
Situasi Terkini 08 Julai 2020


Klik Untuk Capaian Melalui FB Video
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH
KERATAN AKHBAR HARIAN :08 JULAI 2020
Terkini #COVID19 di Malaysia 8 Julai 2020.
Kes discaj terbaharu - 5
Kes baharu - 3 (semua kes import)
Tiada kematian baharu, kekal 121 kes
Nasihat berkaitan COVID-19
TERUS PATUH KEPADA S.O.P
Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
LAPORAN HARIAN



LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
3 kes import telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes import adalah sebanyak 650 kes.
1 kes di Selangor, 1 kes di Kuala Lumpur dan 1 kes di Sarawak.




LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
Tiada kluster yang mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini.






Kluster Depot Tahanan
Laporan 4 kluster Depoh Tahanan Imigresen, 08 Julai 2020
(Hanya DTI Bukit jalil dan DTI Sepang yang masih aktif)

KLUSTER TAMAT
Kluster TERBESAR iaitu kluster perhimpunan Seri Petaling diisytiharkan tamat pada hari ini. Kluster ini bermula 11 Mac 2020 (Kes ke-131 dan kes ke 136). Kluster ini melibatkan :
- 17 Sub kluster
- 3,375 kes positif
- Lima Generasi
- 34 Kematian
Selain kluster perhimpunan Seri Petaling,sub-kluster bagi kluster ini iaitu Kluster Kg.Sungai Lui juga tamat pada hari ini (211 kes positif tanpa kematian direkodkan)
Ini menjadikan 57 kluster telah ditamatkan secara keseluruhan.

Kes terakhir bagi kluster Seri Petaling dicatatkan oleh Kes No. 8367 iaitu lelaki warganegara Filipina yang merupakan pelajar di sebuah Madrasah di Sg. Lui, Hulu Langat. Kes ini adalah daripada subkluster Kg. Sg. Lui yang mencatatkan sebanyak 211 kes. Kontak rapat daripada subkluster ini telah ditempatkan di Pusat Kuarantin Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Pada saringan ulangan (saringan kesembilan) yang dijalankan pada 10 Jun 2020, beliau didapati positif tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala. Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah sembuh pada 24 Jun 2020.
Manakala, kes sembuh yang terakhir bagi kluster Seri Petaling adalah Kes No. 799 iaitu lelaki berumur 83 tahun daripada Batu Pahat, Johor yang merupakan generasi pertama bagi kluster ini. Kes ini adalah daripada subkluster Majlis Perkahwinan Bandar Baru Bangi yang mencatatkan sebanyak 159 kes. Beliau mengalami simptom pada 9 Mac 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Permai, Johor pada 16 Mac 2020. Setelah dikesan positif COVID-19 pada keesokan harinya beliau telah dipindahkan ke Hospital Enche Besar Hajah Kalsom (HEBHK), Kluang. Semasa di HEBHK, beliau telah dimasukkan ke ICU dan telah discaj daripada ICU pada 21 Jun 2020. Beliau telah disahkan sembuh dan akhirnya discaj daripada hospital pada 6 Julai 2020, namun dimaklumkan kepada KKM pada 7 Julai 2020.


LAPORAN SARINGAN COVID-19
Saringan Covid-19 Pusat Jagaan Warga Emas, Pasar dan Madrasah
Berlaku pertambahan individu yang disaring dan TIADA pertambahan kes baharu.
(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

TABURAN KES

- Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
- Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
- Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
Kekalkan daerah anda berwarna hijau
Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia, 08 Julai 2020
Sarawak bertukar menjadi zon hijau selepas daerah Kuching bertukar menjadi zon hijau hari ini. Selain Kuching, Hulu Langat di Selangor juga menjadi Zon hijau.
Tiada perubahan zon bagi daerah lain.


LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19



BERITA DUNIA
Dengan jumlah kes melebihi 3 juta, negara Amerika Syarikat terus mencatatkan kes harian yang tinggi iaitu melebihi 56 ribu kes dilaporkan pada hari ini.
Kes kesembuhan dunia telah melebihi 56% dan Malaysia masih di kedudukan ke-16 dengan peningkatan kadar kesembuhan 97.8%






