W ialahhuruf Rumi moden yang ke-23, bernamadouble-u (disebut/ˈdʌbljuː/).[1]
Bentuk terawal huruf W merupakan hurufV berganda yang dipakai padaabad ke-7 oleh para penulisbahasa Inggeris Lama yang terawal sekali; dari dwihuruf "uu" inilah timbul nama "double U". Dwihuruf ini tidak begitu laris dipakai kerana bunyinya ketika itu lebih banyak ditandai hurufrunewynn (Ƿ), namun huruf W semakin laris selepasPenaklukan Norman, dan menjelang tahun 1300 huruf W mengganti huruf wynn dalam kegunaan biasa. Bentuk-bentuk lain huruf ini termasuklah sepasang huruf V yang bertindih cabangnya di tengah; dan satu bentuk kursif yang ditemui dalam tulisanbahasa Inggeris danJerman abad ke-19 yang berupa huruf "n" yang cabang kanannya melengkung menjadi bentuk "v" kursif (bandingkan dengan bentukƕ).
Cuma ada lima bahasa Eropah moden utama yang memakai huruf W dalam kata-kata jatinya, iaitubahasa Inggeris,bahasa Jerman,bahasa Poland,bahasa Belanda, danbahasa Wales. Dalam bahasa Inggeris bunyinya/w/, dalam bahasa Jerman dan Poland bunyinya/v/ (bahasa Poland memakai hurufŁ bagi/w/), sementara dalam bahasa Belanda bunyinya/ʋ/.Bahasa Wales pula memakai huruf W untuk menandakan bunyi vokal dan konsonan. Bahasa Inggeris juga mengandungi sebilangan kata-kata bermula denganwsenyap sebelumr yang disebut (dalam sesetengahloghat), yang diwarisi dariBahasa Anglo-Saxon yang mana bunyiw disebuy:wreak, wrap, wreck, wrench, wroth, wrinkle, dan sebagainya.
DalamIPA,/w/ menandakanmalaran tak geser labial-velar bersuara, iaitu seperti "w" dalam perkataan "wayang."
- ^"W"Oxford English Dictionary, 2nd edition (1989);Merriam-Webster's Third New International Dictionary of the English Language, Unabridged (1993).