DalamTakwim Cina, tahun ini ialahTahun Naga dan dalamtakwim astrologi barat, tahun ini tahunLeo, siSinga. Kebudayaan popular menganggap tahun ini sebagai tahun pertamaabad ke-21 sertaMilenium ke-3. Bagaimanapun dalam takwim Gregorius, penghormatan ini jatuh pada tahun2001. Ini adalah keranaabad ke-1 bermula dengan tahun 1 (tiadanyatahun sifar), dan abad ke-1 (atau seratus tahun pertama Masihi) adalah dari1 Januari1 Masihi hingga31 Disember100 Masihi. Banyak orang tahu akan fakta ini tetapi masih memilih untuk merayakan tahun 2000 sebagai permulaan alaf hanya kerana ia kelihatan 'betul'. Pemilihan 1 Masihi kemungkinannya tujuh tahun lebih lewat daripada kelahiran tokohYesus Kristus, dan1 Januari ialah pilihan yang dicatat secara bersejarahnya bagiTahun Baru.Y2K berlalu tanpa sebarang masalahkomputer yang teruk.
10 Januari -America Online mengumumkan perjanjian untuk membeliTime Warner pada harga AS$162 bilion. Ini merupakan percantuman korporat terbesar yang pernah berlaku.
Dr.Harold Shipman didapati bersalah kerana membunuh 15 orang pesakit antara1995 dan1998 dan dihukum penjara seumur hidup. Hakim perbicaraan menyarankan bahawa Shipman, 54, harus tidak dibebaskan dari penjara.
11 Februari - Sebuah letupan mencederakan berdozen-dozen orang tanpa pembunuhan di sebuah bank yang berhadapan dengan NYSE di Wall Street. Letupan ini merupakan letupan pertama dalam satu siri yang terdiri daripada 11 serangan pengganas (2/11/00 New York, 9/11/01 New York-DC, 5 dan 7/11/02 letupan New Delhi, serangan 4/11/03 yang mensasarkan orang-orang Jerman yang bercuti, 3/11/04 Madrid, Sepanyol, dan juga 7/7/05 di London).
14 Februari - Kapal angkasa lepas,NEAR Shoemaker, masuk orbit asteroid 433 Eros, dan menjadi kapal angkasa lepas pertama untuk mengelilingi sebuah asteroid.
22 April - Dalam sebuah serbuan sebelum subuh, egen-egen persekutuan merampasElián González dari rumah saudaranya diMiami, Florida dan menerbangkannya ke ayahCubanya diWashington, DC dan dengan itu, menamatkan salah satu daripada pertarungan-pertarungan jagaan yang diberi paling banyak publisiti dalam sejarah Amerika Syarikat.
4 Mei -CecacingILOVEYOU muncul buat pertama kali dalam kotak-kotak e-mel di Hong Kong dan mengakibatkan kerosakan sebanyak AS$5.5 bilion di seluruh dunia pada tempoh kemunculannya. Takat kerosakan tersebut menyebabkannya merupakan cecacing yang paling teruk di seluruh dunia.
18 Julai - PolisSussex melancarkan siasatan pembunuhan selepas mayat seorang wanita yang ditemukan dekatPulborough disahkan sebagaiSarah Payne yang dilaporkan hilang pada1 Julai.
21 Julai-23 Julai - Negara-negara G-8 mengadakan Persidangan Kemuncak Tahunan Ke-26. Persoalan-persoalan termasuk AIDS, 'jurang digital', dan pengurangan kemiskinan dunia sehingga setengah menjelang2015.
25 Julai - SebuahConcorde dalamPenerbangan Perancis 4590 jatuh terhempas sebaik sahaja selepas naik terbang dariParis, dan mengorbankan kesemua 109 orang di dalam pesawat serta 4 orang lagi di atas tanah.
26 September -Ekspres Samina, sebuah feri Greece, tenggelam berhampiran pulauParos; 80 daripada lebih 500 penumpang terkorban.
28 September -Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel, melawatCandi Mount, semasa dilindungi oleh beberapa ratus anggota polis Israel. Rusuhan Palestina tercetus dan mengakibatkan pemberontakan bersenjata yang sepenuh (dikenali sebagaiAl-Aqsa Intifada oleh pesimpati-pesimpati, danPerang Oslo oleh penentang-penentang).
5 Oktober - PresidenSlobodan Milošević meletakkan jawatan selepas tunjuk-tunjuk perasaan yang meluas di seluruhSerbia serta penarikan balik sokongan Rusia.
21 Oktober: Lima belas orang pemimpinArab bertemu diKaherah,Mesir untuk persidangan kemuncak mereka yang pertama dalam empat tahun; perwakilanLibya meninggalkan persidangan itu dengan marah apabila terdapat tanda-tanda bahawa persidangan itu tidak akan memutuskan pertalian denganIsrael.
22 Oktober - AkhbarMainichi Shinbun mendedahkanShinichi Fujimura, ahli arkeologi Jepun, sebagai penipu; ahli-ahli arkeologi Jepun telah mendasarkan karya-karya mereka kepada dapatannya.
26 Oktober - Pihak berkuasaPakistan mengumumkan bahawa polisnya telah menemukan sebuah mumia kunoputeri Parsi di provinsiBalochistan.Iran, Pakistan, danTaliban semua menuntut mumia itu sehingga Pakistan mengumumkan pada17 April2001 bahawa mumia itu adalah suatu pemalsuan.
17 November -Gelongsoran tanah yang membawa bencana di Log pod Mangartom,Slovenia, membunuh 7 orang dan mengakibatkan kerosakan sebanyak berjuta-jutaSIT. Kejadian ini merupakan salah satu bencana yang paling teruk diSlovenia dalam seratus tahun.
DVD-Audio (juga dikenali sebagai DVDA), sebuah format digital untuk memberikan kandungan audio hi-fi yang amat tinggi padaDVD, diperkenalkan buat pertama kali.
Neon Genesis Evangelion: Kesan Kedua, peristiwa yang mengakibatkan pergolakan hebat, membunuh melebihi separuh jumlah penduduk di dunia pada13 September.