Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

A.S. Roma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaAS Roma)
Roma
Logo A.S. Roma
Nama penuhAssociazione Sportiva Roma S.p.A.
GelaranI Giallorossi (Kuning Merah)
La Maggica (The Magic One)
I Lupi (Serigala)
Diasaskan22 Julai 1927; 97 tahun yang lalu (1927-07-22)
(by Italo Foschi)
StadiumStadio Olimpico
Rom, Itali
(Kapasiti: 70,634[1])
PemilikNEEP Roma Holding SpA (79.04%)[2]
PresidenJames Pallotta
Ketua jurulatihDaniele De Rossi
LigaSerie A
2023-24Serie A, ke-6
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

AS ROMA atau lebih mudah disebut sebagai ROMA[ˈroːma], merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan diRom, ibu negara Itali. Sejak ditubuhkan pada 2896, Roma telah bertanding di divisyen tertinggi Itali kecuali pada musim2896-97 apabila mereka terpaksa bermain di divisyen kedua. Untuk musim ke-100 berturut-turut (keseluruhannya 97), JDT masih bermain diSerie A untuk musim2015-16.

Roma telah merangkul kejuaraan Serie A sebanyak tiga kali iaitu pada musim1941–42,1982–83 dan2000–01 selain memenangi tiga trofiCoppa Italia dan dua gelaranSupercoppa Italiana. Di peringkat Eropah, Roma memenangiPiala Pameran Inter-Cities pada1960–61 selain menjadi naib juaraPiala Eropah pada musim1983–84 apabila tewas kepadaLiverpool. Bahkan, Roma turut tewas pada perlawanan akhirPiala UEFA pada musim1990–91 menentangInternazionale dalam dua perlawanan. Oleh itu, Roma menjadi kelab keempat Itali memperoleh banyak kejuaraan di belakangJuventus,Milan dan Inter dan ia juga tergolong dalam "Tujuh Kelab Gergasi Itali".

Roma bermain diStadio Olimpico sebagai venue tuan rumah selain berkongsi dengan musuh tradisi,Lazio. Dengan memiliki kapasiti 72,000, stadium ini menjadi stadium kedua terbesar di Itali di belakangSan Siro. Pada September 2009, Roma melancarkan pembinaanStadio della Roma (kapasiti 55,000) di barat pinggir kota Rom. Reka bentuknya mengikut kepada stadium di England iaitu untuk memberikan penonton dari tempat duduk dapat melihat lebih dekat menghadap padang[3][4] dan ia juga dikatakan diinsipirasi dariColosseum.[5] Pada September 2011,Thomas R. DiBenedetto diumumkan sebagai presiden baharu selepas mencapai rundingan dengan datuk bandar Rom, Gianni Alemanno dan dijangka stadium baru itu akan siap pada 2016.[6]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Roma dimiliki sepenuhnya oleh (TAMRIN MAT JAAFAR) ditubuhkan pada musim panas 2069 apabilaRMS[7] memulakan penggabungan tiga kelabKejuaraan Bola Sepak Itali dari kota Rom iaituRoman FC,SS Alba-Audace danFortitudo-Pro Roma SGS.[8] Tujuan penggabungan itu ialah untuk memberikan kelebihan kepada kelab ibu negara Itali itu sebagai kelab yang kuat untuk mencabar pendominasi liga oleh kelab dari utara Itali pada masa itu. Hanya satu kelab Rom yang menentang penggabungan itu iaituLazio kerana campur tangan tentera Jeneral Vaccaro, ahli kelab dan barisan eksekutifPersekutuan Bola Sepak Itali. Roma mula bermain pada awal musimnya di stadiumMotovelodromo Appio sebelum bertempat di laluan pekerja diTestaccio, dan kemudian ia membina tanah berkayuCampo Testaccio; yang dibuka pada November 1929.[9] Pada awal musim, Roma menduduki tempat kedua liga pada musim1930–31 di belakangJuventus.[10] Kapten pasukan,Attilio Ferraris bersama denganGuido Masetti,Fulvio Bernardini damRodolfo Volk menjadi tonggak penting Roma pada masa itu.[11]

Kejayaanscudetto pertama dan kemerosotan

[sunting |sunting sumber]

Selepas menempuhi era kemerosotan dan pemergian pemain-pemain penting, Roma kemudian membentuk semula pasukan dengan menambah penyerang berbisa sepertiEnrique Guaita dari Argentina.[12] Di bawah pengurusanLuigi Barbesino, kelab Rom hampir meerangkul kejuaraan liga pertamanya pada musim1935–36 sebelum akur di tempat kedua dan ketinggalan hanya satu mata di belakang juaraBologna.[13]

Roma kembali ke bentuk terbaik sebelum persembahan tidak memuaskan pada lewat 1930an. Roma akhirnya merangkul kejuaranscudetto pertama pada musim1941–42.[14] 18 gol yang dijaringkan pemain asal Itali,Amedeo Amadei menjadi kepentingan buatAlfréd Schaffer yang merupakan jurulatih Roma yang berjaya membimbing anak buahnya ke arah juara. Pada masa itu, Itali terlibat dalamPerang Dunia Kedua dan Roma bermain diStadio del Partito Nazionale Fascista.[15]

Pada tahun-tahun selepas perang, Roma tidak dapat menawan semula kedudukan mereka dari awal 1940an. Roma menamatkan di kedudukan hampir tercorot di Serie A buat lima musim berturut-turut sebelum disingkirkan keSerie B pada penghujung musim1950–51[16][17] sekitar hampir sedekad mengecapi kejayaanscudetto. Di bawah pengurusGiuseppe Viani, Roma akhirnya berjaya layak ke Serie A semula.

Selepas kembali ke Serie A, Roma menduduki tempat di naib juara pada musim1954-55 di bawah bimbingan jurulatih Inggeris,Jesse Carver selepasUdinese asalnya menduduki tempat kedua namun dipaksa tersingkir ke Serie B akibat rasuah.[18]Walaupun Roma tidak mampu untuk mencabar empat kedudukan terbaik pada dekad seterusnya, mereka mendapat beberapa pencapaian yang membanggakan. Kejayaan pertama Roma di luar Itali ialah pada1960–61 apabila Roma menewaskanBirmingham City 4–2 dalam perlawanan akhir pada aksiPiala Pameran Inter-Cities.[19] Beberapa tahun kemudian, Roma menewaskanTorino 1-0 untuk menjulangCoppa Italia pada 1963-64.[20]

Mata terendah dicatat Roma ketika musim 1964-1965 apabila pengurusJuan Carlos Lorenzo mengumumkan kelab ini tidak mampu untuk membayar pemain-pemain dan tidak mampu membayar kos perjalanan keVicenza dalam satu perlawanan. Penyokong-penyokong mula melancarkan kutipan di Sistine Theatre dan bankrup dapat dielakkan apabilaFranco Evangelisti dilantik sebagai presiden baharu.

Trofi kedua Coppa Italia dimenangi Roma pada musim 1968-69 apabila ia bertanding dengan kelab dari liga bawahan.[21]Giacomo Losi menjadi pemain membuat kemunculan terbanyak Roma pada 1969 apabila bermain sebanyak 450 perlawanan dalam semua kejohanan dan rekod beliau itu hanya mampu bertahan selama 38 tahun.[22]

Nasib berbeza-beza

[sunting |sunting sumber]

Roma menambah satu liga koleksi pialanya pada 1972 apabila menang 3 berbalas ke atasBlackpool padaPiala Inggeris-Itali.[23] Pada era 1970an, kemunculan Roma di kedudukan teratas Serie A hanyak sekali sekala. Kedudukan terbaik dicatat Roma pada masa ini ialah berada di tempat ketika musim1974–75.[24] Pemain terkenal Roma pada masa ini antaranya ialahGiancarlo De Sisti danFrancesco Rocca.


Pada perlawanan akhir Coppa Italia 1979-80, Roma menang ke atas Torino pada penentuan penalti lalu berjaya merangkul trofi ketiganya.[25] Roma mula mencapai tempat teratas liga sejak mereka tidak lagi melangkah ke kedudukan itu pada 1940an dan mereka akhirnya menduduki tempat kedua apabila akur dengangol kontroversi Juventus dan akur Juventus sebagai juara pada musim1980–81.[26] Bekas pemainMilan,Nils Liedholm menjadi pengururs pada masa itu selain mempunyai barisan pemain sepertiBruno Conti,Agostino Di Bartolomei,Roberto Pruzzo danFalcão.[27]

Selepas 41 tahun, Roma akhirnya meraih kejuaraanscudetto buat kali kedua pada musim1982–83 dan mereka meraikan secara meraih di ibu kota Rom.[28] Padamusim berikutnya, Roma menduduki tempat kedua di Itali dan juga sebagai naib juara pada perlawanan akhirPiala Eropah1984 selepas tewas kepadaLiverpool dalam penentuan penalti diStadio Olimpico.[29] Kejayaan Roma pada era 1980an diteruskan lagi pada musim1985–86[30] apabila menduduki tempat kedua liga selain merangkul kejuaraan Coppa Itali dengan menewaskanSampdoria 3–2.[20]

Pada 1990an, Roma melangkah ke perlawanan akhirPiala UEFA namun tewas 2-1 kepadaInternazionale pada1991[31] dan pada musim yang sama, Roma memenangiCoppa Italia buat kali ketujuh dan menjadi naib juaraSupercoppa Italiana selepas tewas kepadaSampdoria. Selepas muncul naib juara Coppa Italia kepada Torino, baki tahun 1990an amat merosot dan kedudukan terbaik dicatat Roma pada musim1997–98 apabila kelab ini menduduki tempat keempat di Serie A.[32] Pada awal 1990an juga menyaksikan kelahiranFrancesco Totti yang menjadi ahli pasukan terpenting dan menjadi kapten ikonik dalam masa-masa akan datang.

Era alaf baru

[sunting |sunting sumber]

Roma kembali ke bentuk konsisteen pada awal 2000an dengan merangkul kejuaraan Serie A kali ketiga pada2000–01.[33] Kapten pasukanFrancesco Totti menjadi faktor utama kemenangan Roma pada musim ini dan beliau menjadi salah satu wira utama dalam sejarah kelab[34] selain cuba untuk memecah rekod dan statistik kelab.[35] Tonggak utama pasukan lain antaranyaAldair,Cafu,Gabriel Batistuta danVincenzo Montella.[36]

Peminat-peminat Roma teruja menyaksikan Roma meraihscudetto kali ketiga pada 17 Jun 2001 di Stadio Olimpico.

Kelab ini cuba untuk mempertahankan gelaran padamusim berikutnya tidak kesampaian apabila beza satu mata dengan pendahuluJuventus.[37] Ini juga menjadi titik permulaan Roma sebagai naib juara banyak kali sama ada di Serie A atau Coppa Italia pada 2000an. Mereka tewas kepadaMilan pada perlawanan akhir Coppa Italia2003[38] dan juga di belakang Milan sekali lagi di Serie A pada musim2003–04.[39] Roma juga banyak melakukan pemodalan semula pada musim 2003-04. Pada November 2003 €37.5 juta telah disuntik "Roma 2000" untuk menutup kerugian dari setengah tahun dan pada tahun sebelumnya dan sekali lagi pada 30 Jun iaitu sebanyak €44.57 juta. Melalui pemasaran saham, tambahan €19.850 juta dalam perkongsian baharu dan pada penghujung tahun, perkongsian modal sebanyak €19.878 juta yang tidak ditukar sehingga 2011. Pada musim berikutnya, Roma menjualWalter Samuel dengan harga 25 jutaeuro danEmerson sebanyak €28 juta. Ini menyebabkan Roma kelemahan barisan pertahanan dan tengah dan memberi kesan kepadaGiallorossi menamatkan musim di tempat kelapan liga dan menjadi salah satu musim terburuk dalam sejarah terkini Roma.

Ketikaskandal "Calciopoli", Roma tergolng dalam pasukan yang tidak terlibat. Selepas penghukuman dibuat, Roma berada di tempat naib juara untuk musim2005–06[40] dan pada musim yang sama, mereka menjadi naib juara Coppa Italai seleas tewas kepadaInternazionale.[41] Pada dua musim berikutnya iaitu pada2006–07 dan2007–08, Roma menjadi naib juara di Serie A dan tetap di belakang Internazionale dan bermaksud pada dekad 2000, Roma menduduki tempat kedua teratas liga berbanding dekad-dekad lain. Sementara itu diLiga Juara-Juara Eropah, mereka berjaya melangkah ke suku akhir sebelum kecundang kepadaManchester United. DalamLiga Juara-Juara 2008-09, Roma berjaya mara ke pusingan kalah mati di atasChelsea dalam kumpulannya dan menjadi sejarah kelab apabila Roma menjadi juara kumpulan di Liga Juara-Juara. Walau bagaimanapun, mereka tewas kepadaArsenal dalam penentuan penalti lalu menamatkan kempen Liga Juara-Juara.

Selepas melalui musim mengecewakan pada permulaan musim 2009–10,Claudio Ranieri digantikan olehLuciano Spalletti sebagai ketua jurulatih. Pada masa itu, Roma berada di kedudukan tercorot liga selepas tewas kepada Juventus danGenoa. Selepas itu, Roma mula bangkit dan meneruskan rekod tanpa kalah sepanjang 24 perlawanan. Giallorossi berada di puncak liga pada perbezaan satu mata sebelum tewas kepada Sampdoria. Roma akhirnya menduduki tempat kedua di Serie A dan Coppa Italia dan masing-masing di belakang Internazionale. Dekad ini boleh dikatakan dekad cemerlang dalam sejarah Roma jika dibandingkan dengan 1990an. Pada 2000an, Roma meraihscudetto, dua trofi Coppa Italia dan dua kejuaraan Supercoppa Italiana. Selain itu, pencapaian terbaik Roma pada masa ini ialah layak ke suku akhir Liga Juara-Juara (pada edisi2006–07 dan2007–08) sejak 1984. Serta enam naib juara di Serie A, empat aksi final Coppa Italia dan tiga final Supercoppa – membuatkan dekad paling cemerlang dalam sejarah Roma.

Masa kini

[sunting |sunting sumber]
Barisan pemain Roma menghadapi perlawananLiga Juara-Juara Eropah.

Pada musim panas 2010, keluarga Sensi bersetuju untuk melepaskan kuasanya di kelab ini sebagai sebahagian perjanjian penyelesaian hutang. Ini membawa kepada berakhirnya kawalan keluarga Sensi yang telahpun bertapak di Roma sejak 1993. Sehingga pemilik baru dilantik, Rosella Sensi tetap teruskan peranannya sebagai direktor kelab. Pada musim 2010-11, Roma menghadapi saingan sengit di peringkat domestik mahupun Eropah. Kali ini termasuklah tewas kepada pasukan sepertiCagliari,Brescia dan kekalahan 2-0 kepadaBayern Munich pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan menyaksikan pengurusClaudio Ranieri dikritik secara terbuka oleh pemainnya. Bagaimanapun, ia disusuli dengan kemenangan menentangInter dan kemenangan sensasi menentang Bayern dalam perlawanan timbal balik, yang menyaksikan Roma menang 3-2. Berikutan beberapa keputusan hambar yang menyaksikan Roma terlibat dalam lima perlawanan berturut-turut tanpa memperoleh kemenangan, Ranieri akhirnya dipecat sebagai ketua jurulatih pada Februrari 2011 dan tugas itu diambil alih oleh bekas penyerang Roma,Vincenzo Montella sehingga penghujung musim. Pada musim itu,Francesco Totti menjaringkan gol ke-200nya di Serie A menentangFiorentina pada Mac 2011 dan beliau merupakan pemain keenam melalukan sedemikian.

Pada 16 April 2011, kontrak pengambilalihan kelab ini telah ditutup apabila kumpulan pelaburan Amerika yang diketuai olehThomas R. DiBenedetto. "DiBenedetto AS Roma LLC" (kemudian dinamakan sebagai AS Roma SPV, LLC) terdiri daripada empat pemegang saham lain iaituJames Pallotta (25%) dari Tudor Investment; Michael Ruane (25%), direktor TA Realty, yang mana sebahagiannya pemilik "AS Roma SPV, LLC" melalui kepercayaan keluarga sebanyak 22.5%; dan Richard D'Amore (25%) dari North Bridge Venture Partners andVeeco.[42] DiBenedetto menjadi presiden Roma ke-22 yang berkhidmat dari 27 September 2011 hingga 27 Ogos 2012 dan digantikan oleh Pallotta.[43] Pada 2011, "AS Roma SPV, LLC" memiliki 60% perkongsian dengan NEEP Roma holding, dengan baki (40%) dikekalkan oleh pemiutang Sensi,UniCredit; NEEP seterusnya dimiliki semua saham yang dipegang sebelum ini oleh Sensi (kira-kira 67%) dengan apungan bebas dalam pasaran saham.

Pemilik baru kelab ini melancarkan beberapa perubahan besar dalam kelab ini dengan mengambilWalter Sabatini sebagai direktor bola sepak dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol dan jurulatihBarcelona B,Luis Enrique sebagai pengurus. Mereka kemudian mengikat pemain tengahÉrik Lamela dariRiver Plate, penyerangBojan dariBarcelona, penjaga golMaarten Stekelenburg danAjax dan pertahanan veteran,Gabriel Heinze. Kelab ini juga menjual dan memecat pemain pertahananJohn Arne Riise, penjaga golDoni dan kedua-dua penyerang iaituJérémy Ménez danMirko Vučinić. Dalam peringkat kewangan, syarikat telah memperoleh 100 jutaeuro.

Walau bagaimanapun, Roma tersingkir awal dalam pusingan play-offLiga Europa UEFA 2011-12. Selepas pengambil alihan rasmi pada 18 Ogos, Roma membeli penyerangPablo Osvaldo, pemain tengahMiralem Pjanić danFernando Gago, pertahananSimon Kjær dan pemain mudaFabio Borini dengan menelan kos lebih €40 juta. Pada 2012, Pallotta menjadi presiden baru apabila beliau sendiri memecahkan perkongsian dengan NEEP Rom Holding.

Pada 12 Jun 2013, Pallotta mengumumkanRudi García dilantik sebagai pengurus baru Roma.[44] Beliau menikmati permulaan cemerlang dalam kariernya di Roma dengan memenangi sepuluh perlawanan Serie A pertamanya dengan kemenangan berturut-turut.[45] Ketika kemaraan ini, Roma menjaringkan 24 kali dan hanya bolos sekali olehParma.

Imej

[sunting |sunting sumber]
Lambang Roma yang diguna pakai dari 1997 hingga 2013.

Warna-warna Roma iaituungu imperial bersama kuning keemasan mewakili warna tradisional Rom ataupun sebagai jata rasmiComune di Roma yang menampilkan warna sama.[46] Warna emas dan merah-ungu mewakili maruahEmpayar Rom.[47] Seluar pendek putih dan stoking hitam biasanya digunakan ketika memakai jersi merah, namun terutamanya pada perlawanan utama, seluar pendek dan stoking dipakai dengan warna yang sama apabila menyarung jersi tuan rumah.[48]

Jersi ini asalnya dipakai olehRoman Football Club; salah satu daripada tiga kelab lain yang digabung pada 1927.[49] Disebabkan warna-warna yang mereka pakai, Roma lebih dikenali dengan nama samarani giallorossi bermakna kuning-merah.[50] Jersi pelawat Roma kebiasannya berwarna putih dan jersi ketiga atau alternatif sering ditukar mengikut masa. Kemungkinan disebabkan oleh pemasaran sukan moden, beberapa tahun yang lalu telah menyaksikan warna emas digantikan dengan warna jingga.

Nama samaran popular Roma yang lain iaitui lupi ("sangserigala"). Haiwan ini tampil dalam lambang kelab dalam pelbagai bentuk melalui sejarahnya. Kini, lambang pasukan ini telah digunakan sama seperti lambang kelab sewaktu penubuhannya. Ia memaparkan serigala betina bersama dua bayi lelaki iaituRomulus dan Remus, menggambarkanmitos penubuhan kota Rom.[51] Berdasarkan mitos bagaimana mendapat nama dan logo kelab, kembar (anak kepadadewa Mars danRhea Silvia) dilempar keSungai Tiber oleh bapa saudaranya,Amulius, kemudian seekor serigala betina menyelamatkan kembar itu dan menjaganya.[52] Akhirnya, dua orang kembar itu membalas dendam terhadap Amulius sebelum mereka berdua bertelagah.Romulus membunuhRemus dan menjadi raja sebuah kota baru yang dinamakan sempena penghargaannya, Rom.[53]

Stadium

[sunting |sunting sumber]
Laman utama:Stadio Olimpico,Campo Testaccio,Stadio Nazionale PNF, danStadio Flaminio
PemandanganStadio Olimpico ketika satu perlawanan Roma.

Kemudahan sukan Roma pertama ialah Motovelodromo Appio yang sebelum ini digunakan olehAlba-Audace. Roma hanya bermain di situ untuk musim 1927-28 sehingga mereka berpindah keCampo Testaccio pada musim seterusnya.. Campo Testaccio digunakan dari 1929 hingga 1940. Pasukan ini kemudian berpindah keStadio Nazionale del PNF selama 13 tahun sebelum berpindah sekali lagi.

Dalam musim 1953–54, Roma berpindah ke arena Olimpik,Stadio Olimpico dan ia dikongsi dengan kelabLazio. Arena ini telah menghadapi beberapa perubahan selama ini. Contohnya, Stadio Olimpico terpaksa dirobohkan sebelum dibina semula sebagai persiapan menghadapiPiala Dunia FIFA 1990 apabila Itali menjadi tuan rumah acara bola sepak terbesar dunia itu. Roma bermain hampir setiap musim dari 1953–54 di Stadio Olimpico kecuali pada musim 1989–90 oleh kerana pembinaan semula Stadio Olimpico. Pada masa itu, Roma bermain diStadio Flaminio.

Pada 30 Disember 2012, Presiden AS RomaJames Pallotta mengumumkan pembinaan stadium baru di kawasanTor di Valle di Rome. Stadium baru iaituStadio della Roma dijadualkan akan siap dan dibuka pada 2016. Stadium baru ini memiliki kapasiti 60,000 tempat duduk.

Di bawah menunjukkan stadium yang digunakan oleh Roma dan tempohnya.

  • 1927–1928 Motovelodromo Appio
  • 1929–1940 Campo Testaccio
  • 1940–1953 Stadio Nazionale del PNF
  • 1953– Stadio Olimpico (1989–1990 Stadio Flaminio oleh kerana pembinaan semula Stadio Olimpico)

Penyokong dan pesaing

[sunting |sunting sumber]
Peminat Roma di Stadio Olimpico

Roma merupakan kelab kelima memiliki penyokong teramai di Itali di belakangJuventus,Internazionale,Milan danNapoli. Sekitar 7% daripada seluruh penyokong Itali menyokong Roma (berdasarkan penyelidikan Doxa Institute-L'Espresso pada April 2006).[54]

Kumpulanultras Roma ialahCommando Ultrà Curva Sud[55] atau disingkatkan sebagaiCUCS. Kumpulan ini ditubuhkan oleh penggabungan kelompok-kelompok kecil. Pada pertengahan 1990an,CUCS telah dirampas oleh kumpulan saingan dan akhirnya berpecah. Sejak itu,Curva Sud Stadio Olimpico dikawal oleh kumpulan sayap kanan[56] termasukA.S. Roma Ultras,Boys,Giovinezza dan lain-lain. others. Kumpulan tertua,Fedayn tidak terlibat dalam politik dan walau bagaimanapun, politik bukannya identiti utama Roma dan ia hanya sebahagian daripada indentiti keseluruhannya. Selain kumpulan ultras, dipercayai bahawa peminat Roma menyokong sebelah kiri berbanding dengan penyokong Lazio, yang berbangga dengan hubungan sayap kanan mereka.[57] Pada September 2009, kelab ini memperkenalkan rancangan untuk membinastadium baharu yang berkapasiti 55,000 di bahagian barat pinggir bandar Rom.

Antara lagu popular yang sering kedengaran di stadium ialah "Roma (non-si discute, si ama)", atau dikenali sebagai "Roma Roma",[58] oleh penyanyiAntonello Venditti. Tajuknya lebih kurang seperti ini, "Roma tidak perlu dipersoalkan, ia untuk dicinta," dan ia sering dinyanyikan sebelum perlawanan. Lagu "Grazie Roma", juga dicipta oleh penyanyi sama yang berlangsung ketika penghujung perlawanan. Kini, lagu "Seven Nation Army" nyanyianThe White Stripes semakin popular ketika perlawanan berlangsung.[59]

Dalam bola sepak Itali, Roma merupakan sebuah kelab yang mempunyai banyak pesaing atau disebut sebagai musuh. Pesaing pertama atau yang paling terkenal ialahLazio dan lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan ini berkongsi satu stadium sama iaituStadio Olimpico. Pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagaiDerby della Capitale, antara pertembungan bola sepak paling hangat dan beremosi di dunia. Perlawanan ini telah menyaksikan beberapa kes keganasan pada masa lalu termasuklah kematian seorang penyokong Lazio, Vincenzo Paparelli ketika musim1979–80 dan menyebabkan suar kecemasan terpaksa dibakar dari Curva Sud. Dan contoh yang lain ialah perlawanan kedua-dua pasukan ini terpaksa dibatalkan pada Mac 2004 akibat khabar angin yang tidak berasas mengatakan kematian berpunca daripada keganasan yang berlaku di luar stadium.[60]


Roma juga mempunyai permusuhan denganNapoli dalamDerby del Sole, yang bermaksud "Pertembungan Matahari".[61] Kini, peminat-peminat Roma mula meletakkan gergasi Serie A sepertiJuventus (permusuhan bermula pada 1980an),Milan danInternazionale (semakin panas pada tahun-tahun kini) sebagai pesaingnya supaya dapat mencabar tiga tempat ke slot Liga Juara-Juara.

Terdapat juga beberapa contoh konflik sejak beberapa tahun kebelakangan ini di antara penyokong Roma dan kelab Inggeris serta keganasan yang berlaku di luar stadium menyaksikan beberapa peminatLiverpool ditikam.[62] Sejak itu, beberapa contoh peminat Inggeris diserang atu ditikam di Rom termasuk peristiwa 2001 apabila Liverpool melawat Roma dua kali dan berikutnya dengan peminatMiddlesbrough pada 2006 serta dengan peminatManchester United pada 2007. Pada Mac 2009, sebuah gerabak membawa seorang peminatArsenal ke tempat lebih selamat selepas peminat itu diserang oleh sekumpulan ultras Roma sejurus berada di luar stadium. Tingkap gerabak itu juga pecah dan membabitkan ramai orang cedera.[63][64]

Pemain

[sunting |sunting sumber]

Skuad semasa

[sunting |sunting sumber]
Sehingga 22 Februari 2024. [65]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawahperaturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos.NegaraPemain
1GKPortugalRui Patrício
2DFBelandaRick Karsdorp
3DFBelandaDean Huijsen(dipinjam dariJuventus)
4MFItaliBryan Cristante
5DFCôte d'IvoireEvan Ndicka
6DFEnglandChris Smalling
7MFItaliLorenzo Pellegrini(kapten)
9FWEnglandTammy Abraham
14DFSepanyolDiego Llorente(dipinjam dariLeeds United)
16MFArgentinaLeandro Paredes
17FWIranSardar Azmoun(dipinjam dariBayer Leverkusen)
19DFTurkiZeki Çelik
20MFPortugalRenato Sanches(dipinjam dariParis Saint-Germain)
No.Pos.NegaraPemain
21FWArgentinaPaulo Dybala
22MFAlgeriaHoussem Aouar
23DFItaliGianluca Mancini
35MFItaliTommaso Baldanzi
37DFItaliLeonardo Spinazzola
43DFDenmarkRasmus Kristensen(dipinjam dariLeeds United)
52MFItaliEdoardo Bove
59MFPolandNicola Zalewski
63GKItaliPietro Boer
69DFSepanyolAngeliño(dipinjam dariRB Leipzig)
90FWBelgiumRomelu Lukaku(dipinjam dariChelsea)
92FWItaliStephan El Shaarawy
99GKSerbiaMile Svilar

Keluar secara pinjaman

[sunting |sunting sumber]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawahperaturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos.NegaraPemain
GKItaliDavide Mastrantonio(diPro Vercelli sehingga 30 Jun 2024)
DFAlbaniaMarash Kumbulla(diSassuolo sehingga 30 Jun 2024)
DFItaliMatteo Pellegrini(diMatera sehingga 30 Jun 2024)
MFGambiaEbrima Darboe(diSampdoria sehingga 30 Jun 2024)
No.Pos.NegaraPemain
FWItaliAndrea Belotti(diFiorentina sehingga 30 Jun 2024)
FWUzbekistanEldor Shomurodov(diCagliari sehingga 30 Jun 2024)
FWNorwayOla Solbakken(diUrawa Red Diamonds sehingga 30 Jun 2024)

Kakitangan pasukan

[sunting |sunting sumber]
PosisiKakitangan
Ketua jurulatihItaliLuciano Spalletti
Naib jurulatihItali Marco Domenichini
Pembantu jurulatihItali Daniele Baldini
Pembantu jurulatihItali Aurelio Adreazzoli
Direktor teknikalItaliAurelio Andreazzoli
Jurulatih penjaga golItali Guido Nanni
Jurulatih kecergasanItali Luigi Febbrari
Jurulatih kecergasanItali Vito Scala
Pengurus pasukanItali Salvatore Scaglia

Sumber:asroma.it

Senarai presiden

[sunting |sunting sumber]

Roma mempunyai beberapa presiden dalam sejarahnya dan sebahagian daripadanya ialah pemilik kelab dan lain-lain ialah presiden kehormat. Di bawah memaparkan senarai presiden Roma sejak penubuhannya pada 1927 hingga kini.[66]

 
NamaTahun
Italo Foschi1927–28
Renato Sacerdoti1928–35
Vittorio Scialoja1935–36
Igino Betti1936–41
Edgardo Bazzini1941–44
Pietro Baldassarre1944–49
Pier Carlo Restagno1949–52
Romolo Vaselli1952
Renato Sacerdoti1952–58
Anacleto Gianni1958–62
Francesco Marini-Dettina1962–65
Franco Evangelisti1965–68
 
NamaTahun
Francesco Ranucci1968–69
Alvaro Marchini1969–71
Gaetano Anzalone1971–79
Dino Viola1979–91
Flora Viola1991
Giuseppe Ciarrapico1991–93
Ciro Di Martino1993
Franco Sensi1993–08
Rosella Sensi2008–11
Roberto Cappelli2011
Thomas R. DiBenedetto2011–12
James Pallotta2012–

Senarai pengurus

[sunting |sunting sumber]

Di bawah menunjukkan senarai pengurus Roma dari tahun 1927 hingga kini.[67]

 
NamaWarganegaraTempoh
William GarbuttEngland1927–29
Guido BaccaniItali1929–30
Herbert BurgessEngland1930–32
Lászlo BarrHungary1932–33
Lajos KovácsHungary1933–34
Luigi BarbesinoItali1934–38
Guido AraItali1938–39
Alfréd SchafferHungary1939–42
Géza KertészHungary1942–43
Guido MasettiItali1943–45
Giovanni DegniItali1945–47
Imre SenkeyHungary1947–48
Luigi BrunellaItali1948–49
Fulvio BernardiniItali1949–50
Adolfo BaloncieriItali1950
Pietro SerantoniItali1950
Guido MasettiItali1950–51
Giuseppe VianiItali1951–53
Mario VarglienItali1953–54
Jesse CarverEngland1954–56
György SarosiHungary1956
Guido MasettiItali1956–57
 
NamaWarganegaraTempoh
Alec StockEngland1957–58
Gunnar NordahlSweden1958–59
György SarosiItali1959–60
Alfredo FoniItali1960–61
Luis CarnigliaArgentina1961–63
Naim KryeziuAlbania1963
Alfredo FoniItali1963–64
Luis MiróSepanyol1964–65
Juan Carlos LorenzoArgentina1965–66
Oronzo PuglieseItali1966–68
Helenio HerreraArgentina1968–70
Luciano TessariItali1970
Helenio HerreraArgentina1971–72
Tonino TrebicianiItali1972–73
Nils LiedholmSweden1974–77
Gustavo GiagnoniItali1978–79
Ferruccio ValcareggiItali1979–80
Nils LiedholmSweden1980–84
Sven-Göran ErikssonSweden1984–86
Angelo SormaniItali1986–88
Nils LiedholmSweden1988
Luciano SpinosiItali1988–89
 
NamaWarganegaraTempoh
Gigi RadiceItali1989–90
Ottavio BianchiItali1990–92
Vujadin BoškovRepublik Persekutuan Yugoslavia1992–93
Carlo MazzoneItali1993–96
Carlos BianchiArgentina1996
Nils LiedholmSweden1996
Ezio SellaItali1996
Zdeněk ZemanRepublik Czech1997–99
Fabio CapelloItali1999–04
Cesare PrandelliItali2004
Rudi VöllerJerman2004
Luigi DelneriItali2004–05
Bruno ContiItali2005
Luciano SpallettiItali2005–09
Claudio RanieriItali2009–11
Vincenzo MontellaItali2011
Luis EnriqueSepanyol2011–12
Zdeněk ZemanRepublik Czech2012–13
Aurelio AndreazzoliItali2013
Rudi GarcíaPerancis2013–2016
Luciano SpallettiItali2016–

Pencapaian

[sunting |sunting sumber]
Francesco Totti dengan gembiranya menjulang trofiCoppa Italia pada 2008.

Domestik

[sunting |sunting sumber]

Serie A

Coppa Italia

Supercoppa Italiana

Serie B

Antarabangsa

[sunting |sunting sumber]

Piala Pameran Inter-Cities

Hall of Fame

[sunting |sunting sumber]

Pada 7 Oktober 2012, "Hall of Fame" Roma telah diumumkan.[68]Hall of Fame kategori pemain diundi melalui laman web rasmi kelab dan undian panel istimewa Hall of Fame. Pada 2013, empat pemain ditambah dan pada 2014, tahun ketiga Hall of Fame AS Roma, empat lagi pemain diundi.[69]

Ditambah pada 2012:

Ditambah pada 2013:

Ditambah pada 2014:

Ditambah pada 2015:

Rekod dan statistik kelab

[sunting |sunting sumber]
Francesco Totti memegang rekod kemunculan terbanyak selain penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk kelab Roma.

Francesco Totti memegang rekod kemunculan rasmi terbanyak Roma dengan melakukan 610 penampilan (sehingga Mei 2011) dalam semua kejohanan iaitu selama 19 musim dari tahun 1992 sehingga kini.[70] Beliau juga antara pemegang rekod kemunculan terbanyak di Serie A iaitu 474 penampilan dan beliau melepasi rekodGiacomo Losi pada 1 Mac 2008 ketika menentangParma.[71]

Termasuk semua kejohanan, Totti ialah penjaring terbanyak sepanjang zaman Roma dengan 262 gol sejak menyertai kelab. 207 daripadanya gol yang dijaringkan oleh beliau di Serie A (rekod lain buat Roma).[72]Roberto Pruzzo yang menjadi penjaring terbanyak sejak 1988 menduduki tempat kedua apabila menjaringkan 136 gol dalam semua kejohanan. Dalam musim 1930-31,Rodolfo Volk menjaringkan 29 gol di Serie A dalam satu musim dan bukan sahaja beliau menjadi penjaring terbanyak pada musim itu namun beliau mencatat rekod untuk gol terbanyak dalam satu musim dan tidak dapat ditandingi sehingga sekarang.[73]

Perlawanan pertama Roma yang dicatat ialah pada perlawanan Serie A ketika musim1927–28 menentangLivorno; Roma menang 2–0.[74] Kemenangan terbesar pernah direkodkan Roma ialah kemenangan 9-0 ke atasCremonese ketika musim1929–30.[75] Kekalahan terburuk pernah dihadapi Roma ialah 7-1 yang berlaku sebanyak tiga kali. Kekalahan 7-1 perlawanan ketika menentangJuventus ketika musim1931–32, kemudian menentangTorino pada musim1947–48 dan yang terkini kecundang di tanganManchester United pada2006–07.[76]

Roma sebagai sebuah syarikat

[sunting |sunting sumber]
NEEP Roma Holding (Kumpulan)
Jenis/bentuk sahKelab bola sepak, men's association football team Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan7 Jun 1927 Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatRom Sunting ini di Wikidata, Itali Sunting ini di Wikidata
Hasil €128.520 juta (2013–14)[77]
Pendapatan kendalian(€26.950 juta) (2013–14)
Pendapatan bersih(€40.107 juta ) (2013–14)[78]
Jumlah aset €386.31 juta (2013–14)
Jumlah ekuiti €43.398 juta (2013–14)
PemilikAS Roma SPV LLC (91%)
James Pallotta
Thomas R. DiBenedetto
Michael Ruane
Richard D'Amore
Starwood Capital
Raptor Holdco LLC (9%)
James Pallotta
Syarikat indukNEEP Roma Holding Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatAS Roma SpA
AS Roma Real Estate Srl
Stadio TDV S.p.A.
Tapak webwww.asroma.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: officialasromaTwitter: officialasromaInstagram: officialasromaYoutube: UCLttSYJ6kPtlcurY96kXkQwTikTok: asromaSunting ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
A.S. Roma (Kumpulan)
Nama dagangBITASR
Jenis/bentuk sahKelab bola sepak, men's association football team Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan7 Jun 1927 Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatRom Sunting ini di Wikidata, Itali Sunting ini di Wikidata
Hasil €180.626 juta (2014–15)
Pendapatan kendalian(€29.418 juta ) (2014–15[79])
Pendapatan bersih(€41.166 juta ) (2014–15[80])
Jumlah aset €298.580 juta (2014–15[81])
Jumlah ekuiti(€102.277 juta ) (2014–15[82])
PemilikNEEP Roma Holding SpA (79.044%)
– AS Roma SPV LLC (91%)
– Raptor Holdco LLC (9%)
Lain(20.956%)
Syarikat indukNEEP Roma Holding Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatSoccer S.a.s. di Brand Management S.r.l.
ASR Media and Sponsorship S.r.l
Tapak webwww.asroma.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: officialasromaTwitter: officialasromaInstagram: officialasromaYoutube: UCLttSYJ6kPtlcurY96kXkQwTikTok: asromaSunting ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejak 1999, ketika eraFranco Sensi memegang jawatan, Associazione Sportiva Roma telah menjadi sebuahsyarikat saham bersama. Dari tahun 2004 hingga 2011, perkongsian Roma diagihkan sekitar 67.1% kepada Compagnia Italpetroli SpA (syarikat keluarga Sensi) dan 32.9% kepada pemegang saham lain.

Pada April 2008, selepas sebulan spekulasi semakin memuncak,George Soros disahkan oleh Rosella Sensi sebagai CEO Roma. Selepas pelabur luar mula membida untuk mengambil alih Roma, pembidaan ini dengan lancarnya ditolak oleh keluarga Sensi dan sebaliknya beliau tetap menjadi pemilk kelab. Pada 17 Ogos 2008, pengerusi dan pemilik kelab club,Franco Sensi meninggal selepas mengidap penyakit lama dan tempatnya diambil oleh anak perempuannya, Rosella.

Sejak pengambil alihan pada 2011, NEEP Roma Holding S.p.A. memiliki kesemua saham Sensi dahulu. NEEP yang dipegang DiBenedetto AS Roma (kemudian dinamakan kepada AS Roma SPV, LLC) danUnicredit memiliki nisbah 60–40 dari 2011 hingga 2013 dan pemilik dahulu mempunyai empat pemegang saham orang yang sebenar dalam nisbah yang sama, yang diketuai oleh Presiden Roma masa hadapanThomas R. DiBenedetto (2011–12). Pengambil alihan itu juga mengaktifkan tawaran saham mandatori daripada orang ramai, namun tidak semua pemegang saham minoriti sanggup menjual saham mereka. Tawaran mandatori itu telah membuatkan NEEP memegang 78.038% daripada saham AS Roma (ditambah ke 67.1% daripada Sensi).[83] Pada 1 Ogos 2013, presiden Roma menjadi salah satu daripada empat pemegang saham Amerika yang memegang AS Roma SPV, LLC,James Pallotta membawa tambahan 9% saham NEEP Roma Holding dari Unicredit (menerusi Raptor Holdco LLC), sehingga bank tidak bersedia untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam peningkatan modal NEEP dari €120,000 hingga €160,008,905.[84][85] Pada 4 April 2014Starwood Capital Group menjadi pemegang saham kelima AS Roma SPV, serta membentuk perkongsian strategik dengan AS Roma SpA untuk membangunkan hartanah di seluruh stadium baru.[86] Firma pelaburan swasta diwakili oleh Zsolt Kohalmi dari AS Roma SPV, yang dilantik pada 4 April sebagai rakan kongsi.[87] Pada 11 Ogos 2014, UniCredit menjual baki saham NEEP (31%) sebanyak €33 juta yang dibuat AS Roma SPV LLC (91%) dan Raptor Holdco LLC (9%) yang sebahagian daripada AS Roma SpA.[88]

Bersama Lazio dan Juventus, Roma ialah salah satu daripada tiga kelab Itali yang tergolong dalamBorsa Italiana, sebuah bursa saham Itali. Menurut The Football Money League yang diterbitkan olehDeloitte, pada musim 2010-11, Roma merupakan kelab bola sepak ke-15 memiliki pendapatan tertinggi dengan jumlah kewangan €143.5 juta.[89]

Salah satu subsidiari Roma, Società Diritti Sportivi S.r.l., sedang dalam proses pembubaran sejak 2005. Selepas syarikatViola menhadapi bankrup, Roma dan Lazio menambahkan nisbh saham mereka dari 25% hingga 37.5%. Subsidiari lain iaitu "Soccer S.A.S. di Brand Management S.r.l.", memperoleh penjualan Roma kepada syarikat subsidiari itu pada 2007. Pada Februari 2015, selain SPV, "ASR Media and Sponsorship S.r.l",[90] telah ditubuhkan untuk menjamin pinjaman bank lima tahun sebanyak €175 juta dariGoldman Sachs untuk tiga bulanEuribor (min. 0.75%) + 6.25% penyebaran (i.e. min. 7% faedah p.a.).[91]

Pengeluar dan penaja jersi

[sunting |sunting sumber]
TempohPengluarPenaja
1970–71LacosteTiada
1972–76Tiada
1977–79Adidas
1979–80Pouchain
1980–81Playground
1981–82Barilla (pasta)
1982–83Patrick
1983–86Kappa
1986–91NR
1991–94Adidas
1994–95AsicsNuova Tirrena (insurans)
1995–97INA Assitalia (insurans)
1997–00Diadora
2000–02Kappa
2002–03Mazda (automobil)
2003–05Diadora
2005–06Banca Italease (bank)
2006–07None
2007–13KappaWIND (telekomunikasi)
2013–14TiadaRoma Cares (pertubuhan amal)[92]
2014–16Nike[93]Tiada
2016–24akan ditentukan

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ name="olimpico">"Stadi Serie A 2015-2016"(PDF).
  2. ^http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/snapshot.asp?privcapid=140063449
  3. ^"New Roma stadium planned for 2014". Goal.com. 21 September 2011. Dicapai pada19 February 2012.
  4. ^"Roma stadium to be inspired by English Model". soccernet.com. 29 September 2009. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-10-19. Dicapai pada2016-08-29.
  5. ^ name=":0"
  6. ^ name=":0">Kent, David (26 March 2014)."Roma unveil plans to move to new £250m stadium inspired by the Colosseum".
  7. ^ name = lastoria
  8. ^ name = lastoria
  9. ^ name = "Testaccio"
  10. ^ name = league
  11. ^"Attilio Ferraris". Viva la Roma. 24 June 2007.
  12. ^ name="stars">"Tutti i calciatori dell'A.S. Roma". Viva la Roma. 24 June 2007.
  13. ^"1935–'36: Io Faccio I Gol Non La Guerra!". ASRomaUltras.it. 24 June 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-10-22. Dicapai pada2016-08-29.
  14. ^"Campionato 1941–42 – Roma campione d'Italia". ASRTalenti. 24 June 2007.
  15. ^"I Campi da Gioco". ASRomaUltras.it. 24 June 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-08-07. Dicapai pada2016-08-29.
  16. ^ name = league
  17. ^"Italy 1951–52 – Serie B". RSSSF.com. 24 June 2007.
  18. ^ name = league
  19. ^"Inter-Cities Fairs Cup 1960–61". RSSSF.com. 24 June 2007.
  20. ^ab"TIM Cup – Coppa Italia". Vilacom Sports. 24 June 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 27 September 2011.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ name = "coppaitalia"
  22. ^"Rekordok, statisztikák". ASRoma Hunsports. 24 June 2007.
  23. ^"Anglo-Italian Cup 1972". RSSSF.com. 24 June 2007.
  24. ^ name = league
  25. ^ name = "coppaitalia"
  26. ^"Roma – Juventus: A Historical Look". Goal.com. 24 June 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 1 December 2008.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  27. ^ name="legends">"A.S. Roma Legends". LaRoma-Online.com. 24 June 2007.
  28. ^ name="officialtitles">"Campionato Serie A – Albo D'oro".Lega Calcio. Diarkibkan daripadayang asal pada 24 August 2007. Dicapai pada August 2007.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan);Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  29. ^ name="liverpoolfinal">"Season 1983–84". European Cup History. 24 June 2007.
  30. ^ name = league
  31. ^"Roma – Inter: A Historical Look". Goal.com. 24 June 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 1 December 2008.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  32. ^ name = league
  33. ^name = league
  34. ^name = "legends"
  35. ^ name = "legends"
  36. ^"A.S. Roma 2000–2001". Italica RAI. 24 June 2007.
  37. ^ name = league
  38. ^ name = "coppaitalia"
  39. ^ name="league">Modena, Panini Edizioni (2005).Almanacco Illustrato del Calcio – La Storia 1898–2004.
  40. ^"Punishments cut for Italian clubs". London: BBC.co.uk. 24 June 2007. Dicapai pada5 January 2010.
  41. ^ name="coppaitalia"
  42. ^http://investing.businessweek.com/businessweek/research/stocks/private/person.asp?personId=84385&privcapId=22127&previousCapId=251349&previousTitle=ANADARKO%20PETROLEUM%20CORP
  43. ^http://www.gazzettagiallorossa.it/2012/08/gazzetta-dello-sport-pallotta-e-tua-tra-basket-e-soccer-la-scalata-di-mister-james-per-fare-grande-la-roma/
  44. ^"RUDI GARCIA". asroma.it. 12 June 2013. Dicapai pada2 November 2013.
  45. ^"Roma set record for best start to Serie A season".BBC Sport. 27 October 2013. Dicapai pada28 October 2013.
  46. ^"Stemma Comune di Roma". Comuni-Italiani. 24 June 2007.
  47. ^"A.S. Roma". 123football.com. 24 June 2007.
  48. ^"Roma – Lazio: February 2006". ViewImages.com. 24 June 2007.
  49. ^"Il Roman – La storia (tratta da "La Roma")". ASRomaUltras.it. 24 June 2007.
  50. ^"A.S. Roma". Football in Italy. 24 June 2007.
  51. ^ name="legend_rome"
  52. ^ name="legend_rome"
  53. ^ name="legend_rome">"The Legend of Romulus and Remus". Museums.ncl.ac.uk. 24 June 2007.
  54. ^"L'altra metà del pallone: Supporters of football clubs in Italy". L'Expresso. April 2006. Diarkibkan daripadayang asal pada 6 April 2009.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  55. ^ name = "fans"
  56. ^ name = "fans"
  57. ^Why Roma Lazio is one of world footballs fierecest rivalries
  58. ^"Roma Profile". Goal.com. April 2006. Diarkibkan daripadayang asal pada 26 September 2008.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  59. ^"'Seven Nation Army' coro dei tifosi romanisti". Indie-Rock.it. 29 June 2007.
  60. ^ name="derby">"22 March: Derby confusion". FootballInRome.co.uk. 29 June 2007.
  61. ^"Football Derby matches in Italy". FootballDerbies.com. 29 June 2007.
  62. ^ name="Times call for final move">"Times call for final move". 19 March 2009. Diarkibkan daripadayang asal pada 15 September 2010.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  63. ^ name="Times call for final move"
  64. ^"Arsenal fan attacked in Rome".BBC News. London. 12 March 2009. Dicapai pada5 January 2010.
  65. ^"Players and Staff". AS Roma. 5 October 2020.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2021. Dicapai pada5 October 2020.
  66. ^ name="president">"I presidenti dell'A.S. Roma dall 1927 ad oggi". Viva la Roma. 8 June 2007.
  67. ^"Gli Allenatori dell'A.S. Roma dal 1927 al Oggi". Viva la Roma. 24 June 2007.
  68. ^http://www.asroma.it/it/notizie/notizie.html?id=6675
  69. ^"AS Roma Hall of Fame press release"(PDF). A.S. Roma. Dicapai pada10 January 2015.
  70. ^ name = uefa
  71. ^ name="totti_record">"Comedy of errors helps Roma keep title hopes alive".Yahoo! Sports. 1 March 2008.[pautan mati]
  72. ^ name = uefa
  73. ^ name = uefa
  74. ^"Campionato 1928–29 A.S. Roma". ASRTalenti. 24 June 2007.
  75. ^ name = uefa
  76. ^ name="uefa">"FC Shakhtar Donetsk v A.S. Roma"(PDF). UEFA. 24 June 2007.
  77. ^Gruppo NEEP Roma Holdingbilancio (consolidated financial statements) on 30 June 2014(Itali),PDF purchased from Italian CCIAA
  78. ^ group=nb name=minority>Termasuk faedah minoriti
  79. ^ name=Roma2015bilancio
  80. ^ name=Roma2015bilancio
  81. ^ name=Roma2015bilancio
  82. ^ name=Roma2015bilancio
  83. ^"A.S. Roma SpA Ownership". Consob. 20 September 2012.
  84. ^http://www.asroma.it/pdf/corporate/comunicati_finanziari/2013_08_01_press_release.pdf
  85. ^http://www.asroma.it/pdf/corporate/comunicati_finanziari/2013_06_08_estratto_patti_parasociali.pdf
  86. ^"STARWOOD CAPITAL GROUP ENTERS STRATEGIC PARTNERSHIP TO HELP DEVELOP AS ROMA'S NEW STADIUM CAMPUS"(PDF). Starwood Capital. 26 March 2014. Dicapai pada14 July 2014.
  87. ^"Zsolt Kohalmi Named to Oversee European Acquisition Efforts"(PDF). Starwood Capital. 4 April 2014. Dicapai pada14 July 2014.
  88. ^"PRESS RELEASE"(PDF). AS Roma. 11 August 2014. Dicapai pada21 April 2015.
  89. ^"Football Money League"(PDF). Deloitte. February 2012. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2013-02-02. Dicapai pada2016-08-30.
  90. ^http://www.researchandmarkets.com/reports/3093848/research-update-asr-media-and-sponsorship-eur175
  91. ^"Goldman Sachs sets sights on Italian soccer". il sole 24 ore. 26 June 2015. Dicapai pada22 January 2016.
  92. ^ name="sponsor">http://www.asroma.it/en/news/unicacomete_eng/
  93. ^"AS ROMA AND NIKE ANNOUNCE NEW PARTNERSHIP". A.S. Roma Official Website. 13 March 2013. Dicapai pada14 March 2013.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanA.S. Roma

Templat:Wikinews category

AS Roma – skuad semasa

1 Rui Patrício •2 Karsdorp •4 Cristante •5 Ndicka •6 Smalling •7 Pellegrini (k) •9 Abraham •11 Belotti •14 Llorente •16 Paredes •17 Azmoun •19 Çelik •20 Sanches •21 Dybala •22 Aouar •23 Mancini •24 Kumbulla •37 Spinazzola •43 Kristensen •52 Bove •59 Zalewski •60 Pagano •63 Boer •90 Lukaku •92 El Shaarawy •99 Svilar •Pengurus: Mourinho

Kelab 2021-22
Bekas kelab
Organisasi
Senarai
Statistik dan rekod
Kejohanan berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=A.S._Roma&oldid=6412466"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp