliau meninggal dunia diInstitut Jantung Negara (IJN) ,Kuala Lumpur akibat sesak nafas dan serangan jantung pada usia 70 tahun.[3]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Hamid Zainal Abidin diumum Tokoh Maal Hijrah 1435". Diarkibkan daripadayang asal pada 2016-06-17. Dicapai pada2014-12-30.
  2. ^"Perak P57, N8, N9". Diarkibkan daripadayang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada2021-09-22.
  3. ^"Abdul Hamid meninggal dunia". Diarkibkan daripadayang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada2014-12-30.
Perdana Menteri:Mahathir Mohamad
Jemaah MenteriAbdullah Ahmad Badawi pertama (2003-2004)
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Jemaah Menteri
Tahun dalam templat ini ditulis berdasarkan kalendar Hijrah. Nama penerima anumertadicondongkan.
Kebangsaan

Antarabangsa
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan diMalaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan :Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-2024)
  11. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (2024-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
Imam Besar Masjid Negara
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Abdul_Hamid_Zainal_Abidin&oldid=6649079"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp