Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()

Terkini COVID-19; 23 Sept 2020

  • Jumlah discaj baru:39
  • Jumlah kumulatif:9602 (91.4%)
  • Jumlah kes baru;147
  • Jumlah kumulatif:10505
  • Jumlah kes aktif:770
  • Kes local:143 (119WN, 24BWN)
  • Kes import:4 (3WN, 1BWN)
  • Jumlah kematian:3
  • Jumlah kumulatif:133 (1.27%)
  • Kes di ICU:8
  • intubated: 2

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

Putus CovidPutus CovidPutus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 3 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 133 kes (1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  1. Kes kematian ke-131 (iaitu kes ke-10495) merupakan perempuan warganegara Indonesia berumur 48 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kes mula mengalami gejala lemah badan, muntah, batuk dan demam pada 14 September 2020. Kes telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tawau, Sabah pada 18 September 2020 dalam keadaan separa sedar. Keadaan kes didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 19 September 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam pada 10.20 malam. Saringan COVID-19 didapati positif pada 22 September 2020.

  2. Kes kematian ke-132 (iaitu kes ke-10493) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 54 tahun. Kes telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah pada 18 September 2020 bagi gejala demam, batuk dan sukar bernafas. Saringan COVID-19 telah dijalankan. Keadaan kes didapati semakin merosot dan kemudian dirujuk ke Hospital Tawau pada 20 September 2020 di mana kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kes disahkan meninggal dunia pada 22 September 2020 pada jam 6.55 petang. Pada 22 September 2020, saringan COVID-19 didapati positif.

  3. Kes kematian ke-133 (iaitu kes ke-9224) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dengan latar belakang penyakit strok. Kes telah dikesan sebagai kontak rapat kepada kes ke-9124 (kes kematian ke-127) yang merupakan kes positif dalam Kluster Tawar. Kes tidak bergejala, dikesan positif COVID-19 pada 19 Ogos 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Keadaan kes didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kes disahkan meninggal dunia pada 23 September 2020 pada jam 3.40 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER BAHARU

Sorotan Hari Ini : Kluster Baharu - KLUSTER UDIN(Klik untuk baca)

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

KLUSTER DEPOH TAHANAN

LAPORAN SARINGAN COVID-19

Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Kes COVID-19 pada masa kini sekitar 31.5 juta kes dan jumlah kes harian menunjukkan penurunan iaitu sekitar 246,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 246,000 kes.
Jumlah kes harian bagi negara India dan Brazill masing-masing menunjukkan penurunan iaitu sekitar 75,000 kes dan 15,000 kes. Manakala negara Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan iaitu sekitar 41,000 kes. Kadar kematian dunia pada masa kini menurun kepada 3.08% atau sekitar 970,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 72.75 % atau sekitar 22.9 juta kes.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp