Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

338 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium:milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting |sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting |sunting sumber]

Yunani

[sunting |sunting sumber]
  • Selepas kemenangannya yang penting terhadap tenteraLocris,Philip II dari Macedon dengan pantasnya masuk kePhocis. Beliau kemudian beralih ke arah tenggara turun ke lembahCephissus, dan menawanElateia serta membaik pulih kubu-kubu kota itu.
  • Athens mengatur sebuah perikatan denganEuboea,Megara,Achaea,Corinth,Acarnania, dan sebilangan negeri diPeloponnesus. Bagaimanapun, sekutu idaman Athens ialahThebes. Oleh itu,Demosthenes, ketua Athens, ke kotaBoeotia untuk mencapai perikatan dengan Thebes, walaupun perwakilan Macedon telah memujuk Thebes supaya menyertaiMacedon. Sebagai balasan, Athens bersetuju bahawa Thebes akan menguasai Boeotia, mengetuai angkatan tentera darat secara tunggal serta mengetuai angkatan tentera laut bersama-sama dengan Athens, dan Athens akan membayar dua pertiga daripada kos kempen ketenteraan.
  • 2 Ogos -Philip II dari Macedon menewaskan tentera Athens dan Thebes dalamPertempuran Chaeronea di Boeotia barat. Puteranya,Alexander, mengetuai sayap kiri tentera Macedon semasa bertempur.
  • Dalam kemenangan, Philip II bersikap keras terhadap Thebes, tetapi menaruh belas kasihan kepada Athens kerana usaha-usahaDemades, pemidato dan diplomat Athens, yang membantu merundingkan perjanjian perdamaian antara Macedon dan Athens.
  • Philip II mara menuju Peloponnesus dan menewaskanThessaly serta menaklukkanSparta. Beliau mengadakan Kongres Semua Yunani diCorinth yang menyebabkan pengasasanhegemoni Macedon terhadap Yunani tengah (termasuk Athens).
  • Lycurgus, negarawan dan pemidato Athens, dipertanggungjawabkan dengan kewangan negara dan bertambah sekali ganda hasil kerajaan tahunan Athens.
  • Selepas berkempen diItali selatan selama lima tahun, RajaArchidamus III dariSparta gagal mencapai sebarang keputusan yang muktamad dan semasa mengetuai askar-askar upahannya untuk membantu tenteraTarentum terhadap tentera Lucani, beliau dibunuh bersama-sama dengan kebanyakan askarnya diManduria,Calabria.
  • RajaArchidamus III diwarisi oleh puteranya,Agis III, sebagai rajaSparta.

Sicily

[sunting |sunting sumber]
  • Carthage mencuba sekali lagi untuk menaklukkan seluruhSicily, dan menurunkan sebilangan askar upahan untuk melanjutkan pertempuran antaraTimoleon dengan penzalim-penzalim Sicily. Tetapi usaha ini tamat dengan kekalahan Hicetas, penzalimLeontini, yang diambil sebagai tawanan dan dihukum mati. Melalui sebuah perjanjian antaraSyracuse dengan Carthage, penguasaan Carthage di Sicily dihadkan kepada kawasan-kawasan di sebelah barat Sungai Halycus (Platani).
  • Dengan kedamaian akhirnya dicapai dengan Carthage, Timoleon dari Syracuse menggulingkan lagi dua orang penzalim di Sicily dan kemudian bersara untuk mengamalkan kehidupan peribadi.

Empayar Parsi

[sunting |sunting sumber]
  • Bagoas, jeneral danwazirParsi (serta juga seorangsida-sida), tidak lagi disukai oleh Artaxerxes. Beliau cuba mengekalkan jawatannya dengan menggantikan RajaArtaxerxes III dengan putera bongsunya,Arses yang dianggapnya lebih mudah dikuasai. Oleh itu, Bagoas membunuh Artaxerxes III dan kesemua puteranya, kecuali Arses yang dijadikan raja Parsi. Artaxerxes IV Arses hanya merupakan raja boneka manakala Bagoas memegang kuasa di sebalik takhta.

Republik Rom

[sunting |sunting sumber]
  • Perang Latin tamat denganLiga Latin dibubarkan dan setiap kotaLatin terpaksa menerima syarat-syaratRom. Banyak dariada kota-kota itu digabungkan ke dalam negara Rom. Dalam perdamaiannya dengan kota-kota Liga Latin yang ditewaskan, Rom menawarkan syarat-syarat yang liberal kepada mereka. Lelaki-lelaki di banyak kota tersebut diberikankewarganegaraan dan oleh itu, Rom memperoleh kawan berbanding dengan musuh.
  • Dengan kejatuhan kota utamanya,Antium, kepada Rom, tenteraVolsci akhirnya menamatkan tentangan mereka terhadap Rom dan menerima sebuah perikatan perdamaian dengannya.

Kelahiran

[sunting |sunting sumber]

Kematian

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=338_SM&oldid=4202447"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp