Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Nisbah bidang (imej)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada4:3)
Lima nisbah bidang yang terbiasa
4:3
3:2
16:9
1.85:1
2.39:1

Nisbah bidangimej ialah nisbah lebar ke tinggi imej yang diungkapkan sebagai dua nombor yang dipisahkan oleh tanda titik bertindih, contohnya: untuk nisbah bidangx:y, tak kira betapa besar atau kecil gambar itu, jika lebarnya dibahagikan kepadax unit kepanjangan yang dan tingginya diukur dengan unit kepanjangan yang sama, maka tingginya akan diukur menjadiy unit. Misalnya, anggaplah tiga imej yang kesemuanya bernisbah bidang 16:9. Satu imej lebarnya 16 inci dan tingginya 9 inci. Satu lagi imej lebarnya 16 cm dan tingginya 9 cm. Satu lagi pula lebarnya 8 ela dan tingginya 4.5 ela.

Nisbah bidang diungkapkan secara matematik sebagaix:y (disebut "x-ke-y") danx×y (disebut "x-kali-y");x×y juga digunakan khusus untuk menyatakandimensi piksel seperti 640×480. Nisbah bidang sinematografi biasanya dinyatakan sebagai pekali perpuluhan (terbundar) lebar berbanding tinggi unit, manakala nisbah bidang fotografi dan videografi biasanya dinyatakan dengan nisbah nombor bulat lebar ke tinggi. Dalamimej digital, terdapat perbezaan yang halus antara Nisbah BidangPaparan (paparan imej) dan Nisbah BidangStoran (nisbah dimensi piksel).

Nisbah-nisbah bidang yang paling banyak digunakan hari ini dalam persembahanfilem di pawagam ialah1.85:1 dan2.39:1.[1] Dua nisbah bidangvideografi yang terlaris pula ialah4:3 (1.33:1), format video sejagat abad ke-20, dan16:9 (1.77:1), sejagat untuktelevisyen definisi tinggi dantelevisyen digital.

Dalam fotografikamera pegun, nisbah bidang yang paling banyak digunakan ialah4:3,3:2, dan baru-baru ini,16:9.[2]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^The 2.39:1 ratio is commonly labeled 2.40:1, e.g., in theAmerican Society of Cinematographers'American Cinematographer Manual, and is mistakenly referred to as 2.35:1 (only cinema films before the 1970SMPTE revision used 2.35:1).
  2. ^"Panasonic Introduces 2 New Cameras". India: Tech Tree.Cite journal requires|journal= (bantuan)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nisbah_bidang_(imej)&oldid=3654724"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp