Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN :21 JUL 2020

Terkini #covid19malaysia, 21 Julai 2020

  • Kes sembuh= 7
  • Jumlah kes sembuh= 8,562
  • Kes positif= 15
  • (kes import=4, kes tempatan=11)
  • Jumlah positif= 8,815
  • Kes kematian=0
  • Jumlah kes kematian= 123
  • Kes dirawat di ICU= 4
  • Bantuan Alat Pernafasan= 1

Nasihat berkaitan COVID-19

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

PERKEMBANGAN SEMASA COVID-19 MEMBIMBANGKAN

Situasi COVID-19 kebelakangan ini didapati membimbangkan kerana jumlah kes harian yang dilaporkan didapati terus meningkat, terutamanya kes penularan di dalam negara.
Sebelum ini, jumlah kes aktif telah menurun kepada 63 kes, iaitu pada 9 Julai 2020. Namun ia mula meningkat dan jumlah kes aktif kembali melebihi 100 kes pada 19 Julai 2020 dan kini ianya mencecah 130 kes.

Sehingga 21 Julai 2020, jumlah kluster yang aktif adalah 19 kluster, di mana terdapat 13 kluster baharu yang diumumkan dalam 10 hari kebelakangan ini. Tiga (3) daripada 13 kluster ini adalah berkaitan dengan penularan tempatan kes COVID-19 daripada kes import iaitu Kluster PUI Novgorod, PUI Shirala dan PUI Pitakwa. Kluster Jupiter tidak mengakibatkan penularan tempatan memandangkan ianya melibatkan kluster terpencil (isolated) di dalam sebuah kapal yang sedang berlabuh.

Oleh itu, KKM menyambut baik keputusan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan (Keselamatan) sebentar tadi, iaitu mewajibkan prosedur Kuarantin Wajib 14 hari kepada mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara di Stesen Kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan, berkuatkuasa 24 Julai 2020. Ini diharap dapat mengelakkan daripada berlaku lagi kluster seperti ini.

Namun begitu, harus diingat bahawa terdapat juga 9 kluster lain yang merupakan penularan berkaitan kes tempatan di dalam negara, dan tidak berkaitan dengan kes import. Ini menunjukkan masyarakat sememangnya telah mulai alpa dan leka, lalu mula tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

4 kes import dilaporkan hari ini melibatkan mereka yang pulang dari Belanda, Arab Saudi, UK dan Indonesia. Kesemua kes dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER BAHARU

KLUSTER SENTOSA

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-8773) merupakan seorang petugas kesihatan yang telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 19 Julai 2020. Susulan itu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) telah dijalankan.
Sehingga 21 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 61 orang telah disaring, iaitu terdiri daripada:

5 kes positif COVID-19; dan 56 adalah negatif. Ini menjadikan kluster ini mempunyai 6 kes, iaitu lima 5 petugas kesihatan dan 1 pekerja syarikat pembersihan. Kesemua kes ini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Perkhidmatan hospital tersebut masih diteruskan. Namun demikian, hospital tersebut tidak menerima pesakit dalam manakala pesakit luar pula akan dirujuk ke hospital berdekatan yang ditetapkan untuk rawatan buat sementara waktu.

Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar sedang dijalankan. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

KLUSTER DEPOH TAHANAN

KLUSTER TAMAT

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Kes harian dunia masih mencatatkan penambahan 210 ribu kes namun jumlahnya menurun berbanding semalam sekitar 230 ribu kes. Bagi kes harian negara Amerika Syarikat mencatatkan penambahan 64 ribu kes, negara Brazil 24 ribu kes dan negara India 40 ribu kes. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia melalui rancangan Perutusan Khas telah menyampaikan hasrat bahawa kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam sebagai langkah pembendungan jangkitan wabak COVID-19 di negara ini. Negara Perancis, Hong Kong dan Melbourne telah pun mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam setelah melihat peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp