H merupakan huruf ke-8 dalamabjad Latin. Namanya ialaheic.
Hieroglif Mesir pagar | Proto-Semitik ħ | Phoenicia ħ | Etruscan H | Yunani (H)eta |
---|
|  |  |  |  |
Huruf Semitik ח (ḥêṯ) mungkin mewakilifrikatif farinks tak bersuara (IPA: [ħ]). Bentuk huruf ini mungkin membawa erti pagar.Abjad Yunani H awal berbunyi/h/, tetapi lama-kelamaan menjadi huruf vokaleta (Η, η) yang berbunyi/ɛː/. (Dalam bahasa Greek moden,fonem ini bergabung dengan/i/.)
Bahasa Etruscan danbahasa Latin pernah ada fonem/h/, namum semuabahasa-bahasa Romawi kehilangan bunyi itu —bahasa Romania meminjam balik fonem/h/ dari bahasa-bahasa Slavik,bahasa Sepanyol mengembangkan bunyi/h/ sekunder dari F tetapi kehilangannya lagi, sementara/x/bahasa Sepanyol menampakkanalofon[h] di sesetengah negara berbahasa berkenaan. Dalambahasa Jerman, hurufh selalunya digunakan sebagai pemanjang vokal di samping membawa bunyi/h/, mungkin kerana bunyi/h/ adakalanya hilang antara bunyi vokal dalam bahasa tersebut, tetapi juga ada kena-mengena dengan kehilangan/h/ oleh bahasa-bahasa Romawi. Maka, huruf H sering dilihat dalam sesetengah ejaan bahasa dalamdwihuruf dantrihuruf, sepertich yang berbunyi/tʃ/ (bahasa Inggeris dan Sepanyol),/ʃ/ (bahasa Perancis),/k/ (bahasa Itali), atau/χ/ (bahasa Jerman).
DalamHuruf Fonetik Antarabangsa, simbol ini digunakan untuk mewakili dua bunyi. Huruf kecilnya,[h], mewakilifrikatif glotis tak bersuara atau 'berhembus', dan huruf besar yang dikecilkan,[ʜ], represents thefrikatif epiglotis tak bersuara.