Shawwāl berakar dari kata kerja perkataan bahasa Arabshāla (شَالَ), yang bermaksud untuk 'bawa atau pikul',[1] secara umumnya untuk membawa atau memindahkan sesuatu dari satu tempat ke satu tempat lain.
Dalam tradisi masyarakat Melayu, Syawal turut dikenali sebagaibulan raya.[2]
Hari pertama Syawal ialahHari Raya Aidilfitri, puasa diharamkan. Sesetengah orang Islam mengamalkan enam hari berpuasa semasa Syawal yang bermula pada hari selepas Aidilfitri. Berpuasa enam hari ini bersama dengan puasa Ramadan, dianggap bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun. Alasan di sebalik tradisi ini ialah perbuatan baik dalam Islam dihadiahkan 10 kali ganda pahala, jadi berpuasa 30 hari selama Ramadan dan 6 hari pada Syawal adalah setara dengan puasa sepanjang tahun dari segi ganjaran pahala.[3]
Para ulama Syiahmazhab Jaafari tidak memberi penekanan pada puasa enam hari berturut-turut, sementara dalam kalangan Sunni, kebanyakan ulama mazhab Syafii menganggapnya disyorkan untuk berpuasa enam hari secara berturut-turut. Ini adalah berdasarkan hadis riwayat Tabarani dan yang lain di mana Nabi Muhammad, diriwayatkan berkata, "Puasa enam hari berturut-turut selepas Aidilfitri adalah seperti berpuasa sepanjang tahun."[4] Sumber-sumber ilmiah tradisional lain dalam kalangan mazhabHanafi danHanbali tidak meletakkan penekanan pada hari-hari berturut-turut, sementara pendapat kuat darimazhab Maliki lebih cenderung enam hari dalam sebulan, sama ada berturut-turut atau sebaliknya.
Takwim Hijrah adalah sepenuhnyatakwim bulan, dan bulannya bermula apabilaanak bulan kelihatan. Memandangkantahun qamari adalah 11 ke 12 harilebih pendek daripadatahun matahari, Syawal beralih sepanjang musim. Jangkaan tarikh mula dan tamat Syawal, berdasarkan Takwim Ummul Qura dari Arab Saudi dan Takwim Hijrah JAKIM dari Malaysia, adalah seperti berikut:[5]