PesawatA1 Skyraider digunakan sebagai pesawat pengiring helikopter penyelamat, dan untuksokongan udara dekat (close air support) bagi unit-unit tentera darat yang memerlukan bantuan. Pesawat di dicipta olehEd Heinemann, dari syarikat Douglas Aircraft.A1D Skyraider adalah sebuah kapal terbang yang lasak, boleh membawa muatan perang yang banyak dan boleh berlegar berjam-jam di atas kawasan operasi untuk menunggu panggilan daripada pasukan yang memerlukan bantuan. A1D Skyraider dikreditkan dengan kejayaan menembak jatuh sebuah pesawatMiG-17. Di penghujung Perang Vietnam, tugas A1D Skyraider diambil alih pesawatA-37 Dragonfly andA-7 Corsair II.
Kapal terbang pejuang A1 Skyraider paling masyhur kerana melakukan operasi “Sandy” untuk mengiring helikopter penyelamat semasa Perang Vietnam. Pesawat ini adalah pesawat pejuang penyerang satu tempat duduk yang dibina olehDouglas Aircraft Company (selepas ituMcDonnell Douglas dan kini sebahagian daripada syarikatBoeing). Pesawat ini menjadi satu kejanggalan kerana menjadi pesawat berkipas yang amat berjaya melakukan misi dan tugasannya di zaman penerbangan jet.
Kapal terbang ini adalah rekaan pereka terkenalEd Heinemann. Dia terkenal kerana menjadi pereka kapal terbangA-4 Skyhawk. Heinemann membuat Skyraider sebagai satu pilihan yang lebih mudah kepada reka bentuk kapal terbang XBTD-1. penerbangan sulung prototaip dibuat pada 18 Mac 1945. Kapal terbang ini mempunyai enjin Wright R-3350, dan 7 stesen persenjataan di setiap sayap, membolehkannya membawa muatan senjata yang amat banyak.
Skyraider terlalu lambat untuk beraksi dalamPerang Dunia II, tetapi memberikan perkhidmatan cemerlang semasaPerang Korea. Kelebihan kapal terbang ini ialah membawa muatan perang yang banyak dan kebolehannya berlegar untuk masa yang lama (selama 10 jam) menjadikan ia paling sesuai untuk memenuhi misiserangan bantuan rapat (close air support). Skyraider melalui beberapa versi bermula dengan AD-1, dan kemudiannya AD-2 sebelum digantikan dengan versi AD-3. Versi AD-4 mempunyai enjin Wright R-3350-26WA yang lebih berkuasa, dan versi AD-5 mempunyai dua orang juruterbang. Versi pengeluaran terakhir adalah AD-7 yang menggunakan enjin Wright R-3350-26WB.
Setelah pembinaannya mencapai 3,180 unit, pengeluarannya telah dihentikan pada tahun 1957 . Dalam tahun1962, pesawat ini ditukarkan penamaannya kepada A-1 Skyraider dan digunakan semasaPerang Vietnam olehTentera Udara Amerika Syarikat danTentera Laut Amerika Syarikat. A1D Skyraider mengilhamkan pesawatA-10 Thunderbolt II yang direka sebagai pesawat khususserangan bantuan rapat untuk misi tempur di teaterEropah.