Éamon de Valera (disebut [ˈeːmˠən̻ˠ dʲɛ ˈvˠalʲəɾʲə, é.měn dé va.lě.rĕ]; nama lahir:George de Valero, kemudiannyaEdward de Valera selepas 1901;[1] 14 Oktober 1882 – 29 Ogos 1975) merupakan seorang negarawan dan pemimpin politik tersohor diIreland. Beliau berkhidmat sebagaiketua pemerintah danketua negararepublik tersebut sejak penubuhan ia berikutan kemerdekaan dari pihak British pada tahun 1917 sehinggalah 1973.[2][3]
Éamon de Valera lahir di Nursery and Child's Hospital,Lexington Avenue - sebuah rumah khas untuk anak-anak yatim miskin -[4] diBandar Raya New York pada 14 Oktober 1882. Ibunya, Catherine Coll, merupakan imigran kelahiranBruree,County Limerick manakala Juan Vivion de Valera (atau Valero), merupakan seorang pelukis berbangsa Sepanyol dariNegara Basque.[5][6] Pada sijil kelahiran beliau, nama pertama yang diberikan kepadanya ialah "George de Valero". Namanya ditukar kepada Edward manakala nama keluarga apabila suatu sijil kelahiran baharu dikeluarkan untuknya pada tahun 1910.[7][8]
Juan Vivion meninggal pada tahun 1885 lalu kedua janda dan anak yang ditinggal Juan hidup dalam kesusahan.[9] Éamon dibawa kembali ke Ireland bersama bapa saudaranya, Ned Coll, pada usia 2 tahun. Beliau dibesarkan oleh nenek sebelah ibunya, Elizabeth Coll, seorang bapa saudaranya Patrick Coll, dan sepupunya Hannie diKaunti Limerick.
Beliau menjadi terlibat dalam kegiatan aktivisme memprejuangkan pemerkasaanbahasa Ireland - beliau menyertaiConradh na Gaeilge ("Liga Gael") pada tahun 1908. Melalui lingkungan inilah beliau menaruh minat kepada perjuangan revolusi politik Ireland apabila beliau menyertai kelompokIrish Volunteers pada 25 November 1913;. SelepasPerang Dunia Pertama, de Valera banyak mara dalam tahap kepangkatan sehingga beliau dilantik sebagaoi kapten cawanganDonnybrook; beliau turut dijadikan komandan Batalion Ketiga Briged Dublin..[10] Beliau dimasukkan ke dalamPersaudaraan Republikan Ireland olehThomas MacDonagh.[11]
DalamKebangkitan Easter pada 24 April 1916, beliau menegtuai suatu pasukan yang mengepungBoland's Mill[12] di Grand Canal Street, Dublin dengan tujuan menutup jalan arah tenggara kota tersebut.Pádraig Pearse menyerah diri atas arahan polis British seminggu kemudian, manakala beberapa ketua pasukan termasuk de Valera dibicarakan dan ditahan. Beliau pada asalnya dipertimbangkan menjalani hukuman mati sepertimana beberapa ketua revolusi yang lain, namun beliau terlepas keadaan tersebut[12] atas beberapa faktor: beliau ditahan di tempat yang berbeza lalu menyukarkan perbicaraan, malah beliau tiada latar belakang yang meragukan lalu disyakiMI5.
De Valera dan beberapa rakan seperjuangannya dilepaskan berikutan suatu pengampunan pada Jun 1917. Beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen British untuk kawasan Clare Timur pada 10 Julai 1917 selepas suatu pilihan raya kecil. Beliau dilantik untuk kerusi sama serta kawasan Mayo Timur dalam pilihanraya umum Ireland tahun 1918.[13] Beliau dilantik sebagai Presiden PartiSinn Féin pada tahun sama,[12] parti ini dijadikan suatu wahana untuk mereka yang terselamat daripada Pemberontakan Easter meluahkan perjuangan dan semangat republikan mereka.[14]
De Valera lama-kelamaan percaya bahawa langkahabstensionisme tidak lagi berkesan dalam jangka panjang; namun lebih menginginkan merubah arus pemerintahan Ireland menjadi suatu negara republik. Beliau cuba menyakinkanSinn Féin agar berubah haluan namun tidak berjaya. Beliau meletakkan jawatan dari Sinn Féin lalu mahu meninggalkan dunia politik, namun rakan sekerjanyaSeán Lemass mencadanglkan de Valera menubuhkan suatu parti politik baru.[15] Parti baru ini,Fianna Fáil ditubuhkan mereka berdua antaranya pada Mac 1926.[16]
De Valera memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri untuk bertanding sebagaiPresiden setelah dipujuk beberapa anggota partinya. Beliau memenangi pilihan raya presiden Ireland pada 17 Jun 1959 dan mengangkat sumpah Presiden of Ireland on 25 Jun 1959.[16] Beliau dilantik smeula sebagai Presiden dalam pilihan raya presiden tahun 1966 - pada ketika ini beliau merupakan ketua negara tertua dunia pada usia 84 sehingga tahun 2013.[17] Beliau bersara pada tahun 1973 ketika berusia 90 tahun.[18]
Éamon meninggal akibat komplikasi daripadapneumonia danserangan jantung di Linden Convalescent Home,Blackrock, Dublin pada usia 92 tahun tanggal 29 Ogos 1975.[19] Mayat beliau dipertunjukkan diDublin Castle untuk penghormatan terakhir sebelum upacara penuh diberikan pada 3 September diSt Mary's Pro-Cathedral yang disiarkan melalui televisyen se-Ireland. Mayat beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Glasnevin, Dublin bersama mendiang isteri dan anak.
^Ronan Fanning (2016).A Will To Power: Eamon De Valera. Harvard University Press. m/s. 3.ISBN9780674970557.De Valera was born on 14 October 1882 in the Nursery and Child's Hospital, Lexington Avenue, Manhattan, New York; the only child of Juan Vivion de Valera and Catherine ('Kate') Coll [..] Vivion de Valera had been born in 1853 in Spain's Basque Country
^Diarmaid Ferriter (2007).Uachtaráin – Eamon de Valera (Television production) (dalam bahasa Ireland). Dublin, Ireland: TG4. Diarkibkan daripadayang asal pada 10 Jun 2011. Dicapai pada7 Februari 2011.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan)