Pada Oktober 1984,RFC 920 mencadangkan penciptaandomain peringkat tinggi kod negara (ccTLD) dengan menggunakan kod negara yang bersumber kod dua huruf dari senaraiISO 3166-1.[6] "GB" ialah kod negaraISO 3166 untuk United Kingdom. Namun begitu, Skim Pendaftaran Nama Rangkaian Akademik UK,JANET NRS, telah menetapkan "UK" sebagaiTLD beberapa bulan sebelum penyusunan senarai kod ISO. Akibatnya, .uk dipilih dan didaftarkan pada 24 Julai 1985.[7][8].gb dicadangkan namun tak pernah digunakan secara meluas dan tidak lagi dipelan untuk didaftar sebagai calon ccTLD.
Pada mulanya, domain ini diwakilkan olehJon Postel kepada "pihak terpercaya" untuk dikelola. Andrew McDowell yang berasal dariUCL menjadi perwakilan yang ditugaskan untuk mengurus .uk.[7] Beberapa masa kemudian, Andrew berikan hak kelola domain kepada Willie Black yang bekerja diPersatuan Jaringan Pendidikan dan Penyelidikan UK (UKERNA). Awalnya, permintaan domain dikirim melalui mel elektronik dan diperiksa secara manual olehUK Naming Committee sebelum diproses oleh UKERNA. Keahlian jawatankuasa ini terhad untuk satu kumpulanPembekal khidmat Internet tingkat atas yang menjadi bagian dari susunanpeering yang formal.
Hingga 10 Jun 2014, pendaftaran nama domain secara langsung di bawah .uk (sepertiinternet.uk) tidak memungkinkan; pendaftaran hanya mungkin dilakukan di bawah domain peringkat ketiga (sepertiinternet.co.uk).
Pendaftaran baharu secara langsung di bawah domain .uk telah diterima oleh Nominet sejak 10 Jun 2014 pukul 08.00BST. Akan tetapi, terdapat masa tunggu tempahan untuk pelanggan yang sudah memiliki laman dalam domain .co.uk, ltd.uk, .me.uk, .net.uk, .org.uk, atau plc.uk untuk memastikan domain dapat tercatat secara rasmi dalam .uk yang masih boleh berjalan sehingga 25 Jun 2019 pukul 06.00 BST.[9]
Jika suatu domain terdaftar sebelum pukul 23.59UTC pada 28 Oktober 2013, pengguna memiliki hak domain .uk yang setara (selama tidak ada laman terdaftar lain dalam bentuk .co.uk, .ltd.uk, me.uk, net.uk, org.uk, atau plc.uk)[9] Sebagai contoh, jika 'syarikat-anda.co.uk' ditubuhkan sejak 2 Oktober 2013, pendaftar 'syarikat-anda.co.uk' punya hak mendaftar laman 'syarikat-anda.co.uk' sehingga 25 Jun 2019 jam 06.00 BST.123-reg danNamesCo telah menciptakan domain-domain tertentu untuk para pelanggan secara percuma namun mulai meminta pembayaran sejak September 2019.[10]
.sch.uk –penguasa pendidikan tempatan, sekolah-sekolah, khususnya sekolah rendah dan menengah, juga pendidikan masyarakat
.co.uk, .ltd.uk, .me.uk, .net.uk, .oleh, .org.uk, .plc.uk dan .sch.uk dikelola oleh Nominet UK dan boleh didaftar oleh orang awam. Domain peringkat kedua lainnya dikeola oleh agensi-agensi pemerintah dan memiliki tingkat penyekatan yang lebih kuat.[13]
.cym.uk – domain untukWales; sempat dicadangkan bersama dengan domain.cym namun ditolak. Domain peringkat atas seperti.cymru dan.wales dimasukkan sejak 2014.[perlu rujukan]
.scot.uk – domain untukScotland; ditolak oleh nominet.[perlu rujukan] Domain peringkat teratas.scot diterima pada 10 Jun 2014[14][15] dan masuk zonroot pada 13 Jun 2014.[16]