G ialahhuruf Rumi yang ke-7. Namanya ialahgee (IPA:[dʒiː]). Dalam bahasa Melayu, huruf G mewakili konsonanletupan velar bersuara/ɡ/ sepadan hurufJawiݢ; huruf G juga digunakan dalam dwilambang "ng" untuksengauan velar sepadan huruf Jawiڠ. Dalambahasa Inggeris pula, huruf G digunakan untuk konsonan plosif velum bersuara dan jugaafrikat postalveolar bersuara/dʒ/ sebelum sesetengah bunyi vokal hadapan.
HurufG diperkenalkan padazaman Latin lama sebagai satu bentuk kelainan bagi hurufC untuk membezakankonsonan velum bersuara/ɡ/ daripada yang tidak bersuara/k/.
Orang pertama yang diketahui menulis huruf G ialahSpurius Carvilius Ruga, orang Rom pertama yang membuka sekolah beryuran, dan mengajar sekitar 230 SM. Ketika itu, hurufK makin kurang dipakai, manakala huruf C yang mula-mulanya mewakili kedua-dua bunyi/ɡ/ dan/k/ sebelum bunyi vokal terbuka, kemudian hanya mewakili bunyi/k/ dalam apa-apa kedudukan.
Penempatan G oleh Ruga menunjukkan bahawa susunan abjad yang berkaitan dengan nilai-nilai huruf sebagaiangka Greek, pun dijadikan isu pada abad ke-3 SM. Sampson (1985) berpendapat bahawa: "Nyata sekali susunan abjad dirasakan sebagai perihal yang begitu konkrit sehingga sesuatu huruf baru bolehditambah di tengah hanya jika terdapat ‘ruangan’ kesan pengguguran huruf lama."[1] Menurut sesetengah catatan, huruf ketujuh yang asal, Z, digugurkan daripada huruf Latin pada awal abad ke-3 SM olehpenapis RomAppius Claudiusyang mendapati huruf itu asing dan dibenci sekali.[2]
Tidak lama kemudian, kedua-dua konsonan velum/k/ dan/ɡ/ mengalami prosesplatalisasi danalofon sebelum vokal hadapan; oleh itu, huruf C dan G mempunyai nilai bunyi berbeza dalam pelbagai bahasa Romance, serta jugabahasa Inggeris (akibat pengaruhbahasa Perancis).
Huruf gkecil mempunyai dua bentuk asas yang berlainan: "g berekor terbuka" dan "g berekor gelung".