
10Base2 ialah sebuah jenis piawai yang digunakan untuk mengimplementasikan rangkaian berdasarkan teknologiEthernet.10Base2 juga disebut sebagaiThinnet atauThin Coax kerana teknologi rangkaian ini menggunakankabel koaksial (coaxial) nipis untuk menghubungkan komputer-komputer untuk membina sebuahrangkaian.
Secara teoritis, piawai ini menyokong bandwidth sehingga 10 Mbit/saat, tapi dalam implementasinya, hanya berkisar antara 4 Mbit/saat sehingga 6 Mbit/saat, dikarenakan banyaknya kolisi yang berlaku di dalam rangkaian. Rangkaian 10Base2 dibangun berdasrkan spesifikasi IEEE 802.3 yang dkembangkan oleh Project 802.
Komputer-komputer dalam rangkaian 10Base2 dihubungkan dengan menggunakan topologi bas, sehingga setiap komputer akan dihubungkan secara langsung dengan satu buahkabel panjang. Panjang maksimum segmen rangkaian 10Base2 ialah 185 meter. Jika memang jarak lebih besar berbanding 185meter, maka dua segmen tersebut perlu dihubungkan dengan menggunakanrepeater. Sebuah segmen rangkaian 10Base2 disarankan agar tidak menggunakan lebih dari 30 komputer, sebab jarak minimum antara komputer haruslah 50 cm (½ meter).
Setiap komputer dihubungkan dengan kabel dengan menggunakan penyambung BNC. Pada hujung kabel, haruslah menggunakanBNC terminator yang diberi galangan sebesar 50 ohm. Kerana, jika tidak diberi terminator isyarat akan membalik dan mengakibatkan komunikasi rangkaian menjadi tidak mungkin berlaku.
Nama 10Base2 datang dari komponen-komponen berikut:
Rangkaian 10Base2 semasa ini tidak diimplementasikan lagi kerana mempunyai dua permasalahan, iaitu:
Kerana dua masalah di atas, 10Base2 telah ditinggalkan dan kegunaanteknologi rangkaian berpindah ke piawai 10BaseT (untuk kelajuan lambat), Fast Ethernet, atau Gigabit Ethernet untuk kelajuan yang lebih tinggi.