Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Aargau

Koordinat:47°5′N8°0′E / 47.083°N 8.000°E /47.083; 8.000
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

47°5′N8°0′E / 47.083°N 8.000°E /47.083; 8.000Coordinates: Unknown argument format
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah

Aargau
Bendera Kanton Aargau
Bendera Kanton Aargau
Jata Kanton Aargau
Jata Kanton Aargau
Peta Switzerland yang menonjolkan Kanton Aargau
Peta Switzerland yang menonjolkan Kanton Aargau
Ibu kotaAarau
Keluasan1404 km² (Ditempatkan ke-10)
Titik tertinggiGeissfluegrat908 meter
Jumlah penduduk (2005)573,654 orang (Ditempatkan ke-4)
392 /km²
Menyertai1803
SingkatanAG
BahasaJerman
Majlis PerundanganRegierungsrat (5)
Majlis PerundanganGrosser Rat (140)
Kawasan perbandaran232 kawasan perbandaran
Daerah11Bezirke
Laman webwww.AG.ch
Map of the Canton of Aargau
Map of the Canton of Aargau
Untuk kegunaan lain, sila lihatAargau (nyahkekaburan).

Aargau ialah salah satukanton yang terletak lebih utara diSwitzerland. Kanton ini terdiri daripada kawasan hilirSungai Aare dan adalah disebabkan lokasi ini bahawa ia dipanggil "Aargau" yang membawa pengertian "Daerah Aare".


Geografi ݢيوݢرافي

[sunting |sunting sumber]

Dengan 1,404 kilometer persegi luasnya serta 573,654 orang jumlah penduduknya (2005), Aargau menyempadani:

Kanton Aargau ialah kantonSwitzerland yang paling kurang bergunung-ganang dan merupakan sebahagian dataran tinggi agung yang memiliki bukit-bukau yang rendah. Di utaranya ialahPergunungan Alp dan di sebelah timur pula ialahPergunungan Jura. Permukaan kawasan negara ini mempunyai kepelbagaian yang cantik, dengan kawasan-kawasan beralun dan bukit-bukit berhutan[1] berselang-seli dengan lembah-lembah subur yang diairi khususnya oleh Sungai Aar berserta cawang-cawang sungainya.

Aargau mengandungi mata-mata air panasBaden danSchinznach yang termasyhur manakala diRheinfelden, terdapat banyaknya mata air panas yang masin. Betul-betul di bawahBrugg,Sungai Reuss dan SungaiLimmat bertemu dengan Sungai Aar. Di sekitar Brugg ialah saki-bakikastilHabsburg, biaraKoenigsfelden yang lama dengan kaca terlukis zaman pertengahan yang indah) serta saki baki petempatanRom diVindonissa (Windisch).

Sejarah سجاره

[sunting |sunting sumber]

Argovia ialah kawasan sempadan antaraAlamannia danBurgundy, serta wilayah yang dipertikaikan antara kedua-duaduchy itu. Sejak keakhiran dinastiHohenstaufen sehingga tahun1415, ia diperintah oleh keluargaHabsburg. Banyakkastil sejarah boleh didapati di sini, umpamanya Habsburg, Lenzburg dan Wildegg. Terdapat juga sebilangan bekas biara seperti di Wettingen dan Muri yang kesemuanya diasaskan oleh keluarga Habsburg. Biara-biara ini ditutup oleh kerajaan pada tahun1841 dan merupakan salah satu punca perang saudara pada tahun1847 yang dipanggil "Perang Sonderbund" diSwitzerland. Aargau juga dipercayai merupakan tempat rumah pusaka penulisreformis,George Mangold (1822-1894).

Pada tahun1415, kawasan Aargau diambil oleh Gabungan Switzerland daripada keluarga Habsburg.Bern mengekalkan kawasan barat daya (Zofingen,Aarburg,Aarau,Lenzburg, danBrugg). Sebilangan daerah yang dipanggilFreie Ämter ataubailiwick bebas (Mellingen, Muri, Villmergen, dan Bremgarten), bersama-sama dengan kawasan count Badan diperintah sebagaitanah-tanah taklukan oleh kesemua atau sebilangan negeri gabungan yang tertentu.

Aargau diduduki olehPerancis antara10 Mac hingga18 April1798 dan selepas itu, bahagian Bern menjadi kanton AargauRepublik Helvetik, dengan bahagian yang lain menjadiKanton Baden. Pada tahun1803, kedua-dua bahagian disatukan di bawah nama kanton Aargau,[2] dan kemudian diterima masuk ke dalam Gabungan yang disusun semula sebagai salah satu ahli penuh.

KawasanFricktal, yang diserahkan kepadaRepublik Helvetik olehAustria pada tahun1802 melalui Perancis Napoleon, merupakan sebuah kanton Switzerland yang berasingan buat tempoh yang singkat di bawah seorangStatthalter ('Leftenan'), tetapi pada9 Mac1803 digabungkan ke dalam kanton Aargau. Nama jawatan ketua majistret Aargau telah berulang kali bertukar:

Pada tahun2003, kanton Aargau meraikan hari jadinya yang ke-200.

Selama berabad-abad, dua buah kampung di Aargau, iaitu Endingen dan Lengnau, merupakan tempat-tempat yang tunggal di Switzerland yang orang-orangYahudi dibenarkan mendiami. Mereka tidak dibenarkan memiliki rumah sendiri atau tinggal di dalam rumah yang sama dengan orangKristian. Untuk membaca dengan lebih lanjut tentang proses pembebasan Yahudi di Aargau dan Switzerland yang lambat, sila lihat pautan di bawah.

Ekonomi ايکونومي

[sunting |sunting sumber]

Tanah ladang kanton Aargau merupakan salah sebahagian daripada tanah yang paling subur di Switzerland.Tenusu,bijian danbuah-buahan merupakan antara kegiatan-kegiatan ekonomi yang utama di kanton ini, dengan kanton ini juga agak maju dari segiperindustrian, khususnya dalam bidang-bidangkejuruteraan elektrik, alat persis,besi,keluli, dansimen.

Salah tiga daripada lima buah loji nuklear terletak di kanton Aargau (Beznau I + II, dan Leibstadt). Selain itu, sungai-sungainya dapat membekalkan air yang mencukupi untuk banyakloji kuasa hidroelektrik di seluruh kanton. Atas sebab-sebab ini, kanton Aargau seringnya dirujuk sebagai "kanton tenaga".

Sebilangan besar penduduk Aargau berulang-alik ke pusat kewangan bandar rayaZürich yang terletak tidak jauh di seberang sempadan kanton.

Pelancongan adalah kegiatan ekonomi yang penting, dengan banyak tarikan pelancong seperti mata-mata air panas di Baden dan Schinznach Bad, kastil-kastil kuno, dan banyakmuzium lama di kanton ini, serta juga pandangan daratnya.[1]. Berjalan-jalan di bukit merupakan lagi satu tarikan pelancongan, tetapi kepentingannya agak terhad.

Kawasan perbandaran کاوسن ڤرباندر

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Kawasan perbandaran kanton Aargau danKawasan perbandaran Switzerland

Adanya 231 buah kawasan perbandaran di kanton Aargau pada keseluruhannya.

Daerah داءيره

[sunting |sunting sumber]
Daerah-daerah di Aargau

Aargau dibahagikan kepada 11 buah daerah:

  1. Aarau, dengan ibu kotanya diAarau
  2. Baden, dengan ibu kotanya diBaden
  3. Bremgarten, dengan ibu kotanya diBremgarten
  4. Brugg, dengan ibu kotanya diBrugg
  5. Kulm, dengan ibu kotanya diUnterkulm
  6. Laufenburg, dengan ibu kotanya diLaufenburg
  7. Lenzburg, dengan ibu kotanya diLenzburg
  8. Muri, dengan ibu kotanya diMuri
  9. Rheinfelden, dengan ibu kotanya diRheinfelden
  10. Zofingen, dengan ibu kotanya diZofingen
  11. Zurzach, dengan ibu kotanya diZurzach

Lihat juga ليهت جوݢ

[sunting |sunting sumber]

Rujukan روجوعن

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"Aargau."Ensiklopedia Britannica. 11 Januari 2007
  2. ^Bridgwater, W. & Beatrice Aldrich. (1966)The Columbia-Viking Desk Encyclopedia. Universiti Columbia, m.s. 11.

Sumber dan pautan luar سومبر دان ڤاءوتن لوار

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanAargau
Wikisumber mempunyai teks dari artikel diEnsiklopedia Britannica 1911Aargau.


Wilayah di SwitzerlandFlag of Switzerland
Aargau |Appenzell Ausserrhoden |Appenzell Innerrhoden |Basel-Bandar raya |Basel-Luar bandar |Berne |Fribourg |Geneva |Glarus |Graubünden |Jura |Lucerne |Neuchâtel |Nidwalden |Obwalden |Schaffhausen |Schwyz |Solothurn |St. Gallen |Thurgau |Ticino |Uri |Valais |Vaud |Zug |Zürich
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Aargau&oldid=6582578"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp