Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
Wikibuku
Kotak carian

Linux Pengguna Akhir

Daripada Wikibuku

Pendahuluan

[sunting]

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya panduan ini dapat disiapkan. Ia ditulis khas untuk sesiapa saja yang berminat dengan Sistem Operasi Linux. Semoga panduan yang dihasilkan melalui sedikit pengalaman dapat dikongsi bersama dan memberi manfaat kepada kita semua.


Wassalam.


Pengenalan

[sunting]

Sebaik selesai membaca panduan ini, pengguna diharap dapat memahami arahan-arahan asas, struktur fail dan direktori, pengurusan fail dan direktori, pengubahsuaian dan pemindahan fail, komunikasi antara pengguna juga cara mendapat maklumat lanjut arahan-arahan lain yang berkaitan tetapi tidak diterangkan di sini.


Antara kelebihan penggunaan arahan-arahan dalam Linux:-

  1. Tugasan yang dilakukan dengan menaip selalunya lebih cepat jika dibandingkan dengan klik beberapa menu dan butang.
  2. Tugasan yang perlu dilaksana berulang kali boleh dilakukan secara automatik.
  3. Tugasan boleh dibuat mengikut citarasa sendiri tanpa terikat dengan program yang dihasilkan oleh orang lain.
  4. Beberapa arahan yang digabungkan menjadi satu skrip dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan tepat.


Akaun Linux

[sunting]

Sebagai permulaan, setiap pengguna perlu ada akaun sendiri. Pentadbir sistem di tempat anda akan sediakan akaun pengguna (username/login) dan kata laluan (password) atau anda sendiri perlu mohon daripada mereka. Bagi pengguna yang berjaya memasang sistem operasi Linux, anda sudahpun mempunyai akaunroot (sila rujukPenyediaan_Komputer_Maya#Uji_Sambungan).


Akaunroot mempunyai satu keistimewaan iaitu berkuasa untuk membuat semua tugas-tugas penting dalam sistem sepertimount sistem fail,shutdown sistem, bina atau hapus akaun pengguna dan ubah konfigurasi sistem. Bagi tujuan pembelajaran, anda digalakkan guna akaun biasa. Guna akaunroot hanya apabila perlu melakukan arahan yang tidak boleh dilaksanakan oleh pengguna biasa.


Arahanuseradd seperti di bawah mesti dilakukan olehroot untuk bina akaun biasa iaituguest dengan kata laluannyaguest.

useradd -c "Guest" -d /home/guest -g 100 -u 101 -m -p fzsrX0bB46eF2 -s /bin/bash guest


Setiap pengguna diberi ruang storan sebagai tempat menyimpan pelbagai fail bagi kegunaan sendiri. Ruang storan ini dikenali sebagai direktori rumah (home directory). Pengguna lain tidak boleh capai atau guna direktori anda melainkan mereka mempunyai mod keizinan (permission mode) untuk berbuat demikian. Ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri keselamatan dalam Linux.


Direktori untuk pengguna tidak semestinya berada dalam sistem fail/home. Ia mungkin berada dalam sistem fail/users,/data dan sebagainya. Lokasinya ditentukan oleh Pentadbir Sistem sewaktu akaun pengguna dibina. Direktori akaunroot biasanya ditetapkan di/root. Direktori akaunguest pula telah ditetapkan di/home/guest seperti contoh arahanuseradd yang diberikan di atas.


Masuk/Keluar Sistem -login,logout,exit

[sunting]

Untuk tujuan pembelajaran, penulis akan gunakan akaun biasa yang telah dibina sebelum ini iaituguest.


Berikut ialah contoh skrin capaian kepada sistem menggunakan programPuTTY:-

login as: guestguest@192.168.1.2's password:
  • Padapromptlogin as: taipguest kemudian tekan[Enter].
  • Padapromptpassword: taip kata laluanguest kemudian tekan[Enter].


Semasa mengisi kata laluan, apa yang ditaip tidak kelihatan atas sebab-sebab keselamatan. Anda akan dapat mesej“Access denied” jika akaun tidak wujud atau kata laluan tidak betul. Isi semula kata laluan yang betul.


Jika akaun dan kata laluan betul, mesej dari sistem sertaprompt Linux akan dipaparkan.

Last login: Mon Dec 30 14:35:36 2013 from 192.168.1.1[guest@komputer01 ~]$

Prompt Linux (# atau$) menandakan bahawa sistem sudah bersedia untuk menerima sebarang input dari pengguna. Bagi contoh di atas,prompt Linux untuk pengguna biasa sepertiguest ialah[guest@komputer01 ~]$.Prompt Linux untukroot pula mungkin[root@komputer01 ~]#.


Untuk keluar dari sistem, gunakan arahanlogout atauexit kemudian tekan[Enter].

Last login: Mon Dec 30 14:35:36 2013 from 192.168.1.1[guest@komputer01 ~]$ logout

Pada kebanyakan sistem Linux, anda boleh keluar dari sistem dengan menekan kunci[Ctrl] dan[D] serentak.


Maklumat Pengguna -finger,id,who,whoami,who am i

[sunting]

Maklumat pengguna yang sedang menggunakan sistem boleh dilihat dengan menggunakan arahanfinger.

[guest@komputer01 ~]$ fingerLogin     Name       Tty      Idle  Login Time   Office     Office Phoneguest     Guest      pts/0          Jan  9 13:49 (192.168.1.1)root      root       tty7       9d  Jan  8 17:09 (:0)

Berdasarkan output di atas, ada dua pengguna ketika ini iaituguest danroot.


Cuba arahanfinger guest seperti di bawah untuk lihat maklumat lanjut penggunaguest.

[guest@komputer01 ~]$ finger guestLogin: guest                            Name: GuestDirectory: /home/guest                  Shell: /bin/bashOn since Thu Jan  9 13:49 (MYT) on pts/0 from 192.168.1.1No mail.No Plan.


Kita dapat beberapa maklumat seperti berikut:-

Akaun Pengguna guest
Nama PenggunaGuest
Direktori Pengguna /home/guest
Penterjemah Arahan (Shell) /bin/bash
Waktu Masuk Sistem13:49, Khamis, 9 Jan 2014
Dari Sistem192.168.1.1

Kita boleh lihatshell atau penterjemah arahan Linux yang digunakan ialahBourne-again Shell (/bin/bash).


Di dalam sistem operasi Unix terdapatshell lain sepertiBourne Shell (/bin/sh),C Shell (/bin/csh) danKorn Shell (/bin/ksh).Shell lalai bagi pengguna Linux ialahbash.


Fungsishell hampir sama seperticommand.com dalam DOS.Prompt# biasanya dipaparkan jika anda masuk menggunakan akaunroot manakalaprompt$ dipaparkan jika anda masuk menggunakan akaun biasa. Selain darifinger, arahanid,who,whoami danwho am i juga boleh digunakan.


Cuba taip arahanid,id root,who,whoami, danwho am i seperti contoh-contoh berikut.

[guest@komputer01 ~]$ iduid=101(guest) gid=100(users) groups=100(users) context=unconfined_u:unconfined_r:unconfined_t:s0-s0:c0.c1023[guest@komputer01 ~]$ id guestuid=101(guest) gid=100(users) groups=100(users)[guest@komputer01 ~]$

Arahanid akan paparkanuid (user id) anda iaitu101. Akaunguest berada dalam kumpulan (group)users yang mempunyaigid (group id)100. Setiap pengguna mempunyaiuid berbeza.


[guest@komputer01 ~]$ whoroot     tty7         2014-01-08 17:09 (:0)guest    pts/0        2014-01-10 08:06 (192.168.1.1)[guest@komputer01 ~]$ whoamiguest[guest@komputer01 ~]$ who am iguest    pts/0        2014-01-10 08:06 (192.168.1.1)

Arahanwho akan paparkan akaun pengguna diikuti dengan tty, tarikh dan masa masuk sistem serta nama atau alamat IP asal komputer yang digunakan. Jika tiada nama komputer atau alamat IP seperti:0, ia bermakna pengguna masuk melalui konsol.


Setiap pengguna diberi tty berlainan bagi setiap sesi terminal. Pengguna yang masuk melalui konsol biasanya menggunakan Tetingkap X (X Windows). Setiap kali pengguna buka tetingkap terminal baru, setiap kali itulah ia akan dapat tty baru sepertitty7 ataupts/0.


Kita juga dapat lihatroot masuk ke dalam sistem melalui konsol manakalaguest masuk ke dalam sistem melalui komputer lain. Nama komputer yangguest gunakan tidak didaftar dalam sistem. Oleh itu alamat IP192.168.1.1 yang kelihatan dan bukan nama komputer. Nama:0 atau:0.0 sebenarnya merujuk kepada sistem itu sendiri (komputer01).


Menukar Kata Laluan -passwd

[sunting]

Bagi tujuan keselamatan, anda boleh tukar kata laluan pada bila-bila masa. Gunakan arahanpasswd untuk menukarnya.

[guest@komputer01 ~]$ passwdChanging password for user guest.Changing password for guest.(current) UNIX password:New password:Retype new password:passwd: all authentication tokens updated successfully.
  • Untuk(current) UNIX password:, taip kata laluan lama kemudian tekan[Enter].
  • UntukNew password:, taip kata laluan baru kemudian tekan[Enter].
  • UntukRetype new password:, taip sekali lagi kata laluan baru kemudian tekan[Enter].


Mesej "successfully" dipaparkan jika pertukaran kata laluan berjaya dilakukan.


Memilih Kata Laluan

[sunting]

Anda tidak digalakkan menggunakan kata laluan yang sama dengan akaun sendiri. Bagi akaunguest, elakkan daripada menggunakan kata laluanguest. Di sini, ia digunakan bagi tujuan pembelajaran sahaja.


Kata laluan boleh terdiri dari gabungan aksaraA-Z,a-z,0-9,!,@,# dan sebagainya. Panjang minima biasanya 6 aksara. Sebaik-baiknya gabungkan huruf besar dan kecil serta nombor. Jangan sekali-kali guna kata laluan yang boleh didapati daripada kamus, nama anda, nama komputer atau singkatan nama anda kerana ia mudah diteka. Contoh-contoh kata laluan yang tidak selamat adalah seperti di bawah:-


  • guest1 (nombor 1 selepas akaun pengguna)
  • guest123 (nombor 123 selepas akaun pengguna)
  • 123guest (nombor 123 sebelum akaun pengguna)
  • qwerty (turutan kunci pada papan kunci)
  • wysiwyg (singkatanwhat you see is what you get)


Menukar Nama Pengguna -chfn

[sunting]

Pengguna boleh menukar maklumatfinger mereka dengan menggunakan arahanchfn. Kata laluan perlu diisi ketika melakukan arahan ini.

[guest@komputer01 ~]$ chfnChanging finger information for guest.Password:Name [Guest]: TetamuOffice []: KLOffice Phone []: 03 1234567Home Phone []: 03 7654321Finger information changed.

Maklumat yang ada dalam kurungan merupakan maklumat semasa. Taip maklumat baru jika anda hendak tukar yang lama. Contoh di atas menunjukkan pertukaran namaGuest kepadaTetamu serta penambahan nombor telefon pejabat dan rumah. Tekan[Enter] jika anda tidak mahu mengubah apa-apa.


Lihat kembali maklumat yang sudah ditukar dengan menggunakan arahanfinger.

[guest@komputer01 ~]$ finger guestLogin: guest                            Name: TetamuDirectory: /home/guest                  Shell: /bin/bashOffice: KL, 03 1234567                  Home Phone: 03 7654321On since Mon Jan 27 12:29 (MYT) on pts/0 from 192.168.1.1No mail.No Plan.


Menukar Shell Pengguna -chsh

[sunting]

Shell semasa boleh diubah dengan menggunakan arahanchsh. Di bawah ialah cara menukar/bin/bash (Bourne-again Shell) kepada/bin/csh (C Shell).

[guest@komputer01 ~]$ chshChanging shell for guest.Password:New shell [/bin/bash]: /bin/cshShell changed.[guest@komputer01 ~]$

Taip kata laluan terlebih dahulu. Jika tidak mahu mengubahshell, jangan taip apa-apa pada ruanganNew shell, cuma tekan[Enter].


Kenali Sistem Anda

[sunting]

Maklumat sistem yang sedang anda guna seperti nama komputer, alamat IP (Internet Protocol address), jenis perkakasan dan sistem operasi boleh diperolehi dengan beberapa arahan.


Papar Nama Komputer -hostname

[sunting]
[guest@komputer01 ~]$ hostnamekomputer01[guest@komputer01 ~]$

Anda mungkin dapat outputlocalhost jika nama komputer belum pernah ditetapkan sebelum ini.


Papar Maklumat Sistem Komputer -uname

[sunting]

Guna arahanuname dengan opsyen-a untuk papar maklumat sistem.

[guest@komputer01 ~]$ uname -aLinux komputer01 2.6.32-358.el6.x86_64 #1 SMP Fri Feb 22 00:31:26 UTC 2013 x86_64 x86_64 x86_64 GNU/Linux[guest@komputer01 ~]$

Dari maklumat di atas,Linux adalah nama sistem operasi yang digunakan,komputer01 ialah nama komputer anda dan2.6.32-358.el6.x86_64 adalah versikernel sistem operasi.


Selainhostname, arahanuname dengan opsyen-n juga boleh digunakan untuk mendapatkan output yang sama.

[guest@komputer01 ~]$ uname -nkomputer01[guest@komputer01 ~]$


Papar Alamat IP -ifconfig

[sunting]

Arahanifconfig digunakan untuk konfigur antaramuka rangkaian. Ia juga boleh digunakan untuk melihat alamat IP.

[guest@komputer01 ~]$ ifconfigeth0      Link encap:Ethernet  HWaddr 08:00:27:9D:CD:86          inet addr:192.168.1.2  Bcast:192.168.1.255  Mask:255.255.255.0          inet6 addr: fe80::a00:27ff:fe9d:cd86/64 Scope:Link          UP BROADCAST RUNNING MULTICAST  MTU:1500  Metric:1          RX packets:222065 errors:0 dropped:0 overruns:0 frame:0          TX packets:1629 errors:0 dropped:0 overruns:0 carrier:0          collisions:0 txqueuelen:1000          RX bytes:18551105 (17.6 MiB)  TX bytes:181428 (177.1 KiB)lo        Link encap:Local Loopback          inet addr:127.0.0.1  Mask:255.0.0.0          inet6 addr: ::1/128 Scope:Host          UP LOOPBACK RUNNING  MTU:16436  Metric:1          RX packets:36 errors:0 dropped:0 overruns:0 frame:0          TX packets:36 errors:0 dropped:0 overruns:0 carrier:0          collisions:0 txqueuelen:0          RX bytes:2888 (2.8 KiB)  TX bytes:2888 (2.8 KiB)

Berdasarkan output di atas, alamat IP yang telah ditetapkan pada kad rangkaianeth0 ialah192.168.1.2 iaitu nilai bagiinet addr.


Setiap komputer yang bersambung dalam rangkaian perlu mempunyai alamat IP sendiri jika ingin berkomunikasi dengan komputer-komputer lain. Kita boleh cari senarai alamat IP dengan merujuk kepada failhosts. Fail ini terletak di dalam direktori/etc. Sila gunakan arahancat seperti di bawah:-

[guest@komputer01 ~]$ cat /etc/hosts127.0.0.1    localhost localhost.localdomain localhost4 localhost4.localdomain4::1          localhost localhost.localdomain localhost6 localhost6.localdomain6192.168.1.2  komputer01 komputer01.mydomain.com[guest@komputer01 ~]$


Papar Nama Domain -domainname

[sunting]

Nama domain boleh diperolehi dengan arahandomainname.

[guest@komputer01 ~]$ domainname(none)[guest@komputer01 ~]$


Jika nama domain tidak pernah ditetapkan, anda akan dapat output(none).


Struktur Fail dan Direktori

[sunting]

Struktur fail dan direktori dalam Linux berbentuk hirarki. Ia bermula dengan direktori/. Direktori ini mempunyai beberapa subdirektori yang mengandungi fail-fail dan juga subdirektori sendiri di mana pada subdirektori terakhir terdapat fail-fail program, manual dan sebagainya.

                                               /                                               |     --------------------------------------------------------------------------------------------     |      |      |      |      |      |      |      |      |      |      |      |      |      |    bin    boot   dev    etc    home   lib    mnt    opt    proc   root   sbin   tmp    usr    var ---                                 |                                                              |     |                               guest                                                           log   mail


Fail dan Direktori Sistem

[sunting]

Paras atas hirarki fail dalam sistem Linux iaitu/ dirujuk sebagai direktori akar (root directory). Di dalam direktori akar terdapat subdirektori seperti:-


  • bin - Mengandungi program-program binari yang diperlukan bagi sistem untuk but (boot) dan beroperasi.


  • dev - Fail-fail peranti untuk kegunaan peranti seperti cdrom, kad rangkaian (network card), pencetak dan cakera liat (hard disk).


  • etc - Mengandungi fail-fail skrip dan konfigurasi untuk sistem.


  • lib - Mengandungi modul-modulkernel danlibraries yang diperlukan oleh sistem operasi.


  • mnt - Direktori sementara untuk menyambungkan peranti-peranti seperti cdrom dan cakera liut.


  • sbin - Mengandungi fail-fail binari dan utiliti untuk Pentadbir Sistem.


  • var - Mengandungi fail-fail data dan log seperti e-mel pengguna dan maklumat sistem.


  • usr - Mengandungi pelbagai fail sama ada program binari,libraries, aplikasi-aplikasi dan juga pakej untuk Tetingkap X. Kebanyakan fail arahan terletak dalam direktori/usr/bin dan/usr/sbin.


  • opt - Sesetengah sistem Linux tidak menggunakan atau tidak mempunyai subdirektoriopt. Direktori ini biasanya untuk aplikasi seperti Java dan pengkompil.


  • tmp - Lokasi untuk fail-fail sementara.


Gunakan kombinasi arahanls dengan opsyen-al serta arahangrep dengan carian rentetan^d untuk lihat subdirektori yang ada dalam direktori akar.

[guest@komputer01 ~]$ ls -al / | grep ^ddr-xr-xr-x.  25 root root  4096 Jan 27 11:56 .dr-xr-xr-x.  25 root root  4096 Jan 27 11:56 ..dr-xr-xr-x.   2 root root  4096 Nov 20 16:33 bindr-xr-xr-x.   5 root root  1024 Nov 20 15:19 bootdrwx------.   3 root root  4096 Nov 20 15:30 .dbusdrwxr-xr-x.  19 root root  3740 Jan 27 11:56 devdrwxr-xr-x. 114 root root 12288 Jan 27 14:59 etcdrwxr-xr-x.   3 root root  4096 Jan  9 10:27 homedr-xr-xr-x.  11 root root  4096 Nov 20 15:15 libdr-xr-xr-x.   9 root root 12288 Nov 20 16:33 lib64drwx------.   2 root root 16384 Nov 20 15:09 lost+founddrwxr-xr-x.   4 root root  4096 Dec 30 14:06 mediadrwxr-xr-x.   2 root root     0 Jan 27 11:56 miscdrwxr-xr-x.   2 root root  4096 Sep 23  2011 mntdrwxr-xr-x.   2 root root     0 Jan 27 11:56 netdrwxr-xr-x.   3 root root  4096 Nov 20 15:18 optdr-xr-xr-x. 119 root root     0 Jan 27 11:56 procdr-xr-x---.  25 root root  4096 Jan 10 20:58 rootdr-xr-xr-x.   2 root root 12288 Nov 20 16:33 sbindrwxr-xr-x.   7 root root     0 Jan 27 11:56 selinuxdrwxr-xr-x.   2 root root  4096 Sep 23  2011 srvdrwxr-xr-x.  13 root root     0 Jan 27 11:56 sysdrwxrwxrwt.  11 root root  4096 Jan 28 03:15 tmpdrwxr-xr-x.  13 root root  4096 Nov 20 15:10 usrdrwxr-xr-x.  22 root root  4096 Nov 20 15:17 var[guest@komputer01 ~]$

Dari output di atas,. (satu titik) ialah direktori semasa (current directory) manakala.. (dua titik bertindih) merupakan direktori di atas direktori semasa (parent directory).


Nama fail-fail dalam Linux merupakan "case-sensitive". Failmbox danMbox adalah dua fail berbeza. Terdapat juga fail yang bermula dengan. (satu titik) seperti.bash_profile. Ia merupakan fail tersembunyi (hidden file) dan tidak dapat dilihat jika menggunakan arahanls tanpa opsyen-a.


Fail dan Direktori Aplikasi

[sunting]

Aplikasi seperti Java dan pengkompil (compiler) sepertigcc danperl biasanya diletakkan di dalam direktori/usr/local. Sewaktu penyediaan aplikasi atau pengkompil, Pentadbir Sistem boleh tempatkan ia di direktori lain tapi adalah lebih baik jika diletakkan di direktori tersebut untuk memudahkan pengguna mencarinya di situ. Ia juga memudahkan Pentadbir Sistem untuk membuatbackup atau naik taraf aplikasi-aplikasi berkenaan.


Fail dan Direktori Pengguna

[sunting]

Berikut contoh direktori pengguna atau direktori rumah untuk penggunaguest yang mungkin terdapat dalam sistem.

  • /home/guest
  • /user/guest
  • /staff/guest


Ia mengandungi fail-fail atau dokumen pengguna. Bagi akaunguest, semua fail kepunyaan beliau disimpan dalam direktori ini yang ditentukan oleh Pentadbir Sistem sewaktu akaunguest dibina.


Persekitaran dalam Linux

[sunting]

Persekitaran dalam Linux penting bagi setiap pengguna. Ia membantu pengguna melaksanakan tugas dengan mudah. Persekitaran yang disediakan dengan betul membolehkan aplikasi yang dipasang dalam sistem digunakan tanpa sebarang masalah.


Papar Maklumat Persekitaran -env,echo,alias

[sunting]

Guna arahanenv untuk paparkan maklumat persekitaran dalam Linux.

[guest@komputer01 ~]$ envHOSTNAME=komputer01SELINUX_ROLE_REQUESTED=TERM=xtermSHELL=/bin/bashHISTSIZE=1000SSH_CLIENT=192.168.1.1 65113 22SELINUX_USE_CURRENT_RANGE=QTDIR=/usr/lib64/qt-3.3OLDPWD=/usr/localQTINC=/usr/lib64/qt-3.3/includeSSH_TTY=/dev/pts/1USER=guestLS_COLORS=rs=0:di=01;34:ln=01;36:mh=00:pi=40;33:so=01;35:do=01;35:bd=40;33;01:cd=40;33;01:or=40;31;01:mi=01;05;37;41:su=37;41:sg=30;43:ca=30;41:tw=30;42:ow=34;42:st=37;44:ex=01;32:*.tar=01;31:*.tgz=01;31:*.arj=01;31:*.taz=01;31:*.lzh=01;31:*.lzma=01;31:*.tlz=01;31:*.txz=01;31:*.zip=01;31:*.z=01;31:*.Z=01;31:*.dz=01;31:*.gz=01;31:*.lz=01;31:*.xz=01;31:*.bz2=01;31:*.tbz=01;31:*.tbz2=01;31:*.bz=01;31:*.tz=01;31:*.deb=01;31:*.rpm=01;31:*.jar=01;31:*.rar=01;31:*.ace=01;31:*.zoo=01;31:*.cpio=01;31:*.7z=01;31:*.rz=01;31:*.jpg=01;35:*.jpeg=01;35:*.gif=01;35:*.bmp=01;35:*.pbm=01;35:*.pgm=01;35:*.ppm=01;35:*.tga=01;35:*.xbm=01;35:*.xpm=01;35:*.tif=01;35:*.tiff=01;35:*.png=01;35:*.svg=01;35:*.svgz=01;35:*.mng=01;35:*.pcx=01;35:*.mov=01;35:*.mpg=01;35:*.mpeg=01;35:*.m2v=01;35:*.mkv=01;35:*.ogm=01;35:*.mp4=01;35:*.m4v=01;35:*.mp4v=01;35:*.vob=01;35:*.qt=01;35:*.nuv=01;35:*.wmv=01;35:*.asf=01;35:*.rm=01;35:*.rmvb=01;35:*.flc=01;35:*.avi=01;35:*.fli=01;35:*.flv=01;35:*.gl=01;35:*.dl=01;35:*.xcf=01;35:*.xwd=01;35:*.yuv=01;35:*.cgm=01;35:*.emf=01;35:*.axv=01;35:*.anx=01;35:*.ogv=01;35:*.ogx=01;35:*.aac=01;36:*.au=01;36:*.flac=01;36:*.mid=01;36:*.midi=01;36:*.mka=01;36:*.mp3=01;36:*.mpc=01;36:*.ogg=01;36:*.ra=01;36:*.wav=01;36:*.axa=01;36:*.oga=01;36:*.spx=01;36:*.xspf=01;36:MAIL=/var/spool/mail/guestPATH=/usr/lib64/qt-3.3/bin:/usr/local/bin:/bin:/usr/bin:/usr/local/sbin:/usr/sbin:/sbin:/home/guest/binPWD=/home/guestLANG=en_US.UTF-8SELINUX_LEVEL_REQUESTED=SSH_ASKPASS=/usr/libexec/openssh/gnome-ssh-askpassHISTCONTROL=ignoredupsSHLVL=1HOME=/home/guestLOGNAME=guestQTLIB=/usr/lib64/qt-3.3/libCVS_RSH=sshSSH_CONNECTION=192.168.1.1 65113 192.168.1.2 22LESSOPEN=|/usr/bin/lesspipe.sh %sG_BROKEN_FILENAMES=1_=/bin/env[guest@komputer01 ~]$

Dari maklumat di atas, anda dapat lihat nilai pembolehubah-pembolehubah (variables) yang diperolehi daripada sistem dan skriplogin (fail.bash_profile). Pembolehubah tersebut adalah sepertiHOME,PATH,SHELL danMAIL. Kesemua pembolehubah ini penting dalam persekitaran Linux.


Selain itu, anda juga boleh gunakan arahanecho untuk melihat nilai bagi satu pembolehubah tertentu.

[guest@komputer01 ~]$ echo $SHELL/bin/bash[guest@komputer01 ~]$ echo $MAIL/var/spool/mail/guest[guest@komputer01 ~]$

Apabila menggunakan arahanecho, simbol$ perlu ditambah di hadapan pembolehubah untuk memaparkan nilainya.


Jika anda perlu pembolehubah baru, ia boleh ditambah di dalam fail.bash_profile. Gunakan arahancat untuk lihat isi kandungannya.

[guest@komputer01 ~]$ cat .bash_profile# .bash_profile# Get the aliases and functionsif [ -f ~/.bashrc ]; then        . ~/.bashrcfi# User specific environment and startup programsPATH=$PATH:$HOME/binexport PATH[guest@komputer01 ~]$


Taip arahanalias pula untuk lihat senarai arahan yang mungkin sudah diringkaskan bagi tujuan tertentu.

[guest@komputer01 ~]$ aliasalias l.='ls -d .* --color=auto'alias ll='ls -l --color=auto'alias ls='ls --color=auto'alias which='alias | /usr/bin/which --tty-only --read-alias --show-dot --show-tilde'

Arahan asal agak panjang tapi telah diringkaskan denganalias.


Arahanls -l --color=auto misalnya telah diringkaskan menjadill sahaja.

[guest@komputer01 ~]$ lltotal 40-rw-r--r--. 1 guest users    0 Jan 29 14:33 cuba1-rw-r--r--. 1 guest users    0 Feb 14 10:13 cuba2-rw-------. 1 guest users  504 Feb 11 13:57 dead.letter-rw-r--r--. 1 guest users   59 Feb 14 11:30 failbaru-rw-r--r--. 1 guest users  331 Feb  5 16:32 fail.tar.gz-rw-r--r--. 1 guest users   34 Jan 29 13:57 fail.txt.gz-rw-r--r--. 1 guest users   38 Jan 29 12:30 hello.c-rw-r--r--. 1 guest users   53 Feb 10 15:23 perkataan.txt-rwxr-xr-x. 1 guest users    5 Jan 29 12:31 prog.shdrwxr-xr-x. 2 guest users 4096 Jan 29 12:27 tugasan[guest@komputer01 ~]$


Contoh di bawah menunjukkan bagaimana arahanecho $MAIL diringkaskan menjadiem.

[guest@komputer01 ~]$ echo $MAIL/var/spool/mail/guest[guest@komputer01 ~]$ alias em='echo $MAIL'[guest@komputer01 ~]$ em/var/spool/mail/guest[guest@komputer01 ~]$


Shell

[sunting]

Linux menyediakan satu program penterjemah arahan yang dipanggilshell.Shell bertindak sebagai antaramuka di antara Linux dan pengguna. Ia membaca arahan yang anda taip, menterjemah arahan tersebut, melaksanakannya kemudian menunggu arahan lain pula.Prompt Linux dipaparkan menandakan ia bersedia untuk menerima sebarang arahan dari anda.


Setiap arahan dalamshell mengandungi nama arahan, pilihan arahan (jika ada) dan juga argumen (jika ada). Nama arahan, pilihan dan argumen dijarakkan dengan ruang kosong.


Sintaks : NamaArahan [-Pilihan] [Argumen]

Contoh  : ls -al /home


Shell merupakan satu program yang dilaksanakan olehkernel Linux untuk pengguna. Satu program dirujuk sebagai satu proses sewaktukernel melaksanakannya.Kernel boleh laksanakan satu programshell yang sama (atau sebarang program lain) secara serentak untuk ramai pengguna. Setiap program yang dilaksanakan itu pula merupakan proses-proses yang berasingan.


Kebanyakan arahan-arahan asasshell adalah subrutin yang dibina dalam programshell. Arahan-arahan yang bukan subrutin dalamshell perlukankernel untuk memulakan satu proses bagi perlaksanaannya. Proses ini dikenali sebagai proses anak (child process). Kewujudan proses anak adalah untuk jangkamasa yang mencukupi bagi proses perlaksanaannya.Shell akan tunggu sehingga proses anak ini selesai sebelum ia bersedia menerima arahan selanjutnya.


Contoh arahan subrutin dalamshell ialah prosedur untuk keluar sistem sepertiexit danlogout. Jika prosedur keluar sistem tidak dibina dalamshell,kernel akan mulakan satu proses anak. Apabila proses anak berakhir, kita akan kembali kepadashell asal. Ini akan menimbulkan masalah kerana kita tidak dapat keluar dan masih berada dalam sistem. Oleh sebab itulogout atauexit mesti dibina sebagai subrutin dalamshell.


Sila lihat manualbash dengan arahanman bash untuk mencari lain-lain arahan subrutin dalamshell.

[guest@komputer01 ~]$ man bashSHELL BUILTIN COMMANDS       Unless otherwise noted, each builtin command documented in this section       as accepting options preceded by - accepts -- to signify the end of the       options.   The  :, true, false, and test builtins do not accept options       and do not treat -- specially.  The exit, logout, break, continue, let,       and  shift builtins accept and process arguments beginning with - with-       out requiring --.  Other builtins that accept  arguments  but  are  not       specified  as accepting options interpret arguments beginning with - as       invalid options and require -- to prevent this interpretation.

Maklumat berkenaan subrutin dalamshell boleh diperolehi di bawah tajukSHELL BUILTIN COMMANDS.


Arahan subrutin seperticd,pwd,echo,exit danlogout tidak akan dijumpai dalam direktori/bin,/usr/bin atau/sbin kerana ia dibina dalamshell/bin/bash. Manakala arahan bukan subrutin sepertichfn,passwd,hostname boleh dijumpai dalam salah satu direktori tersebut.


Tekan kunci[Q] untuk keluar dari arahanman.


SkripLogin

[sunting]

Sewaktu pengguna masuk (login) ke dalam akaun Linux, satu atau lebih skriplogin akan dibaca. Fail yang dibaca bergantung kepada jenisshell yang digunakan. Fail-fail tersebut terletak dalam direktori rumah pengguna. Fungsinya samalah seperti failautoexec.bat dalam DOS. Ia penting dalam memudahkan penggunaan arahan-arahan Linux serta aplikasi.


Berikut adalah contohshell dan skriplogin masing-masing.

ShellSkripLogin
Bourne.profile
C.cshrc
.login
Korn.profile
Bourne-again.bash_profile


Manipulasi Fail/Direktori

[sunting]

Papar Direktori Semasa -pwd

[sunting]

Untuk mengetahui direktori di mana kita berada, gunakan arahanpwd.

[guest@komputer01 ~]$  pwd/home/guest[guest@komputer01 ~]$


Bertukar ke Direktori Lain -cd

[sunting]

Anda boleh bertukar ke direktori lain dengan menggunakan arahancd.

[guest@komputer01 ~]$ cd /           (ke direktori paling atas atau direktori akar)[guest@komputer01 /]$ cd var         (ke subdirektori var)[guest@komputer01 var]$ cd mail      (ke subdirektori mail)[guest@komputer01 mail]$ pwd/var/mail[guest@komputer01 mail]$ cd          (kembali ke direktori rumah)[guest@komputer01 ~]$ pwd/home/guest[guest@komputer01 ~]$


Lihat Senarai Fail -ls

[sunting]

Arahanls digunakan untuk melihat isi kandungan sesuatu direktori. Sila taip arahan di bawah padaprompt Linux dan lihat perbezaan hasilnya.

[guest@komputer01 ~]$ lshello.c  prog.sh  tugasan[guest@komputer01 ~]$


Arahanls dengan opsyen-a untuk lihat semua sekali termasuk fail tersembunyi.

[guest@komputer01 ~]$ ls -a.   .bash_history  .bash_profile  .gnome2  .history  prog.sh..  .bash_logout   .bashrc        hello.c  .mozilla  tugasan[guest@komputer01 ~]$


Arahanls dengan opsyen-al untuk lihat maklumat lebih terperinci seperti mod keizinan, pemilik fail, kumpulan pemilik dan masa fail dibina atau diubahsuai.

[guest@komputer01 ~]$ ls -altotal 48drwx------. 5 guest users 4096 Jan 29 12:31 .drwxr-xr-x. 3 root  root  4096 Jan  9 10:27 ..-rw-------. 1 guest users  789 Jan 28 19:24 .bash_history-rw-r--r--. 1 guest users   18 Feb 22  2013 .bash_logout-rw-r--r--. 1 guest users  176 Feb 22  2013 .bash_profile-rw-r--r--. 1 guest users  124 Feb 22  2013 .bashrcdrwxr-xr-x. 2 guest users 4096 Nov 12  2010 .gnome2-rw-r--r--. 1 guest users   38 Jan 29 12:30 hello.c-rw-------. 1 guest users  104 Jan 27 15:00 .historydrwxr-xr-x. 4 guest users 4096 Nov 20 15:10 .mozilla-rwxr-xr-x. 1 guest users    5 Jan 29 12:31 prog.shdrwxr-xr-x. 2 guest users 4096 Jan 29 12:27 tugasan[guest@komputer01 ~]$


Cuba arahanls dengan opsyen-aF. Di hujung nama direktori terdapat aksara/. Fail boleh laksana (executable) seperti failprog.sh pula terdapat aksara* dihujungnya.

[guest@komputer01 ~]$ ls -aF./             .bash_profile  failbaru       .gnome2/  .mozilla/      tugasan/../            .bashrc        .failbaru.swp  hello.c   perkataan.txt.bash_history  cuba1          fail.tar.gz    .history  prog.sh*.bash_logout   dead.letter    fail.txt.gz    .lesshst  .ssh/[guest@komputer01 ~]$


Mengenalpasti Jenis Fail -file

[sunting]

Gunakan arahanfile untuk mengetahui jenis fail sama ada ia adalah fail binari, fail teks, direktori dan sebagainya.

[guest@komputer01 ~]$ file hello.chello.c: ASCII text[guest@komputer01 ~]$ file *fail.txt.gz: gzip compressed data, was "fail.txt", from Unix, last modified: Wed Jan 29 13:57:56 2014hello.c:     ASCII textprog.sh:     ASCII texttugasan:     directory[guest@komputer01 ~]$


Setelah jenis fail diketahui, kita dapat lakukan sesuatu kepada fail tersebut dengan memilih arahan yang sesuai. Contohnya guna arahancat ataumore untuk melihat kandungan fail tekshello.c danprog.sh.

[guest@komputer01 ~]$ cat hello.cmain(){  printf("Hello World\n");}[guest@komputer01 ~]$


Sudah tentu anda tidak boleh guna arahancd terhadap failhello.c kerana ia bukan direktori.

[guest@komputer01 ~]$ cd hello.c-bash: cd: hello.c: Not a directory[guest@komputer01 ~]$


Bina Fail Kosong -touch,echo

[sunting]

Anda boleh bina satu fail baru dengan arahantouch. Walau bagaimanapun fail yang dibina adalah kosong atau tiada isi dan bersaiz 0.

[guest@komputer01 ~]$ touch cuba1[guest@komputer01 ~]$ ls -al cuba1-rw-r--r--. 1 guest users 0 Jan 29 14:33 cuba1[guest@komputer01 ~]$


Arahanecho juga boleh digunakan untuk membina fail kosong jika digunakan bersama simbol> (redirect). Output dari arahan ini akan disimpan ke dalam fail dan tidak dipaparkan di skrin.

[guest@komputer01 ~]$ echo -n > cuba2[guest@komputer01 ~]$ ls -al cuba2-rw-r--r--. 1 guest users 0 Jan 29 14:34 cuba2[guest@komputer01 ~]$

Arahanecho dengan opsyen-n akan bina fail baru yang kosong isi kandungannya.


Melihat Kandungan Fail Teks -cat

[sunting]

Guna arahancat untuk melihat kandungan fail teks seperti fail.bash_profile.

[guest@komputer01 ~]$ cat .bash_profile# .bash_profile# Get the aliases and functionsif [ -f ~/.bashrc ]; then        . ~/.bashrcfi# User specific environment and startup programsPATH=$PATH:$HOME/binexport PATH[guest@komputer01 ~]$


Papar Fail Teks Bermula Dari Atas -head

[sunting]

Bagi fail teks bersaiz besar, kita boleh lihat beberapa baris kandungannya bermula dari atas dengan menggunakan arahanhead. Untuk melihat 10 baris teratas, gunakan arahan berikut.

[guest@komputer01 ~]$ head .bash_profile# .bash_profile# Get the aliases and functionsif [ -f ~/.bashrc ]; then        . ~/.bashrcfi# User specific environment and startup programsPATH=$PATH:$HOME/bin

Arahanhead tanpa opsyen akan paparkan 10 baris teratas.


Jika ingin lihat hanya 5 baris teratas gunakan opsyen-5.

 [guest@komputer01 ~]$  head -5 .bash_profile# .bash_profile# Get the aliases and functionsif [ -f ~/.bashrc ]; then        . ~/.bashrc[guest@komputer01 ~]$


Papar Fail Teks Bermula Dari Bawah -tail

[sunting]

Dengan arahantail pula, kandungan fail teks boleh dilihat bermula dari bawah.

[guest@komputer01 ~]$ tail -3 .bash_profilePATH=$PATH:$HOME/binexport PATH[guest@komputer01 ~]$


Seperti arahanhead, anda boleh guna opsyen-3 untuk lihat 3 baris paling bawah. Secara lalai, ia akan paparkan 10 baris paling bawah.


Papar Kandungan Fail Teks Semuka Demi Semuka -more

[sunting]

Selain daricat kita boleh gunakan arahanmore untuk melihat kandungan fail teks yang besar. Ia membolehkan kita melihat fail berkenaan semuka demi semuka.

[guest@komputer01 ~]$ more .bash_historyfingerfinger guestidid guestwhowhoamiwho am ipasswdchfnchshecho $SHELLhostnameuname -auname -ndomainnameifconfighostname--More--(25%)


Kemudian anda boleh tekan kunci[Enter] untuk paparkan baris demi baris atau[SpaceBar] untuk muka demi muka.


Cetak Maklumat Fail -wc

[sunting]

Arahanwc boleh digunakan untuk mengetahui bilangan baris, bilangan perkataan dan saiz fail teks.

[guest@komputer01 ~]$ wc perkataan.txt 8  8 53 perkataan.txt[guest@komputer01 ~]$

Failperkataan.txt mengandungi 8 baris, 8 perkataan dan bersaiz 53bytes.


Gunakan opsyen-l jika anda ingin tahu jumlah baris sahaja.

[guest@komputer01 ~]$ wc -l perkataan.txt8 perkataan.txt[guest@komputer01 ~]$


Salin Fail -cp

[sunting]

Guna arahancp untuk menyalin failcuba2 ke failcuba3.

[guest@komputer01 ~]$ cp cuba2 cuba3[guest@komputer01 ~]$ ls -al cuba2 cuba3-rw-r--r--. 1 guest users 1 Jan 29 14:34 cuba2-rw-r--r--. 1 guest users 1 Jan 29 16:06 cuba3[guest@komputer01 ~]$

Kedua-duanya mempunyai nama berlainan tapi isi kandungannya sama. Sekiranya failcuba3 sudah wujud sebelum ini, isinya akan digantikan dengan isi kandungan failcuba2.


Secara lalai arahancp tidak akan memeriksa sama ada fail yang akan dibina dari proses menyalin ini sudah wujud atau tidak. Untuk elakkan daripada terganti isi kandungan fail sedia ada, kita boleh guna arahancp dengan opsyen-i.

[guest@komputer01 ~]$ cp -i cuba2 cuba3cp: overwrite `cuba3'? y[guest@komputer01 ~]$

Jawaby jika anda hendak ganti kandungan failcuba3 dengan failcuba2 dan taipn jika sebaliknya.


Tukar Nama atau Pindah Lokasi Fail -mv

[sunting]

Guna arahanmv untuk ubah nama fail misalnya daricuba3 kepada nama failcuba4.

[guest@komputer01 ~]$ ls -al cuba*-rw-r--r--. 1 guest users 0 Jan 29 14:33 cuba1-rw-r--r--. 1 guest users 1 Jan 29 14:34 cuba2-rw-r--r--. 1 guest users 1 Jan 29 16:06 cuba3[guest@komputer01 ~]$ mv cuba3 cuba4 [guest@komputer01 ~]$ ls -al cuba*-rw-r--r--. 1 guest users 0 Jan 29 14:33 cuba1-rw-r--r--. 1 guest users 1 Jan 29 14:34 cuba2-rw-r--r--. 1 guest users 1 Jan 29 16:06 cuba4[guest@komputer01 ~]$


Ia juga boleh digunakan untuk pindahkan fail ke direktori lain. Misalnya dari lokasi semasa ke lokasi baru.

[guest@komputer01 ~]$ mv cuba4 /tmp[guest@komputer01 ~]$ ls -al /tmptotal 52drwxrwxrwt. 11 root  root  4096 Jan 29 16:24 .dr-xr-xr-x. 25 root  root  4096 Jan 27 11:56 ..-rw-r--r--.  1 guest users    1 Jan 29 16:06 cuba4-r--r--r--.  1 root  root    11 Jan 27 11:56 .X0-lockdrwxrwxrwt.  2 root  root  4096 Jan 27 11:56 .X11-unix[guest@komputer01 ~]$

Arahan di atas akan memindahkan failcuba4 dari direktori semasa ke direktori/tmp.


Bina Direktori -mkdir

[sunting]

Guna arahanmkdir untuk bina direktori baru.

[guest@komputer01 ~]$ mkdir direktori[guest@komputer01 ~]$ ls -altotal 60drwx------. 6 guest users 4096 Jan 29 16:28 .drwxr-xr-x. 3 root  root  4096 Jan  9 10:27 ..-rw-------. 1 guest users  789 Jan 28 19:24 .bash_history-rw-r--r--. 1 guest users   18 Feb 22  2013 .bash_logout-rw-r--r--. 1 guest users  176 Feb 22  2013 .bash_profile-rw-r--r--. 1 guest users  124 Feb 22  2013 .bashrc-rw-r--r--. 1 guest users    0 Jan 29 14:33 cuba1-rw-r--r--. 1 guest users    1 Jan 29 14:34 cuba2drwxr-xr-x. 2 guest users 4096 Jan 29 16:28 direktori-rw-r--r--. 1 guest users   34 Jan 29 13:57 fail.txt.gzdrwxr-xr-x. 2 guest users 4096 Nov 12  2010 .gnome2-rw-r--r--. 1 guest users   38 Jan 29 12:30 hello.c-rw-------. 1 guest users  104 Jan 27 15:00 .historydrwxr-xr-x. 4 guest users 4096 Nov 20 15:10 .mozilla-rwxr-xr-x. 1 guest users    5 Jan 29 12:31 prog.shdrwxr-xr-x. 2 guest users 4096 Jan 29 12:27 tugasan[guest@komputer01 ~]$


Pembinaan beberapa subdirektori mengikut tujuan tertentu adalah bagus terutama sekali dalam pengurusan fail. Jika beratus atau beribu fail berada dalam satu direktori sahaja, agak sukar untuk mencari dan menguruskannya.


Menghapuskan Fail/Direktori -rm,rmdir

[sunting]

Gunakan arahanrm untuk hapuskan fail.

[guest@komputer01 ~]$ rm cuba2[guest@komputer01 ~]$

Tiada cara untuk kembalikan fail yang sudah dihapuskan kecuali jika anda ada buat salinan (backup) sebelum ini.


Arahanrm dengan opsyen-i akan meminta kepastian terlebih dahulu sama ada anda ingin menghapuskan fail tersebut.

[guest@komputer01 ~]$ rm -i cuba2rm: remove regular file `cuba2'? y[guest@komputer01 ~]$

Jawaby untuk hapuskan fail atau jawabn jika sebaliknya.


Untuk menghapuskan semua fail dalam satu subdirektorixyz berserta subdirektori tersebut, guna arahanrm dengan opsyen-r.

[guest@komputer01 ~]$ rm -r xyz[guest@komputer01 ~]$


Guna arahanrmdir untuk hapuskan direktori kosong (tidak mengandungi sebarang fail atau subdirektori di dalamnya).

[guest@komputer01 ~]$ mkdir temp[guest@komputer01 ~]$ rmdir temp[guest@komputer01 ~]$


Tukar Mod Keizinan -chmod

[sunting]

Setiap fail atau direktori mempunyai mod keizinannya sendiri. Ia dapat mengelakkan pengguna mengubahsuai fail-fail pengguna lain atau mengubah fail-fail sistem. Sebelum mod keizinan diubah, pengguna perlu lihat terlebih dahulu menggunakan arahanls dengan opsyen-al.

[guest@komputer01 ~]$ ls -altotal 52drwx------. 5 guest users 4096 Jan 30 09:12 .drwxr-xr-x. 3 root  root  4096 Jan  9 10:27 ..-rw-------. 1 guest users 1876 Jan 29 19:31 .bash_history-rw-r--r--. 1 guest users   18 Feb 22  2013 .bash_logout-rw-r--r--. 1 guest users  176 Feb 22  2013 .bash_profile-rw-r--r--. 1 guest users  124 Feb 22  2013 .bashrc-rw-r--r--. 1 guest users    0 Jan 29 14:33 cuba1-rw-r--r--. 1 guest users   34 Jan 29 13:57 fail.txt.gzdrwxr-xr-x. 2 guest users 4096 Nov 12  2010 .gnome2-rw-r--r--. 1 guest users   38 Jan 29 12:30 hello.c-rw-------. 1 guest users  104 Jan 27 15:00 .historydrwxr-xr-x. 4 guest users 4096 Nov 20 15:10 .mozilla-rwxr-xr-x. 1 guest users    5 Jan 29 12:31 prog.shdrwxr-xr-x. 2 guest users 4096 Jan 29 12:27 tugasan[guest@komputer01 ~]$


Dari output di atas, di sebelah kiri sekali terdapat 10 aksara.

  • Aksara pertama menunjukkan sama ada ia fail biasa (-), hubungan simbolik (l), fail aksara istimewa (c) atau direktori (d).
  • 9 aksara berikutnya ialah mod keizinan yang dibahagi kepada tiga iaitu untuk pemilik (owner), kumpulan (group) dan lain-lain (other).
  • Bagi setiap bahagian tersebut masing-masing mewakili mod keizinan baca (r), tulis (w) dan laksana (x).
  • Simbol tanda sengkang (-) pula menandakan bahawa tiada keizinan baca, tulis atau laksana bagi fail atau direktori berkenaan.
  • Dari output tersebut juga kita dapat lihatguest sebagai pemilik bagi semua fail dan direktori kecuali direktori induk (..).


Apa yang penting di sini ialah hanya pemilik iaituguest danroot sahaja yang boleh menukar mod keizinan fail dan direktori. Keizinan untuk pengguna lain baca, tulis atau laksana bergantung kepada mod keizinan fail dan direktori tersebut.


Untuk penerangan lebih jelas kita ambil contoh direktoritugasan.

drwxr-xr-x. 2 guest users 4096 Jan 29 12:27 tugasan

Mod keizinan untukguest ialah baca (r), tulis (w) dan laksana (x). Untuk pengguna lain yang sekumpulan denganguest iaitu kumpulanusers, mod keizinannya ialah baca (r) dan laksana (x) sahaja. Begitu juga dengan pengguna lain yang bukan dalam kumpulanusers di mana mod keizinannya ialah baca (r) dan laksana (x).


Pengguna selainguest tidak boleh bina fail atau direktori di dalam direktoritugasan. Mereka cuma boleh masuk ke dalam direktori ini untuk melihat dan menyalin fail. Begitupun ia masih tertakluk kepada mod keizinan direktori sebelumtugasan iaitu direktori semasa (.) atau/home/guest.


drwx------. 5 guest users 4096 Jan 30 09:12 .

Jika dilihat pada mod keizinan direktori rumah bagiguest, pengguna lain (kecualiroot) tidak mempunyai keizinan untuk masuk. Oleh itu pengguna lain juga sudah tentu tidak boleh masuk ke dalam direktoritugasan.


Untuk membolehkan pengguna lain memasuki direktori rumahguest, penggunaguest perlu menukarnya kepada moddrwxr-xr-x dengan arahanchmod.

[guest@komputer01 ~]$ chmod go+rx .[guest@komputer01 ~]$

Apa yang dilakukan arahan di atas ialah memberi kumpulanusers (g) dan pengguna lain (o) kebenaran untuk baca (r) dan laksana (x) terhadap direktori semasa (.) bagiguest iaitu/home/guest.


Hasilnya mod keizinan akan bertukar seperti berikut.

drwxr-xr-x. 5 guest users 4096 Jan 30 09:12 .


Hasil yang sama juga boleh diperolehi dengan arahan berikut.

[guest@komputer01 ~]$ chmod 755 .[guest@komputer01 ~]$


Adakalanya pertukaran mod keizinan dengan menggunakan nombor lebih mudah berbanding penggunaan aksara dan simbol.

NilaiNo. PerduaanModKeizinan
00 0 0---Tiada
10 0 1--xLaksana sahaja
20 1 0-w-Tulis sahaja
30 1 1-wxTulis dan Laksana sahaja
41 0 0r--Baca sahaja
51 0 1r-xBaca dan Laksana sahaja
61 1 0rw-Baca dan Tulis sahaja
71 1 1rwxSemua


Di bawah ialah contoh nilai mod yang biasa digunakan dengan arahahchmod diikuti dengan mod keizinan yang dilihat dengan arahanls -al setelah selesai melakukan arahanchmod tersebut.

ArahanMod Keizinan
chmod 000 fail---------
chmod 100 fail--x------
chmod 211 fail-w---x--x
chmod 444 failr--r--r--
chmod 644 failrw-r--r--
chmod 700 failrwx------
chmod 711 failrwx--x--x
chmod 777 failrwxrwxrwx


Pengubahsuaian Fail Teks -vi

[sunting]

Linux mempunyai pengubahsuai teksnya sendiri iaituvi (Visual Implementation). Dalamvi terdapat tiga mod berbeza iaitu arahan (command), input dan baris terakhir (last line). Gunakan arahan berikut untuk menggunakanvi dengan andaianfailbaru adalah fail teks baru.

[guest@komputer01 ~]$ vi failbaru


Pada permulaan penggunaanvi anda akan berada dalam mod arahan (command mode). Pada masa ini anda boleh gerakkan kursor ke seluruh skrin, ubahsuai kandungan fail dan lakukan proses carian rentetan. Bagi fail yang baru dibina, isinya kosong. Anda perlu berada dalam mod input untuk masukkan teks ke dalam fail tersebut. Caranya ialah dengan menekan salah satu kunci berikut.

  • Kunci[I] untuk selit (insert).
  • Kunci[A] untuk tambah (append).


-- INSERT --

Di bahagian bawah skrin akan kelihatan-- INSERT -- menandakan anda berada dalam mod input.


Sila taip tekssatu hinggasepuluh seperti dibawah.

satu                  (kemudian tekan [Enter])dua                   (kemudian tekan [Enter])tiga                  (kemudian tekan [Enter])empat                 (kemudian tekan [Enter])lima                  (kemudian tekan [Enter])enam                  (kemudian tekan [Enter])tujuh                 (kemudian tekan [Enter])lapan                 (kemudian tekan [Enter])sembilan              (kemudian tekan [Enter])sepuluh               (kemudian tekan [Esc])

Selepas menekan kunci[Esc] mod input (--INSERT--) akan bertukar kepada mod arahan.


Simpan (save) teks yang telah ditaip dengan menekan aksara: diikuti aksaraw.

:w


Kemudian tekan[Enter].

"failbaru" [New] 10L, 59C written

Perubahan dalam kandunganfailbaru telah disimpan.


Dalam mod input anda boleh gerakkan kursor ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke kanan dengan menekan kunci berikut.

  • Tekan kunci [] atau [K] untuk ke atas.
  • Tekan kunci [] atau [J] untuk ke bawah.
  • Tekan kunci [] atau [H] untuk ke kiri.
  • Tekan kunci [] atau [L] untuk ke kanan.


Andaikan kita ingin menambah perkataankosong sebelum perkataansatu. Ikut langkah berikut.

  • Gerakkan kursor anda supaya berada pada baris pertama pada hurufs perkataansatu.
  • Tekan kunci[Shift] dan kunci[O] serentak. Satu baris kosong akan diselitkan di atas baris yang mengandungi tekssatu.
satudua..-- INSERT --


  • Taip perkataankosong pada baris tersebut kemudian tekan kunci[Esc].
kosongsatudua..


Sekarang kita ingin menambah perkataansebelas pula iaitu selepas perkataansepuluh. Ikut langkah berikut.

  • Tekan kunci[Shift] dan[G] serentak. Ia akan gerakkan kursor anda terus ke baris terakhir dalam fail iaitu pada perkataansepuluh.
  • Tekan kunci[O]. Satu baris baru akan ditambah di bawah baris yang mengandungi perkataansepuluh.
  • Taip perkataansebelas kemudian tekan kunci[Esc].

Anda sudah selesai menambah perkataankosong di baris paling atas dan perkataansebelas di baris paling bawah.


Simpan perubahan tersebut dengan menaip aksara:,w danq kemudian tekan[Enter].

:wq

Aksaraw untuk tulis (write) perubahan kepada fail, manakala aksaraq pula untuk keluar (quit) dari programvi.


Berikut senarai aksara atau kunci untuk pergerakan kursor di dalam mod arahan.

Aksara/KunciTindakan
lBergerak satu aksara ke kanan
hBergerak satu aksara ke kiri
kBergerak satu aksara ke atas
jBergerak satu aksara ke bawah
$Pergi ke aksara terakhir dalam baris semasa
0Pergi ke aksara pertama dalam baris semasa
wPergi ke aksara pertama bagi perkataan berikut dalam baris semasa
bPergi ke aksara pertama bagi perkataan sebelum dalam baris semasa
^Pergi ke aksara pertama dalam baris semasa
GPergi ke baris terakhir dalam fail
[Ctrl][d]Bergerak semuka ke bawah (Page Down)
[Ctrl][b]Bergerak semuka ke atas (Page Up)
/abcCarian kehadapan rentetan abc
?abcCarian kebelakang rentetan abc
nTerus carian kehadapan rentetan abc
NTerus carian kebelakang rentetan abc


Berikut senarai aksara atau kunci untuk penyuntingan teks di dalam mod arahan.

Aksara/KunciTindakan
iSelit aksara sebelum kedudukan kursor berada
ISelit aksara sebelum aksara pertama dalam baris
aSelit aksara selepas kedudukan kursor berada
ASelit aksara selepas hujung baris
oSelit baris kosong di bawah baris kursor berada
OSelit baris kosong di atas baris kursor berada
xPadam 1 aksara
5xPadam 5 aksara
ddPadam baris semasa
7ddPadam 7 baris bermula dari baris semasa dan ke bawah
cwPadam 1 perkataan bermula dari kedudukan kursor untuk diganti teks baru
c3wPadam 3 perkataan bermula dari kedudukan kursor untuk diganti teks baru
dwPadam 1 perkataan bermula dari kedudukan kursor
d3wPadam 3 perkataan bermula dari kedudukan kursor
rPadam aksara semasa untuk diganti dengan aksara baru
DPadam baris semasa dari kedudukan kursor hingga ke hujung baris
yyPadam baris semasa
4yyPadam 4 baris bermula dari baris semasa ke bawah
pTampal (paste) kandungan dari penimbal (buffer)
uUndo atau kembalikan keadaan asal sebelum arahan terakhir dilaksanakan


Berikut senarai aksara atau kunci yang biasa digunakan dalam mod baris terakhir.

Aksara/KunciTindakan
:1Pergi ke baris pertama dalam fail
:10Pergi ke baris kesepuluh dalam fail
:set nuPaparkan nombor baris di sebelah kiri bagi tujuan rujukan
:set nonuHilangkan paparan nombor baris
:fPapar nama fail dan kedudukan kursor di baris keberapa
:wSimpan kandungan fail tanpa keluar dari vi
:w xyz.txtSimpan kandungan fail ke fail baru bernama xyz.txt
:wqSimpan kandungan fail dan keluar dari vi
:q!Keluar dari vi tanpa menyimpan kandungan yang telah diubah
:1,10 s/abc/xyzDari baris 1 hingga 10, tukar rentetan abc kepada xyz


Setiap kali selesai arahan dalam mod baris terakhir, mod akan kembali semula ke mod arahan jika masih berada dalamvi.


Manipulasi Ruang Storan

[sunting]

Papar Saiz Direktori dan Subdirektori -du

[sunting]

Guna arahandu untuk lihat anggaran saiz bagi penggunaan ruang setiap direktori atau subdirektori.

[guest@komputer01 ~]$ du -h8.0K    ./.ssh4.0K    ./tugasan92K     .[guest@komputer01 ~]$

Jumlah saiz dipaparkan di sebelah kiri direktori.


Papar Saiz Fail Sistem -df

[sunting]

Arahandf pula dapat beri maklumat saiz fail sistem serta peratus penggunaan semasa.

[guest@komputer01 ~]$ df -kFilesystem           1K-blocks      Used Available Use% Mounted on/dev/mapper/vg_komputer01-lv_root                       7781012   3273984   4111764  45% /tmpfs                   510268        72    510196   1% /dev/shm/dev/sda1               495844     33754    436490   8% /boot[guest@komputer01 ~]$

Arahan ini amat berguna kepada Pentadbir Sistem kerana pembinaan direktori atau fail tidak dapat dilakukan jika fail sistem berkenaan telah penuh.


Papar Had Penggunaan Sumber -ulimit

[sunting]

Dengan arahanulimit anda dapat lihat had penggunaan sumber dalam sistem seperti masa cpu, saiz fail dan sebagainya. Maklumat dari arahan ini berguna jika anda mengalami masalah terutama sekali bagi aplikasi atau proses yang memerlukan sumber yang sangat besar.

[guest@komputer01 ~]$ ulimit -acore file size          (blocks, -c) 0data seg size           (kbytes, -d) unlimitedscheduling priority             (-e) 0file size               (blocks, -f) unlimitedpending signals                 (-i) 7816max locked memory       (kbytes, -l) 64max memory size         (kbytes, -m) unlimitedopen files                      (-n) 1024pipe size            (512 bytes, -p) 8POSIX message queues     (bytes, -q) 819200real-time priority              (-r) 0stack size              (kbytes, -s) 10240cpu time               (seconds, -t) unlimitedmax user processes              (-u) 1024virtual memory          (kbytes, -v) unlimitedfile locks                      (-x) unlimited[guest@komputer01 ~]$

Guna arahanulimit dengan opsyen-a untuk lihat semua sumber dan had yang telah ditetapkan oleh sistem.


Mampat dan Nyahmampat -gzip,gunzip

[sunting]

Terdapat banyak faedah jika kita dapat kecilkan saiz fail. Penghantaran fail bersaiz besar ke lokasi yang jauh dapat dilakukan dengan lebih cepat jika saiznya dikecilkan terlebih dahulu. Pengecilan fail juga dapat kurangkan penggunaan storan. Guna arahangzip untuk kecilkan saiz fail dan arahangunzip untuk kembalikan fail kepada saiz asal.


[guest@komputer01 ~]$ ls -al failbaru-rw-r--r--. 1 guest users 59 Feb  5 14:26 failbaru[guest@komputer01 ~]$ gzip failbaru[guest@komputer01 ~]$ ls -al failbaruls: cannot access failbaru: No such file or directory[guest@komputer01 ~]$ ls -al failbaru.gz-rw-r--r--. 1 guest users 78 Feb  5 14:26 failbaru.gz

Arahangzip akan menghasilkan fail berpenambahan.gz. Jika fail terlalu kecil, saiz fail yang sudah dimampat akan menjadi besar sedikit seperti contoh di atas. Arahan ini sesuai digunakan kepada fail bersaiz besar.


Guna arahangunzip untuk nyahmampat fail berpenambahan.gz.

[guest@komputer01 ~]$ gunzip failbaru.gz[guest@komputer01 ~]$ ls -al failbaru.gzls: cannot access failbaru.gz: No such file or directory[guest@komputer01 ~]$ ls -al failbaru-rw-r--r--. 1 guest users 59 Feb  5 14:26 failbaru[guest@komputer01 ~]$


Anda tidak boleh melihat kandungan fail.gz dengan menggunakan arahancat ataumore. Gunakan arahangunzip dengan opsyen-c.

[guest@komputer01 ~]$ gunzip -c failbaru.gzsatuduatigaempatlimaenamtujuhlapansembilansepuluh[guest@komputer01 ~]$


Satukan Beberapa Fail/Direktori Menjadi Satu Fail -tar

[sunting]

Anda boleh kumpulkan beberapa fail atau direktori kepada satu fail dengan arahantar. Ia memudahkan anda untuk melakukan proses penghantaran fail ke lokasi lain. Arahan ini biasa digunakan Pentadbir Sistem untuk menyimpan fail-fail pengguna ke dalam pita (tape).


Di bawah ialah contoh untuk mengumpulkan failcuba1,failbaru,hello.c,prog.sh dan subdirektoritugasan kepada satu fail bernamafail.tar.

[guest@komputer01 ~]$ tar cvf fail.tar cuba1 failbaru hello.c prog.sh tugasancuba1failbaruhello.cprog.shtugasan/[guest@komputer01 ~]$ ls -al fail.tar-rw-r--r--. 1 guest users 10240 Feb  5 16:32 fail.tar[guest@komputer01 ~]$ gzip fail.tar[guest@komputer01 ~]$ ls -al fail.tar.gz-rw-r--r--. 1 guest users 331 Feb  5 16:32 fail.tar.gz[guest@komputer01 ~]$

Kemudian kecilkan pulafail.tar dengan arahangzip.


Lihat kandungan fail tersebut dengan opsyentf atau opsyentvf.

[guest@komputer01 ~]$ tar tvf fail.tar.gz-rw-r--r-- guest/users       0 2014-01-29 14:33 cuba1-rw-r--r-- guest/users      59 2014-02-05 14:26 failbaru-rw-r--r-- guest/users      38 2014-01-29 12:30 hello.c-rwxr-xr-x guest/users       5 2014-01-29 12:31 prog.shdrwxr-xr-x guest/users       0 2014-01-29 12:27 tugasan/[guest@komputer01 ~]$


Untuk ekstrak fail-fail tersebut gunakan arahantar dengan opsyenxvf.

[guest@komputer01 ~]$ tar xvf fail.tar.gzcuba1failbaruhello.cprog.shtugasan/[guest@komputer01 ~]$


Aktiviti Pengguna

[sunting]

Melihat Proses Pengguna -w,ps,top

[sunting]

Guna arahanw ataups untuk melihat proses yang sedang dilaksanakan oleh pengguna.

[guest@komputer01 ~]$ w 10:24:05 up 10 days, 15 min,  3 users,  load average: 0.00, 0.00, 0.00USER     TTY      FROM              LOGIN@   IDLE   JCPU   PCPU WHATguest    pts/1    192.168.1.1      08:54    0.00s  0.11s  0.07s wroot     tty1     :0               11Feb14 10days 15.80s 15.80s /usr/bin/Xorg :root     pts/0    :0.0             11Feb14  7days  0.85s  0.85s bash[guest@komputer01 ~]$


Berikut ialah arahanps.

[guest@komputer01 ~]$ ps  PID TTY          TIME CMD 6161 pts/0    00:00:00 bash 6190 pts/0    00:00:00 ps[guest@komputer01 ~]$


Gabungkan arahanps dangrep untuk kurangkan output yang dihasilkan olehps dengan opsyen-ef. Contoh di bawah memaparkan semua proses yang mempunyai rentetan (string)guest.

[guest@komputer01 ~]$ ps -ef|grep guestroot      6156  1541  0 17:21 ?        00:00:00 sshd: guest [priv]guest     6160  6156  0 17:21 ?        00:00:00 sshd: guest@pts/0guest     6161  6160  0 17:21 pts/0    00:00:00 -bashguest     6194  6161  1 17:28 pts/0    00:00:00 ps -efguest     6195  6161  0 17:28 pts/0    00:00:00 grep guest[guest@komputer01 ~]$


Gunakan arahantop untuk lihat proses yang paling banyak menggunakan sumber dalam sistem.

top - 17:30:17 up 10 days,  5:34,  1 user,  load average: 0.00, 0.00, 0.00Tasks: 105 total,   1 running, 104 sleeping,   0 stopped,   0 zombieCpu(s):  0.0%us,  0.0%sy,  0.0%ni,100.0%id,  0.0%wa,  0.0%hi,  0.0%si,  0.0%stMem:   1020540k total,   721156k used,   299384k free,   179996k buffersSwap:  2064376k total,        0k used,  2064376k free,   321872k cached  PID USER      PR  NI  VIRT  RES  SHR S %CPU %MEM    TIME+  COMMAND 6199 guest     20   0 15032 1204  936 R  0.3  0.1   0:00.10 top    1 root      20   0 19352 1540 1216 S  0.0  0.2   0:01.32 init    2 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:00.00 kthreadd    3 root      RT   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:00.00 migration/0    4 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:01.04 ksoftirqd/0    5 root      RT   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:00.00 migration/0    6 root      RT   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:04.85 watchdog/0    7 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   4:47.16 events/0    8 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:00.00 cgroup    9 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:00.00 khelper   10 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:00.00 netns   11 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:00.00 async/mgr   12 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:00.00 pm   13 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:07.55 sync_supers   14 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:09.10 bdi-default   15 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:00.00 kintegrityd/0   16 root      20   0     0    0    0 S  0.0  0.0   0:10.52 kblockd/0


Arahan ini boleh digunakan jika kita ingin memeriksa mengapa prestasi sistem agak perlahan berbanding biasa. Secara lalai ia akan paparkan proses yang paling banyak menggunakan cpu. Cuba lihat di bawah%CPU. Bagi contoh di atas, arahantop itu sendiri yang paling banyak menggunakan cpu iaitu0.3%. Dalam situasi di mana sistem menjadi sangat perlahan, mungkin ada proses yang menggunakan cpu lebih daripada90%.


Tekan kunci[Q] untuk tamatkan prosestop.


Menghapuskan Proses -kill

[sunting]

Kadangkala terdapat arahan atau aplikasi yang tidak memberi apa-apa output atau tindakbalas sehingga proses lain tidak dapat dilaksanakan. Untuk mengatasi masalah ini kita perlu hapuskan proses berkenaan dengan arahankill. ID proses tersebut diperlukan untuk menghapuskannya.


Guna arahanps dengan opsyen-U diikuti dengan akaun pengguna.

[guest@komputer01 ~]$ ps -U guest  PID TTY          TIME CMD 6160 ?        00:00:17 sshd 6161 pts/0    00:00:00 bash 9352 pts/0    00:00:00 vi 9358 ?        00:00:00 sshd 9359 pts/1    00:00:00 bash 9402 pts/1    00:00:00 ps[guest@komputer01 ~]$

Setiap proses atau arahan Linux mempunyai ID sendiri. Andaikan proses yang hendak dihapuskan ialah prosesvi. Dari output di atas ID bagi prosesvi ialah9352. ID proses terletak di sebelah kiri sekali.


Perlu diingatkan di sini bahawa hanya pengguna itu (guest) atau root sahaja yang boleh menghapuskan proses berkenaan.

[guest@komputer01 ~]$ kill -9 9352[guest@komputer01 ~]$


Periksa sekali lagi untuk memastikan bahawa proses tersebut telah dihapuskan.

[guest@komputer01 ~]$ ps -U guest  PID TTY          TIME CMD 6160 ?        00:00:17 sshd 6161 pts/0    00:00:00 bash 9358 ?        00:00:00 sshd 9359 pts/1    00:00:00 bash 9419 pts/1    00:00:00 ps[guest@komputer01 ~]$


Melihat Log Aktiviti -last

[sunting]

Guna arahanlast untuk lihat log bagi aktiviti sistem atau pengguna.

[guest@komputer01 ~]$ lastguest    pts/1        192.168.1.1      Tue Feb 18 08:23   still logged inguest    pts/3        komputer01       Tue Feb 11 15:55 - 15:56  (00:01)root     pts/0        :0.0             Tue Feb 11 10:57   still logged inroot     tty1         :0               Tue Feb 11 10:57   still logged inmfauzy   pts/2        192.168.1.3      Tue Feb 11 10:10 - 17:22  (07:11)reboot   system boot  2.6.32-358.el6.x Tue Feb 11 10:09 - 10:13 (7+00:04)root     pts/0        :0.0             Tue Feb 11 08:20 - down   (01:47)root     tty1         :0               Tue Feb 11 08:20 - down   (01:48)reboot   system boot  2.6.32-358.el6.x Wed Nov 20 15:30 - 18:39  (03:08)wtmp begins Wed Nov 20 15:30:32 2013[guest@komputer01 ~]$


Jika outputnya terlalu panjang anda boleh gabungkan dengan arahanmore.

[guest@komputer01 ~]$ last | moreguest    pts/1        192.168.1.1      Tue Feb 18 08:23   still logged inguest    pts/3        komputer01       Tue Feb 11 15:55 - 15:56  (00:01)root     pts/0        :0.0             Tue Feb 11 10:57   still logged inroot     tty1         :0               Tue Feb 11 10:57   still logged inmfauzy   pts/2        192.168.1.3      Tue Feb 11 10:10 - 17:22  (07:11)reboot   system boot  2.6.32-358.el6.x Tue Feb 11 10:09 - 10:13 (7+00:04)root     pts/0        :0.0             Tue Feb 11 08:20 - down   (01:47)root     tty1         :0               Tue Feb 11 08:20 - down   (01:48)reboot   system boot  2.6.32-358.el6.x Wed Nov 20 15:30 - 18:39  (03:08)--More--


Manual Dalam Talian

[sunting]

Melihat Manual Dalam Talian -man

[sunting]

Manual arahan-arahan dalam Linux boleh didapati secara dalam talian dengan menggunakan arahanman. Ia mengandungi maklumat lengkap berkenaan arahan tersebut berserta opsyen yang boleh digunakan. Biasanya fail manual terletak dalam direktori/usr/share/man.


Jika anda ingin dapatkan manual bagi arahancp sila taip arahan di bawah.

[guest@komputer01 ~]$ man cp


Paparan berikut akan dikeluarkan.

CP(1)                            User Commands                           CP(1)NAME       cp - copy files and directoriesSYNOPSIS       cp [OPTION]... [-T] SOURCE DEST       cp [OPTION]... SOURCE... DIRECTORY       cp [OPTION]... -t DIRECTORY SOURCE...DESCRIPTION       Copy SOURCE to DEST, or multiple SOURCE(s) to DIRECTORY.       Mandatory  arguments  to  long  options are mandatory for short options       too.       -a, --archive              same as -dR --preserve=all       --backup[=CONTROL]              make a backup of each existing destination file       -b     like --backup but does not accept an argument


Sekiranya anda ingin mencari manual yang mengandungi rentetan tertentu, gunakan opsyen-k.

[guest@komputer01 ~]$ man -k transferNet::SMTP            (3pm)  - Simple Mail Transfer Protocol Clientbluetooth-sendto     (1)  - GTK application for transfering files over Bluetoothcurl                 (1)  - transfer a URLftp                  (1)  - Internet file transfer programftp [pftp]           (1)  - Internet file transfer programhttpd                (8)  - Apache Hypertext Transfer Protocol Serverlftp                 (1)  - Sophisticated file transfer programsendfile             (2)  - transfer data between file descriptorssftp                 (1)  - secure file transfer program[guest@komputer01 ~]$

Contoh di atas akan menyenaraikan manual yang mengandungi arahan berkaitan dengantransfer. Laksanakan arahanman curl jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai arahancurl.


Dalam Linux terdapat banyak arahan yang boleh kita guna. Adalah mustahil untuk mahir kesemuanya dalam masa yang singkat. Adalah lebih baik jika kita belajar menggunakan arahan yang berkaitan sahaja.


Andaikan anda sudah mahir denganfinger. Lihat di hujung manualnya di bahagianSEE ALSO. Ada tersenarai arahan-arahan Linux yang berkaitan sepertichfn,passwd,w danwho.

 [guest@komputer01 ~]$ man finger...SEE ALSO     chfn(1), passwd(1), w(1), who(1)HISTORY     The finger command appeared in 3.0BSD.Linux NetKit (0.17)             August 15, 1999            Linux NetKit (0.17)


Arahanchfn digunakan untuk menukar nama pengguna. Sudah tentu ada kaitan denganfinger keranafinger paparkan maklumat pengguna. Begitulah juga dengan tiga arahan lain.


Belajar Linux dengan cara ini adalah lebih baik dan menjimatkan masa. Ia mengelakkan kita daripada mencuba satu persatu arahan yang terdapat di dalam direktori/bin,/usr/bin atau/usr/sbin. Tidak semua arahan tersebut berguna untuk anda kerana sebahagiannya hanya boleh dilaksanakan oleh Pentadbir Sistem.


Format Dokumen Untuk Paparan -nroff

[sunting]

Arahannroff digunakan untuk melihat fail manual dalam format yang mudah dibaca. Fail ini biasanya berpenambahan1, misalnya failawk.1 yang merupakan fail manual bagi arahanawk. Ia sukar dibaca jika dilihat dengan arahanmore ataucat.

[guest@komputer01 ~]$ more awk.1.ds PX \s-1POSIX\s+1.ds UX \s-1UNIX\s+1.ds AN \s-1ANSI\s+1.ds GN \s-1GNU\s+1.ds AK \s-1AWK\s+1.de EX.nf.ft CW...de EE.ft R.fi...ds EP \fIGAWK: Effective AWK Programming\fP.if !\n(.g \{\.       if !\w|\*(lq| \{\.               ds lq ``.               if \w'\(lq' .ds lq "\(lq.       \}.       if !\w|\*(rq| \{\.               ds rq ''.               if \w'\(rq' .ds rq "\(rq.       \}


Arahannroff dengan opsyen–man boleh digunakan untuk melihatnya dalam format mudah dibaca.

[guest@komputer01 ~]$ nroff -man awk.1GAWK(1)                        Utility Commands                        GAWK(1)NAME       gawk - pattern scanning and processing languageSYNOPSIS       gawk [ POSIX or GNU style options ] -f program-file [ -- ] file ...       gawk [ POSIX or GNU style options ] [ -- ] program-text file ...       pgawk [ POSIX or GNU style options ] -f program-file [ -- ] file ...       pgawk [ POSIX or GNU style options ] [ -- ] program-text file ...DESCRIPTION       Gawk  is  the  GNU Project’s implementation of the AWK programming lan-       guage.  It conforms to the definition of  the  language  in  the  POSIX       1003.1  Standard.   This version in turn is based on the description in       The AWK Programming Language, by Aho, Kernighan, and  Weinberger,  with       the additional features found in the System V Release 4 version of UNIX       awk.  Gawk also provides more recent Bell Laboratories awk  extensions,       and a number of GNU-specific extensions.


Jika guna arahannroff –man awk.1 | more, hasil paparan adalah sama seperti arahanman awk.


Utiliti Linux

[sunting]

Linux mempunyai pelbagai utiliti yang sangat berguna kepada pengguna. Utiliti ini biasa digunakan dalam pengaturcaraanshell. Ia juga memudahkan kerja-kerja mentadbir sistem seperti penyimpanan fail-fail penting, pengawasan sistem atau pembersihan ruang storan.


Kalkulator - bc

[sunting]

Guna arahanbc untuk melakukan pengiraan. Anda boleh taipbc sahaja atau berserta opsyen-lq.

[guest@komputer01 ~]$ bc -lq1 + 2                               (kemudian tekan [Enter])35 * 3                               (kemudian tekan [Enter])15100 / 7                             (kemudian tekan [Enter])14.28571428571428571428[guest@komputer01 ~]$


Tekan[Ctrl] dan[D] serentak untuk keluar daribc.


Papar Tarikh/Masa -date,cal

[sunting]

Untuk mengetahui tarikh dan masa ketika ini, taip arahandate.

[guest@komputer01 ~]$ dateMon Feb 10 14:20:38 MYT 2014[guest@komputer01 ~]$

Output di atas menunjukkan tarikh 10 Februari 2014 bersamaan hari Isnin, 02:20 petang waktu Malaysia (MYT).


Sekarang paparkan kalendar tahun ini dengan menggunakan utilitical. Secara lalai ia akan paparkan bulan dan tahun ketika arahan ini dilaksanakan.

[guest@komputer01 ~]$ cal    February 2014Su Mo Tu We Th Fr Sa                   1 2  3  4  5  6  7  8 9 10 11 12 13 14 1516 17 18 19 20 21 2223 24 25 26 27 28[guest@komputer01 ~]$


Jika anda ingin lihat kalendar tahun 1971, taip arahancal 1971. Perlu diingatkan di sini bahawa arahancal 71 akan paparkan kalendar tahun 0071 dan bukan 1971.

[guest@komputer01 ~]$ cal 1971                               1971       January               February                 MarchSu Mo Tu We Th Fr Sa   Su Mo Tu We Th Fr Sa   Su Mo Tu We Th Fr Sa                1  2       1  2  3  4  5  6       1  2  3  4  5  6 3  4  5  6  7  8  9    7  8  9 10 11 12 13    7  8  9 10 11 12 1310 11 12 13 14 15 16   14 15 16 17 18 19 20   14 15 16 17 18 19 2017 18 19 20 21 22 23   21 22 23 24 25 26 27   21 22 23 24 25 26 2724 25 26 27 28 29 30   28                     28 29 30 3131        April                   May                   JuneSu Mo Tu We Th Fr Sa   Su Mo Tu We Th Fr Sa   Su Mo Tu We Th Fr Sa             1  2  3                      1          1  2  3  4  5 4  5  6  7  8  9 10    2  3  4  5  6  7  8    6  7  8  9 10 11 1211 12 13 14 15 16 17    9 10 11 12 13 14 15   13 14 15 16 17 18 1918 19 20 21 22 23 24   16 17 18 19 20 21 22   20 21 22 23 24 25 2625 26 27 28 29 30      23 24 25 26 27 28 29   27 28 29 30                       30 31        July                  August                SeptemberSu Mo Tu We Th Fr Sa   Su Mo Tu We Th Fr Sa   Su Mo Tu We Th Fr Sa             1  2  3    1  2  3  4  5  6  7             1  2  3  4 4  5  6  7  8  9 10    8  9 10 11 12 13 14    5  6  7  8  9 10 1111 12 13 14 15 16 17   15 16 17 18 19 20 21   12 13 14 15 16 17 1818 19 20 21 22 23 24   22 23 24 25 26 27 28   19 20 21 22 23 24 2525 26 27 28 29 30 31   29 30 31               26 27 28 29 30       October               November               DecemberSu Mo Tu We Th Fr Sa   Su Mo Tu We Th Fr Sa   Su Mo Tu We Th Fr Sa                1  2       1  2  3  4  5  6             1  2  3  4 3  4  5  6  7  8  9    7  8  9 10 11 12 13    5  6  7  8  9 10 1110 11 12 13 14 15 16   14 15 16 17 18 19 20   12 13 14 15 16 17 1817 18 19 20 21 22 23   21 22 23 24 25 26 27   19 20 21 22 23 24 2524 25 26 27 28 29 30   28 29 30               26 27 28 29 30 3131[guest@komputer01 ~]$


Andaikan anda lahir pada 5 Julai 1976 dan ingin tahu hari pada tarikh tersebut, taip arahancal 7 1976 untuk paparkan bulan Julai sahaja.

[guest@komputer01 ~]$ cal 7 1976      July 1976Su Mo Tu We Th Fr Sa             1  2  3 4  5  6  7  8  9 1011 12 13 14 15 16 1718 19 20 21 22 23 2425 26 27 28 29 30 31[guest@komputer01 ~]$

5 Julai 1976 jatuh pada hari Isnin.


Manipulasi Baris Fail Teks -sort,uniq

[sunting]

Utiliti sepertisort membolehkan anda mengisih kandungan fail teks sama ada mengikut susunan menaik atau menurun.


Katakan anda mempunyai fail teks bernamaperkataan.txt dan anda hendak isih kandungan fail tersebut. Guna arahancat untuk lihat dahulu kandungan fail.

[guest@komputer01 ~]$ cat perkataan.txtbatuzamrudkucingbatuastakaanakandabarangtidur[guest@komputer01 ~]$

Kandungannya tidak disusun mengikut abjad.


Guna arahansort untuk mengisihnya mengikut abjad.

[guest@komputer01 ~]$ sort perkataan.txtanakandaastakabarangbatubatukucingtidurzamrud[guest@komputer01 ~]$


Pada fail yang sama, arahanuniq akan pastikan tidak ada baris atau perkataan yang sama berulang.

[guest@komputer01 ~]$ sort perkataan.txt | uniqanakandaastakabarangbatukucingtidurzamrud[guest@komputer01 ~]$

Arahanuniq perlu dilakukan selepas arahansort untuk pastikan kandungan fail diisih terlebih dahulu. Dengan itu perkataanbatu dalam fail tersebut akan dipaparkan sekali sahaja.


Arahansort atauuniq tidak akan mengubah kandungan failperkataan.txt. Ia hanya paparkan hasil pengisihan pada skrin. Sekiranya hasil tersebut hendak disimpan ke dalam fail baru, gunakan simbol> seperti berikut.

[guest@komputer01 ~]$ sort perkataan.txt | uniq  > perkataan_baru.txt[guest@komputer01 ~]$

Hasil isihan akan terus dimasukkan ke dalam fail bernamaperkataan_baru.txt. Gunakan arahancat untuk melihatnya.


[guest@komputer01 ~]$ du 8       ./.ssh4       ./tugasan92      .[guest@komputer01 ~]$ du | sort -k1n4       ./tugasan8       ./.ssh92      .

Guna opsyen-n untuk mengisih nombor. Opsyen-k1n digunakan kerana kita hendak mengisih saiz direktori. Jika hendak isih direktori pula guna opsyen-k2.


Cari Rentetan/Perkataan -grep

[sunting]

Cari perkataan atau rentetan dalam fail teks dengan menggunakan arahangrep.

[guest@komputer01 ~]$ cat perkataan.txtbatuzamrudkucingbatuastakaanakandabarangtidurBarang[guest@komputer01 ~]$


Andaikan kita ingin cari perkataanbatu di dalam failperkataan.txt.

[guest@komputer01 ~]$ grep batu perkataan.txtbatubatu[guest@komputer01 ~]$

Terdapat dua baris yang mengandungi perkataanbatu dalam fail tersebut.


Cuba cari rentetaanba pula. Terdapat tiga baris yang mengandungi rentetanba.

[guest@komputer01 ~]$ grep ba perkataan.txtbatubatubarang[guest@komputer01 ~]$


Guna opsyen-E untuk cari perkataanbatu ataubarang atauzamrud.

[guest@komputer01 ~]$ grep -E 'batu|barang|zamrud' perkataan.txtbatuzamrudbatubarang[guest@komputer01 ~]$


Barang danbarang dianggap berbeza kerana salah satu daripadanya menggunakan huruf besar.

[guest@komputer01 ~]$ grep -i barang perkataan.txtbarangBarang[guest@komputer01 ~]$

Gunagrep dengan opsyen-i sekiranya anda ingin abaikan huruf kecil atau besar.


Manipulasi Rentetan/Perkataan/Baris -awk,sed

[sunting]

Fail/etc/passwd menyimpan maklumat pengguna dalam sistem. Ia adalah satu pangkalan data dalam bentuk fail rata (flat file database).


Nota:
Bagi tujuan pembelajaran penulis hanya paparkan tiga baris sahaja.

[guest@komputer01 ~]$ cat /etc/passwdroot:x:0:0:root:/root:/bin/bashguest:x:101:100:Tetamu,KL,03 1234567,03 7654321:/home/guest:/bin/bashmfauzy:x:102:100:M Fauzy:/home/mfauzy:/bin/bash[guest@komputer01 ~]$

Setiap baris mempunyai tujuh bahagian atau ruang yang dipisahkan dengan aksara: (dua titik bertindih).


[guest@komputer01 ~]$ awk -F: '{ print $1 }' /etc/passwdrootguestmfauzy[guest@komputer01 ~]$

Guna arahanawk dengan opsyen pemisah ruang aksara: untuk paparkan ruang pertama sahaja iaitu akaun pengguna.


[guest@komputer01 ~]$ awk -F: '{ print "Akaun: "$1" Nama: "$5 }' /etc/passwd|grep -E 'guest|mfauzy'Akaun: guest Nama: Tetamu,KL,03 1234567,03 7654321Akaun: mfauzy Nama: M Fauzy[guest@komputer01 ~]$

Contoh di atas adalah gabungan arahanawk dangrep.


Secara lalai tanpa opsyen-F, pemisah ruangnya adalah ruang kosong.

[guest@komputer01 ~]$ echo "daging ayam kampung"daging ayam kampung[guest@komputer01 ~]$ echo "daging ayam kampung" | awk '{ print $3" "$2" "$1 }'kampung ayam daging[guest@komputer01 ~]$

Arahanawk boleh mengambil output dari arahan lain sepertiecho untuk dijadikan sebagai input. Ia mencetak ruang ketiga (kampung) terlebih dahulu diikuti ruang kedua (ayam) dan pertama (daging).


Arahansed pula boleh digunakan untuk mengubah teks.

[guest@komputer01 ~]$ echo "daging ayam kampung" | sed -e 's/kampung/bandar/'daging ayam bandar[guest@komputer01 ~]$

Arahan di atas menukar perkataankampung kepadabandar.


[guest@komputer01 ~]$ echo "daging ayam kampung" | sed -e 's/kampung/bandar/' -e 's/daging/sate/'sate ayam bandar[guest@komputer01 ~]$

Arahan di atas pula jika anda ingin tukar lebih dari satu perkataan iaitu perkataankampung ditukar kepadabandar manakala perkataandaging ditukar kepadasate.


Carian Fail/Direktori -locate,find

[sunting]

Guna arahanlocate untuk mencari fail atau direktori berdasarkan rentetan yang diberi.

[guest@komputer01 ~]$ locate chmod/bin/chmod/usr/lib64/perl5/auto/POSIX/chmod.al/usr/share/man/man1/chmod.1.gz/usr/share/man/man1p/chmod.1p.gz/usr/share/man/man2/chmod.2.gz/usr/share/man/man2/fchmod.2.gz/usr/share/man/man2/fchmodat.2.gz/usr/share/man/man3p/chmod.3p.gz/usr/share/man/man3p/fchmod.3p.gz[guest@komputer01 ~]$


Arahanfind pula mengandungi pelbagai fungsi dan sangat berguna kepada seorang Pentadbir Sistem.

[guest@komputer01 ~]$ find . -print../hello.c./.bash_profile./fail.txt.gz./cuba1./tugasan./fail.tar./cuba2./.history./.bashrc./prog.sh./.bash_logout./failbaru./perkataan.txt./.bash_history[guest@komputer01 ~]$

Arahanfind . danfind -print juga menghasilkan output yang sama seperti di atas. Ia akan paparkan semua fail dan direktori bermula dari direktori semasa (.).


Arahan berikut menggunakan opsyen-type f untuk mencari fail bernamacuba1.

[guest@komputer01 ~]$ find . -type f -name cuba1./cuba1[guest@komputer01 ~]$

Jikacuba1 adalah direktori, tiada output akan dipaparkan. Guna opsyen-type d untuk mencari direktori sahaja.


[guest@komputer01 ~]$ find . -type f -name \*.c -o -name \*.gz./hello.c./fail.txt.gz[guest@komputer01 ~]$ find . -type f \( -name "*.c" -o -name "*.gz" \)./hello.c./fail.txt.gz[guest@komputer01 ~]$

Dua arahan di atas akan menghasilkan output yang sama.


[guest@komputer01 ~]$ find /home/guest -type f -exec ls -al {} \;-rw-r--r--. 1 guest users 38 Jan 29 12:30 /home/guest/hello.c-rw-r--r--. 1 guest users 176 Feb 22  2013 /home/guest/.bash_profile-rw-r--r--. 1 guest users 34 Jan 29 13:57 /home/guest/fail.txt.gz-rw-r--r--. 1 guest users 0 Jan 29 14:33 /home/guest/cuba1-rw-r--r--. 1 guest users 10240 Feb  5 16:32 /home/guest/fail.tar-rw-r--r--. 1 guest users 0 Feb 14 10:13 /home/guest/cuba2-rw-------. 1 guest users 104 Jan 27 15:00 /home/guest/.history-rw-r--r--. 1 guest users 124 Feb 22  2013 /home/guest/.bashrc-rwxr-xr-x. 1 guest users 5 Jan 29 12:31 /home/guest/prog.sh-rw-r--r--. 1 guest users 18 Feb 22  2013 /home/guest/.bash_logout-rw-r--r--. 1 guest users 79 Feb 17 14:01 /home/guest/failbaru-rw-r--r--. 1 guest users 53 Feb 10 15:23 /home/guest/perkataan.txt-rw-------. 1 guest users 9318 Feb 19 12:29 /home/guest/.bash_history[guest@komputer01 ~]$

Arahanfind mempunyai opsyen-exec yang membolehkan ia melaksanakan arahan lain terhadap fail atau direktori yang dicari. Contoh di atas akan senaraikan fail yang dicari menggunakan arahanls -al.


[guest@komputer01 ~]$ find /home/guest -type f -mtime -1 -exec ls -al {} \;-rw-------. 1 guest users 9318 Feb 19 12:29 /home/guest/.bash_history[guest@komputer01 ~]$

Opsyen-mtime -1 digunakan untuk mencari fail yang telah diubah suai (modified) sejak 1 hari (24 jam) yang lalu. Opsyen-mtime +1 pula akan paparkan sebaliknya iaitu fail yang telah diubah suai selepas 1 hari.


Antara opsyen lain yang sangat berguna ialah jika kita ingin mencari fail mengikut saiznya.

[guest@komputer01 ~]$ find . -size -50c -exec ls -al {} \;-rw-r--r--. 1 guest users 38 Jan 29 12:30 ./hello.c-rw-r--r--. 1 guest users 34 Jan 29 13:57 ./fail.txt.gz-rw-r--r--. 1 guest users 0 Jan 29 14:33 ./cuba1-rw-r--r--. 1 guest users 0 Feb 14 10:13 ./cuba2-rwxr-xr-x. 1 guest users 5 Jan 29 12:31 ./prog.sh-rw-r--r--. 1 guest users 18 Feb 22  2013 ./.bash_logout[guest@komputer01 ~]$

Opsyen-size -50c memaparkan fail bersaiz kurang dari 50bytes. Jika anda mahu cari saiz lebih dari 100bytes guna opsyen-size +100c. Anda juga boleh cari fail bersaiz tepat 777bytes dengan opsyen-size 777c.


Komunikasi

[sunting]

Interaksi Masa Sebenar -write,talk

[sunting]

Pengguna boleh berinteraksi di antara satu sama lain dengan menggunakan arahanwrite dantalk. Arahanwrite digunakan untuk menghantar mesej kepada pengguna yang berada dalam host atau pelayan yang sama. Gunakan arahanfinger untuk lihat pengguna yang sedang dalam talian.

[guest@komputer01 ~]$ fingerLogin     Name       Tty      Idle  Login Time   Office     Office Phoneguest     Tetamu     pts/1          Feb 10 14:15 (192.168.1.2)mfauzy    M Fauzy    pts/0       6  Feb 10 15:58 (192.168.1.3)[guest@komputer01 ~]$

Kelihatan penggunamfauzy sedang menggunakan sistem yang sama.


Gunakan arahanwrite untuk berkomunikasi denganmfauzy.

[guest@komputer01 ~]$ write mfauzyhi[guest@komputer01 ~]$

Selepas menaip mesej tekan[Enter]. Kemudian taip mesej baru atau tekan kunci[Ctrl] dan[D] serentak untuk tamatkan komunikasi.


Berikut adalah apa yang akan kelihatan dalam skrin komputer yang digunakan olehmfauzy.

Message from guest@komputer01 on pts/1 at 16:11 ...hiEOF


Arahantalk pula biasa digunakan untuk berinteraksi dengan pengguna dalam pelayan yang sama ataupun dengan pengguna yang berada di pelayan lain.

[guest@komputer01 ~]$ talk mfauzy


Skrin di bawah akan dipaparkan. Ia menunggu respon darimfauzy.

[Waiting for your party to respond]


Pada skrin komputermfauzy pula akan dipaparkan mesej untuk berbual dari penggunaguest

Message from Talk_Daemon@komputer01 at 8:49 ...talk: connection requested by guest@komputer01.talk: respond with:  talk guest@komputer01


Penggunamfauzy perlu menjawab dengan menaip arahan berikut padaprompt.

[mfauzy@komputer01 ~]$ talk guest@komputer01


Hasilnya skrin di bawah akan dipaparkan.

[Connection established]hai_____________________________________________________________________________helo

Apa yang anda taip akan keluar di bahagian atas manakala apa yangmfauzy taip akan keluar di bahagian bawah.


Komunikasi boleh ditamatkan dengan menekan kunci[Ctrl] dan[C] serentak. Sila gunakan arahanman write danman talk untuk dapatkan keterangan lanjut penggunaan arahan-arahan tersebut.


Mel Elektronik -mail,mailx

[sunting]

Pengguna boleh menghantar mel elektronik kepada pengguna lain dan membaca e-mel yang diterima dengan menggunakan arahanmail ataumailx. Cuba taip arahan seperti dibawah.

[guest@komputer01 ~]$ mailNo mail for guest[guest@komputer01 ~]$ mailxNo mail for guest[guest@komputer01 ~]$

Ia menunjukkan bahawa penggunaguest tidak mempunyai sebarang e-mel.


Cuba hantar e-mel kepada diri sendiri dengan menggunakan arahan berikut.

[guest@komputer01 ~]$ mail guestSubject: hi                       (taip subjek kemudian tekan [Enter])Hi. Apa khabar?                   (taip mesej kemudian tekan [Enter])EOT                               (tekan [Ctrl] dan [d] serentak untuk tamatkan mesej)[guest@komputer01 ~]$


Selain dari menekan kunci[Ctrl] dan kunci[D] serentak untuk menghantar mesej, anda juga boleh menaip "." (dot) sahaja di baris baru kemudian tekan kunci[Enter].

[guest@komputer01 ~]$ mail guestSubject: HeloHelo. Apa khabar?.EOT[guest@komputer01 ~]$


Cuba baca e-mel yang dihantar dengan menaip arahanmail ataumailx. E-mel tersebut akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya anda ada lebih dari satu e-mel dalam peti surat, apa yang dipaparkan adalah kandungan e-mel terbaru.

[guest@komputer01 ~]$ mailHeirloom Mail version 12.4 7/29/08.  Type ? for help."/var/spool/mail/guest": 1 message 1 new>N  1 Tetamu                Tue Feb 11 13:47  20/808   "Helo"&


Tekan[Enter] untuk baca email tersebut.

Message  1:From guest@komputer01.mydomain.com  Tue Feb 11 13:47:15 2014Return-Path: <guest@komputer01.mydomain.com>From: Tetamu <guest@komputer01.mydomain.com>Date: Tue, 11 Feb 2014 13:47:15 +0800To: guest@komputer01.mydomain.comSubject: HeloUser-Agent: Heirloom mailx 12.4 7/29/08Content-Type: text/plain; charset=us-asciiStatus: RHelo. Apa khabar?& x

Kemudian tekan taipx untuk keluar dari programmail.


Cuba hantar e-mel kepada pengguna lain yang menggunakan pelayan yang sama.

[guest@komputer01 ~]$ mail mfauzySubject: Hi mfauzyHi.EOT[guest@komputer01 ~]$


Sekarang cuba arahanfinger terhadapmfauzy.

[guest@komputer01 ~]$ finger mfauzyLogin: mfauzy                           Name: M FauzyDirectory: /home/mfauzy                 Shell: /bin/bashOn since Tue Feb 11 10:10 (MYT) on pts/2 from 192.168.1.3   6 minutes 19 seconds idleNew mail received Tue Feb 11 13:53 2014 (MYT)     Unread since Thu Jan 30 11:31 2014 (MYT)No Plan.[guest@komputer01 ~]$

Kita boleh lihat maklumatmfauzy yang mempunyai e-mel baru pada 11 Febuari. Terdapat juga maklumat bahawa beliau tidak membaca e-mel sejak 30 Januari.


[guest@komputer01 ~]$ mail cubaanSubject: cubaancubaan 1 2 3.EOT[guest@komputer01 ~]$ /home/guest/dead.letter... Saved message in /home/guest/dead.letter[guest@komputer01 ~]$

Sekiranya nama pengguna tidak wujud, e-mel yang dihantar akan disimpan dalam fail bernamadead.letter.


Rangkaian

[sunting]

Rangkaian merupakan sekumpulan komputer yang boleh berkomunikasi di antara satu sama lain. Terdapat arahan tertentu dalam Linux yang boleh digunakan untuk mencapai sumber-sumber dalam komputer di tempat lain.


Uji Sambungan Ke Sistem Lain -ping

[sunting]

Guna arahanping untuk menguji sambungan ke komputer jauh.

[guest@komputer01 ~]$ ping 192.168.1.1PING 192.168.1.1 (192.168.1.1) 56(84) bytes of data.64 bytes from 192.168.1.1: icmp_seq=1 ttl=249 time=0.984 ms64 bytes from 192.168.1.1: icmp_seq=2 ttl=249 time=0.695 ms^C--- 192.168.1.1 ping statistics ---2 packets transmitted, 2 received, 0% packet loss, time 1565msrtt min/avg/max/mdev = 0.695/0.839/0.984/0.147 ms[guest@komputer01 ~]

Tekan kunci[Ctrl] dan[C] serentak untuk tamatkan arahanping.0% packet loss bermakna tahap sambungan adalah baik iaitu tiada kehilangan paket yang dihantar.


Capaian Ke Sistem Lain -telnet,ssh

[sunting]

Berikut ialah penggunaantelnet untuk capaian ke komputer jauh.

[guest@komputer01 ~]$ telnet komputer01Trying 192.168.1.2...Connected to komputer01.Escape character is '^]'.CentOS release 6.4 (Final)Kernel 2.6.32-358.el6.x86_64 on an x86_64login: guestPassword:Last login: Tue Feb 11 10:10:30 from 192.168.1.1[guest@komputer01 ~]$

Setelah masuk ke dalam sistem berkenaan, kita boleh lakukan arahan-arahan biasa seperti membaca e-mel dan mengubahsuai fail.


Untuk keluar dari sistem taipexit pada prompt.

[guest@komputer01 ~]$ exitlogoutConnection closed by foreign host.[guest@komputer01 ~]$


Terdapat arahan dalamtelnet yang boleh digunakan bagi tujuan tertentu. Ia boleh dilihat dengan menaiptelnet diikuti dengan menekan kunci[Enter]. Padaprompttelnet taip? kemudian tekan[Enter].

[guest@komputer01 ~]$ telnettelnet> ?Commands may be abbreviated.  Commands are:close           close current connectionlogout          forcibly logout remote user and close the connectiondisplay         display operating parametersmode            try to enter line or character mode ('mode ?' for more)open            connect to a sitequit            exit telnetsend            transmit special characters ('send ?' for more)set             set operating parameters ('set ?' for more)unset           unset operating parameters ('unset ?' for more)status          print status informationtoggle          toggle operating parameters ('toggle ?' for more)slc             change state of special charaters ('slc ?' for more)z               suspend telnet!               invoke a subshellenviron         change environment variables ('environ ?' for more)?               print help informationtelnet>


Jika anda tidak mahu orang lain lihat sistem di tempat lain yang anda masuk, ia boleh dilakukan dengan cara begini. Gunakan arahanopen dalam sesitelnet tersebut.

[guest@komputer01 ~]$ telnettelnet> open komputer01Trying 192.168.1.200...Connected to komputer01.Escape character is '^]'.CentOS release 6.4 (Final)Kernel 2.6.32-358.el6.x86_64 on an x86_64login: guestPassword:Last login: Tue Feb 11 14:17:52 from komputer01[guest@komputer01 ~]$


Bila pengguna lain cuba lihat proses anda dengan arahanps, mereka cuma dapat lihat prosestelnet sahaja tanpa ketahui sistem apa yang anda sedang capai.

[guest@komputer01 ~]$ ps -ef|grep guestroot      1561  1524  0 10:10 ?        00:00:00 sshd: guest [priv]guest     1565  1561  0 10:10 ?        00:00:01 sshd: guest@pts/1guest     1566  1565  0 10:10 pts/1    00:00:00 -bashguest     3803  1566  0 14:37 pts/1    00:00:00 telnetroot      3805  3804  0 14:37 ?        00:00:00 login -- guestguest     3809  3805  0 14:38 pts/3    00:00:00 -bashguest     3831  3809  0 14:39 pts/3    00:00:00 ps -efguest     3832  3809  0 14:39 pts/3    00:00:00 grep guestguest02   3806  3807  0 11:23 pts/2    00:00:00 telnet tiger.itc.univie.ac.at 6667


Arahanssh pula menyediakan capaian ke komputer jauh yang lebih selamat berbandingtelnet kerana komunikasinya dalam bentuk enkrip.

[guest@komputer01 ~]$ ssh komputer01The authenticity of host 'komputer01 (192.168.1.2)' can't be established.RSA key fingerprint is f3:f6:c4:c7:67:1d:d3:1f:fa:f8:db:64:38:a2:13:eb.Are you sure you want to continue connecting (yes/no)? yesWarning: Permanently added 'komputer01,192.168.1.2' (RSA) to the list of known hosts.guest@komputer01's password:Last login: Tue Feb 11 14:38:03 2014 from komputer01[guest@komputer01 ~]$


Penghantaran/Pengambilan Fail -ftp,sftp

[sunting]

Arahanftp boleh digunakan untuk mengambil fail dari satu komputer atau menghantar fail ke komputer lain.


Andaikan anda hendak mengambil fail dari pelayan ftp sepertiftp.jaring.my. Arahannya adalah seperti berikut.

[guest@komputer01 ~]$ ftp ftp.jaring.myConnected to ftp.jaring.my220  Jaring FTP service.530 Please login with USER and PASS.530 Please login with USER and PASS.KERBEROS_V4 rejected as an authentication typeName (ftp.jaring.my:guest): ftp331 Please specify the password.Password:230 Login successful.Remote system type is UNIX.Using binary mode to transfer files.ftp>


Untuk mengetahui arahan-arahan yang boleh digunakan dalam programftp, sila taip? padaprompt.

ftp> ?Commands may be abbreviated.  Commands are:!               debug           mdir            sendport        site$               dir             mget            put             sizeaccount         disconnect      mkdir           pwd             statusappend          exit            mls             quit            structascii           form            mode            quote           systembell            get             modtime         recv            suniquebinary          glob            mput            reget           tenexbye             hash            newer           rstatus         tickcase            help            nmap            rhelp           tracecd              idle            nlist           rename          typecdup            image           ntrans          reset           userchmod           lcd             open            restart         umaskclose           ls              prompt          rmdir           verbosecr              macdef          passive         runique         ?delete          mdelete         proxy           sendftp>


Gunakan arahandir atauls untuk melihat direktori atau fail yang ada di dalam pelayan tersebut. Arahancd untuk masuk ke direktori lain, arahanget dansend untuk mengambil dan menghantar fail. Selepas selesai proses menghantar atau mengambil fail, anda boleh keluar dari program ftp ini dengan arahanbye.

ftp> dir227 Entering Passive Mode (192,228,250,71,72,101)150 Here comes the directory listing.drwx------    2 0        0              80 Jul 09  2008 etcdrwx--x--x   25 12454    12454        2048 Nov 29 04:18 homedrwxrwxrwt    3 14       1002        74752 Dec 19 03:22 incomingdrwxrwxrwt    2 14       1002           80 Nov 25 07:43 incoming.bad-rw-r--r--    1 0        0           10240 Jul 04  2013 incoming.bad.tardrwxr-xr-x    4 0        14           1024 Oct 08 08:30 pub226 Directory send OK.ftp> bye221 Goodbye.[guest@komputer01 ~]$


Arahansftp pula berfungsi sama sepertiftp cuma tahap keselamatannya lebih baik kerana penghantaran fail dilakukan dalam bentuk enkrip.

[guest@komputer01 ~]$ sftpusage: sftp [-1Cv] [-B buffer_size] [-b batchfile] [-F ssh_config]            [-o ssh_option] [-P sftp_server_path] [-R num_requests]            [-S program] [-s subsystem | sftp_server] host       sftp [user@]host[:file ...]       sftp [user@]host[:dir[/]]       sftp -b batchfile [user@]host[guest@komputer01 ~]$


Andaikan anda ada akaunguest di komputer jauh yang mempunyai alamat IP192.168.1.3. Taip arahan seperti di bawah.

[guest@komputer01 ~]$ sftp 192.168.1.3Connecting to 192.168.1.3...The authenticity of host '192.168.1.3 (192.168.1.3)' can't be established.RSA key fingerprint is 15:89:5f:0a:42:66:4f:97:5d:18:25:74:1b:13:41:b6.Are you sure you want to continue connecting (yes/no)? yesWarning: Permanently added '192.168.1.3' (RSA) to the list of known hosts.guest@192.168.1.3's password:sftp>

Jawabyes jika hendak teruskan capaian kemudian isi kata laluan.


sftp> ?Available commands:bye                                Quit sftpcd path                            Change remote directory to 'path'chgrp grp path                     Change group of file 'path' to 'grp'chmod mode path                    Change permissions of file 'path' to 'mode'chown own path                     Change owner of file 'path' to 'own'df [-hi] [path]                    Display statistics for current directory or                                   filesystem containing 'path'exit                               Quit sftpget [-P] remote-path [local-path]  Download filehelp                               Display this help textlcd path                           Change local directory to 'path'lls [ls-options [path]]            Display local directory listinglmkdir path                        Create local directoryln oldpath newpath                 Symlink remote filelpwd                               Print local working directoryls [-1aflnrSt] [path]              Display remote directory listinglumask umask                       Set local umask to 'umask'mkdir path                         Create remote directoryprogress                           Toggle display of progress meterput [-P] local-path [remote-path]  Upload filepwd                                Display remote working directoryquit                               Quit sftprename oldpath newpath             Rename remote filerm path                            Delete remote filermdir path                         Remove remote directorysymlink oldpath newpath            Symlink remote fileversion                            Show SFTP version!command                           Execute 'command' in local shell!                                  Escape to local shell?                                  Synonym for helpsftp>

Dalampromptsftp taip? (tanda soal) untuk senaraikan semua arahan yang boleh digunakan. Arahan yang biasa adalah sepertiget untuk muat turun fail danput untuk memuat naik fail. Taipbye atauquit untuk keluar darisftp.


Masalah dan Penyelesaian

[sunting]

Command not found

[sunting]

Sekiranya anda cuba laksanakan satu arahan tetapi ia tidak dijumpai di mana mesej "-bash: arahan: command not found" dipaparkan, maka terdapat beberapa kemungkinan.

  • Arahan tersebut tidak wujud atau anda tersilap taip.
  • Pasang pakej yang mengandungi arahan tersebut atau minta Pentadbir Sistem memasangnya untuk anda.
  • Direktori di mana arahan tersebut berada tidak dimasukkan ke dalam pembolehubahPATH dalam skriplogin.


Guna arahanfind untuk mencari di mana arahan tersebut berada. Andaikan anda ingin mencari arahanxyz, caranya adalah seperti berikut:-

[guest@komputer01 ~]$ find / -name xyz -print find: `/opt/lost+found': Permission denied . . find: `/usr/lost+found': Permission denied /opt/apps/bin/xyz[guest@komputer01 ~]$

Dari maklumat di atas didapati bahawa arahanxyz terletak dalam direktori/opt/apps/bin.


Pastikan direktori ini dimasukkan dalam pembolehubahPATH di dalam skriplogin (.bash_profile). Setiap direktori mestilah dijarakkan dengan aksara: (dua titik bertindih) di antara satu sama lain.

.PATH=$PATH:$HOME/bin:/opt/apps/bin.



Connection refused

[sunting]

Cubaan untuk mencapai komputer jauh gagal dengan mesej "Connection refused".

  • Perkhidmatan yang cuba digunakan tidak dipasang atau dihidupkan di komputer tersebut.



Destination Host Unreachable

[sunting]

Ujian sambungan atau capaian ke komputer jauh gagal.

  • Komputer jauh tidak hidup atau tidak beroperasi.
  • Periksa sama ada berlaku masalah pada rangkaian.



No such file or directory

[sunting]

Anda akan dapat mesej ini jika arahan dilakukan kepada fail atau direktori yang tidak wujud.

  • Periksa dengan arahanls untuk melihat sama ada fail atau direktori tersebut wujud.



No such process

[sunting]

Biasanya berlaku bila anda cuba hapuskan proses yang tidak wujud menggunakan arahankill.

  • Periksa sekali lagi menggunakan arahanps sama ada ID proses adalah betul.



Permission denied

[sunting]

Berlaku ketika cuba baca fail, masuk ke dalam direktori, melaksanakan arahan tertentu dan sebagainya.

  • Anda memang tidak diberikan kebenaran sama sekali untuk melakukan aktiviti tersebut.
  • Pemilik atau Pentadbir Sistem perlu ubah mod keizinan pada fail atau direktori berkenaan.



Unknown host

[sunting]

Komputer yang anda cuba capai tidak dikenali oleh sistem.

  • Gunakan alamat IP sebagai ganti kepada nama komputer.
  • Tambah alamat IP dan nama komputer berkenaan ke dalam fail/etc/hosts.


Penafian dan Lesen

[sunting]


Maklumat yang terkandung di dalam panduan ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan tidak dapat dijamin ketepatan dan kesahihannya. Sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat daripada penggunaan panduan ini adalah di atas risiko pengguna sendiri. Di dalam apa jua keadaan, penulis tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh pengguna sama ada secara langsung atau tidak.


Kandungan panduan disediakan dengan lesenPengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan

Diambil daripada "https://ms.wikibooks.org/w/index.php?title=Linux_Pengguna_Akhir&oldid=13862"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp