Abd-al Rahman al-Sufi (903-986 M; juga dikenali sebagaiAzophi didunia Barat) merupakan salah seorang ahlisainsIslam.
Al-Sufi merupakan seorangahli astronomiParsi (kiniIran) yang juga dikenali sebagaiAbd ar-Rahman as-Sufi atauAbd al-Rahman Abu al-Hussain.
Beliau lahir pada 7 Disember 903 dan meninggal pada 25 Mei 986. Pemastautin di kawasan Emir adud ad-Daula diIsfahan, beliau melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja astronomi Yunani, terutamaAlmagest karyaPtolemy.
Sebuahkawah qamari dinamakan sempena nama al-Sufi bagi menghargai jasanya kepadailmu falak
Sebagai seorang ahli astronomi terkenal padaZaman Pertengahan, al-Sufi juga melakukan beberapa sumbangan dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud dan kejelasan yang menyimpang daripada kerja Ptolemy. Beliau mengenal pasti Awan Besar Magellanic[1]yang kelihatan diYaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat oleh bangsa Eropah sehingga pengembaraan Megellan pada abad ke 16[2][3]. Ini merupakan galaksi pertama selainBima Sakti yang diperhatikan dari Bumi.
Al-Sufi merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab berkaitan Astronomi Keyunanian yang berpusat di Iskandariah. Beliau memerhatikan dan dapat mengira tempoh panjang tahun tropika dan menerangkan bintang, posisi, magnitud dan warna, dan menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj. Bagi setiap buruj, beliau menghasilkan dua lukisan: satu dari luaran glob cakerawala dan satu lagi dari sebelah dalam, yang dilihat dari Bumi.
Beliau menerbitkan bukunya yang terkenalKitab Suwar al kawakib (Kitab Bintang Tetap) pada tahun 964, dan memaparkan hasil kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar. Beliau merupakan orang yang pertama yang membuat catatan tentangGalaksi Andromeda (buruj). Dalam keterangan dan gambar tentang Andromeda beliau memasukkan sebuah "awan kecil" yang sebenarnya Galaksi Andromeda M31. Beliau menggambarkan M31 seperti berada di dalam mulut Ikan Besar, sebuah buruj Arab dan "awan" berkenaan telah dikenali oleh ahli astronomi di Isfahan sebelum 905 Masihi.
Al-Sufi juga menulis tentangastrolab dan mencari beberapa kegunaannya: beliau memerikan lebih daripada 1,000 kegunaan alat tersebut, dalam pelbagai bidang sepertiilmu falakpandu arah,pemetaan, mengiramasa,Kiblat,Solat, dan lain-lain.[4]
Dalam bukunya, beliau juga menerangkan gugusan Omicron Velorun IC 2391 sebagai "bintang kabur" di Vulpecula, satu gugusan atau asteris yang kini dikenali sebagai Gugusan Al-Sufi atau Gugusan Brocchi atau Collinder 399.
Beliau juga menggambarkan Awan Megellan sebagai Al-Bakr, lembu jantan putih di selatan Arab yang tidak kelihatan dari Utara Arab kerana latitudnya. Al-Sufi menyediakan carta langit daripada pemerhatiannya dan dengan cermat mengubah magnitudnya.
Al-Sufi juga menjelaskan bahawa warnaSirms (alpha canes majoris, satu bintang)[5] tidak berubah yang kemudian disahkan melalui pemerhatian.Seneca melaporkan melihat Sirms berwarna merah di Rom, Ptolemy pula melihat warna kemerahan di Iskandariah dan Schmidt pada 1841 nampak warna putih selepas warna kuning beberapa hari sebelumnya. Warna yang berlainan dianggap hasil daripada perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat lain.
Kerja-kerja al-Sufi tidak diketahui di Eropah. Pada masa penciptaan teleskop, baharulah Nebula Andromeda dapt ditemui Simon Marius pada tahun 1612.
BukunyaSuwar al-kawakib boleh didapati dalamBahasa Arab dan diterjemah dalamBahasa Perancis oleh Schjellerup. Ia dikatakan penting sehingga kini bagi kajian pergerakan dan kepelbagaian.
BukunyaKitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar pula merupakan hasil karya yang unggul dalam astronomi najam.
Disebabkan sumbangannya yang besar dalam bidang astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakanKawah Azophi. Kawah ini mempunyai diameter 47.0 kilometer dalam sembilan bahagian peta bulan dan terletak pada kordinat 22.1 darjah Selatan 12.7 darjah Timur. Bear dan Madler dalam tugasan yang terkenalDer Mond pada tahun 1837, menyebut kawasan permukaanbulan sempena nama al-Sufi (Azophi).
^Kepple, George Robert (1998).The Night Sky Observer's Guide, Volume 1. Willmann-Bell, Inc. m/s. 18.ISBN0-943396-58-1.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)