Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()

Ringkasan Kes COVID-19 pada 21 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 16

Perincian kes baharu:-

--> 3 kes import (2 WN, 1 BWN)

--> 13 kes penularan tempatan (4 WN, 9 BWN)

  • Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,572
  • Jumlah kes aktif: 295
  • Kes sembuh: 10
  • Jumlah keseluruhan kes sembuh: 8,156
  • Jumlah keseluruhan kes di ICU: 3 (Tiada yg memerlukan bantuan alat pernafasan)
  • Kematian: 0
  • Jumlah keseluruhan kematian: 121

Nasihat berkaitan COVID-19

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

TABURAN KES

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

3 kluster yang masih melaporkan beberapa kes baharu iaitu :

1- Kluster Pedas 6 kes baharu

2- Kluster Kidurong 2 kes baharu

  • Dua kes baharu positif #COVID19 dari Kluster Kidurong, Bintulu, hari ini adalah ahli keluarga terdekat kepada kes positif ke-6 iaitu kawan kpd bapa kes indeks (kes pertama).
  • Ini bermakna jangkitan telah melibatkan dua keluarga.
  • Punca disyaki aktiviti kunjung mengunjung.

3- Kluster Syarikat Pembersihan 2 kes baharu

Sehingga kini, terdapat 8 kes dikesan bagi kluster Kirudong. Kes indeks ialah seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam di mana beliau dikesan positif pada 12 Jun. Ahli keluarga beliau juga telah dikesan positif (ibu, bapa dan 2 adik beradik) serta seorang rakan kepada ayah kes ini

Tiada kes baharu dilaporkan di kluster lain.

Kluster Depot Tahanan

Laporan 4 kluster Depoh Tahanan Imigresen, 21 Jun 2020

Pertambahan 8 kes individu yang disaring. TIADA pertambahan kes baharu dari mana-mana Depot Tahanan Imigresen.

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

Jumlah kumulatif kes yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, MAEPS adalah seramai 1,377 kes dan sehingga kini, seramai 1,352 (98.2%) kes telah pun discaj.

Ini bermakna hanya tinggal 25 kes sahaja yang masih dirawat.

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

Kes baharu= 16

a) melibatkan kes import= 3

i) kes warganegara = 2

ii) kes bukan warganegara (pemastautin tetap) = 1

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Kerajaan Negeri Victoria, Australia, terpaksa membatalkan rancangan untuk melonggarkan kawalan pergerakan selepas kes COVID-19 kembali meningkat berpunca aktiviti kunjung mengunjung antara ahli keluarga dan majlis keramaian.

Justeru, kerajaan negeri terpaksa mengetatkan kawalan pergerakan bermula Ahad ini. Hanya lima tetamu dibenarkan di setiap rumah dan 10 orang jika berjumpaan di luar rumah. Aktiviti sosial dihadkan dan premis perniagaaan hanya boleh membenarkan 20 pelanggan pada satu masa. Ada penduduk di Victoria yang positif COVID19 masih ke tempat kerja dan berkunjung ke rumah ahli keluarga lain. Senario di Victoria ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita supaya mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan.

Sentiasa amalkan penjarakan sosial dengan mengelak diri dari tempat sesak, sempit dan sembang dekat-dekat (3S). Jika kita tidak amalkan penjarakan sosial apabila berada di luar rumah, bermakna rumah kita tidak lagi selamat. Aktiviti brrkumpul atau perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan di negara kita.

Jika masih ada yang ingkar dan pandang remeh, PKPP akan kembali menjadi PKP.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp