Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

Terkini COVID-19, 7 Sept 2020

  • Jumlah discaj:9
  • Jumlah kumulatif discaj: 9124 (96.5%)
  • Jumlah kes baru:62
  • Jumlah kumulatif:9459
  • Jumlah kes aktif:207
  • Kes local: 56(30WN, 26BWN)
  • Kes import: 6(2WN, 4BWN)
  • Jumlah kematian: 0
  • Jumlah kumulatif:128 (1.35%)
  • Kes di ICU: 6, intubated 4

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

Putus CovidPutus CovidPutus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER BAHARU

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER SUNGAI

KKM ingin memaklumkan bahawa satu (1) kluster baharu telah dikenal pasti di sebuah pusat perubatan di Kedah. Kes indeks (Kes ke-9455) kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut. Beliau bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Kes kedua kluster ini (Kes ke-9456) merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Beliau juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Beliau bergejala sejak 5 September 2020 dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif. Kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan.

Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 7 September 2020, seramai 57 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 55 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

Terdapat pertambahan 1 kes baharu, kes no. 9457 yang merupakan kontak rapat kes no. 9284. Kes tidak bergejala dan positif pada 6 September 2020 dan merupakan generasi pertama Kluster Telaga.


KLUSTER DEPOH TAHANAN


KLUSTER TAMAT

Pada hari ini sebanyak 4 kluster tamat iaitu Kluster PUI Sivagangga, Kluster Muda, Kluster Meranti dan Kluster Kurau.
Ini menjadikan 95 kluster telah tamat.

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Kes COVID-19 pada masa kini adalah sekitar 27.1 juta kes. Jumlah kes harian dunia pada kali ini menunjukkan penurunan iaitu sekitar 264,000 berbanding sebelumnya 330,000 kes.
Jumlah kes harian bagi negara India, Amerika Syarikat dan Brazil masing-masing menunjukkan penurunan iaitu 83,000 kes , 42,000 kes dan 31,000 kes.
Kadar kematian dunia pada masa kini menurun kepada 3.26% atau sekitar 884,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 70.12% atau sekitar 19 juta kes.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp