Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Abdul Aziz Abdul Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
AllahyarhamTunDato'Haji
Abdul Aziz Abdul Majid
SMN, DPMK (Kelantan); CBE (UK); PhD (Law)
Dalam jawatan
31 Ogos 1971 – 10 Mei 1975
Didahului olehAbdul Malek bin Yusof
Digantikan olehSyed Zahiruddin bin Syed Hassan
Dalam jawatan
1 September 1955 – 1956
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah
Didahului olehRaja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad
Digantikan olehMuhammad Ismail Abdul Latiff
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-3
Dalam jawatan
1 Oktober 1952 – 1 Oktober 1953
RajaTuanku Abdul Rahman
Didahului olehMohamad Salleh bin Sulaiman
Digantikan olehAbdul Malek bin Yusof
Ketua Setiausaha Negara ke-1
Dalam jawatan
1 Ogos 1957 – 31 Ogos 1965
Yang di-Pertuan AgongTuanku Abdul Rahman
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Tuanku Syed Putra Jamalullail
Perdana MenteriTunku Abdul Rahman
Didahului olehJawatan baharu diwujudkan
Digantikan olehTan Sri Abdul Jamil Abdul Rais
Maklumat peribadi
Lahir
Abdul Aziz bin Abdul Majid

(1907-03-12)12 Mac 1907
Kajang,Hulu Langat,Selangor,Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Meninggal dunia10 Mei 1975(1975-05-10) (umur 68)
Sri Melaka,Melaka,Malaysia
Pasangan
  • Toh Puan Kamariah Sulaiman
  • Raja Toh Puan Teh Zaitunnisa Raja Kamaralzaman
  • Toh Puan Mariam Abdul Ghani (bercerai)
PertalianAbdul Aziz Yassin (menantu)
Anak4

AllahyarhamTunDato'HajiAbdul Aziz bin Abdul Majid dilahirkan pada12 Mac1907 diKajang,Hulu Langat,Selangor,Malaysia. Beliau meninggal dunia pada10 Mei1975 di kediaman rasminya diSri Melaka ketika berusia 68 tahun. Beliau pernah menjadiMenteri Besar Negeri Sembilan,Menteri Besar Selangor,Ketua Setiausaha Negara dan jawatan terakhir beliau ialahGabenor Negeri Melaka ketiga.

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan diSekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang,Kajang,Selangor. Beliau telah menduduki peperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (M.A.S) dan lulus dengan cemerlang.

Pada bulan Mac 1948, beliau telah mengambil 'Second Devonshire Course' diUniversiti Oxford,United Kingdom.

Kerjaya

[sunting |sunting sumber]

Beliau pernah menjadi seorangguru. Kemudian dilantik sebagai Pemungut Hasil Tanah, Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah di Selangor. Kemudian sebagai Penolong Setiauasaha di pejabat Pesuruhjaya Tempatan Selangor.

Pada 1 Februari 1948, beliau sekali lagi dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pertama kepada Setiausaha Kerajaan Selangor.

Selepas belajar diUnited Kingdom, beliau dilantik sebagai Pegawai DaerahTeluk Anson. Kemudian dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat NegeriNegeri Sembilan dan Penolong Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri di Bahagian Pertahanan

Menteri Besar Negeri Sembilan & Selangor

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1952, beliau dilantik olehTunku Abdul Rahman menjadiMenteri Besar Negeri Sembilan yang pertama. Kemudian pada 1 September 1954 dilantik sebagaiMenteri Besar Selangor di bawah perintah Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Ahli Rombongan Merdeka dan Persekutuan Malaysia

[sunting |sunting sumber]

Tahun 1956, beliau telah dilantik mewakili raja-raja dalam rombongan merdeka keUnited Kingdom untuk berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan. Beliau juga bersama beberapa anggota rundingan untuk sekali lagi ke London bagi membincangkan Perjanjian PertahananMalaya.[1]

Beliau juga terlibat pada tahun 1963 untuk ke London agar dapat membincangkan Persekutuan Malaysia. Tun Abdul Aziz telah menjadi anggota Pasukan Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan. Beliau merupakan ketua rombongan perundingan tersebut agar dapat membincangkan syarat kemasukan negeri-negeri di Borneo.

Pada masa yang sama, beliau juga dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara selama 8 tahun dari 1957 hingga 1965, di mana beliau telah bersara wajib secara pilihan apabila memasuki usia 58 tahun pada tahun itu.[2]

Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Melaka

[sunting |sunting sumber]

Setelah bersara dari jawatan politik dan juga perkhidmatan awam persekutuan, beliau dilantik sebagaiYang di-Pertua Negeri Melaka dan tinggal di kediaman rasmiSri Melaka sehingga beliau meninggal dunia. Sebuah sekolah rendah diHulu Langat telah dinamakan sempena nama beliau iaituSekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid.[3]

Keluarga

[sunting |sunting sumber]

Isteri beliau, Raja Toh Puan Teh Zaitunnisa Raja Kamaralzaman (97 tahun) meninggal dunia pada 13 April 2015 di kediamannya di Persiaran Setiawangsa,Kuala Lumpur akibat sakit tua. Anak sulung arwah Mustapa Kamal (57 tahun) memaklumkan bahawa ibunya telah lama sakit tua.[4]

Mengenang Jasa

[sunting |sunting sumber]

Masjid Tun Abdul Aziz @ 'Masjid Bulat' di Petaling Jaya dinamakan sempena beliau.

Anugerah dan penghargaan

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"TYT Melaka".Laman Web YDP Negeri Melaka.
  2. ^"Senarai Pengerusi SPA".Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
  3. ^Arkib Negara Malaysia online[pautan mati kekal]
  4. ^"Isteri bekas Gabenor Melaka meninggal dunia".Utusan Malaysia. 13 April 2015. Diarkibkan daripadayang asal pada 5 Mac 2016.
  5. ^"Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripadayang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada2020-05-06.
Didahului oleh
Abdul Malek Yusuf
Yang di-Pertua Negeri Melaka
1971–1976
Diikuti oleh:
Syed Zahiruddin bin Syed Hassan
Rencana berkenaanAbdul Aziz Abdul Majid
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Abdul_Aziz_Abdul_Majid&oldid=6388594"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp