Projek Perkongsian Generasi Ke-3 (3GPP) ialah kemuafakatan antara kumpulan-kumpulan persatuantelekomunikasi untuk mencipta spesifikasi sistemtelefon bimbit generasi ketiga (3G) yang boleh digunakan secara sejagat di dalam ruang lingkup projekTelekomunikasi Bimbit Antarabangsa-2000 bagiKesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Spesifikasi 3GPP berdasarkan spesifikasiSistem Sejagat untuk Komunikasi Bimbit (GSM) yang diperkembangkan. Pemiawaian 3GPP merangkumi seni bina Radio, Rangkaian Teras dan Perkhidmatan.[1]
Kumpulan-kumpulan 3GPP termasuk:
Projek itu diasaskan pada bulan Disember1998. 3GPP harus tidak dikelirukan denganProjek 2 Perkongsian Generasi Ke-3 (3GPP2) yang menetapkan piawai-piawai untuk lagi satu teknologi 3G yang bersandarkanIS-95 (CDMA), lebih dikenali sebagaiCDMA2000.
Piawai 3GPP distrukturkan sebagaiLepasan dan oleh itu, sebarang perbincangan tentang 3GPP seringnya merujuk kepada kefungsian sesuatu lepasan atau yang lain.
Versi | Diterbitkan[3] | Maklumat |
---|---|---|
Lepasan 98 | 1998 | Lepasan ini dan lepasan-lepasan yang lebih awal menetapkan rangkaian-rangkaian pra-3G GSM |
Lepasan 99 | 2000 Suku Tahun 1 | Menetapkan rangkaian-rangkaian 3GUMTS yang pertama yang menggabungkan antara muka udaraCDMA[4] |
Lepasan 4 | 2001 Suku Tahun 2 | Pada asalnya digelarLepasan 2000 - ciri-ciri tambahan termasuk Rangkaian TerasSemua-IP[5] |
Lepasan 5 | 2002 Suku Tahun 1 | MemperkenalkanIMS danHSDPA[6] |
Lepasan 6 | 2004 Suku Tahun 4 | Pengendalian bersepadu dengan rangkaian-rangkaianLAN Wayarles, dengan penambahanHSUPA danMBMS, serta perluasan kepadaIMS sepertiTolak untuk Berbual Melalui Telefon Bimbit (PoC) danGAN[7] |
Lepasan 7 | Sedang dijalankan (dijangka akan siap pada pertengahan2007) | Menumpukan pengurangan kependaman danQoS serta perbaikan kepada penggunaan masa nyata sepertiVoIP.[8] Spesifikasi ini juga akan menumpukanHSPA+ (Evolusi Capaian Bingkisan Kelajuan Tinggi), protokol kelajuan tinggi dan antara muka bahagian depan tanpa hubunganSIM (Komunikasi Medan Dekat yang membolehkan para operator memberikan perkhidmatan tanpa hubungan sepertiPembayaran Bimbit), sertaEvolusi EDGE. |
Lepasan 8 dan seterusnya | Sedang dijalankan (dijangka akan siap pada2009) | E-UTRA, Rangkaian All-IP (SAE). Lepasan 8 merupakan pemfaktoran semula UTMS sebagai IP yang berasaskan rangkaian generasi keempat pada keseluruhannya. |
Setiap lepasan menggabungkan ratusan dokumen piawaian yang berasingan, dengan setiap dokumen mungkin mengalami banyak semakan. Piawai3GPP yang terkini merangkumi semakan piawaiGSM yang terkini. Rancangan 3GPP untuk masa hadapan selepas Lepasan 7 telah dimulakan di bawah judulEvolusi Jangka Panjang (LTE").
Dokumen-dokumen tersebut boleh didapati secara bebas dalamtapak web 3GPP. Sedangkan piawai 3GPP boleh membingungkan orang-orang baru, ia adalah amat lengkap dan terperinci, dan memberikan wawasan tentang bagaimana industri telefon bimbit berfungsi. Dokumen-dokumen itu bukan sahaja merangkumi bahagianradio ("Antara Muka Udara") dan Rangkaian Teras, tetapi juga tentang maklumat bil dan pengekodan pertuturan sehinga peringkatkod sumber. Aspek-aspekkriptografi (pengesahan, kerahsiaan) juga ditetapkan dengan terperinci.3GPP2 memberikan maklumat yang serupa tentang sistemnya.
Sistem-sistem 3GPP telah ditempatkan di sekitar kebanyakan pasaran GSM yang telah bertapak.[9][10] Sistem-sistem itu pada dasarnya merupakan sistemLepasan 99 tetapi sejak dari tahun2006, minat yang semakin bertambah terhadapCapaian Bingkisan Hubungan Turun Kelajuan Tinggi (HSDPA) telah mendorong penerimagunaanLepasan 5 dan pengganti-penggantinya. Sejak tahun2005, sistem-sistem 3GPP telah didapati ditempatkan dalam pasaran-pasaran yang sama dengan sistem-sistem 3GPP2 (misalnya di Amerika Utara[11]). Para pengulas industri sentiasa mengagak tentang sistem-sistem yang bersaingan, dengan hakikatnya tidak jelas.