HurufA ialah huruf pertama dalam AbjadRumi. Namanya dalamBahasa Inggeris ialahei (IPA/eɪ/).
Huruf A bermula sebagaipiktogram yang melambangkan kepada kepala seekorlembu jantan dalamhiroglif Mesir atauAbjad Proto-semitik.
Kepala lembu jantan Hiroglif Mesir | Kepala lembu jantan Proto-Semitic | Alef Phoenicia | Alpha Yunani | A Etruscan | A Romawi |
---|
 |  |  |  |  |  |
Menjelang 1600 SM, huruf-hurufAbjad Phoenicia mempunyai bentuk linear yang tujuannya bagi membentuk asas bagi bentuk yang akan datang. Namanya mempunyai hubungan yang rapat dengan hurufAlefAbjad Ibrani. Nama itu juga sama dengan hurufalif dalamAbjad Arab.
Apabila masyarakatYunani Purba meminjam, mereka tidak menggunakanhentian glotis jadi mereka menggunakan huruf vokal/a/, dan menukar namanya kepadaalpha. Dalam inskripsi Yunani awal yang bertarikh sehingga kurun ke-8 SM, huruf berkenaan berdiri disebelah tepi tetapi dalamAbjad Yunani pada tahun-tahun berikutnya pada umumnya menyerupai huruf besar moden.
Orang-orangEtruscan membawa abjad Yunani keItali dan tidak mengubah bentuknya. Orang-orang Romawi kemudian meminjamabjad Etruscan untuk menulis dalamBahasa Latin, dan huruf berkenaan membentuk tulisanRumi moden yang digunakan untuk menulis dalam banyak bahasa termasuklahBahasa Melayu.
Huruf ini mempunyai duaminuskul. Bentuk yang selalu wujud dalam tulisan tangan hari ini mengandungi sebuah bulatan dan satu garisan tegak (ɑ). Kebanyakan bahan-bahan yang dicetak menggunakan bentuk yang terdiri daripada sebuah gelung kecil dengan sebuah lengkuk di atasnya (a). Kedua-duanya datang daripada bentuk huruf besar.
Dalam kebanyakan bahasa yang menggunakan hurufRumi, huruf A menggunakan bentuk vokal belakang terbuka (/ɑ/), atau vokal tengah (/a/). DalamAbjad Fonetik Antarabangsa, kepelbagaian huruf A meminjam pelbagai vokal.
A ialah huruf ketiga paling dikenali dalam Bahasa Inggeris, dan kedua paling dikenali dalamBahasa Sepanyol danBahasa Perancis. Mengikut purata, lebih kurang 3.6% huruf-huruf dalam Bahasa Inggeris mudah menjadi sebagai perkataan "as", sementara lebih kurang 6.2% dalam Bahasa Sepanyol dan 4% dalam Bahasa Perancis.[1]
AlfaA CyrilªÀÁÂÃÄ (Ae)Å (Aa)ÆĂĄ∀